|Terkini dari milan|

1. Amihana: Nilai Sekeping Hati 56 was the last post. New entry? Ntahla... (- . -')
2. SUS - dihentikan untuk seketika.
3. ABB - sedang dirombak. Progress may be updated.

Followers

Tuesday, September 25, 2007

Tajuk belum ada... tapi jalan citernyer dah ada...

Mumbling o milanhawkin at 4:40 PM 0 demented soul(s)
Sayang
Cintaku ini kau anggap melukut di tepi gantang
Kasihku ini ibarat pasir pantai yang melekat pada seluarmu
Andai ada peluang
Kau memang inginkan aku pergi jauh darimu
Andai ada peluang
Kau ingin sekali menjauhkan aku darimu
Dendammu itu, kenapa lampiaskan padaku?
Bencimu itu, kenapa hamparkan padaku?
Bukan aku yang melakarkan parut itu
Bukan aku yang melarik luka itu
Sekuat mana cintaku ini padamu
Sekuat itulah bencimu padaku
Salah akukah kiranya aku tak mampu mencabut akar2 cinta ini dari terus tumbuh subur
Salah akukah jika kasihku ini ibarat cermin yang mempamerkan segalanya tanpa sembunyi
Salah akukah, sayang jika hati ini hanya mengalunkan irama cinta untukmu
Salahku, kerna terlanjur mencintaimu
Salahmu, kerna tak pernah mahu menjadi jauhari
Salahku, kerna berpegang pada ikatan cinta yang suci
Salahmu, kerna menurut kata hati
Maka dengan itu, kiranya kita sama2 bersalah

Hari Jiwang...

Mumbling o milanhawkin at 2:56 PM 3 demented soul(s)
Hari ni thy nak menjiwangkan diri sat...

Sedey ler... bila nengok teman2 yg dah kahwin dan dah beranak pinak. Comel sangat anak2 derang tuh. Jeles gak bila nengok mike2 dengan tunang mike. Dengki plak nengok teman2 ngan pakwe2 derang. Jeles, dengki, marah, sakit hati... sumer2 la, bercampur gaul dalam hati thy ni.

Napa? Sebab thy ni masih single mingle aka tak laku la... Even once my sis pernah cakap (sebenarnya dia tak sengaja, dengan niat nak bergurau, tapi berhari2 thy makan hati): 'Alaa, sapa je yang nak ngorat Along kat luar tu... Takde sapa nak pandang laa...'. Semuanya gara2 thy tak tahu nak pakai baju apa masa nak keluar.

Secara fitrahnya, thy ni seorang yang simple. Pakai baju ikut sempat tangan je ngambik, makeup jarang2 la yang amat. Itupun takat calit lipstik kat bibir ni jer. Bedak pun main bedak 3A (tatau la korang tau ke idak bedak kaler ijau nih, tapi memang best le pakai). Memang simple sesangat la, sampai bila dah umoq tua2 gini pun ada lagi yg silap ingat thy ni budak sekolah.

Secara fizikalnya juga thy ni bukanlah cantik. Tak cantik pun. Walaupun thy tahu ada yang percaya, beauty is in the eyes of the beholder, tapi thy memang tak cantik pada mata sesiapa pun. Yang ini thy amat yakin. Semuanya berdasarkan pengalaman. Tapi thy takde la plak cakap thy ni huduh bebenor. Takde la buruk sangat rupa thy ni, kira kategori biasa2 saja.

Kalau ikut pengalaman, thy ada juga la bercinta dengan orang. Tapi thy ni sangat2lah takde keyakinan diri dalam bab cintan cintun ni. Rupa jadi alasan. Thy tak dapat nak elakkan dari rasa rendah diri bila bergandingan dengan sesapa. Bukan itu saja, byk lagi alasan lain, tapi ini adalah antara sebab utama thy tak punya keyakinan diri.

Thy bukan takut committment. Malah thy teringin sangat nak bercinta seikhlas mungkin, berlandaskan agama. Yakni, thy ingin sekali nak kahwin. Masalahnya, dengan siapa? Sekarang ni pun, thy takde sesapa yang istimewa dalam hidup thy, apa lagi dalam hati thy sendiri. Thy selalu berangan2 nak berumahtangga dengan orang yang sayang pada thy. Tapi malangnya, setakat ni, masih tiada yang sudi. Kadang2 thy rasa putus harap, sedangkan manusia tak boleh hidup tanpa harapan. Kadang2 pula thy yakin sekali, Allah akan temukan jodoh thy, InsyaAllah. Tapi jauh di sudut hati, thy tahu yang ayat tu ayat memujuk hati thy yang semakin ragu2.

Thy tak minta pun lelaki2 hensem supaya terpikat dengan thy. Thy tak mahu lelaki hensem, sebab lelaki hensem byk ragamnya, dan ramai orang akan terpikat. Thy mahu yang biasa2 saja. Yang thy mahu, lelaki itu boleh terima thy seadanya. Thy mahu, lelaki tu boleh sayang thy tanpa syarat. Dan rasanya harapan thy ni hanya akan tinggal harapan.

Sedih memang sedih. Nasib baik thy ada mak dan ayah lagi. Sekurang2nya thy tahu, seandainya thy memang ditakdirkan untuk menyendiri, thy masih ada keluarga yang menerima thy seadanya. Persoalannya, sampai bila? Kata mak, dia bukannya hidup menongkat langit. Lambat laun, aku akan tinggal seorang juga. Maka, katanya lagi, aku kenalah cari pasangan hidup. Mak, thy bukan tak nak cari mak. Takde orang yang sukakan thy. Sebab thy tak cantik, mak. Maaflah, thy tak dapat nak tunaikan harapan thy yang satu itu.

