|Terkini dari milan|

1. Amihana: Nilai Sekeping Hati 56 was the last post. New entry? Ntahla... (- . -')
2. SUS - dihentikan untuk seketika.
3. ABB - sedang dirombak. Progress may be updated.

Followers

Sunday, May 25, 2008

Berpalinglah padaku - 3

Mumbling o milanhawkin at 2:52 PM
Suasana begitu bising sekali. Mereka berborak sesama mereka sambil menjamu selera dan minum cocktail. Budak2 universiti memang suka berpesta dan bersukaria. Mungkin ini caranya mereka melepaskan tensen selepas penat memerah otak. Tapi yang datang bukanlah geeks macam aku. Semuanya budak2 yang memang popular di kolej. Hanya aku yang pelik sikit di sini. Yelah, semua orang melawa sakan dengan pakaian up-to-date, aku pula datang dengan jeans dan t-shirt saja. Mahu tak pelik!

Aku memerhatikan suasana sekeliling tanpa berbual dengan sesiapa. Sebenarnya mataku hanya mampu memerhatikan Iqram dari jauh. Aku datang ke sini kerana dia, walaupun aku tak suka dengan pesta sebegini, aku tetap beranikan diri untuk berada di sini. Aku terlalu pemalu untuk berbual dengan sesiapa. Meja yang kududuki penuh dengan teman2 dari kelab yang sama, dan yang memang gemar dengan aktiviti sebegini.

Mataku tertangkap pada sesusuk tubuh gadis yang cantik dan menarik. Gadis itu juga nampaknya tidak menyukai majlis sebegini. Dia hanya duduk di tengah2 lelaki yang mengelilinginya dengan wajah masam mencuka. Dan gadis itu, memang cantik. Sangat! Aku sendiri mengakui kejelitaannya. Wajah Pan Asianya memang begitu menarik.

“Vie, nak ke mana tu?” soal Shafiq bila melihat gadis itu bangun dari tempat duduknya, yang betul2 di hadapanku.

“Ladies!” ujarnya ketus sambil terus berlalu.

Kemudian mataku menangkap image Iqram yang turut sama bangun dari tempat duduknya. Iqram...? Kenapa dia mengikut langkah gadis itu ke tandas? Mereka ada hubungankah? Hubungan yang bagaimana? Setahuku, Iqram sekarang ini tidak terlibat dengan mana2 gadis.

“So, khabar angin tu memang betullah...” aku mendengar satu suara berbisik. Suara siapa tu? Tapi aku terlalu mahu melihat kelibat Iqram dari melihat siapa yang bersuara.

“Maksud kau, diaorang memang couple ek?” Itu suara Shahid.

“Yelah kot...”

Khabar angin yang mengatakan Iqram berpasangan dengan Vivien...tidak dinafi mahupun diakui oleh Iqram. Tapi aku rasa berita itu memang benar. Nampaknya Iqram sudah berpunya, walaupun gadis yang dipilihnya bukanlah seagama dengannya. Tapi gadis itu memang cantik.

Aku tahu Iqram seorang lelaki yang tidak boleh setia pada seorang gadis. Bagiku, dia ada masalah dengan committment. Tetapi gadis yang dipilih untuk mendampinginya, tidak pernah termasuk aku. Dia tidak pernah cuba untuk memilih aku sebagai pasangannya. Pandangannya seringkali jatuh pada gadis2 yang jauh lebih cantik, jauh lebih lincah.

“Vie! Err...Abang Iq!” panggil Asyraff yang berlari mendekati mereka.

“I’m leaving” tegas Vivien bersuara dan segera melangkah untuk beredar tanpa menunggu lagi.

“Kalau macam tu, aku pun kena blah jugak ni” Iqram meminta diri

“Huh? Cepatnya...” nampaknya Asyraff tidak berjaya memujuk mereka untuk tinggal di situ lebih lama.

Aku hanya mampu menghantar pemergian mereka dengan pandangan sayu. Mungkin kali ini, Vivien adalah teman wanita yang dipilihnya. Ah, siapalah aku untuk berada dalam radar Iqram. Mungkin dia hanya melihatku sebagai teman biasa. Lebih teruk lagi, mungkin dia sendiri tidak sedar akan kewujudanku walaupun aku sering mengikuti perkembangannya.

Beberapa hari kemudian, kelibat mereka bersama lebih kerap kelihatan. Dari jauh, aku hanya mampu memandang kemesraan mereka. Mereka memang nampak serasi dan sepadan. Sama cantik, sama padan.

Kalau aku hanya memandang, tidak salah kan?

0 demented soul(s):

 

thydivaontheloose... tempat ambe jadi minah jiwang Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review