|Terkini dari milan|

1. Amihana: Nilai Sekeping Hati 56 was the last post. New entry? Ntahla... (- . -')
2. SUS - dihentikan untuk seketika.
3. ABB - sedang dirombak. Progress may be updated.

Followers

Sunday, July 22, 2007

::Kusimpul Mati - 17::

Mumbling o milanhawkin at 11:22 AM
”Sayang, you marah I lagi ke?” manja suara Syalinda menerpa ke telinganya. Dia jadi rindu tiba2 pada kemanjaan gadis itu. Namun ditahan hatinya agar terus teguh. Sekurang2nya biar sampai seminggu dua. Biar dia rasakan apa yg aku rasa dulu.

Amirul merenung wajah Syalinda. Tidak dinafikan, Syalinda begitu jelita, menawan dan tampak begitu elegan dengan gaun labuh warna hitam. Dari dulu juga, Syalinda amat mementingkan penampilan agar sentiasa nampak cantik dan bergaya.

”Please Mirul, stop being mad at me. I know what I did was wrong. I cuma nak cari kepastian tentang hubungan kita. I just wanna know whether we really meant for each other” jelas Syalinda lagi.

Tangannya memaut lengan Amirul dengan lembut. Amirul hanya membiarkan. Matanya dialihkan, memandang pada gerombolan manusia yg semakin membanjiri KLCC. Malah dia juga sedar ada beberapa pasang mata memerhatikan mereka. Atau lebih tepat lagi, memerhatikan Syalinda.

Amirul bermain2 dengan straw minumannya. Aisnya juga sudah semakin menghilang. Kemudian dia membuang pandang pada tasik di hadapan mereka. Begitu ramai manusia yg terdiri dari pelbagai bangsa sama2 menikmati keindahan taman itu. Di sini nampaknya lebih ramai bangsa asing yg singgah. Ada yg mengambil gambar ke sana ke mari. Ada juga yg sekadar melihat2.

”Mirul, please dont do this to me. Cukuplah dengan rajuk you tu. Say something, please” Syalinda masih tak berputus asa. Hati kekasihnya itu mesti ditawan kembali. Tangannya mengelus lembut bahu Amirul, cuba menarik perhatian lelaki itu padanya. Sejak dari tadi, Amirul sedikit pun tidak membuka mulut. Malah sejak dia memberanikan diri menelefon Amirul, lelaki itu hanya mengatakan bersetuju untuk berjumpa dengannya tanpa emosi.

Sungguh dia tahu dia bersalah pada Amirul. Hilangnya bukan bermakna dia tidak lagi cintakan Amirul. Tidak sama sekali! Malah seluruh kasih dan sayangnya hanya tertumpu pada Amirul. Lelaki yg dikenali sejak di sekolah. Bibit cinta yg disemai dari alam remaja terus mekar hingga dewasa. Amirullah cinta pertama dan terakhirnya. Dia takkan mungkin mencintai lelaki lain. Malah cintanya tak pernah surut untuk lelaki itu.

Syalinda mengimbas kembali kenangan pada seminggu sebelum majlis perkahwinannya berlangsung. Dia bertemu Mila, sahabat lamanya yg dianggap seperti saudara sendiri meskipun kerap kali ibunya melarang dia tetap mahu bersahabat dengan gadis itu. Dia percaya pada Mila, pada nasihat dan cadangannya.

”Mila, tolong aku. Aku makin keliru dengan perasaan aku sendiri”

”Apa yg kau keliru? Cubalah cerita kat aku. Maybe aku boleh tolong”

”I love him, I do. Cuma kebelakangan ni, aku rasa keliru sangat. Confuse sangat. Aku tiba2 terfikir betulkah dia tu jodoh aku yg sebenarnya”

”Apa maksud kau?”

”Aku kenal dengan dia sejak di bangku sekolah lagi. Lepas tu, aku memang tak berkawan dengan org lain. Hidup aku hanya bersama dia. Aku memang tak berpeluang nak berkawan dengan org lain. Dia terlalu cemburu”

”Baguslah. Cemburu kan tandanya sayang”

”Tapi, kalau aku tak kawan dengan org lain, macam mana aku nak tahu dia tu sememangnya untuk aku? Bagaimana kalau selepas kami kahwin, kami tak bahagia?”

