|Terkini dari milan|

1. Amihana: Nilai Sekeping Hati 56 was the last post. New entry? Ntahla... (- . -')
2. SUS - dihentikan untuk seketika.
3. ABB - sedang dirombak. Progress may be updated.

Followers

Monday, July 23, 2007

::Kusimpul Mati - 25::

Mumbling o milanhawkin at 1:18 PM
Sudah hampir tiga minggu kejadian itu berlalu. Suasana di rumah juga semakin hambar. Alia sudah kembali meneruskan pengajiannya di universiti. Bapa mertuanya juga sudah semakin sibuk dengan kerjaya. Walaupun ibu mertuanya sentiasa ada untuk menemaninya, hati Mila tetap gusar bila melihat Amirul.

Setiap hari, Amirul akan pulang lewat. Jika jam tidak mencecah angka 2 atau 3 pagi, Amirul tidak akan pulang. Wajah Amirul juga sudah semakin tidak bermaya. Semakin kusut fikirannya bila melihatkan keadaan Amirul. Puas Mila cuba mengajak Amirul berbual namun tidak sepatah pun perkataan yg keluar dari bibir itu.

Hari ini juga sama. Jam sudah menghampiri angka 2 pagi. Bayang Amirul masih tidak muncul. Sudah berkali2 Mila menjenguk ke luar rumah dari balkoni biliknya, menanti kereta Amirul muncul. Harapannya sia2. Hatinya makin digaru bimbang.

Akhirnya, kelihatan cahaya lampu kereta bersinar2 dari jauh, semakin mendekati banglo mewah itu dan akhirnya memasuki perkarangan banglo. Mila segera berlari menuruni anak tangga dan membuka lampu ruang tamu. Tangannya segera memusing tombol pintu.

Amirul berdiri di depan pintu. Wajahnya kusut. Tali lehernya sudah direnggangkan. Matanya merenung wajah Mila yg membalas dengan senyuman.

“Kau lagi! Takde muka lain ke kat rumah ni?” gerutunya sambil cuba membuka kasutnya. Bau arak menusuk hidungnya. Ya Allah, Amirul minum? Mila mengucap panjang.

Amirul hampir terjatuh ketika dia cuba melepasi Mila. Dengan tangkas, tenaga perempuannya dikerah untuk memapah lelaki itu masuk. Dengan hati2 juga dia membawa Amirul naik ke bilik, tidak mahu ibu dan bapa mertuanya melihat keadaan anaknya yang sebegini. Hatinya dipagut rasa pilu melihat Amirul mula meracau sebaik saja tubuh itu dibaringkan ke atas tilam.

“...perempuan tak guna...menyesal...sial...” hanya itu yang mampu difahami oleh Mila. Selebihnya kata2 lelaki itu seakan gumaman yang tidak jelas. Mila kembali turun ke bawah untuk menyediakan minuman. Walaupun dia tahu Amirul tidak akan menjamahnya, namun dia tak sanggup mendengar kata2 hinaan dari mulut lelaki itu.

Sebaik saja dia kembali menatang secawan kopi, Amirul sudah lena dalam mimpi. Mila mengeluh lega. Dengan penuh hati2, bimbang jika Amirul terbangun dari tidurnya, Mila melepaskan stokin Amirul. Dileraikan butang2 di baju Amirul agar dijamah hawa dingin bilik. Kemudian dia menyelimutkan suaminya dengan penuh kasih.

Mila duduk di birai katil, wajahnya kemudian disandarkan di tepi katil. Matanya merenung sayang pada Amirul yg sedang lena diulit mimpi. Tanpa sedar, jemarinya mengelus lembut rambut lurus Amirul yg berjuraian di dahi, diselaknya perlahan. Telapak tangannya menyapu lembut wajah Amirul. Bila lena begitu, tiada langsung garis kemarahan di wajahnya. Hanya ketenangan yg terpamer. Wajahnya nampak hampir kebudakkan, membuatkan hatinya disimbah sayang. Jarinya menyentuh hidung Amirul yg mancung melayu, menyusur keningnya yg agak lebat. Kemudian jarinya singgah pada bibir Amirul yg sedikit kemerahan. Hatinya berdegup kencang tiba2. Terasa suatu naluri yg tidak pernah dirasainya selama ini menerjah pintu hatinya. Dielus lembut bibir itu dengan terketar2. Mila semakin berdebar2. Dengan perlahan, jarinya yg singgah di situ tadi, dibawa pula ke bibirnya. Wajahnya merona merah setelah menyedari apa yg dilakukannya.

'Apa kena dengan kau ni, Mila? Dah gila agaknya' hatinya mencemuh.

Walau sudah berbulan2 mereka bernikah, tak pernah sekalipun Amirul menyentuhnya. Kadang kala hatinya digigit rasa rindu. Rindu untuk dibelai dan dilayan sebagai isteri. Hingga ada masanya dia sengaja berpakaian seseksi mungkin bila saja mereka berdua di dalam bilik. Namun Amirul hanya melepas pandang dan terus beradu tanpa ucapan. Tiada lirikan manja, tiada kata2 romantis apalagi sentuhan yang mesra. Pandangannya selalunya penuh kedinginan, bisa membuatkan tubuhnya menggigil.

Mila membetulkan rambut Amirul dan kemudiannya membuat keputusan untuk tidur di tempat biasanya, bila dia terdengar suara Amirul seakan berbisik.

“Sya...”

Jiwa Mila kembali pilu. Sebak menguasai dadanya hingga rasanya begitu sukar untuk bernafas. Hatinya terasa semakin pedih bila nama itu diulang oleh suami sendiri.

'Sampai bila baru kau akan menjadi milikku, Aqim? Bilakah harinya hatimu itu akan dapat kugapai? Harus bagaimana lagikah hati ini diuji?' seru Mila. Terasa ada air yang mengalir ke pipinya.

0 demented soul(s):

 

thydivaontheloose... tempat ambe jadi minah jiwang Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review