|Terkini dari milan|

1. Amihana: Nilai Sekeping Hati 56 was the last post. New entry? Ntahla... (- . -')
2. SUS - dihentikan untuk seketika.
3. ABB - sedang dirombak. Progress may be updated.

Followers

Saturday, June 28, 2008

Amihana: Nilai Sekeping Hati 10

Mumbling o milanhawkin at 9:57 PM
“Hana, aku nak tanya sikit ni. Kau jangan marah pulak” Aida berbisik ketika kami sama2 sedang menelaah di dalam perpustakaan UiTM. Aku mengangkat mukaku dari bacaan, merenungnya dengan penuh tanda tanya.

“Tanya apa?” soalku dengan kerut di dahi.

“Kau gaduh dengan Kamal ke?”

“Huh?” Nyata sekali aku terkejut dengan soalan dari Aida itu. Nampak sangatkah perbuatan aku mengelakkan diri dari bertembung dengan Kamal Hadi? Ah, susahlah aku nak terangkan pada Aida kalau macam ni.

“Kau gaduh dengan Kamal ke?” sekali lagi Aida menyoal. Masih dengan nada berbisik. Cepat2 aku menggelengkan kepala.

“Mana ada. Kau ni...” sanggahku. Anak mata kularikan, kembali mengadap buku. Sebolehnya aku tak mahu Aida perasan apa yang sedang bergolak di mindaku saat ini. Aku malu...

Takkan aku mahu bercerita pada orang yang aku ini telah ditolak oleh seorang lelaki. Takkan aku nak bercerita yang cintaku ini tidak bersambut. Mana aku nak letakkan muka. Aku juga ada maruah yang perlu aku jaga. Lagipula, aku memang sengaja mahu mengelakkan diri dari sentiasa bertembung dengan Kamal Hadi, walaupun kami sekumpulan untuk kerja kursus ini. Aku sebenarnya tidak mahu mengasaknya. Aku mahu memberinya ruang, sekaligus meneliti sendiri tentang luahanku pada hari itu.

Macam apa yang pernah aku dengar, ‘if you love someone, let him go. If he comes back, then he is meant for you’. Jadi, aku menjauhkan diri darinya untuk sementara waktu, sekaligus memberi peluang pada diriku sendiri untuk bertenang.

“Well, kau nampak macam nak lari2 je dari Kamal tu... Itu yang aku tanya. Sorry la kalau aku salah faham. Kau janganlah marah aku” ucap Aida dengan muka bersalahnya.

Aku menggigit bibir, tetapi kemudiannya aku menghulurkan senyum manis ke arah Aida.

“Aku tak marah kaulah... Sekarang ni aku cuma nak habiskan masa yang ada ni dengan menyiapkan assignment kita ni je. Lepas ni kan, kita semua cuti semester. Aku tak nak tersadai kat sini sebab tak dapat siapakan last assignment ni” balasku tenang, sekaligus memujuk Aida.

“Dan lagi, aku dan Kamal Hadi memang tak pernah ada apa2. Jadi apa perlunya aku gaduh2 dengan dia. Kita semua ni kan kawan” akhiriku. Aida tersengih. Mungkin saja Aida tidak percaya pada alasan yang kuberikan. Tapi aku benar2 tidak mahu memanjangkan perkara ini. Biarlah ini semua menjadi rahsia diriku.

Ah, cepatlah cuti semester datang. Aku benar2 mahu pulang ke pangkuan keluarga. Hanya mereka yang dapat meleraikan perasaan kusutku di saat ini.

0 demented soul(s):

 

thydivaontheloose... tempat ambe jadi minah jiwang Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review