Mungkin ada antara korang, yg bila baca entry ni akan cakap, takkan sebab thy ni tak cantik, takde orang nak. Asalkan budi bahasa baik, mesti ada yang berkenan. Malah, jodoh tu kan kat tangan Tuhan.

Ini jawapan thy: Thy teramat sedar, jodoh tu kat tangan Tuhan. Manusia merancang sedangkan Allah yang menentukan. No question asked. Sebab jodoh kat tangan Tuhan, kita sebagai manusia perlu juga berusaha ke arah itu. Setakat ni, Allah tak tunjukkan lagi siapa jodoh thy. Dan yang paling thy takut, Allah memang tak sediakan jodoh thy di dunia ni. Mungkin saja jodoh thy di akhirat kelak... Siapa yang tahu kan? Dan yang pasal cantik tu, ini semua berdasarkan pengalaman thy. Dah banyak kali thy direject sebab thy tak secantik teman2 thy yang memang menawan. Ada banyak kejadian yang mengguris perasaan. Tapi thy suka pendamkan saja. Alah, benda kecik je. Kalau dah diaorang tak suka dengan rupa thy yang macam ni, apa lagi thy nak cakap. Kita mana boleh memaksa, kan?

OKlah, cukuplah dengan leteran thy pada hari ni. InsyaAllah, esok2 milan postkan entry cerita 'Dia Milikku' pula.

Thursday, September 20, 2007

Thy's Mumbling Again...

Mumbling o milanhawkin at 11:14 AM 2 demented soul(s)
Dia Milikku ni karya milan ye.. kawan-kawan. Cerita ni dia yg reka, bukan thy...

Hehe.. saja.. for info. Just in case ada org dah salah paham thy ciplak ke apa...

Tuesday, September 18, 2007

Dia Milikku - 6

Mumbling o milanhawkin at 9:52 AM 2 demented soul(s)
"Rasa2nya kan... aku sesuai pakai baju color apa ek?" soal Aida tiba2. Waktu itu kami berdua sedang menonton tv di ruang tamu rumah sewa. Aku mengerling sekilas pada Aida yang sedang membelek2 sebuah majalah. Majalah pengantin.

"Baju color apa pulak? Ini pasal baju pengantin kau ke?" soalku. Mataku sudah kembali menatap skrin tv.

"Ha'a. Aku belum pilih color baju la. Shah dah tanya aku hari tu, tapi aku tak buat pilihan lagi" Aida mula membentuk2 mulut. Hampir tergelak juga tengok mukanya saat itu. Kelakar betul.

"Pilih la color apa2 pun. Takpun pilih la color coklat. Kau kan suka color tu" cadangku. Aida mengengsot mendekati. Kemudian disuakan majalah yang dibeleknya tadi padaku. Jemarinya menuding pada sebuah gambar sepasang pengantin yang sedang menggayakan pakaian pengantin berwarna biru muda.

"Cantik tak baju ni?" tanya Aida. Nampaknya dia begitu berminat dengan baju pengantin itu.

"Kalau dah model yang pakai, semuanya akan nampak cantik" sengaja aku mengusik. Aida mula cemberut. Aku pula ketawa melihat gelagatnya yang pura2 merajuk. Memang beginilah hubunganku dengan Aida. Aku suka mengusiknya, dan dia suka nak tunjuk muka merajuknya.

"Aku serius ni, kau boleh main2 pulak"” rungutnya. Aku menarik nafas panjang dan melepaskannya perlahan. Kemudian bibirku menguntum senyum.

"Gini la, aku rasa baik kau bincang dengan Shah sendiri. Yang nak kahwinnya, korang bukannya aku. Even kalau aku bagi cadangan pun, kalau Shah tak suka tak jadi jugak kan?" ujarku berbaur nasihat. Aida nampaknya menerima cadanganku itu dengan anggukannya.

"OK la. Baik jugak cadangan kau tu. Emm... aku nak call Shah kejap ek" kata Aida sambil mengangkat punggungnya dari sofa. Aku sekadar mengiyakan dalam hati. Mataku menghantar lenggok Aida hingga dia menghilang di balik pintu bilik tidurnya.

Hai, dalam masa beberapa bulan saja lagi, aku akan kehilangan seorang roommate dan teman yang baik. Dan aku akan tinggal seorang di rumah ini. Semestinya aku akan merasa sunyi tanpa Aida. Selama ini, Aidalah temanku yang paling akrab di bandar metropolitan ini. Selama aku bekerja di sini, aku tak punya ramai teman. Hanya teman sepejabat dan Aida sajalah yang menghiasi hidupku. Bagaimanalah agaknya kehidupanku setelah Aida berpindah nanti.

Aida, yang garang tapi sebenarnya manja. Tegas namun penuh kasih sayang. Anak sulung Pakcik Khairul dan Makcik Aina itu punya hati yang besar. Dari yang aku tahu, keluarga Aida bukanlah dari golongan yang berada. Tapi sepanjang perkenalan kami, Aida tak segan2 membantu sesiapa saja. Selalu ringan tulang dan suka mengambil berat, antara salah satu sebab mengapa aku suka berkawan dengannya. Maka aku juga tak hairan jika Shah Azman, anak Tan Sri Shuhir itu terpikat pada Aida, gadis biasa namun istimewa. Bertuahnya Shah dapat gadis baik macam Aida. Aku doakan mereka berbahagia dunia dan akhirat. Amin.

Cuma aku sajalah yang rugi kehilangan Aida sebagai teman serumah. Walaupun sebenarnya aku sudah agak terbiasa hidup seorang, rasanya hidup sesiapapun takkan lengkap tanpa sahabat yang satu kepala. Ditambah lagi aku ini seorang yang amat susah nak rapat dengan orang yang baru kukenali. Bukan sombong, tapi pemalu. Nak cari roommate baru? Malasnya...

