|Terkini dari milan|

1. Amihana: Nilai Sekeping Hati 56 was the last post. New entry? Ntahla... (- . -')
2. SUS - dihentikan untuk seketika.
3. ABB - sedang dirombak. Progress may be updated.

Followers

Tuesday, September 16, 2008

Amihana: Nilai Sekeping Hati 26

Mumbling o milanhawkin at 11:08 PM
Esoknya, kami berempat merancang untuk ke Kuala Terengganu. Ke mana lagi kalau bukan ke pasar payang. Tempat biasa untuk pelancong2 mencari sourvenier. Ahaks, pelancong ke kami ni?

Seronok juga tengok barang2 yang ada kat sana. Aku belikan kain batik dan sepasang tudung saji kecil untuk Ummi serta baju batik untuk Babah. Untuk Balqish, aku belikan sepasang kain pasang bercorak batik untuk dibuat baju.

Mengingatkan Balqish, aku sedikit muram. Aku sebenarnya masih tidak tahu bagaimana mahu memujuk adikku yang satu itu. Masih marahkah dia padaku? Aku amat berharap dia tidak menyimpan dendam padaku. Aku masih mahu kami menjadi adik beradik, seperti dahulu.

“Banyak barang beli?” tegur Imran Hadi. Aku mengerling sekilas pada lelaki yang sudah berdiri di sebelahku sambil membelek2 kain pasang di depan mata. Mana pulak si Aida ni pergi? Tadi ada kat sini...

“Adalah sikit. Barang utk family” ujarku bersahaja. Imran Hadi mengangguk2kan kepalanya. Tangannya sibuk menarik2 kain2 pasang di hadapan kami. Mungkin ada yang dia tertarik tak?

“Awak tak beli apa2 ke?” soalku pula bila melihat tangannya kosong. Dari tadi kami dok keliling pasar ni, dia boleh tak beli apa2 lagi.

“Emm... tak tau nak beli apa untuk Mama saya. What do you think?” soal Imran Hadi, meminta pendapat.

“Beli kain pasanglah senang. Boleh jugak buat baju kurung ke, baju kebaya ke...” usulku pada lelaki itu. Bagi aku, itu hadiah yang paling senang nak cari. Cari saja yang cantik2, yang berkenan di hati.

“Kalau macam tu, awak pilihkanlah. Saya mana reti benda2 macam ni. Boleh kan?” Imran Hadi seakan merayu. Aku mencebik.

Ish, dia ni... kenapa pulak aku yang kena pilih? Pilih je la sendiri. Bukannya susah pun.

“Laa... mama awak, awak la yang pilih. Kenapa pulak suruh saya” aku memuncungkan mulut.

“Bukan orang lain pun, bakal mak mentua awak jugak” Terasa membahang pula wajahku mendengarkan kata2 Imran Hadi itu. Bila masa pulak aku setuju nak kahwin dengan dia ni? Belajar pun tak habis lagi!

“Mana Aida?” aku sengaja bertanya, mahu mengalih topik. Daripada melayan karenah Imran Hadi ni, baik aku tanya soalan lain.

“Aida dengan Ad. Tadi Ad ajak Aida cari barang jugak. Agaknya diaorang tu couple tak?” Imran Hadi separuh berbisik.

Aku tersengih. Bila masa pulak la diaorang ni main mata ni? Kenapa aku tak perasan? Itulah, agaknya sibuk sangat dengan hal sendiri, diaorang tengah bercinta pun aku tak sedar. Elok jugak tu, Aida single, Adli pun single. Nama pun nak dekat2 sama.

“Pandai je awak serkap jarang. Yang awak ni mengendeng kat saya apsal?”

“Takkan tak boleh. Kan saya tengah ngorat awak ni” selamba badak je mamat senget ni mengeluarkan ayat yang boleh bikin muka aku ni panas.

“Dah, meh tolong saya pulak cari barang. Kain untuk Mama, ermm... utk Papa apa pulak ye? Jomlah...” terus saja Imran Hadi menarik tanganku, membawa aku entah ke mana.

1 demented soul(s):

tzaraz said...

“Takkan tak boleh. Kan saya tengah ngorat awak ni”..

Haha...cayalah...straight to the point je...

 

thydivaontheloose... tempat ambe jadi minah jiwang Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review