”Kalau dah jodoh kau, kau lari macam mana pun, kau akan tetap kahwin dengan dia. Bahagia? Setiap hubungan tu kan ada pasang surutnya. Kehidupan berumahtangga pun macam tu juga. Takkanlah bahagia sentiasa. Memang akan ada saatnya kau akan bergaduh, sakit hati dan sengsara. Tapi semua tu kan ujian Allah. Selagi kau teguh dan yakin pada dia, InsyaAllah, semua tu akan diatasi dengan mudah. Aku takkan cakap bila kau kahwin dengan dia, kau akan sentiasa bahagia, gembira. Tapi setiap kesusahan yg kau alami dengan dia akan merapatkan lagi hubungan korang”

Sebab itulah dia hormatkan Mila. Nasihat Mila sentiasa berasaskan realiti. Difikirkan memang ada betulnya kata2 Mila itu. Mana ada pasangan yg tiada dilanda masalah. Dia dan Amirul juga kerap bertengkar, dari hal yg remeh temeh hinggalah ke perkara yg besar. Namun hingga sekarang dia masih bersama lelaki itu, cintanya juga masih pada Amirul.

”Aku tak tahu la. Aku rasa, aku perlukan lebih masa untuk fikirkan pasal perkahwinan ni. Lagipula, dia cakap dia tak mahu aku jadi model lagi. Dia tak suka kongsi aku dengan org lain. But I also love modelling. Aku tak sanggup nak lepaskan career aku buat masa ni”

”Apa salahnya kau tak jadi model. Bukan tadi kau cakap kau sayang dia ker? Takkan ini pun kau tak boleh buat demi dia?”

”Kau tak faham Mila. Dari dulu aku cuma ada bakat untuk jadi model saja. Aku cuma ada rupa. Aku tak sebijak kau. Malah, bila aku jadi model, aku rasakan I am born to do this. Aku tak boleh nak lepaskan macam tu aje”

”Compromise la, Sya”

”Entahlah. Aku cuma rasa aku belum bersedia untuk hadapi semua ni”

”Beginilah, nasihat aku, mungkin kau boleh tangguhkan majlis ni. Kau pergi la bercuti kat mana2 for a week or two, tenangkan fikiran and think about this all over again. Think deeply, Sya. Make your decision, stick with it and come back here. That’s all I can say. Tapi make sure la kau bincang dulu dengan bakal laki kau tu”

”Good idea. Thanks Mil”

”Aku harap kau buat keputusan yg betul...”

Salahnya kerana dia tak maklumkan perkara itu pada Amirul. Salahnya kerana dia lari begitu saja. Memang dia bersalah, tapi kalau Amirul benar2 cintakannya, takkan dia tak boleh memaafkan kesalahannya itu?

”Mirul, sayang. I dah fikir pasal benda ni. Pasal perkahwinan kita. Akhirnya I sedar yg I takkan dapat hidup tanpa you. You’re everything to me. So, sekarang I dah betul2 bersedia untuk kahwin dengan you. I promise, kali ni I takkan lari lagi. I memang dah nekad nak kahwin dengan you. And I akan tinggalkan kerjaya I untuk you”

Amirul berpaling, kali ini merenung wajah gadis kesayangannya dengan lama, seakan mencari kepastian.

”Senangnya you bercakap” dengus Amirul, kembali memalingkan wajahnya.

”Sayang, I dah minta maaf ni. Takkan you sikit pun tak boleh maafkan I?” Hati Syalinda meruntun. Risau tiba2 jika Amirul tak mahu menerimanya kembali.

”You dah kira tinggalkan I. It should be over between us. Lagipun you ingat I akan pinang you semula?!” Amirul masih jual mahal.

”Tttapi... sayang...” Bibir Syalinda bergetar. Sesak rasa nafasnya. Betulkah Amirul takkan menerimanya?

”Have you talked to your parents about this?” soal Amirul, membuatkan Syalinda menggigit bibir.

0 demented soul(s):

 

thydivaontheloose... tempat ambe jadi minah jiwang Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review