|Terkini dari milan|

1. Amihana: Nilai Sekeping Hati 56 was the last post. New entry? Ntahla... (- . -')
2. SUS - dihentikan untuk seketika.
3. ABB - sedang dirombak. Progress may be updated.

Followers

Monday, July 23, 2007

::Kusimpul Mati - 21::

Mumbling o milanhawkin at 1:07 PM
Mila bermain2 dengan cincin yg tersarung kemas di jari manisnya. Cincin perkahwinannya itu ditatap lama. Dalam diam dia mengagumi kecantikan cincin tersebut. Simple tapi nampak elegant.

'Hanya cincin ni yg aku ada sekarang. Cincin yg melambangkan aku ini milik Amirul sepenuhnya. Sekurang2nya ada sesuatu yg mengikat aku dengannya' Mila berbisik lemah, cuba menahan air matanya dari mengalir. Dari hari ini, dia perlu kuatkan semangat. Dia tak mahu Amirul nampak dirinya begitu lemah.

“Kak Mila...” Alia menyeru lembut pada gadis yg sedang asyik termenung di tingkap biliknya. Hatinya tersentuh dengan kelakuan Mila. Akhirnya dia terpaksa mengakui ketulusan cinta gadis itu pada abangnya. Abang Mirul, betapa butanya kau. Tapi patutkah dia menyalahkan abangnya sedangkan dia tahu, dari dulu juga hanya Syalinda yg bertakhta di hati.

Gadis itu berpaling, menatapnya dengan senyum, seakan tiada apa2 yg terjadi sebelum ini. Alia mendekati Mila, menarik kedua tangan kakak iparnya dan meramas lembut.

“Kak Mila OK ker?” soalnya, jelas risau dengan keadaan Mila. Sudah beberapa hari dilihat kakak iparnya kurang berselera menjamah makanan. Papa dan Mamanya juga turut merasakan ketegangan yg berlaku dalam keluarga mereka. Namun apalah daya mereka untuk menghalang semua ini berlaku, bila Mila sendiri yg membenarkan.

Amirul juga masih tidak pulang2 ke rumah sejak peristiwa itu, sejak Amirul meminta kebenaran untuk mengahwini kekasihnya. Jauh di sudut hati, Alia tidak bersetuju dengan tindakan abangnya. Jika benar begitu bencikan Mila, kenapa dulu menikahinya? Sekarang ini pula, sanggup menduakan gadis itu. Kenapa tidak dilepaskan saja Mila agar kuranglah sedikit sengsaranya.

“Akak takde apa2. Janganlah Lia risau ye” Hanya senyuman kelat yg mampu diukirkan oleh gadis itu.

“Kenapa Kak Mila lakukan semua ni? Kenapa Kak Mila benarkan Abang Mirul kahwin lain?” Mila menarik nafas dalam2, mencari kekuatan. Tangannya menggenggam erat jemari Alia yg bertautan dengannya. Sebenarnya dia juga masih mencari sebab untuk persoalan itu.

“Lia, cinta itu pengorbanan. Cinta itu kebahagian. Cinta itu juga bermakna melepaskan. Itu definisi cinta akak. Untuk abang Lia, akak sanggup berkorban demi kebahagiaannya dan kebahagiaannya memerlukan akak melepaskan dia pergi. Walaupun semua ini bukan perkara mudah, akak rela tanggung segalanya. Lagipun, ini semua berpunca dari akak juga” jelas Mila, dengan sebak di dada. Mungkin itulah yg sebenarnya. Sebelah tangannya mengesat air matanya yg jatuh.

“Akak, maafkan Lia sebab selama ni Lia dah byk sakitkan hati akak. Maafkan Lia ye” Alia segera memeluk tubuh Mila dengan erat. Mila mengangguk perlahan. Syukurlah, sekurang2nya masih ada insan di sini yg sudah mula menerima aku, detik hatinya.

*****

Pang! Satu tamparan hebat hinggap ke pipi Mila bila saja gadis itu berdepan dengan Syalinda. Mila yg terkejut langsung tidak dapat menepis tamparan tersebut, hanya mampu menggosok pipinya yg sudah mula kemerahan. Matanya bertatapan dengan mata Syalinda yg jelas sedang naik darah.

”Aku tak sangka Mila, sungguh tak sangka. Kawan yg selama ini aku hormati, yg aku sayang selama ini sanggup menikam aku dari belakang. Perempuan jenis apa kau ni Mila? Patutlah emak aku selalu mengingatkan aku supaya jangan dekat dengan kau. Rupanya kau ni jenis kawan yg makan kawan. Aku menyesal, menyesal dengar nasihat kau dulu. Rupanya ini semua rancangan kau untuk dapatkan Amirul” nyaring suara Syalinda menengking.