Tiba2, aku dapat merasakan kesunyian semakin menyelinap ke segenap sudut tubuhku.

Dia Milikku - 5b

Mumbling o milanhawkin at 9:51 AM 0 demented soul(s)
Bestnyer bercuti kat kampung ni. Apalagi Terengganu memang terkenal dengan pantainya. Rumah aku pun dekat je dengan pantai, maka setiap petang aku akan singgah ke pantai sebelum menapak balik ke rumah. Salah satu kegemaranku adalah berjalan menyusuri pantai sambil menghirup udara segar yang masih belum begitu tercemar dengan arus pembangunan. Yelah, kalau di KL, udaranya dah sama status dengan asap kereta.

Ini hari keempat aku di sini. Hari terakhir. Lagipun aku tak boleh cuti lama2, nanti kerjaku akan menimbun atas meja. Selebihnya, aku memang tak betah tinggal di kampung dalam jangka masa yang panjang. Seperti apa yang selalu aku beritahu Aida, ‘Aku lebih suka balik kampung dari tinggal di kampung’. Perbezaan yang begitu ketara sebenarnya.

Balik kampung, aku dapat melepaskan rindu pada keluarga, membedal masakan mak dengan sepuas2nya dan dapat menenangkan otakku yang sering bercelaru ini. Tinggal di kampung pula hanya akan membosankan aku, membuatkan aku jadi orang yang tidak aktif, malah mungkin akan melumpuhkan minda aku. Ini hanya pendapat aku saja. Bagi aku, kerja di kampung bukanlah satu pilihan yang baik. Melainkan bila aku dah tua nanti, mungkin kampunglah tempat terbaik untuk aku menetap.

Dari pagi mak tak habis2 dengan rungutannya. Aku hanya mendengar saja. Aku tahu mak kalau boleh nak semua anak2nya bekerja berhampiran dengan rumah. Senang dia jenguk kalau sakit pening, katanya. Di rumah, hanya tinggal adikku yang 3 orang itu. Mak ni memang suka serabutkan kepala sendiri, itu yang siap mengidap darah tinggi tu.

Abah, seperti selalu tak banyak cakap. Cuma dia berpesan agar aku pandai menjaga diri di tempat orang. Abah memang tak kisah sangat, asalkan anak2nya berjaya. Angah, Achik dan Ucu, sudah siap bersalaman denganku. Siap merengek mintak itu dan ini, amanat untukku bila aku pulang ke kampung di lain kali.

Pemergianku dihantar dengan linangan air mata oleh mak, dan lambaian mesra dari yang lain, seperti yang selalu2nya.

Dia Milikku - 5

Mumbling o milanhawkin at 9:38 AM 0 demented soul(s)
Tanganku membetul2kan bantal2 yang tersusun rapi di atas tilam. Syoknya tidur ada bantal banyak2 macam ni. Aku memang minat mengumpul pelbagai jenis dan bentuk bantal. Segera aku melabuhkan tubuhku yang kecil molek ini ke atas tilam, tilam empuk yang menjadi tempat aku berguling2 dari kecil.

Mak dan abah rupanya terlewat bangun sedikit pagi ini. Jadi aku membuat keputusan sendiri menggoreng nasi lebihan semalam sementara mereka solat berjemaah bersama adik2ku yang lain. Aku? Faham2 je la kalau dah perempuan tu. Kemudian, usai saja kami sekeluarga bersarapan, aku kembali semula ke bilik tidurku. Dengan niat nak menyambung hobi terbaruku: membaca kad nama.

-----------------------------------------------------------------
Muhammad Akid B Awaluddin Syah
Business Development Manager

t: 603.261XXXXX
m: 02.012.206XXXX
f: 603.261XXXXX
m.akid@xxx.com

-----------------------------------------------------------------

Muhammad Akid. Macam pelik je nama tu kan? Masa dengar dari mulut dia hari tu pun, ingatkan dia bagi nama glamer. Rupanya memang nama dalam kad pengenalan dia. Dahla muka hensem, nama pun unik. Kadang2 rasa menyampah jugak dengan orang yang dilahirkan serba sempurna ni. Tak cukup dengan itu, kerja pun hebat2. Mesti anak orang kaya juga ni. Tengok cara berpakaian pun dah tahu tak pernah hidup susah. Semuanya berjenama aje.

Sekali lagi mataku tertancap pada nama yang tertera di kad kecil itu. Akid. Memang bertuah sebenarnya aku dapat berjumpa dengan lelaki yang aku puja sejak beberapa hari ini. Siap naik satu kereta untuk jangka masa yang agak lama. Bibirku mengukir senyum. Aduhai, bertuahnya badan. Cuma aku takde sapa2 yang boleh aku luahkan kegembiraanku ini. Bukannya aku tak mahu berkongsi apa2 dengan siapa2. Cuma mungkin saja aku sudah serik untuk berbuat begitu. Entahlah.

"Along!" Ya Allah, kalau nak diikutkan nafsu syaitan kala ini, mahu saja aku bagi penampar pada tuan punya suara yang menyergahku. Tapi kusabarkan saja hati aku. Istighfar, Shaira, istighfar. Jangan diikutkan sangat hasutan syaitan tu.

"Angah ni, boleh tak jangan selalu buat macam tu? Boleh kena sakit jantung Along tau!" masih ada sisa kemarahan dalam suaraku. Manalah aku tak marah kalau dah tengah syok mengelamun pasal pakwe, tiba2 je kena sergah. Dibuatnya aku tersebut nama pakwe tu macam mana? Mau heboh satu kampung ni.

