|Terkini dari milan|

1. Amihana: Nilai Sekeping Hati 56 was the last post. New entry? Ntahla... (- . -')
2. SUS - dihentikan untuk seketika.
3. ABB - sedang dirombak. Progress may be updated.

Followers

Sunday, July 22, 2007

::Kusimpul Mati - 8::

Mumbling o milanhawkin at 9:33 AM
“What?!!” Halina menekup mulutnya bila menyedari jeritannya tadi menarik beberapa pasang mata ke arah mereka. Mila hanya tersengih melihatkan reaksi teman baiknya itu.

“Betul ker ni Mila?” Halina kembali menyoal. Gadis itu nampak benar2 tak percaya dengan berita yg baru saja didengarnya. Mila hanya mengangguk berkali2.

“Tapi... dengan Amirul?” Sekali lagi Mila mengangguk.

“Kenapa?” tanya Mila bila melihat temannya itu mengeluh. Halina menggelengkan kepalanya.

“Apa kau dah buat ni Mila?” Halina bersuara lemah.

“Kenapa kau cakap macam tu?” Dahi Mila berkerut. Tak gembirakah Halina dengan berita yg dibawanya? Kenapa pula temannya itu mengeluh? Sepatutnya Halina gembira mendengarnya. Impian Mila akhirnya tercapai. Bukankah itu yg penting?

Sekali lagi Halina menghela nafas, dan kemudian dilepaskan perlahan2, bagaikan mencari kekuatan bagaimana mahu diterangkan kepada Mila tentang akibat perbuatannya dengan cara yg lebih lembut.

“Mila, kenapa kau bersetuju dengan rancangan Amirul yg gila tu? Kenapa kau rela dipergunakan? Kau ni bodoh ker?” suara Halina sedikit meninggi.

Bukan Halina tidak gembira mendengar Mila sudah berkahwin. Sebagai teman rapat Mila, dia sebetulnya teramat gembira. Sudah lama gadis itu bersendirian. Semenjak org tua Mila meninggal 10 tahun dahulu, Mila bersusah payah hidup berdikari. Waktu itu mereka masih lagi di alam remaja. Baru saja lepas menduduki SPM. Nasib baik juga ibubapa Mila meninggalkan sejumlah wang yg besar untuk Mila. Dengan duit itulah Mila belajar di universiti. Malah Mila sendiri sanggup bekerja sambil belajar untuk menampung kehidupannya.

Dia kagum dengan ketabahan Mila. Dalam kepayahan hidupnya, Mila masih mampu menempatkan dirinya antara pelajar terbaik di universiti. Mila juga seorang gadis yg lemah lembut, pandai mengambil hati org tua. Ibubapa Halina juga pernah mahu mengajak Mila tinggal bersama mereka namun Mila berdegil untuk tinggal di rumah yg sudah dibeli oleh arwah org tuanya. Katanya dia tak mahu menyusahkan sesiapa. Namun akhirnya Mila sendiri tak mampu untuk terus membayar pinjaman bank rumah tersebut dan terpaksa menyewa.

Itulah, dalam pandai2 si Mila ni, ternampak juga kebodohannya. Dalam lembut2 gadis itu, terserlah juga kedegilannya.

“Ina, kau sendiri tahu aku dah lama sukakan Aqim. Selama ini dia selalu menolong aku bila aku perlukan bantuan. Sejak itu, aku jadi bergantung pada dia. Bila dia ajak aku kahwin, mestilah aku akan bersetuju” jelas Mila.

Wajahnya sudah menunduk. Mila tak menyangka teman baiknya sendiri tak bersetuju dengan perkahwinannya sedangkan Halina memang sedia maklum tentang perasaannya pada Amirul. Tiada rahsia antara mereka lalu kenapa Halina sendiri tak dapat menerima kenyataan ini?

Halina menggelengkan kepala untuk sekian kalinya. Dia sedia maklum tentang hubungan Mila dan Amirul. Mila pernah bercerita padanya tentang kejadian yg hampir meragut maruah wanitanya.

