|Terkini dari milan|

1. Amihana: Nilai Sekeping Hati 56 was the last post. New entry? Ntahla... (- . -')
2. SUS - dihentikan untuk seketika.
3. ABB - sedang dirombak. Progress may be updated.

Followers

Thursday, July 3, 2008

Amihana: Nilai Sekeping Hati 12

Mumbling o milanhawkin at 7:12 PM
Aku memejamkan mata, menarik nafas panjang. Terasa basah hujung mataku. Kutarik lagi nafas dalam2. Bibir bawah kugigit, menahan suara yang bakal keluar jika tidak kutahan. Aku kembali memeluk erat bantal golek kesayanganku. Badan kupusing ke kiri dan ke kanan. Aku tidak mampu melelapkan mata. Aku tak boleh tidur!

Aku sudah patah hati... Aku sudah kecewa. Walaupun ini semua termasuk dalam jangkaanku, namun aku tidak pernah menyangka gadis yang berjaya menawan hati Kamal Hadi adalah adikku sendiri. Kenapa bukan aku? Aku yakin aku terlebih dahulu mengenali lelaki itu. Aku yang terlebih dahulu jatuh hati padanya. Jadi kenapa Balqish..

Aku mengerling ke arah sekeping gambar di atas meja di tepi katilku. Gambar aku bersama Balqish. Manisnya senyuman Balqish. Melihatnya membuat aku rasa bahagia sekaligus sakit hati. Tuhan... apa yang harus kulakukan?

Aku tidak pernah berebut apa2 dengan Balqish. Aku juga tidak ingin menjadi perampas. Aku bukan manusia keji yang sanggup bersaing dengan adik sendiri, meskipun Balqish bukan adik kandungku. Tapi, aku benar2 mahu memiliki Kamal Hadi. Sudah terlalu dalam perasaan ini pada Kamal Hadi. Bagaimana aku mahu menerima hakikat bahawa teman lelaki kepada adikku adalah lelaki yang kupuja?

Terbayang wajah ceria Balqish petang tadi, sewaktu menceritakan saat perkenalannya dengan Kamal Hadi. Bukan main panjang muncung Balqish sewaktu aku sengaja meneka bahawa Shahid itu teman lelakinya. Bila jarinya singgah pada gambar Kamal Hadi, wajahnya kemerahan. Hatiku tersayat pilu.

“Kak Hana kenal dia ni” ujarku, sengaja memancing reaksinya. Ternyata wajah Balqish semakin ceria.

“Betul ke, Kak Hana?” Bulat matanya merenungku. Senyumannya makin lebar, makin menawan.

“Kami satu kelas. Siap satu kumpulan lagi tau” Entah kenapa aku mengkhabarkan perkara itu. Adakah aku ingin membuat Balqish cemburu? Atau aku sengaja mahu menyakitkan hati adikku ini?

“Wahhh... kalau macam tu, Kak Hana memang kenal rapatla dengan Abang Hadi. So, what do you think? Dia baik kan?” Ah, Balqish mana mungkin cemburu. Bukan padaku. Adakah dia menyangka aku tidak akan pernah cuba merampas Kamal Hadi darinya?

“Kami memang rapat. Dan dia memang baik. Siapa je yang tak terpikat pada dia. Charming, talented, handsome, charismatic... semua ciri2 jejaka idaman ada padanya” pujiku. Mungkin aku terlebih puji...

“Mmm... Qish pun rasa macam tu. Tak sangka betul dia sudi terima Qish. Dia pernah cakap, Qish ni mengingatkan dia pada seseorang...”

Qish... Qish... bagaimana agaknya reaksi Balqish jika dia tahu bahawa aku juga memuja lelaki yang sama? Adakah dia akan mengalah? Atau dia akan menentang habis2an? Tapi aku tak sanggup kehilangannya sebagai adik.

Bantal golek itu kupeluk sekuat hati....

0 demented soul(s):

 

thydivaontheloose... tempat ambe jadi minah jiwang Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review