Angah hanya tersengih2 macam kerang kena rebus. Adik perempuanku itu sudahpun berbaring di sebelahku. Rambutnya yang panjang dan ikal itu diikat tocang, membuatkan ianya bergerak2 mengikut gerakan tubuh. Adikku yang seorang ini memang cantik sejak dari kecil. Tubuhnya tinggi lampai dan slim. Kira body dia ni boleh buat lelaki tak tidur malam la. Memang sangat2 berbeza dengan aku yang pendek dan montel ni. Kadang2 aku rasa macam aku ni cuma anak angkat je sebab semua adik aku yang lain memang secara lahiriahnya adalah tinggi.

Aku selalu cakap, 'Along pendek ni sebab Along tinggalkan semua khasiat dan zat2 untuk adik2 Along', tiap kali adik2ku mengusik ke'comel'an aku itu. Pandai2 je aku buat cerita.

"Along tengok apa tu? Dari tadi lagi Angah intai Along asyik tenung kad tu je. Pakwe bagi ek?" soal Angah. Senyumannya tak pernah hilang dari bibir comelnya itu. Aku sekadar mengerling sekilas tanpa memberi apa2 komen. Kad tadi kukembalikan ke dalam walletku.

"Along, dah ada pakwe baru ek?!" usik Angah lagi. Bibirku menyungging senyum. Akid pakwe aku ke? Hahaha... sungguh tak seswai! Aku masih tak menjawab. kubiarkan saja pertanyaan adikku itu tergantung, sebaliknya aku terus menarik selimut dan membungkus tubuhku hingga ke kepala.

"Along!!" Angah cuba menarik kain selimut dari mukaku. Terkial2 la jugak nak menahan selimut tu dari ditarik Angah. Walaupun kurus, Angah ni memang lebih bertenaga dari aku.

"Alaa... janganlah kacau Along, Angah. Semalam Along tak tidur tau" aku pura2 merengek. Sebenarnya aku malas nak bersoal jawab dengan Angah. Nanti macam2 soalan pula yang ditanya. Yang paling aku risau, aku akan tercakap mengenai Akid yang menumpangku pulang. Risau kalau2 Angah kemudiannya akan ‘ter’cakap pulak pada mak dan abah. Lagipula, aku ni memang tak reti sikit nak menipu mak dan abah, hatta bohong sunat sekalipun.

Dalam terkial2 aku menahan tu, akhirnya Angah berjaya juga menarik selimut itu dari wajahku. Cheh, aku kena banyak bersenam ni kalau lain kali nak lawan dengan Angah ni.

"Napa pulak Along tak tidur semalam?" Angah bertukar menjadi polis, menyoalku sambil merenung tepat ke dalam anak mataku. Aku segera melarikan anak mataku. Memang jenis Angah, selagi dia tak dapat jawapan yang dia nak, dia akan terus menyoal.

"Along, Along tak tidur semalam... sebab hal masa makan malam tu ke?" perlahan je suara Angah singgah ke cuping telingaku. Aku sedikit tersentak. Macam mana pulak Angah tahu ni? Mesti dia menguping sama Achik ni. Budak dua orang ni memang suka sikit menyibuk. Segala benda dia nak tahu.

"Angah ngan Achik dengar mak ngan abah bercakap semalam" Haa, kan aku dah cakap. Teruk betullah adik2 aku ni. Langsung tak boleh nak berahsia dari diaorang.

"Lepas tu, Angah dengar Along menangis sampai ke pagi"

Aku diam. Angah juga. Tak sangka Angah dengar aku melalak semalam walaupun dah puas aku tekup mukaku dengan bantal. Nasib tak mati lemas je. Yelah, macam mana la dia tak dengar. Katilnya sebelah je katil aku.

"Along..." panggil Angah, masih dengan suara perlahan.

Aku pandang Angah dengan sayu, seakan memohon pengertian darinya. Sungguh, aku tak sekuat yang kusangkakan. Aku masih tak boleh meluahkan perasaanku tentang peristiwa itu. Aku tak mampu bercerita tanpa menghamburkan air mata. Aku takkan mampu bercerita dengan senyum di bibir, biarpun sepahit mana. Aku tak mampu!

Aku lihat Angah mengangguk dan kemudiannya bangun meninggalkanku. Aku berpaling mengadap ke dinding, menarik selimut hingga ke kepala. Pagi yang dingin itu mungkin sedang sama2 bersedih denganku bila titisan2 air dari langit mula singgah ke bumi.

Dia Milikku - 4

Mumbling o milanhawkin at 9:38 AM 0 demented soul(s)
Mak dan abah menyambut kepulanganku dengan senyum di bibir. Adikku yang paling bongsu, Nazrin siang2 lagi sudah mengangkut beg pakaianku ke dalam rumah, dan sudah mula mengeluarkan isinya. Nak cari hadiah la tu. Tak sabar2. Manakala Angah dan Achik pula sibuk nak meminjam keretaku. Hatiku digamit rasa bahagia yang mendalam bila melihat suasana begini.

Malam itu, mak menjamu kami sekeluarga dengan makanan kegemaranku, ikan patin masak lemak tempoyak. Begitu berselera aku makan masakan air tangan mak. Memang tiada tandingannya dengan masakan makcik kat food court. Lazat sangat!

“Kamu kat KL tu takde jumpa sapa2 ke, Along?” mak bersuara sepatah, memandangku penuh makna. Ah, soalan cepumas. Macam la aku tak tahu sebab mak aku tanya macam tu.

“Jumpa sapa, mak?” aku buat2 tak faham bahasa Melayu. Malasnya aku kalau soalan begini dah keluar dari mulut mak. Kukerling abah yang sibuk menceduk kuah masak lemak ke pinggannya. Ish, abah ni, tolonglah Along. Sibuk makan pulak dia.