“Aku tahu semua tu Mila. Aku tahu. But, married for the wrong reason? Kau sengaja mencari nahas Mila”

Kata2 Halina itu hanya mampu ditelan oleh Mila. Salahnyakah? Air barli di hadapannya dikacau perlahan. Sesekali dia menghirup air yg sudah semakin sejuk itu namun tekaknya seakan tersekat. Bukan ini yg diharapkan dari Halina.

“Maafkan aku Mila. Aku bukan nak salahkan kau. Mungkin kalau aku di tempat kau, aku akan lakukan perkara yg sama. Tapi, bila aku diberi pilihan, aku takkan teruskan benda yg akan membuat aku sengsara di kemudian hari. Sedarlah Mila, Amirul takkan pernah menyintai kau. Sampai bila kau nak tipu diri sendiri?” panjang lebar Halina cuba menasihatkan Mila. Dari tadi, teman di hadapannya itu menunduk terus. Marahkah Mila dengan kata2nya?

“Ina, aku percaya suatu hari nanti Aqim akan dapat menerima aku. Suatu hari nanti, kebahagian itu pasti akan menjadi milikku. Aku cuma perlu bersabar dan redha. Percayalah, walau apa pun yg terjadi, aku takkan menyusahkan kau”

Ah, Mila sudah merajuk rupanya. Halina mengeluh lagi.

”Kau dah salah faham Mila. Bukannya kau tak boleh mengadu pada aku lagi. Apa gunanya aku sebagai best friend kau. Cuma aku terkilan kau buat keputusan macam ni. Kau sendiri tahu Syalinda tu kekasih Amirul. Kau tak terfikir ke apa akan jadi bila Syalinda balik ke sini semula?”

Diam.

”Apa kata Makcik Soraya pasal ni?”

”Dia mengamuk” pendek saja jawapan dari Mila. Halina menggeleng kepala. Itu lagi satu masalah besar.

”Aku dah agak...”

Sejak dulu lagi, ibu Syalinda itu tak pernah sukakan Mila. Selalu saja wanita itu sering mencari salah Mila. Benci benar dia pada gadis itu. Waktu mereka masih kecil, Mila selalu tak dibenarkan berkawan dengan anaknya, Syalinda.

Mereka semua tinggal berjiran sewaktu ibubapa Mila masih hidup. Dari waktu itu juga, Makcik Soraya memang tak suka bergaul dengan keluarga Mila. Jika ada kenduri atau majlis, tak pernah keluarga Mila dijemput. Halina sendiri kurang pasti apa sebabnya. Pernah juga ditanyakan pada ibunya, namun tiada jawapan yang pasti. Mila sendiri tak pernah bercerita tentang hal itu.

Kemudian bila pakcik Zulkifli menjadi ADUN, mereka sekeluarga berpindah ke kawasan golongan elit. Makcik Soraya juga tak betah lagi bergaul dengan mereka semua. Takde kelas katanya. Sementelah lagi bila Syalinda menjadi model terkemuka di ibu kota, Makcik Soraya semakin sombong. Manusia, cepatnya kau lupa dari mana kau berasal.

”Dahla, jgn merajuk dengan aku lagi. Hmm... apa pun keputusan kau, aku sokong dari belakang. Kalau ada apa2, jgn lupa contact aku”

Mila akhirnya mengangkat muka dan tersenyum pada temannya.

”Thanks, Ina. You’re the best!” Mereka saling berbalas senyum. Namun jauh di sudut hati Halina, dia tahu Mila akan berhadapan dengan banyak masalah. Dia hanya mampu berdoa semoga Mila akan bertemu bahagia akhirnya.

”Ye lah tu. Ni, tadi kau ke mana? Aku call office diaorg cakap kau ambil half-day”

Mila tersenyum hambar. ”Mencari ketenangan...”

0 demented soul(s):

 

thydivaontheloose... tempat ambe jadi minah jiwang Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review