|Terkini dari milan|

1. Amihana: Nilai Sekeping Hati 56 was the last post. New entry? Ntahla... (- . -')
2. SUS - dihentikan untuk seketika.
3. ABB - sedang dirombak. Progress may be updated.

Followers

Sunday, July 22, 2007

::Kusimpul Mati - 6::

Mumbling o milanhawkin at 9:31 AM
“Puas ke hati kau sekarang, hah? Puas?” tengking Amirul sebaik saja Mila masuk ke dalam bilik tidur. Amirul menarik bahu Mila supaya mengadapnya. Mila yg ketakutan hanya menunduk. Dia takut Amirul akan hilang kawalan. Walaupun ibubapa mertuanya masih ada di rumah itu, Mila tahu Amirul takkan teragak2 untuk melakukan sesuatu yg tidak diduganya. Malah mereka mungkin tak dapat mendengar perbalahan mereka memandangkan bilik mereka berada di tingkat bawah.

“I thought you could understand me. I thought you could help me to get out of this mess. I thought... Ah, nampaknya semua sangkaan aku dah meleset. Kau memang suka mengambil kesempatan kan?” Perit telinganya mendengar tuduhan Amirul.

“Kesalahan aku cuma kerana aku terlalu mengikut perasaan. Kesalahan aku hanya kerana aku percaya yg kau akan memahami tindakan aku pada masa tu. Aku sungguh tak sangka kau sanggup mengambil kesempatan dalam saat2 macam ni. Sampai Mama dan Papa pun percaya pada kau. Apa yg kau dah buat pada mereka sampai mereka percaya pada kau begitu sekali?”

Tangan Amirul kejap di lengan Mila. Berkerut-kerut dahi gadis itu menahan sakit. Namun Amirul buat tak peduli. Dia perlukan jawapan dari Mila tentang tindakannya tadi.

“Aqim, sakit...” Mila merayu. Matanya sudah bergenang dengan air mata. Pagi esok tentu akan meninggalkan kesan pada lengannya itu.

“Sial! Kau memang sengaja cari pasal kan? Kau memang sengaja nak sakitkan hati aku. Kau nak balas dendam sebab aku tak balas cinta kau kan? Itulah sebabnya kan? Kan?” suara Amirul semakin meninggi. Wajahnya sudah merah kerana terlalu marah. Rayuan Mila sebentar tadi langsung tidak dipedulikan.

“Aqim...” tanpa diduga satu tamparan hinggap ke muka Mila, membuatkan gadis itu hilang pertimbangan badan dan terjelepuk ke lantai. Nasibnya baik kerana tiada meja atau kerusi yg berdekatan, kalau tidak mungkin akan lebih parah. Amirul kembali mendekati Mila. Mila menjerit tertahan bila Amirul kemudiannya menarik rambutnya dengan kasar, memusingkan wajah Mila supaya bertentang dengan wajahnya.

“Kalau bukan sebab kau ni perempuan dah lama aku bunuh kau. Kau tau tak kau dah rosakkan masa depan aku? Harapan aku?” desis Amirul ke telinga Mila. Ditolak tubuh Mila kembali ke lantai.

Mila hanya mampu menangis. Tangannya mengusap2 pipinya yg mungkin sudah berbekas. Panas. Ya Allah, kenapa ini yg terjadi? Salahkah tindakan aku tadi? Air matanya mengalir laju membasahi pipi gebunya.

“Baik, kalau kau nak sangat jadi isteri aku, fine. Tapi jangan harap kau akan dapat layanan yg sepatutnya. Bagi aku, perempuan macam kau ni aku tak hingin nak buat perempuan simpanan pun. Cermin diri kau dulu sebelum kau berangan nak jadi isteri Amirul Haqimi”

Mila semakin teresak2 mendengar kata2 suaminya itu. Ya Allah, aku pasrah. Hanya padaMu saja tempat untuk aku berlindung. Semoga semua ini akan berakhir dengan kebahagiaan. Tangannya mengesat perlahan pipinya yang basah.

1 demented soul(s):

Anonymous said...

tahniah kAk..cerita yg mEnarik...^_^

 

thydivaontheloose... tempat ambe jadi minah jiwang Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review