|Terkini dari milan|

1. Amihana: Nilai Sekeping Hati 56 was the last post. New entry? Ntahla... (- . -')
2. SUS - dihentikan untuk seketika.
3. ABB - sedang dirombak. Progress may be updated.

Followers

Sunday, July 22, 2007

::Kusimpul Mati - 9::

Mumbling o milanhawkin at 9:34 AM
”Mama!” Alia melaungkan2 nama ibunya berkali2. Beg yg sejak tadi disandangnya dilepaskan ke lantai. Langkahnya diatur ke dapur. Kosong, sunyi. Ke mana pula perginya semua orang? Papa dan Abang Amirul sudah tentu masih sibuk di pejabat. Selalunya Mama akan berada di rumah sepanjang hari.

”Mama?” sekali lagi Alia memanggil. Tiada jawapan.

”Ini... Alia ke?” sapa satu suara asing. Alia berpaling ke arah suara tersebut. Di belakangnya tercegat seorang gadis yg tidak dikenali. Alia memerhatikan gadis tersebut. Rambutnya panjang dan lurus itu dibiarkan lepas. Mata bundar itu seakan tersenyum seiring dengan senyuman yg terukir di bibir merahnya. Hidungnya mancung melayu. Tak ada yg istimewa. Rasanya tak pernah jumpa di mana2. Bukan juga salah seorang saudara mereka. Ah...ini mesti...

”Ya, saya. Ermm... ini Mila ke?” giliran Alia pula menyoal. Gadis itu tersenyum dan mengangguk. Segera Mila mendekati Alia dengan huluran tangan. Salam itu tak bersambut. Dengan wajah merona merah, Mila kembali menarik tangannya ke sisi. Namun senyumnya masih lagi kekal di situ.

”Mama mana?” soalan itu kedengaran sedikit kasar pada Mila. Angkuh. Wajah itu juga bertukar masam sebaik saja mengetahui gadis yg menyapanya adalah Mila.

”Mama Alia ada meeting persatuan hari ni. Alia lapar ke? Nak Kak Mila masakkan?” Mila cuba beramah tamah dengan gadis cantik itu. Senyuman sentiasa terukir di bibirnya walaupun dia perasan Alia tidak memanggilnya kakak. Mungkin Alia belum tahu cerita sebenar, Mila memujuk hati sendiri.

”Tak payah. Kau angkat beg aku masuk ke bilik. Aku nak mandi” Alia memberi arahan.

Mak ai, kasarnya bahasa. Beraku-engkau pula. Pelik, kenapa Alia seolah benci dengannya? Siap kena angkut beg lagi. Terasa dilayan macam org gaji. Kedengaran langkah Alia menaiki tangga menuju ke biliknya.

”Apa lagi tercegat kat situ. Angkat la beg tu” bentak Alia kemudiannya bila dilihat Mila tak berganjak dari tempatnya.

”Rasanya Alia dah salah faham ni. Kak Mila bukan org gaji kat sini” lembut Mila bersuara. Walaupun Mila tak kisah untuk melakukan apa yg disuruh Alia, tapi dia merasakan perlu untuk menerangkan perkara sebenar pada gadis muda itu.

”Aku tau. Kau ni perempuan yg tak tahu malu yg cuba perangkap abang aku. Jangan ingat aku tak tahu apa2. Abg Mirul dah ceritakan segala2nya. Tak sangka kau masih berani ada kat sini. Tapi takpe, aku akan tolong abang aku. Aku akan buat rumah ni macam neraka untuk kau. Aku nak tengok sejauh mana kau boleh bertahan” lantang Alia bersuara. Kemudiannya Alia hilang di balik pintu biliknya bersama hempasan yang kuat.

Mila hanya mampu mengeluh perlahan. Hati, tabahlah engkau.

0 demented soul(s):

 

thydivaontheloose... tempat ambe jadi minah jiwang Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review