|Terkini dari milan|

1. Amihana: Nilai Sekeping Hati 56 was the last post. New entry? Ntahla... (- . -')
2. SUS - dihentikan untuk seketika.
3. ABB - sedang dirombak. Progress may be updated.

Followers

Monday, January 14, 2008

Cinta bertih jagung - 2

Mumbling o milanhawkin at 9:48 AM
Aku mengeluh, mengusung buku2 latihan yang perlu baru saja diambil dari bilik guru. Biasanya Kamal, ketua kelas 5 Sains 1 yang selalu mengambil buku latihan, tapi hari ini dia cuti pula. Terpaksalah aku mengangkut buku2 sebanyak 25 buah itu seorang diri. Berat siot!

“Nak ajak Shah tadi, dia hilang pulak. Kalau tak, takde la aku kena angkut sorang2 macam ni. Cikgu pun satu, kelas dah habis baru suruh aku datang ambil buku. Esok2 takleh ke?” omelku sendiri sambil cuba mengimbangkan buku2 di tanganku. Beratnya!

Mengingatkan Shahil mengundang senyum di bibirku. Hanya Shahil yang sudi mendengar aku bercakap berjam2. Shahil begitu penyabar. Aku sendiri hairan kenapa aku bercakap macam bertih jagung, tapi itu memang sudah sifat semulajadi. Macam mana nak ubah. Ah, asalkan Shahil masih sanggup mendengar, aku tak peduli apa orang lain nak cakap.

Sampai ke kelas, pintu kelas tiba2 dibanting dengan kasar. Hampir saja mahu terkena mukaku yang comel ni. Kalau tak, memang merah hidung mancungku karang. Kemudian keluar pula seorang gadis cantik dengan wajah yang dibasahi air mata. Gadis itu segera berlari keluar, seakan mahu melepaskan diri dari sesuatu. Atau seseorang...

“Kenapa ni? Rasanya macam budak tingkatan 4 tu...” aku mengerut dahi. Nak panggil, budak tu dah lari jauh. Tak sempat aku nak mengorek rahsia. Kalau tak, boleh juga dibuat bahan bercerita pada Shahil nanti.

“Shah!!” aku menjerit dek terkejut yang amat bila wajah Shahil terpacul di hadapanku. Semua buku di tangan jatuh bertaburan mencium lantai. Shahil memandangku tanpa reaksi, seperti biasa. Memang lelaki yang satu ini jarang menunjukkan apa2 reaksi di wajahnya. Muka batu!

“Terkejutlah. Kau buat apa kat sini? Eh, ini memang kelas kita pun. Tapi semua orang dah balik kan? Tadi tu...budak pompuan tu.... kenapa dia nangis?” seperti biasa, ayatku tidak pernah pendek.

Shahil mengeluh, tunduk memungut buku2 yang bertaburan tanpa jawapan. Aku turut sama mengutip buku2 tadi. Tanpa suara, Shahil menolongku membawa buku2 tadi masuk ke kelas, meletakkannya ke atas meja guru.

“Kenapa? Kenapa dengan budak tu? Ceritalah kat aku. Ah, aku tahu. Mesti budak tu cakap dia suka kat kau, kan? Kemudian kau tolak cinta dia kan? Kan?” aku menyerkap jarang.

Bukannya aku tak tahu, walaupun dia ni terkenal dengan muka tanpa reaksinya, dia tetap glamer. Pelajar perempuan mana yang tak kenal dia. Semua pun berminat nak menjadikannya calon boyfriend. Cuma kerana muka takde perasaan dia tu je yang membuatkan pelajar2 perempuan tadi berfikir dua tiga kali mahu meluahkan perasaan. Sebab? Sebabnya dia tak layan perempuan. Katanya, menyusahkan je layan perempuan2 tu.

Shahil merengus kasar, membenarkan segala telahanku. Aku mengeluh perlahan. Apalah nak jadi dengan sahabatku yang seorang ini. Aku bukannya tak biasa melihat pelajar perempuan meluahkan perasaan mereka pada Shahil. Dah selalu sangat. Tapi Shahil tak pernah mahu melayan mereka. Semua luahan cinta mereka ditolak mentah2.

“Jadi betullah... Shah, kau yang macam ni, serius memanjang, memang orang akan salah faham bila tengok kau. Janganlah buat diaorang menangis lagi. Cubalah berubah sikit. Cubalah layan diaorang baik sikit. Takde salahnya kalau kau layan diaorang dengan lembut.” nasihatku panjang lebar.

Sebenarnya aku tak suka pelajar lain membuat anggapan yang tidak baik pada Shahil. Bagiku, Shahil pemuda yang baik. Bukannya garang dan anti-sosial seperti yang selalu aku dengar. Sepanjang persahabatan kami, aku tahu dia lelaki yang begitu memahami dan penyayang walaupun jarang dia ekpresikan di wajahnya.

Shahil merenungku dengan pandangan yang sukar ditafsirkan, lama. Entah kenapa pula jantungku berdegup kencang bila mata kami bertentangan. Terasa seperti aku telah membuat satu kesilapan dengan kata2 sebentar tadi. Namun aku tetap tersengih, mahu Shahil faham dengan niat baikku. Aku mahu dia berubah sikit. Janganlah nampak unapproachable sangat. Aku tak suka dengar pelajar2 lain cakap dia ni sombonglah, hati batulah...

“Aku tahu...” jawab Shahil antara dengar dengan tidak. Tak sedar aku melepaskan nafas lega. Aku mengangguk senang.

“Macam tulah. Aku tahu kau akan faham. Bagus, bagus. Jangan buat lagi tau. Jom balik. Aku ingat nak makan ABC kat gerai Pak Ali tu la. Kau temankan aku ek” ujarku dengan gembira, menepuk2 bahu temanku itu. Jauh di sudut hati, aku masih memikirkan tentang renungan Shahil sebentar tadi.

0 demented soul(s):

 

thydivaontheloose... tempat ambe jadi minah jiwang Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review