|Terkini dari milan|

1. Amihana: Nilai Sekeping Hati 56 was the last post. New entry? Ntahla... (- . -')
2. SUS - dihentikan untuk seketika.
3. ABB - sedang dirombak. Progress may be updated.

Followers

Tuesday, August 21, 2007

Mumbling... again

Mumbling o milanhawkin at 11:01 AM 0 demented soul(s)
Yeay... satu citer dah siap. Actually satu pencapaian yang patut thy banggakan. Just because sebelum ni thy tak pernah berjaya nak siapkan cerita to the very last core.. hehehe. Walaupun citer ni tak seberapa, malah banyak komen yang thy terima (tapi takde plak tulis kat sini ek??), thy sesungguhnya bersyukur ke hadrat Ilahi kerana mengurniakan masa dan idea untuk cerita pertama thy ni. Alhamdulillah...

My best friend plak, Muni (bukan nama sebeno), tak habis2 lagi baca cerita ni. The main reason is, dia memang tak minat baca cerita melayu. Hahaha... nampaknya thy takkan pernah dapat komen dari dia nih. It's OK.

Thy nak siarkan cerita baru pulak. Tapi masa sekarang ni tak mengizinkan thy berkarya. Dan sebenonyer thy masih lagi nak mencari camna nak improve this blog. Thy nak buat macam blog2 novel yang lain tu tapi tak berjaya. Akhirnya terpaksa stick dengan arrangement yang ada ni. Huhuhu... I dont like it but I have to bear with it. Nak cari coding tu, still masa masih lagi cemburu pada thy.

InsyaAllah, jika Allah SWT mengizinkan, tak lama lagi thy akan postkan cerita baru pulak la. Tajuk je takde lagik...

Monday, August 6, 2007

::Kusimpul Mati - Epilog::

Mumbling o milanhawkin at 11:40 AM 14 demented soul(s)
Epilog

“Baby, take care of yourself OK. Abang nak gi keje ni, jangan nakal-nakal kat rumah tau. Anak daddy ni pun jangan nak nakal-nakal, jangan susahkan mummy ye” ucap suamiku sewaktu aku menghantarnya ke muka pintu. Sebuah ciuman ringan dihadiahkan ke pipiku dan perutku yang semakin membulat.

“Assalamualaikum”

Aku menjawab salamnya sambil melambaikan tangan padanya. Seketika kemudian keretanya sudah meluncur keluar dari halaman rumah kami. Tanganku mengusap lembut perutku. Bibirku mengukir senyum. Lagi 3 bulan, dan kami akan menyambut orang baru dalam keluarga kami. Aku juga sudah berhenti bekerja di atas arahan Amirul. Katanya dia mahu aku berehat secukupnya. Walaupun pada mulanya aku membangkang, namun akhirnya aku mengalah jua. Amirul terlalu pandai memujuk. Kata Aqim, dia mahu anak2 yang ramai dan tak mahu orang asing yang menjaga anak2 kami. Aku hanya mampu bersetuju dengan cadangannya kerana jauh di sudut hati ini, aku memang selalu mengidamkan untuk menjadi suri rumah sepenuh masa. Aku mahu menjaga keluarga kami dengan sepenuh perhatian, dengan penuh cinta dan sayang.

Sungguh aku amat bersyukur di atas kurniaanNya. Allah telah mengurniakan Amirul padaku. Terbukti dia sememangnya seorang lelaki yang amat penyayang. Kasihnya padaku ditunjukkan dengan tingkah laku dan kata2nya. Hingga kinipun aku masih tak percaya aku boleh bahagia begini. Alhamdulillah...

Malah Dani juga sudah semakin dapat menerima kenyataan bahawa aku takkan mungkin berpaling dari Amirul. Amirul juga sudah mula mahu melupakan persengketaannya dengan Dani. Kadang kala Mila akan memaksa Amirul membawa Dani ke rumah mereka. Niatnya hanya mahu merapatkan kembali hubungan mereka yang renggang. Pada mulanya, memang jelas sekali betapa kekoknya mereka berbicara. Dan aku amat bahagia melihat Amirul juga berusaha untuk berbaik dengan Dani. Walaupun sering kali Amirul menggumam, ‘Demi Mila...’, namun jauh di sudut hati aku tahu Amirul turut merindui temannya itu. Dan Dani juga kulihat lebih gembira mendapatkan kembali teman baiknya.

Teringat kata-kata Amirul pada hari pertama kami berpindah ke sini.

“Abang mahu kita bina keluarga kita di sini. Abang mahu rumah ini dipenuhi kasih sayang yang abadi. Abang mahu cinta Mila pada abang kekal di sini, bersama abang, dan anak-anak yang bakal kita didik bersama-sama” bisiknya ke telingaku. Lengannya merangkul erat pinggangku yang sudah tidak ramping lagi. Kami sama-sama sedang memandang ke arah banglo kecil kami.

“Abang jangan risau, cinta abang Mila dah ikat kuat-kuat bersama-sama dengan cinta Mila” balasku, turut sama berbisik. Terasa ciumannya ke bahuku. Bibirku mengoyak senyum lagi.

“Hmm...simpul mati ya? Maknanya abang takkan dapat lari lagi dari isteri abang ni” usiknya sambil tergelak kecil bila aku mencebikkan bibir ke arahnya. Aku kemudiannya turut sama tergelak. Bahagia. Ya, aku amat bahagia. Aku cuma berharap kebahagiaan ini diberkati olehNya, dan moga dikekalkan hubungan ini hingga ke akhir hayat. Kerana cinta kami telahpun kusimpul mati.

