|Terkini dari milan|

1. Amihana: Nilai Sekeping Hati 56 was the last post. New entry? Ntahla... (- . -')
2. SUS - dihentikan untuk seketika.
3. ABB - sedang dirombak. Progress may be updated.

Followers

Saturday, May 17, 2008

Amihana: Nilai Sekeping Hati 1

Mumbling o milanhawkin at 9:13 PM
20 tahun sebelumnya...

Seorang kanak2 perempuan, berusia dalam lingkungan umur 10 tahun, berdiri tegar di luar pintu utama Sogo. Pakaiannya kelihatan terlalu lusuh walaupun tidak koyak rabak. Wajahnya juga bersih walaupun tidak kemas. Pengemiskah? Tapi kanak2 itu tidak duduk selesa di sudut pintu sambil memegang bekas yang kotor untuk meminta sedekah, sebaliknya berdiri dengan ekspresi menahan tangis.

Badannya agak kurus untuk kanak2 usianya, boleh dikatakan terlalu kurus. Terdapat beberapa parut yang jelas kelihatan di beberapa bahagian badannya. Ada parut yang lama berbekas, ada juga yang masih baru. Mungkinkah mangsa dera? Namun tiada sesiapa yang lalu lalang di kompleks itu yang berhenti untuk menegur kanak2 ini. Dia nampak begitu kasihan. Memang sudah lumrah manusia kota agaknya, untuk tidak mengambil tahu perihal manusia lain. Yang penting, diri sendiri masih selamat dan bernyawa.

Ketika hari sudah makin larut malam, kanak2 itu masih di situ. Kali ini wajahnya semakin ketakutan. Kedua tangannya memeluk tubuh, mungkin kesejukan memandangkan dia hanya mengenakan sehelai baju t-shirt yang nipis dan sepasang seluar pendek separas lutut. Matanya melilau seolah mencari2 seseorang. Mungkinkah sepanjang hari ini, dia sebenarnya menanti seseorang? Tapi siapa?

“Adik...” seorang perempuan bertudung labuh berhenti di hadapan kanak2 itu dan menyapanya.

Secara automatik pula, kanak2 itu melangkah menjauhi perempuan itu. Seorang lelaki yang berdiri di sebelah wanita itu sejak tadi mula mendekati kanak2 itu. Wajah mereka tampak bersih dan tidak punya apa2 niat jahat. Tetapi kanak2 itu tetap berhati2, memandang mereka dengan penuh keraguan.

“Adik, jangan takut. Kami bukan orang jahat. Adik tunggu siapa ni?” ujar lelaki itu pula. Wanita dan lelaki itu saling berpandangan bila kanak2 itu tetap tidak menjawab pertanyaan mereka.

“Adik, ibu adik mana?” pertanyaan dari wanita itu berjaya membuatkan kanak2 itu mengangkat muka. Matanya sudah berkaca, dan akhirnya mengalirkan air mata. Tidak lama selepas itu, kanak2 itu sudah mula teresak2.

Dengan perlahan, bimbang jika kanak2 itu tiba2 melarikan diri, wanita itu mendakap kanak2 itu dengan penuh kasih sayang.

“Ibu adik mana, sayang” sekali lagi wanita itu mengajukan pertanyaan.

“Saya tunggu ibu... tapi ibu tak datang lagi... ibu suruh tunggu sini...” kanak2 itu kembali mengongoi.

“Ini kes tinggal anak ke ni?” soal lelaki itu pula, dengan suara yang agak perlahan. Wanita itu mengangkat bahunya, tanda dia sendiri tidak pasti.

Wanita itu melonggarkan pelukannya, memandang tepat pada wajah kanak2 itu yang sudah basah dengan air matanya.

“Dah berapa lama adik tunggu kat sini?”

“Dari pagi tadi lagi...” dengan susah payah mengawal tangisnya, si kecil itu menjawab.

“Bang, kita bawak dia balik bang. Takkan kita nak tinggalkan dia kat sini” usul wanita itu, memandang suaminya.

“Tapi, kita kena report polis ni. Dibuatnya ada yang report anak hilang, tak pasal2 kita pulak yang kena” si suami nampak keberatan.

“Esok kita report la polis. Budak ni rasanya belum makan dari pagi ni. Kesian dia bang” pujuk wanita itu pula.

Wanita itu sudah memegang erat tangan si kecil, menanti persetujuan dari suaminya. Hati keibuannya tidak sanggup melepaskan anak sekecil itu menanti di situ, sedangkan si ibu pula hilang entah ke mana.

“Boleh la, bang. Imah kesian sangat tengok budak ni. Lagipun kat rumah kita tu bukannya ada sesiapa. Boleh la, ye bang?” wanita itu masih lagi memujuk.

Si suami itu akhirnya menganggukkan kepala. Dia tahu isterinya itu merindukan kehadiran seorang anak dalam hidup mereka. Entahlah, sudah hampir 5 tahun mereka mendirikan rumahtangga, namun usaha mereka masih belum dimakbulkan Allah SWT.

“Baiklah. Tapi esok kita mesti bawak budak ni ke balai polis” Imah menganggukkan kepala dengan senyum mekar di bibir.

0 demented soul(s):

 

thydivaontheloose... tempat ambe jadi minah jiwang Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review