|Terkini dari milan|

1. Amihana: Nilai Sekeping Hati 56 was the last post. New entry? Ntahla... (- . -')
2. SUS - dihentikan untuk seketika.
3. ABB - sedang dirombak. Progress may be updated.

Followers

Saturday, May 17, 2008

Amihana: Nilai Sekeping Hati 2

Mumbling o milanhawkin at 9:16 PM
Ya, kanak2 itu adalah aku. Aku yang ditinggalkan oleh ibu tiriku, satu2nya saudaraku yang aku kenali. Hingga kini, aku masih tidak berjumpa dengannya. Malah wajahnya juga sudah semakin pudar dari ingatanku. Yang aku ingat, cumalah derita yang dihadiahkannya padaku.

Sejak kecil, aku tidak pernah mengenali bapa kandungku. Bapaku meninggal dunia setelah ditembak oleh polis ketika cuba melarikan diri dari serbuan polis. Ya, bapaku adalah penjenayah. Dia bukan lelaki mulia. Kerjanya adalah mencari rezeki dengan melemahkan bangsa sendiri dengan dadah. Aku malu dengan kenyataan itu. Ibu tiriku mungkin lebih malu lagi, hinggakan tidak mampu untuk menyayangiku dengan sepenuh hatinya.

Setiap hari, cumalah kata2 hinaan dan caci maki yang kuterima darinya. Setiap hari, ibu tiriku mengungkit tentang beban yang ditinggalkan oleh bapaku padanya, iaitu AKU. Sebaik mungkin, aku tidak mahu menyakiti hatinya dengan melawan. Namun dengan hanya memandangku, ibu tiriku akan naik darah dan mula memukulku sewenang2nya. Buktinya adalah parut2 yang masih kekal di tubuhku hingga ke hari ini.

Pun begitu, aku tidak pernah membencinya. Mana mungkin aku membenci satu2nya manusia yang punya hubungan denganku. Meskipun dia tidak mampu menyayangiku, dia tetap satu2nya ibu yang aku kenali. Ibu kandungku sendiri, entahlah... hingga ke saat ini aku tidak pernah mengetahui tentang sejarah kewujudannya.

Aku juga tidak pernah bersekolah hinggalah aku berjumpa dengan kedua ibubapa angkatku. Ya, ibubapa angkatku, Pn Zarimah dan En Zarul. Sesungguhnya kasih sayang mereka berjaya meluputkan segala derita yang pernah kulalui ketika ini. Kasih sayang mereka umpama syurga dunia bagiku. Takkan mampu untukku membalas segala budi baik mereka terhadapku selama ini.

Aku masih ingat bagaimana aku bertemu Balqish Azwani, adikku yang manja dan lincah itu. Sama sepertiku, Balqish juga bukan anak kandung kepada ibubapa angkatku. Bezanya, Balqish adalah anak saudara mereka. Ibubapa Balqish meninggal ketika mereka sama2 mengerjakan umrah di tanah suci, kota Mekah.

“Hana, ini Balqish, anak saudara ummi dan babah. Anggaplah dia macam adik kandung Hana sendiri. Ummi harap Hana boleh jaga dan sayang Balqish sama seperti ummi dan babah sayang Hana. Dua2 pun adalah anak ummi dan babah”

Aku takkan pernah lupa kata2 itu. Ianya akan kupegang hingga aku menghembuskan nafas terakhir. Tanpa ummi dan babah, aku mungkin tidak bernyawa lagi di bumi Allah SWT ini. Untuk itu, aku berusaha sehabis mungkin untuk merealisasikan apa saja kehendak mereka.

Nasibku baik kerana Balqish juga sangat sayangkan aku sebagai kakaknya. Seperti aku, dia juga sebatang kara. Walaupun usianya berbeza 3 tahun dariku, tapi manjanya memang mengalahkan budak2. Aku selalu mengalah bila saja dipujuk olehnya. Qish, memang gadis manja yang cantik dan lincah. Pun begitu, dia tak pernah bangga dengan kecantikan kurniaan Allah SWT itu. Dia sentiasa merendah diri dan tidak pernah meninggikan suara pada sesiapapun, walau dalam keadaan apapun. Aku sungguh bertuah memiliki adik yang begitu sempurna pada pandanganku.

Mungkin kerana inilah, lelaki yang kupuja siang dan malam dalam diam2 itu, menaruh hati pada adikku ini. Dan di sinilah, cerita kami semua bermula...

1 demented soul(s):

syamaqad said...

kenapa milan taknak sambung kat cari lagi? best semua karya2 milan...... takpalah saya baca kat sini sahajalah...

 

thydivaontheloose... tempat ambe jadi minah jiwang Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review