|Terkini dari milan|

1. Amihana: Nilai Sekeping Hati 56 was the last post. New entry? Ntahla... (- . -')
2. SUS - dihentikan untuk seketika.
3. ABB - sedang dirombak. Progress may be updated.

Followers

Friday, October 15, 2010

Amihana: Nilai Sekeping Hati 49

Mumbling o milanhawkin at 8:57 AM
“Aik? Cakap semalam nak datang marah saya? Napa diam pulak ni? Cat got your tounge?” Dr Khairul separuh berbisik ke telingaku. Wajahku makin merah padam bila Pn Safiah dan En Kahar tersenyum2 melihat gelagat kami. Ummi dan Babah apatah lagi. Suka betul mereka dengan mamat 3 suku ni.

Ah, macam manalah aku nak menyerang kalau ada ibubapa si Khairul ni? Aku masih hormat orang tua. Apa lagi ketika aku tiba, Ummi dan Babah turut sama berada di sini. Kenapa aku boleh tak perasan kereta Babah kat luar tu? Mesti sebab aku terlalu bersedia dengan agenda ‘gunung berapi’ku ini hinggakan aku tak peka langsung dengan keadaan sekeliling. Patutnya aku ajak mamat ni jumpa kat luar, bukan kat rumah dia. Bodoh betullah Amihana ni...iskk...

“Awak boleh tak tolong duduk jauh2 sikit?! Menyibuk je kat sini” desisku geram. Aku mengengsot sedikit ke kanan.

“Taknak! Saya nak duduk dekat dengan bakal isteri saya. Tak salah kan?” Dr Khairul merapatkan lagi jarak kami. Sofa mewah ini kurasakan begitu kecil pula.

“Ada orang tu cakap, dia nak datang sini nak marahkan kita. Tapi dah sampai sini, senyap pulak dia” Aku mengertap bibir mendengar usikan Dr Khairul. Ya Allah, tolonglah sabarkan hati aku ni.

“Kay, apahal duduk bertempek kat anak dara orang tu? Hana, meh sini sayang. Mari borak2 dengan Mama. Jangan dilayan sangat perangai anak bujang Mama tu. Dia memang kuat mengusik” Pn Safiahlah penyelamatku!

“K? Hehe.. saya L” aku tergelak kecil. Kelakar betul. Ada ke dipanggil Kay?! Sungguh metroseksual...

“Alah Mama ni, Kay baru nak bermesra2an dengan bakal menantu Mama. Kacau daun betullah” ujar Dr Khairul tanpa mempedulikan aku yang sedang mentertawakannya.

“Gelak la gelak, cubit pipi tu karang...” Mendengarkan kata2nya, serta merta aku menekup pipiku dengan kedua tanganku.

“Boleh tak jangan buat hal kat rumah sendiri. Ni, mana bini awak? Dah lama saya datang, dia tak keluar2 pun?” aku menyoal penuh semangat.

“Anak awak pun takde ni...”

Memang pelik. Punya la riuh rendah suara2 kami ni berborak di luar, tapi batang hidung isteri dan anak2 dia sikit pun tak nampak. Hmmm...

Dr Khairul tersengih cuma.

“Betul ke nak jumpa diaorg ni? Tak menyesal?”

Memang niat aku datang ni pun nak bersemuka dengan mereka. Apa pulak aku nak menyesal? Aku menggeleng kepala.

“OK, jom!” Dr Khairul menghulurkan tangannya.

13 demented soul(s):

Anonymous said...

waaa..da smbung blik da..
tengkiu2 cik milan...
best2..

thydiva said...

welcome :)

anajoe said...

hehehe,,,lawak lah..
lama dah tunggu cerita nih,,caiyokk!

angelseptember said...

salam singgah =)

dah lama tunggu cerita ni. thanks for this ^__^

pu3indah said...

thanks for the n3...
jeng jeng jeng... suspend ni.

tzaraz said...

milan!... knapa pendek je...cam tak puas lak...haha
NEXT! noty kay tu kan!

thydiva said...

anajoe: TQ! :)

angelseptember: wsalam & ur welcome. :) glad that u like it.

pu3: hehe.. jgn tergezut2 sgt ek.. :P

tzaraz: lama x nampak! alaa.. milan x sempat nk panjang2kan lg ni.. tu yg budget series utk Amihana ni pun dah 'lari' :D

MaY_LiN said...

whoa..
pandai kerul nak kelentong..

Aidanna said...

woah.. best2.. thnks kak milan.. n_n

thydiva said...

may_lin: nakal kan si K tu kan? huhuhu

aidanna: sama2 & thanks sbb sudi baca.

Anonymous said...

hai lama betul tggu n3 baru cite ni sampai terlupa kesah citenya. cpt sambung ya jgnlah sampai pembaca lupa pula dgn cite yg tlh dibaca.

thydiva said...

cik anonymous: maaflah sbb buat cik tertunggu2 tp milan ni manusia biasa, ada kesibukan sendiri.

tzaraz said...

milan...sy sentiasa ada. tiap2 hari pun masuk.

 

thydivaontheloose... tempat ambe jadi minah jiwang Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review