“Yelah, dah bertahun Along kat KL tu. Takkanla tak jumpa dengan sapa2 lagi” kata mak lagi. Abah...

“Along memang jumpa ramai orang kat KL tu, mak. PM je Along tak jumpa lagi. Maklumla, PM tu busy je memanjang. Mana ada masa nak jumpa Along ni” aku buat lawak bodoh. Aku nampak mak tarik muka, tapi aku cepat2 suap nasi ke dalam mulut. Angah dan Achik siap gelak bila dengar kata2 aku. Gelak la, gelak. Dah sampai giliran kamu esok, Along nak dengar je kamu jawab apa dengan mak.

“Kamu ni, cubalah serius sikit bila bercakap tu. Umur kamu tu bukannya muda lagi. Dah 28 tahun dah. Dah nak masuk 30. Kawan2 kamu semua dah beranak pinak. Agaknya dah ada yang sambut cucu” ceramah mak lagi.

Mak, mak. Kalau mak dah guna panggilan ‘kamu’ untuk aku, maknanya dia dalam proses nak melenting la tu. Ish, mana ada orang dapat cucu masa umur 30? Melainkan dia kahwin dengan datuk. Takkan mak nak suruh aku kahwin dengan datuk kot? Geli sehh...

“Alah, kalau dah sampai jodoh Along ni, kahwinlah dia, Mah. Toksah la nak risau sangat” Yes! Abah dah bersuara. Kalau abah dah bersuara, mak takkan cakap apa2 lagi. Sayang abah, muachh.

“Mah ni bukan apa, bang. Nak la jugak timang cucu sebelum mata ni tertutup. Bila tengok anak2 orang lain yang dah berkeluarga tu...” mak berhenti bercakap. Aku nampak mata mak dah merah. Menangis ke? Bila bab ni timbul, mak akan selalu mengalirkan air mata. Ni yang buat aku lemah ni.

Angah dan achik saling memandang. Pelan2 mereka angkat pinggan ke dapur. Pandai je korang nak lari ek. Adik bongsuku pun sama menarik pinggannya dari meja dan berlalu ke dapur. Aku menarik gelas ke mulut, meneguk perlahan teh panas yang mak sediakan. Nak lari kang, takut nampak tak sopan pulak.

“Dahla tu, Mah. Buat apa kamu nak sedih. Benda ni bukannya perkara main2. Jangan terburu2. Kamu nak ke perkara yang sama berlaku pada Along lagi? Dulupun macam ni la. Kamu gesa dia kahwin cepat2. Lepas tu apa dah jadi?” suara abah sedikit meninggi. Tegas.

Aku diam tak berkutik. Mak pun sama. Aku perasan mak memandang sayu padaku. Mungkinkah mak masih lagi rasa bersalah? Tapi itu semua bukan salah mak. Bukan juga salah sesiapa. Seleraku mati tiba2. Aku bangun dari kerusi, mengheret kakiku ke dapur. Aku cuci tanganku.

“Itulah abang. Kenapa nak diungkit pasal hal dulu depan dia. Kan dia dah terasa hati. Makan nasi pun tak habis” aku dengar mak berbisik pada abah. Bisik konon, kalau bisik macam mana aku boleh dengar pulak.

“Habis, yang kamu dok paksa dia kahwin cepat2 tu takpe pulak. Dia baru je nak mulakan hidup baru. Abang taknak tengok dia sedih2 lagi. Kamu jangan ungkit lagi pasal kahwin depan dia” abah pula membalas.

“Maafkan Mah, bang. Mah tak niat macam tu” sedih je aku dengar mak bersuara.

Rupanya aku tak sanggup lagi mendengar butir bicara mak dan abah lagi. Cepat2 aku melangkah ke bilik, sedaya upaya cuba menyembunyikan air mataku yang sudah mengalir deras ke pipi. Ya Allah, tabahkanlah hati hambaMu ini. Kalau selama 2 tahun ini aku begitu tabah hidup begini, Kau kekalkanlah ketabahanku ini, Ya Allah...

Dia Milikku - 3

Mumbling o milanhawkin at 9:15 AM 0 demented soul(s)
Ni yang aku malas ni. Nak balik kampung kena drive sampai 4-5 jam. Jauh tu. Nak berhenti mana2 tempat rehat, aku tak berani. Maklumlah, sorang2 macam ni. Perempuan pula tu. Kalau jadi apa2 karang, aku jugak yang susah. Si Aida pula, hari tu dok bising aku tak pernah ajak dia balik kampung aku. Bila dah ajak, macam2 alasan pula yang dia bagi.

"Tunang aku baru balik dari Manchester esok. Kenalah aku jemput dia. Tak jemput karang, merajuk pulak" Aida memberi alasan. Siap tunjuk muka kesian lagi.

Terbayang wajah manis Shahrul di ruang mataku. Tunang Aida itu memang lemah lembut sikit. Begitu kontra dengan sifat semulajadi Aida sendiri. Nampaknya, opposite did attract. Yang kelakarnya, si Shah ni memang selalu nak merajuk dengan Aida. Manja betul. Nama je lelaki, tapi merajuk mengalahkan perempuan. Kadang2 tu rasa macam Aida ni pula yang jadi lelaki. Tegas dan keras. Dah terbalik ni.

"Ha, nanti jangan cakap aku tak ajak kau balik kampung aku pulak" aku memberi amaran. Sengaja. Aida sudah menarik muka. Tak puas hatilah tu. Aku buat tak peduli, sengaja menyibukkan diri melipat baju kurung ke dalam beg pakaian.

"Alah, kau tu yang sengaja nak balik minggu ni. Kau dah tahu Shah nak balik esok, hari ni jugak kau nak balik" ujar Aida, masih mahu menyalahkanku. Aku sekadar mencebik.

