|Terkini dari milan|

1. Amihana: Nilai Sekeping Hati 56 was the last post. New entry? Ntahla... (- . -')
2. SUS - dihentikan untuk seketika.
3. ABB - sedang dirombak. Progress may be updated.

Followers

Thursday, October 4, 2012

Aku Bukan Bidadari - 3

Mumbling o milanhawkin at 10:13 AM 2 demented soul(s)
Wania mengeluh untuk sekian kalinya. Bibirnya mencebik geram. Hatinya menyumpah bossnya berbakul2. Cuma kali ini dia tak berani nak membebel meluahkan rasa hati. Mana tahu Faryal sekali lagi muncul dari belakangnya!

Matanya mengerling ke arah jam dinding di sebelah kanan. Dah pukul 9 malam! Harapannya untuk bertemu Daim hanya tinggal harapan. Oh Daim! Maafkan dinda kerna tak mampu pulang awal menengok drama terbaru kanda…

Wania mengeluh lagi… Matanya menjeling pula ke arah pintu bilik En Faryal yang masih terang benderang. Lelaki itu memang workaholic! Tak reti nak balik awal! Tak reti nak santai kat rumah pada malam hujung minggu begini.

‘Kenapa la dia nak heret aku sekali?! Kau nak kerja, kerja la sorang2! Suka2 hati je nak tarik aku kerja malam sekali dengan dia! Bencih!’ terkumat kamit bibir Wania membebel pada En Faryal.

“Ni yang buat muka malam2 mcm ni, ni kenapa?”

Wania hampir2 saja jatuh dari kerusi mendengarkan suara garau itu. MasyaAllah, lelaki yang satu ini memang suka benar nak melemahkan jantungnya! Suka serang hendap!

Faryal menyembunyikan tawa. Kelakar betul si Wania ni. Sudahlah dari tadi dia tengok Wania dok tercebik2 buat muka. Confirm tengah mengumpat tentang dirinya. Budak Wania ni memanglah amat comel!

“Err.. saya… saya tak… emm… dah nak balik ke Boss?” dari gugup Wania bertukar menjadi teruja. Yelah, kalau Faryal balik, maknanya dia boleh balik sekali. Wajahnya segera dimaniskan.

“Jom!”

Wania terasa mahu menjerit kegirangan. Segera dicapai tas tangannya yang sudah lama bersedia di atas meja sejak jam 5 ptg tadi. Melihatkan Faryal sudah bergerak keluar dari pejabat, Wania segera membontoti langkah lelaki itu,

Bila sampai di hadapan lobby, Wania menonong saja berjalan menuju ke pintu utama untuk menunggu bas. Almaklum sajalah, dengan gaji yang tak seberapa ni, manalah dia mampu nak pakai kereta. Nak beli motor, dia gayat. Nak naik teksi malam2 macam ni, dia seram. Baslah pilihan terbaik yang dia ada setakat ni.

“Nak ke mana tu?” soalan Faryal menghentikan langkahnya.

Wania mengerut dahi. Boss dia ni hilang ingatan ke? Baru kejap tadi ajak balik, lepas tu ditanya pula kita nak ke mana. Dah amnesia kot En Faryal ni. Ke stress kerja?

“Nak balik la boss” jujur je Wania menjawab. Terkelip2 matanya memandang wajah bossnya, cuba mencari tanda2 orang hilang ingatan pada wajah Faryal.

“Tau la awak nak balik. Yang awak menonong jalan keluar ke situ kenapa? Basement parking kan kat sebelah sini”

“Tapi saya bukannya ada kereta boss. Bas mana ada parking kt situ” dengan lurus bendul pula Wania menjawab. Siap dengan kerutan di dahi. Sungguh, Faryal benar2 terasa mahu ketawa sekuat2 hatinya namun terpaksa juga dia menahan.

Jari telunjuknya dihala tepat ke arah dahi Wania yang berkerut.

Pap!

Wania memegang dahinya yg sakit seiring dengan bibir yang dimuncungkan.

“Boss ni kenapa?” Wania sudah merah mata. Cengeng sungguh. Baru jentik dahi sikit dah nak menangis.

“Kereta saya kat basement, bukan kat sana” tegas sahaja Faryal menuturkan kata dan kakinya terus diatur ke arah lif menuju ke basement.

Mahu tidak mahu, Wania heretkan juga kakinya mengikut langkah En Faryal memandangkan dia bimbang entah apa lagi yang akan dilakukan oleh lelaki itu sekiranya dia tidak menurut kata. Mulutnya memuncung sambil menggumam entah apa2.

“Boss…” mendayu je Wania menyeru nama panggilan Faryal di pejabat.

“Sekarang bukan waktu pejabat kan? Tak boleh ke awak panggil nama saya? Ini asyik ‘boss, boss dan boss’. Bosan tau tak?” Faryal menjegilkan matanya seolah memberi amaran pada Wania.

“Dah memang boss tu ketua saya, takkan saya nak panggil nama pulak. Tak manis la macam tu… hehehe… Boss….”

“Apa?” Faryal mengeluh dengan kedegilan Wania.

“Tak apa ke saya naik kereta mahal boss ni?” Wania sengih sambil memandang kagum pada kereta BMW milik lelaki itu. Faryal mengertap bibir.

“Dah, masuk! Jangan banyak cakap pulak. Dah malam, saya penat. Nanti lambat sampai rumah” Faryal terus menghilangkan dirinya ke dalam kereta. Cepat2 Wania ikut menyusup masuk. Takut juga kena tinggal sorang2 kat bawah basement yang agak gelap ni.
 

thydivaontheloose... tempat ambe jadi minah jiwang Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review