|Terkini dari milan|

1. Amihana: Nilai Sekeping Hati 56 was the last post. New entry? Ntahla... (- . -')
2. SUS - dihentikan untuk seketika.
3. ABB - sedang dirombak. Progress may be updated.

Followers

Wednesday, January 7, 2009

Amihana: Nilai Sekeping Hati 42

Mumbling o milanhawkin at 7:53 PM
Aku melangkah keluar dari dewan pelajar dengan hati yang girang. Presentation ku tadi memang agak memberangsangkan. Kertas kerja yang kuutarakan juga nampaknya mendapat sambutan dari panel hakim. Setidak2nya aku yakin aku akan lulus, kalaupun tidak cemerlang.

Dengan wajah menyungging senyum, aku menuju ke arah bangunan dekan. Aku masih punya satu semester yang bersisa. Selepas ini, aku akan graduate dengan ijazah sarjana muda dalam bidang IT minor in Business. Aku tidak lagi menetap di asrama, sebaliknya berulang alik dari rumah. Ummi dan Babah tentu sekali menyokong penuh tindakanku itu.

Hubunganku dengan Balqish juga sudah pulih seperti dahulu. Cuma aku masih belum mampu berlagak biasa dengan Kamal Hadi. Jika dia bertandang ke rumah, aku akan menyapanya sekilas dan akan menghilang ke bilik ataupun ke dapur. Aku perasan juga, Kamal Hadi seolah mencari peluang untuk berdua denganku. Atau mungkin ini semua perasaanku saja.

Seperti biasanya juga pada minggu lepas, Kamal Hadi datang untuk membawa Balqish keluar sempena menyambut Valentine’s Day. Aku sendiri tidak suka menyambut hari tersebut, tapi tak mungkin aku nak halang mereka dari menyambutnya. Dari pagi, Balqish kelihatan begitu gembira dan asyik menyanyi riang. Aku sekadar tersengih melihat telatahnya. Aku jadi teringat pada Black Day yang disambut oleh orang Korea. Black Day ni disambut oleh mereka2 yang single di mana mereka akan berkumpul ramai2 dan makan Jajang Noodles yang warnanya memang hitam! Mungkin ini cara orang single menyambut ke’single’an mereka. Kelakar betul! Mungkin aku kena raikan jugak Black Day ni. Tapi nak ajak sapa ye? Imran Hadi kot...

Entah ke manalah Imran Hadi ni menghilang. Aku sendiri agak kepelikan. Sudahlah kepulanganku tidak bersambut, kelibatnya juga aku tidak jumpa di mana2. Aku sengaja singgah di mana2 MPH, manalah tahu kan... Panggilan telefonku juga tidak bersambut. Mesejku tidak berbalas. Pesananku tidak dijawab.

Aku kadang2 jadi geram. Masa aku di Korea, bukan main lagi dia menyuruh aku pulang ke Malaysia. Bila aku dah kembali ke tanah Malaysia ni, dia pula yang menghilang. Nak tanya lebih2 pada Auntie Zue, aku jadi segan pula. Apa kena ntah dengan si Boy senget ni! Ha.. kan dah dapat nama baru...

Tapi... aku rindu sangat... rindu nak dengar suara dia, rindu nak dengar usikan dia dan rindu nak menatap wajahnya. Kami kan dah dua tahun tak jumpa. Kenapa dia macam menjarakkan hubungan kami sekarang ni? Nak kata kami bergaduh, sejak pulang ni mana ada dia berhubung dengan aku. Jadi, bila masanya pula kami nak bergaduh? Apa dah jadi sebenarnya ni? Imran Hadi...

2 demented soul(s):

tzaraz said...

mungkin Imran Hadi sengaja nak suruh Hana tercari2 dia kot...nak duga hati...

Anonymous said...

bestnyer.....
sambung ar lagi..
xsabo nie

 

thydivaontheloose... tempat ambe jadi minah jiwang Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review