Habis, dah janji dengan mak. Takkan nak mungkir janji dengan mak aku pula. Kang lagi mengamuk orang tua tu dengan aku. Susah betul nak puaskan hati semua orang. Alih2 aku juga yang merana. Dan kini, aku sedang memandu sendirian di dalam kereta menuju ke Dungun, Terengganu.

Bosan memandu, aku mula menyanyi kuat2 mengikut rentak lagu. Nasib baik lagu yang sedang berkumandang ini, aku tahu liriknya. Boleh la juga nak asah bakat menyumbangkan suara, hehehe. Kalau adik aku dengar ni, mahu dia lompat keluar dari kereta. Agaknya lagi rela menapak balik dari naik satu kereta denganku. Dengki la tu.

Bila masuk lebuhraya Kuala Lumpur-Kuantan, aku sudah boleh relaks. Sekurang2nya aku dah boleh pecut bila masuk highway. Yearghh... akulah raja pecut highway. Eh, silap, ratu laa... Kakiku menekan minyak sebanyak yang boleh. Kasi belasah sama dia. Berkat kelajuan kereta Tiara ini, aku berjaya jugalah memotong sebuah dua Kancil.

Setelah aku memotong sebuah lagi kancil di atas jalan highway itu, mataku tertangkap sesusuk tubuh di tepi jalan. Di tepi highway? Tengah2 panas ni? Nampak macam hitchhiker je. Tangannya sibuk memberi isyarat nak mintak tumpang. Tapi kenapa aku rasa cam familiar je mamat tu?

Aku memperlahankan kereta. Niatku sekadar ingin melihat tuan empunya tangan. Tak terniat pun nak berhenti sebab mak aku pernah cakap, jangan sesekali tumpangkan orang yang aku tak kenal. Yelah, mana tahu entah penyamun ke perompak ke perogol bersiri ke...

Hah?? Biar betul ni?

Tanpa sedar, aku sebenarnya sudah menekan brek keretaku sekuat hati. Apa lagi, dengan driver2nyalah terhumban ke depan. Nasib baik aku ingat nak pakai seatbelt. Itupun sebab aku ternampak polis dok berkumpul masa masuk highway tadi. Bunyi kereta tak payah ceritalah. Agaknya dah ada bunyi macam kat Sepang trek tu ha.

"Ish, biar betul ni?" aku menggumam sendiri. Mataku sudah melirik ke arah side mirror. Lelaki tadi menghampiri keretaku. Laju betul dia jalan. Agaknya takut aku tinggalkan dia tak?

Tapi betul ke apa yang aku nampak ni? Aku menggenyeh mata berkali2. Betullah dia! Mamat yang aku angaukan tu! Kenapa pulak dia ada kat sini? Tengah2 highway pulak tu. Takde pula nampak kereta rosak ataupun mana2 kenderaan lain yang rosak. Takkan dia datang dari balik hutan kot?

Aku tersentak bila cermin keretaku diketuk. Kuat. Ini nak bagi cermin kereta aku pecah ke apa? Dahlah kereta ni dah boleh nak masuk kategori antik. Perlahan aku menurunkan sedikit cermin tingkap kereta kesayanganku. Lelaki itu menunduk, mendekatkan wajahnya ke tingkap kereta. Aiseh, memang sah hensem tahap dewa. Walaupun berpeluh, dia tetap nampak hensem. Bencilah!

"Hai!" dia menyapa dengan senyuman menggoda. Sebenarnya senyumannya bukanlah menggoda aku, cuma aku yang tergoda. Rasa nak gugur je jantung ni melihatkan senyumannya. Alahai... Aku balas senyum.

"Boleh tumpangkan I ke Kuantan?" dia meminta. Suaranya kedengaran macho aje kat telinga aku. Garau dan penuh kejantanan. Mak, Along tengah tergoda ni!

"Err..." lidahku kelu tiba2, menggaru2 kepalaku yang sebenarnya langsung tak gatal. Kepala memang tak gatal, yang gatalnya seluruh badan aku ni.

"Jangan risau, I bukan perompak, juga bukan pembunuh" ucapnya. Senyumannya tak lekang dari bibirnya yang nipis. Merah. Tak merokok? Nah, ciri2 lelaki idaman ni.

"Perogol?" mulutku mengeluarkan bunyi tanpa sempat kuhalang. Lelaki itu tergelak besar. Mak aih, merdunya awak gelak. Rasa macam... macam nak gigit jer. Hahaha... gatal sungguh aku ni yer.

"Pun bukan. Boleh ke I tumpang?" soalnya lagi. Beg galasnya dibetul2kan. Berat agaknya. Entah kuasa apa yang merasukku, kepalaku terangguk2. Jadi burung belatuk sekejap aku ni.

Bila lelaki tu dah masuk ke dalam keretaku, barulah rasa menyesal tu datang. Aku ni dah gila agaknya. Kalau mak, abah dan adik2 aku tahu aku ambil stranger naik kereta aku ni, mahu aku kena sembelih. Paling cikai pun mesti kena membebel dengan diaorang 17 hari 20 malam.

Masa ni barulah aku nak rasa ragu2 dengan kata2 dia tadi. Hensem, hensem jugak. Ingat takde ke pembunuh bersiri yang hensem? Ingat takde ke perogol yang muka macam Hans Isaac? Aduh, mati aku kali ni. Kali ini, aku pula yang berpeluh.

"Nice car" Ini perli ke betul2 puji ni? Tahulah kereta saya ni tak sehebat rakyat kat KL sana nun. Tapi sekurang2nya saya ada kereta. Takde lah pulak saya tercampak kat highway sorang2 camni. Kalau saya tak berhenti tadi, mesti awak dah kena menapak balik Kuantan. Baru padan dengan muka!

