|Terkini dari milan|

1. Amihana: Nilai Sekeping Hati 56 was the last post. New entry? Ntahla... (- . -')
2. SUS - dihentikan untuk seketika.
3. ABB - sedang dirombak. Progress may be updated.

Followers

Monday, July 23, 2007

::Kusimpul Mati - 42::

Mumbling o milanhawkin at 1:27 PM
Hari ini, sekali lagi Mila terlambat ke pejabat. Siapa lagi penghalangnya kalau bukan suaminya sendiri. Teruk betul lelaki itu. Sejak kejadian malam itu, manjanya makin menjadi2. Makin mengada2. Aku lesing baru tau! Eh, tak baik buat macam tu kat suami sendiri, Mila. Berdosa!

Dia terpaksa mengaku, hubungan mereka semenjak dua menjak ini semakin baik. Malah Amirul terlalu menyayanginya. Amirul sentiasa menunjukkan kasih sayangnya. Semakin hari, dinding yang dibina sejak dulu sudah semakin lenyap. Perlahan2 dia juga semakin dapat menerima kehadiran Amirul dalam hidupnya. Tetapi jauh di sudut hati, dia tak tahu kenapa dia masih meragui kasih sayang suaminya itu. Dia masih ragu2 tentang semua ini.

Penat dia memanjat tangga ke tingkat 3 bila lift hari itu rosak. Bila dah lambat macam ni, macam2 hal pula akan berlaku. Makin lambat lah jadinya. Masuk je ke pejabat, dia sudah ditegur oleh bosnya, Mr Teoh. Dia dah jadi burung belatuk asyik terangguk2 dan meminta maaf. Geramnya pada Amirul semakin bertambah.

Sampai je ke ruang pejabatnya, dia ternampak pula kelibat Dani yang sudah sedia menunggunya di kerusi. Alahai... ini lagi satu masalah.

"Hi, sayang" sapa Dani dengan senyuman menggoda di bibirnya. Mila sekadar tersenyum kelat. Teringat amaran Amirul.

“Abang tak suka Mila jumpa dengan Dani tu lagi. Mila isteri abang, jagalah maruah abang”

“Saya bukannya buat apa2 dengan dia. Kami cuma kawan. Apa salahnya saya berkawan dengan dia. Dia kan kawan awak juga”

“He was a friend! Not anymore” Mila seakan dapat merasai nada kesal dalam suara suaminya.

Walaupun kurang faham dengan ayat tersebut, tetapi malas mahu bertanya. Memanjangkan pergaduhan bukanlah agenda yang paling disukainya. Baginya, dia tidak menjatuhkan maruah sesiapa dengan berkawan dengan Dani. Tidak pernah terlintas di fikirannya untuk melebihi batas persahabatan dengan lelaki itu.

"Awal awak datang? Kenapa?" soal Mila setelah langkahnya diatur ke mejanya. Dani membetulkan duduknya. Matanya merenung tepat ke anak mata gadis di hadapannya. Rindunya sudah terubat. Agak lama juga dia tak datang menjenguk Mila. Yelah, setiap kali keretanya singgah ke pejabat ini, dari jauh dia sudah melihat kelibat Amirul yang menunggu isterinya. Dia takde peluang langsung mahu dekat.

Pagi ini, memang sengaja dia datang awal ke sini. Keretanya diparkir jauh dari bangunan, rela menapak. Dia bukanlah lelaki pengecut, tetapi dia kenal Amirul. Jika Amirul sudah suka akan sesuatu itu, janganlah sesiapa cuba merampas darinya. Dalam hal ini, dia perlu gunakan cara halus. Sekarang dia perlu meyakinkan Mila. Dia benar2 berharap, usahanya selama setahun itu akan membuahkan hasil.

"Saja datang melawat buah hati, salah ker?" ujar Dani sambil mengenyit sebelah matanya. Mila mencebik, sudah biasa dilayan begitu oleh Dani.

"Pagi2 macam ni? Ada hal penting?" kening Mila terangkat.

"Mmm... takut kena sambar" selamba Dani menjawab.

Memang dah kena sambar pun, En Dani.

"Wah, Mila. Pagi2 lagi dah ada org tunggu kau. Bertuah betul. Tak sangka pakwe kau ni cemburu orangnya" Hani menyapa, menjengukkan mukanya ke dalam pejabat Mila. Dia tersengih2 memandang Dani.