Wajah jelita itu makin kemerahan menahan amarah yg amat. Mila hanya kaku di hadapan Syalinda. Dia tahu, jika dia bersuara sekalipun, segala penjelasannya tidak akan diterima oleh Syalinda. Namun, dia perlu mencuba menerangkan keadaan sebenar pada temannya itu.

“Kau ni memang jahanam! Tak kenang dek untung” marah Syalinda lagi. Kali ini tangannya menolak tubuh Mila hingga terdorong ke belakang, menyebabkan punggung Mila mencium tanah. Mila jatuh terduduk. Namun hatinya lebih sakit dengan kata2 Syalinda.

Beberapa pasangan yg melalui taman tersebut berpaling melihat mereka, namun langsung tidak dipedulikan oleh Syalinda. Waktu itu, dia hanya mahu membalas sakit hatinya pada Mila, setelah mengetahui perkara sebenar dari ibunya. Mulanya dia sendiri tak mahu percaya, tapi bila Amirul sendiri yg mengiakan Syalinda jadi hilang akal. Terus saja dia memandu ke taman ini dan menelefon Mila untuk berjumpa dengannya.

“Sya, please listen to me. Aku boleh terangkan semua ni” pinta Mila, mengesat kotoran yg melekat pada belakang seluarnya dan bangun berdiri semula. Tiada dendam di wajahnya, hanya kesayuan.

“Kau nak terangkan apa lagi, hah? Aku menyesal dengar nasihat kau dulu. Kalau kau tak nasihatkan aku macam tu, mesti sekarang aku dah kahwin dengan Amirul. Celaka betullah kau ni” Syalinda masih tak puas memaki. Ditolak2 bahu Mila, mungkin berharap gadis itu jatuh kembali. Biar puas hatinya, biar dia tahu siapa Syalinda.

“Aku tau aku bersalah, Sya. Tapi semua ni tak dirancang. Ini semua sudah takdir”

“Takdir kepala hotak kau. Takdir konon. Kau jangan nak berlagak baik la Mila. Kau dah tipu aku sampai macam ni, ada hati lagi nak salahkan takdir” Syalinda mencekak pinggang.

“Aku tak nafikan yg aku sayangkan Amirul...” Sekali lagi tangan Syalinda naik ke muka Mila. Kali ini, Mila lebih bersedia, menjadikan kedua tangannya sebagai tembok penghadang antara wajahnya dan tangan Syalinda. Pun begitu, pandangan Syalinda jatuh pada sebentuk cincin yg menghiasi jemari Mila. Itu cincin yg sepatutnya disarungkannya sewaktu majlis pernikahan mereka! Hatinya semakin panas.

Dengan pantas, Syalinda menarik tangan Mila, cuba meleraikan cincin tersebut dari jemari Mila.

“Sya, sya... apa kau nak buat ni” Mila yg kemudiannya mengetahui tujuan Syalinda cuba menarik kembali tangannya dengan cemas. Berlakulah adegan tarik menarik antara dua gadis. Kedua2nya sama berusaha untuk mendapatkan hajat mereka.

“Ini cincin aku lah. Bukan kau punya. Ini hak aku. Aku nak hak aku semula” Syalinda menjerit, masih cuba merampas cincin tersebut.

“Jangan, Sya. Pls, jgn. Ini...ini cincin kahwin aku...” Mila separuh merayu. Sedaya upaya dia cuba melarikan tangannya.

“Aku tak kira! Sial, bagi balik cincin aku!!” Akhirnya Syalinda berjaya merampas cincin tersebut. Dia tersenyum sinis sambil menayangkan cincin tersebut pada Mila. Mila menggosok jarinya yg luka dalam pergelutan tadi.

“Cincin ni cincin kahwin aku dengan Amirul. Kau tak berhak langsung ke atasnya. Sedarlah diri tu sikit. Amirul tetap cintakan aku sampai bila2. Dan kau, takkan dapat gantikan tempat aku langsung!” Kemudiannya Syalinda melangkah meninggalkan Mila.

“Sya, tolong jangan ambil cincin tu Sya. Itu cincin aku. Hanya itu saja yg aku ada...” Mila merayu hiba. Air matanya sudah mengalir lebat. Kata2 Mila langsung tidak dipedulikan oleh Syalinda yg sudah mula memandu keluar dari kawasan taman berkenaan.

“Hanya cincin tu jer yg aku ada...” dan pandangannya makin kabur dek air mata yg tak berhenti mengalir.

0 demented soul(s):

 

thydivaontheloose... tempat ambe jadi minah jiwang Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review