"Sorry I dah susahkan you. I tahu you pun tak biasa buat macam ni kan? Tapi I pelik juga, kenapa you berhenti tadi?" lelaki itu memulakan bicara. Agaknya ingin mengurangkan ketegangan yang aku ciptakan sebentar tadi. Yelah, aku dah main jeling2 semacam kat dia, takkan dia tak perasan.

"Actually, saya pun tak pasti kenapa saya berhenti" akuiku. Aku melirik lagi. Nampak senyumannya yang menawan sukma itu. Oh hati, tabahlah dikau dengan godaan ini. Fokus, fokus pada jalan raya. Takpe, takpe, Kuantan dalam masa sejam setengah. Lepas tu aku dah boleh bernafas dengan lega.

"You pun mesti tertanya2 macam mana I boleh ada kat tepi highway tu kan?" Wah, ini soalan menguji minda ke? Mestilah aku tak tahu. Aku bukannya tukang tilik. Lagipun mak aku cakap tak elok kita orang Islam percaya kat benda2 karut macam tu. Err... awak ni Islam ke?

Mataku singgah pada telinga kanannya. Eh? Dah tak pakai subang? Rasa macam nampak dia pakai subang hari tu. Oh, kat sebelah kiri rupanya. Aduii, kenapa la awak ni nampak macho sangat pakai subang? Bukan sepatutnya takleh ke lelaki pakai subang? Selalunya yang pakai subang sebelah ni, gay. Awak ni gay ke? Janganlah... rugi! Rambut pun masih tercacak2 lagi. Dan apsal awak nampak smart sangat pakai spek? Seriusly, smart giler wak...!

"Nama I Akid. Nama you?" lelaki itu memperkenalkan dirinya. Tersedar sekejap aku dari lamunan.

"Saya Shaira. You can call me Shaira" Cis, aku tengah buat lawak antarabangsa ke apa? Suruhlah dia panggil aku Ira ke, Sha ke, macam kawan2 aku yang lain.

"Nice name. You can call me Kid. I’ll call you, Shai" Pandai2 je mamat ni buat keputusan nak panggil aku Shai. Tak pernah dibuat dek orang. Kalau aku larang ni, dia merajuk tak?

Mungkin Allah masih sayangkan aku. Sepanjang perjalanan ke Kuantan, tiada apa2 yang tak elok yang berlaku. Malah sepanjang perjalanan kami, Akidlah yang paling banyak berbual. Mungkin dia tak nak bagi aku mengantuk. Macam2 lawak yang dia keluarkan. Memang seronok bersama dengannya. Cuma sampai sekarang aku masih tak tahu bagaimana dia boleh tersadai di tepi highway tu. Tak sedikit pun dia bangkitkan pasal hal tu. Aku nak tanya pun, malas. Takut pula dia kecil hati.

Bila sampai ke Kuantan, Akid tinggalkan kadnya padaku.

"When we see each other again, I’ll return the favor" ucapannya disertakan sebuah senyuman semanis madu, membuatkan aku terkedu sekejap.

Itulah kata2 terakhirnya padaku sebelum menghilangkan diri di celah2 manusia yang membanjiri stesen bas Kuantan.

Dia Milikku - 2

Mumbling o milanhawkin at 9:13 AM 0 demented soul(s)
Dan untuk hari2 yang seterusnya, mataku masih lagi tercari2 bayang si dia. Dan setiap hari jugalah pencarianku berakhir dengan kehampaan. Nampaknya aku sudah takkan mungkin berjumpa dengannya lagi. Melepas!

Tak cukup di food court, aku begitu berharap untuk terserempak dengannya di mana2. Malah setiap langkah kaki yang kubawa, aku berdoa untuk berjumpa dengannya. Kalau boleh melihat dari jauh pun tak kisah. Aku cuma mahu melihatnya, memujanya dari jauh. Itu saja. Atau betulkah itu saja? Dah angau dah aku ni!

"Aku tengok kau ni asyik termenung je semenjak dua menjak ni. Kenapa? Kau ada problem ke? Tak nak kongsi dengan aku?" soal Aida, merenung tepat ke mukaku. Aik, bila masa la pulak minah ni datang ke meja aku? Rasanya tadi dia masih kat meja dia.

Aku cuma mampu tersengih. Yalah, problem aku hanya kerana angaukan lelaki yang aku sendiri tak tahu nama. Macam mana nak cerita pada Aida? Nanti aku juga yang malu.

"Sengih pulak dia. Aku tanya kau ada masalah ke apa, bukannya suruh kau tayang gigi" Aida sedikit membentak. Minah ni memang cepat naik angin.

"Yelah, aku mana ada problem. Sebab tulah aku sengih je" balasku sambil melarikan pen hitamku ke atas kertas putih di hadapanku. Entah apa yang aku contengkan, aku sendiri tak berapa pasti. Parah ni!

"Kau ni memang, selalu je nak berahsia dengan aku. Kita dah kawan dekat 2 tahun, tapi tak banyak yang aku tahu pasal kau. Kampung kau pun aku tak pernah jejak tau" ujar Aida. Nadanya macam merajuk. Ah sudah...

"Laa... kau nak bercuti kat kampung aku ke? Napa tak cakap awal2. Nanti bila cuti panjang, kita balik kampung aku, nak?" aku masih membalas sambil lewa. Aida menghentakkan kakinya dan terus berlalu. Macam budak2 pula. Malas aku nak layan minah tu. Sekejap lagi baiklah dia tu. Yelah, dah serumah, lama mana sangatlah dia tak nak bertegur dengan aku. Datang kerja pun naik kereta aku.