::Kusimpul Mati - 52::

Mumbling o milanhawkin at 9:17 AM 0 demented soul(s)
Kain lembut yg menutup kedua belah mata Mila itu masih lagi tidak dibuka. Dia tidak dapat melihat apa2. Malah sejak dari dalam kereta lagi, Amirul beria2 mahu Mila menutup mata. Ada surprise katanya. Bila isternya itu membantah, Amirul memujuk pula supaya Mila mengenakan selendang pada matanya. Akhirnya Mila terpaksa mengalah jua pada kemahuan lelaki itu.

"Abang, lama lagi ke?" Mila mengeluh, sedikit manja, sedikit tidak sabar. Tangannya yang dipimpin erat oleh suaminya diremas berkali2. Rasa ingin tahunya membuak2 di dalam dada. Entah apalah kejutan dari suaminya ini. Surprise apalah ye? Nak kata birthday, rasanya lagi 2 bulan. Anniversary perkahwinan pun dah lepas.

Mila mendengar enjin kereta dimatikan. Agaknya dah sampai ke tempat yang mahu dituju.

"Boleh bukak sekarang?" Mila menyoal. Teruja juga mahu melihat apa yang mahu dipersembahkan. Amirul tertawa kecil sambil menggeleng2kan kepalanya.

"Tak boleh, baby. Sekejap ye" Pintu kereta dibuka dan ditutup. Terasa kemudiannya tangan Amirul mencapai jemarinya ke dalam genggaman dan mula memimpinnya keluar dari kereta. Dengan penuh berhati2, Amirul menuntun isterinya memasuki sebuah kawasan berpagar.

"OK, stop your step. Jangan gerak and no peeping OK" Amirul memberi amaran. Tangannya melingkar dari tangan Mila ke bahu. Dileraikan ikatan selendang yang menutupi mata. Serentak itu Mila membuka mata perlahan2 dengan debaran.

Sebuah banglo sederhana besar tersergam indah di hadapan matanya. Sebuah taman kecil di tepi banglo itu juga sudah tersedia dengan pelbagai jenis tanaman bunga yang indah2 belaka. Terdapat juga sebuah kolam kecil yang sudah diisi dengan anak2 ikan yang berwarna warni.

"Ini istana kita, sayang" Amirul berbisik lembut ke telinga Mila. Sebak dadanya saat mendengarkan bisikan dari suami tercinta. Jika suatu waktu dulu, hidupnya bagaikan amat menyeksa batin, tapi kini Amirul telah membuktikan bahawa dia mampu menjadi suami yang begitu penyayang dan romantis.

Mila mengemaskan pelukan suaminya dari belakang itu, mahu merasakan kehangatan tubuhnya yang sering didambakan. Air matanya sudah mula mengalir ke pipi, tidak dapat menahan sebak. Dia begitu terharu dengan hadiahnya kali ini. Inilah impiannya, yang tak pernah disangka untuk menjadi kenyataan.

"Bila masa abang beli rumah ni?" tanya Mila dalam suara yang sudah serak dengan perasaan.

"Masa abang baru balik Malaysia dulu. Abang memang nak ajak baby pindah sini tapi masa tu baby marah sangat kat abang, jadi abang tangguhkan dulu rancangan abang ni. Lagipun keluarga kita kan akan bertambah. Tak sesuai duduk kat kondo, kan?" Amirul berceloteh panjang. Tangannya melingkar dan mengusap perut Mila yang sudah memboyot dengan buah cinta kami. Ya Allah, sungguh aku amat bersyukur dengan kurniaanMu ini, Mila berbisik di dalam hati.

"Terima kasih, abang. Terima kasih sebab sudi terima Mila dalam hidup abang" sebak Mila menuturkan kata2 itu.

Amirul segera memusingkan tubuh isterinya supaya mengadapnya. Mila tertunduk, tak mahu dilihat sedang cengeng begitu. Tangannya singgah ke dagu Mila, membuatkan Mila terngadah memandangnya. Pandangannya begitu lembut sekali.

"Baby, jangan cakap macam tu. Sepatutnya abang yang berterima kasih pada Mila sebab masih sedia menerima abang, walaupun dah banyak salah abang pada Mila. Abang janji, selagi Allah izinkan kita bersama, selagi itulah abang akan cintakan Mila sepenuh hati abang" ikrar Amirul. Kata2nya begitu serius.

Perlahan sebuah ciuman hinggap ke dahi isterinya. Syahdu sekaligus menenangkan perasaan mereka. Mereka saling berpelukan di hadapan istana cinta yang baru saja dibina.

Thursday, August 2, 2007

Mumble in disguise

Mumbling o milanhawkin at 2:09 PM 0 demented soul(s)
I've been meaning to post a new story here but I cannot do that since the last chapter of 'Kusimpul Mati' is still inside my pendrive. And last nite, I went to Kinokuniya to buy some books. I always do that once my salary is in. So... I went in and saw this one book titled 'Bukan Terlarang' (or something like that... :P).

Read it on the same nite as well. Kindda weird for me. I dont wanna say why but I do feel weird.

OK.
 

thydivaontheloose... tempat ambe jadi minah jiwang Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review