Sejak hari pertama berjumpa dengan Dani yang datang bersama sejambak bunga, Hani sudah dapat mengagak Dani menyukai Mila. Malah sejak dari hari itu, Dani seringkali singgah ke pejabat mereka, sama ada mahu mengajak Mila lunch bersama atau sekadar datang untuk berbual. Bila pulang juga, wajah si Dani ini akan muncul menjemput. Cuma sejak akhir2 ini, sudah ada lelaki lain yang selalu menjemput Mila untuk pulang. Dani juga sudah semakin jarang berkunjung. Niatnya mahu mengorek rahsia, tapi bila melihat Dani turut berada di situ, dia membatakan saja hasratnya. Esok kan ada!

"Siapa tak sayang makwe, Hani. Lebih2 lagi macam Mila ni. Comel sangat. Risau juga ada org berkenan dgn dia karang" girang saja Dani berceloteh. Matanya sekali sekala meratah wajah manis di hadapannya.

"Kau dengar la cakap Dani ni, Hani. Sejak bila entah dia jadik pakwe aku" Mila menjuihkan bibirnya. Tangannya dengan cekap mengemaskan mejanya, membiarkan saja Hani menyambung perbualannya dengan Dani. Kemudian dia mengasingkan beberapa fail yg mahu digunakan untuk meeting petang nanti.

Bunyi telefon yang berdering membuatkan mereka bertiga mematikan suara. Mila sedikit kurang senang apabila Hani dan Dani memerhatikan tingkah lakunya. Mesti nak pasang telinga nih.

"Hello, Assalamualaikum"

"Waalaikumsalam, baby. Baby dah sampai office?" Riak wajah Mila yang tadinya tenang bertukar gelisah. Wajahnya mula kemerahan. Hani dan Dani saling berpandangan. Hani mengangkat bahunya, tanda dia tidak tahu siapa yang menelefon. Namun Dani sudah dapat mengagak bila melihat pipi Mila yang semakin kemerahan. Bibirnya diketap.

"Dah" pendek jawapan Mila. Ya Allah, dia ni... suka2 hati je nak panggil aku baby. Makin dilarang, makin menjadi pulak tabiatnya yang satu itu. Diikutkan hati, mahu saja dia memutuskan talian, tapi akan mengundang gosip pula jika dia buat begitu di hadapan Hani. Dani, lain cerita. Rasanya Dani sendiri sudah sedia maklum siapa yang berada di hujung talian sana.

"Sorry sebab abang dah lambatkan baby pagi tadi. Lepas ni kalau baby kena buang kerja, baby kerja dengan abang sajalah ok" Alahai, cairnya hati aku. But nope! Tak kuasa aku nak kerja satu office dengan dia. Boleh sakit jiwa dibuatnya. Lagipun, nanti susah kalau nak lari.

"Awak ni, boleh tak jangan panggil saya macam tu" kata2 itu diutarakan tanpa perlu menggerakkan bibirnya dengan banyak. Dia tahu mereka berdua sedang memasang telinga.

"La, sayang kan comel, kecik, manja pulak tu. Layak la dipanggil baby. Lagipun..." kata2 yang seterusnya terus membuatkan pipi Mila kembali kemerahan.

"Awak ni..." geram Mila bersuara. Terdengar gelak tawa di hujung sana. Suka la tu kenakan orang.

"OK lah sayang, I kena balik office ni. I jumpa you petang nanti ye. See you, luv!" Dani sengaja menguatkan suaranya, berharap agar Amirul dapat mendengar. Dia sedang sakit hati, dan dia mahu Amirul juga merasakan perasaan yang sama.

Mila yang terpinga2 hanya mampu menghantar Dani dengan pandangan matanya. Matanya bertembung pula dengan Hani yang sekali lagi mengangkat bahunya.

"Petang nanti tunggu abang datang. Dont you dare to take his lift!" terus saja talian dimatikan. Sekejap saja dia dah tukar personality. Tadi romantis, sekarang dah jadi macam ketua army pulak. Garang! Huhuhu...habislah aku petang nanti.

“Err.. siapa tu?” Hani bertanya setelah Mila meletakkan telefonnya. Perasaan ingin tahunya membuak2. Dia pasti ada sesuatu yang tidak kena bila melihat wajah Mila yang keruh. Dani juga pergi dengan wajah yang masam. Mila meraup mukanya.

“My husband” jawab Mila perlahan.

Hani terlopong.

0 demented soul(s):

 

thydivaontheloose... tempat ambe jadi minah jiwang Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review