Balik kampung? Hmm... memang lama dah aku tak balik kampung. Kerja kat sini memang banyak menuntut masa lapangku. Kadang kala, hari Ahad pun aku kena datang kerja. Bila masa sangatlah aku nak balik kampung? Asal cuti panjang sikit, aku lebih suka lepak kat rumah. Aku bukan jenis yang pantang cuti, mulalah nak balik kampung bagai. Aku lagi rela menganyam mimpi dan menternak lemak.

Tiba2 telefon bimbitku berbunyi. Ada sms yang masuk. Segera kucapai telefon Nokia 3310 yang dah bertahun kupakai. Tak pernah tukar walau sekalipun. Dah pelbagai jenis handphone yang keluar di pasaran, aku masih tak teringin nak menukar. Lagipun, masih boleh pakai apa. Bukan sekali dua aku kena perli dengan teman2 sepejabat, tapi aku buat dek je. Biarlah apa orang nak cakap. Telefon ni banyak sangat kenangannya. Sayanglah.

-Along, mak tanya, dah tak ingat jalan balik ke?-

Haha... adikku yang satu ini memang sinis. Ada ke gini caranya cakap dengan Kak Long? Ada gaya nak kena sekeh kepala bila balik kampung ni karang.

Nak balas apa ye? Tanganku menaip sesuatu di skrin telefon burukku itu. Kemudian aku meletakkan kembali telefon bimbitku ke dalam sarungnya.

-Yelah mak. Tahun depan Along balik ye-

Tahun depan hanya tinggal beberapa minggu saja lagi.

Dia Milikku - 1

Mumbling o milanhawkin at 9:10 AM 2 demented soul(s)
Tidak berkelip mataku merenung batang tubuh yang terpacak tidak jauh dari mejaku. Teman2ku yang lain sudahpun tenggelam dalam makanan masing2, sudah tidak menghiraukan keadaan sekeliling yang hingar bingar. Sememangnya suasana di food court di bangunan tempatku mencari rezeki ini seringkali penuh dengan pengunjung. Mungkin juga kerana tempat makan halal yang paling dekat pun memerlukan perjalanan sejauh setengah jam dengan menaiki kereta. Memang selalu pun, aku begitu malas untuk menapak keluar dari bangunan.

Ah, kacaknya. Hati kecilku tak henti2 memuji ciptaan tuhan itu. Sungguh, aku begitu terpaku dengan ketampanannya. Selalunya aku tak berminat dengan lelaki yang bercermin mata. Terlalu nerd, bagiku. Tapi, lelaki ini tampak begitu berkarisma dengan kaca mata berbingkai hitam metallic. Rambutnya sedikit tercacak,dengan style terkini. Sekali pandang, nampak macam rambut Dong Wook pun ada. Dan yang paling uniknya tentang lelaki ini adalah telinganya yang bertindik, menambahkan lagi kemachoannya. Tapi... bukankah lelaki Islam tidak dibenarkan bertindik? Lelaki ini bukan Islamkah? Nampak macam melayu aje. Sekarang ini, lelaki cina pun dah nampak macam melayu. Dan melayu pun tak semestinya Islam sekarang ni. Hmm...

Aduh, tampannya. Nampaknya aku takkan habis2 memuji lelaki ini seharian biarpun si tuan punya badan langsung tidak tahu. Mataku beralih ke arah tubuhnya yang tinggi lampai. Kalau aku berdiri di sebelahnya, agaknya kepala aku hanya boleh sampai pada dadanya saja. Entah apalah yang dibualkan dengan peniaga makanan itu ye? Lama betul dia berbual dengan pakcik nasi ayam tu. Takkan tengah minta kurangkan harga kot?

Dari mana datangnya mamat ni? Kerja di bangunan ini jugakah? Tapi takkan begini rugged, dengan seluar jeans lusuhnya dan berbaju kemeja lengan panjang yang dilipat hingga ke paras siku. Tak nampak macam pekerja kolar putih pun? Kolar biru pun bukan rasanya. Takkan student kot? Segera aku teringat yang kat sini ada sebuah kolej swasta. Kolej anak2 orang kaya yang tak lulus SPM. Tapi terlalu tua untuk jadi student. Terlalu muda untuk jadi pensyarah.

"Yang kau ni dari tak jamah sikit pun nasi kau ni kenapa?" jerkah teman sepejabatku, Aida. Nasinya sudah tinggal suku saja lagi. Bihun tomyam Kak Shila pun dah tinggal separuh. Nasi ayam Mimi pula dah lama tinggal pinggan. Hanya nasi gorengku saja yang tak terusik.

Serta merta aku terasa hangatnya pipiku. Malunya! Diaorang perasan ke aku tengah usha mamat tadi? Selalunya aku tak macam ni. Selalunya aku akan terus makan tanpa pedulikan orang sekeliling. Entah kenapa, hari ini mataku terpandang ke arahnya. Siap terpaku lagi tu. Nasib baik aku bukan tengah berdiri ke apa. Kalau tak, memang diaorang akan perasan.

"Ah, lupa pulak nak makan" jawabku pantas. Aku perasan mata Aida sudah mencerlung. Kak Shila dah tergelak sambil menggeleng kepalanya. Mimi pula meneguk rakus air soya di hadapannya dengan asyik. Agaknya malas nak melayanku.

"Apa punya alasan la dia ni bagi. Dah, makan cepat. Nanti nak solat lagi. Lambat pulak masuk office" arah Kak Shila.

Aku angguk dan mula membawa sudu yang berisi nasi goreng masak ala kampung itu ke mulut. Sambil itu mataku masih sempat mencari2 kelibat lelaki yang ku usha tadi. Hampa. Takpelah, yang penting, hari ini aku dah tengok salah satu ciptaan Allah yang terbaik. Aku sengih sendiri.
 

thydivaontheloose... tempat ambe jadi minah jiwang Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review