|Terkini dari milan|

1. Amihana: Nilai Sekeping Hati 56 was the last post. New entry? Ntahla... (- . -')
2. SUS - dihentikan untuk seketika.
3. ABB - sedang dirombak. Progress may be updated.

Followers

Monday, January 14, 2008

Cinta bertih jagung - 4

Mumbling o milanhawkin at 9:51 AM
‘Layan diaorang dengan baik’

Sebab tu ke? Sebab aku cakap macam tu ke? Tapi... aku tak suka... aku tak suka dengan Shahil yang macam ni... aku ingatkan senyuman dia tu hanya untuk aku sorang je. Senyuman dia hanya untuk aku... kan?

Kalaulah aku tak cakap macam tu semalam... arghh... sepanjang minggu ni aku langsung tak berpeluang untuk bercakap dengan Shahil. Bila aku nak dekat dengan dia je, mesti ada pelajar lain yang mahu berbual mesra dengannya. Dan dia pun dah tak datang cari aku lagi, walaupun kami memang sekelas. Aku sunyi. Aku cemburu. Ah, aku cemburu? Kenapa pula aku cemburu? Bukankah aku patut rasa gembira dengan perubahan ni? Shahil dah tak sombong, malah amat peramah sekarang. Lebih2 lagi dengan pelajar perempuan. Ches!

Aku merenung ke luar tingkap kelas. Kebanyakkan pelajar sudah lama pulang. Tinggal aku yang melayan perasaan di sini. Shahil? Entah ke manalah mamat tu pergi. Lagipun dah seminggu kami tak pulang bersama2. Selalunya akan ada pelajar perempuan yang mahu mengajaknya pulang bersama.

Aku mahu menenangkan perasaanku yang sedang bergelora ini. Aku mahu meredakan perasaan cemburu yang semakin sarat ini. Ish.. kenapa aku harus rasa cemburu? Bukankah kami hanya sahabat baik selama ni? Kenapa bila dia tinggalkan aku sorang2 macam ni, aku perlu rasa sakit hati pula?

Terdengar derap tapak kaki sedang menghampiri, aku berpaling. Bulat mataku memandang susuk tubuh yang berdiri tidak jauh dariku. Pandangannya seakan menembusi tubuhku.

“Ah, Shahil” aku terkejut namun cepat2 kuukirkan senyuman untuknya, melindungi kegelisahanku.

Shahil menapak mendekatiku. Wajahnya tanpa senyum. Dia selalu tersenyum kalau jumpa aku. Tapi sejak kebelakangan ni, dia langsung tak senyum pada aku lagi. Geramnya! Kenapa dia boleh senyum pada perempuan lain pula? Bila dengan aku je, dia nak tunjukkan muka batu dia tu!

“Kau masih kat sini” Bukan soalan, sebaliknya satu ayat penyata. Kenapalah ayat dia ni pendek2 aje? Tapi pandai pulak dia berborak dengan perempuan lain.

“Ha’a. Aku duty hari ni. Kau pun kenapa tak balik lagi?” ujarku yang sudah mula menggelabah. Kenapa dia datang cari aku pula hari ni? Selalunya dia terus je balik dengan budak2 perempuan tu.

Shahil masih merenung tak percaya padaku. Aku semakin gemuruh. Dia dapat baca ke apa yang bermain kat dalam otak aku ni?

“Ah.. lepas tu aku terus buat homework kat sini. Tak sedar pulak dah lewat” Aku seakan memberi alasan padanya.

“Tipu” sepatah keluar dari bibirnya yang merah.

“Erkk...” Tak percaya?

“Kau ada nak cakap something ke kat aku?” soalnya, merenungku dengan penuh minat (agaknya).

“Ah...err...emm...” pertama kali aku tergagap bila berhadapan dengannya. Apa aku nak cakap? Nak tanya kenapa dia dah tak senyum pada aku lagi? Malulah! Nak larang dia bercakap dengan orang lain selain aku? Aku takde hak nak halang dia berbuat begitu. Aku hanya temannya, bukan teman wanitanya.

Tapi yang aku tak puas hati, kenapa dia tak senyum pada aku??

“Err...well... takpe kalau kau berhenti senyum untuk hari ni. Mesti letih kan asyik senyum je” Ah, memang ayat bodoh je yang keluar dari mulut aku ni. Mungkin sebab aku terlalu menggelabah.

“Bukan kau ke yang cakap supaya aku layan diaorang dengan baik?” Shahil merenungku dengan tajam, seolah sedang meletakkan kesalahan itu padaku.

Ah, betul tu.... memang aku yang suruh... tapi...

“Shah....kat sini rupanya awak” dua orang gadis masuk ke dalam kelas. Aku tergamam. Dari mana diaorang ni datang? Diaorang ni bukan budak kelas sebelah ke, yang selalu balik dengan Shahil sejak kebelakangan ni? Apasal masuk kelas kami pulak? Nak cari Shahlah tu.

“Jom kita balik sama2. Dah lama kitaorang tunggu awak. Jom...” ajak salah seorang pelajar perempuan tadi. Comelnya dia. Kau suka kat Shahil ke? Shah, kau pun... kenapa diam je? Kenapa tak tolak je pelawaan diaorang ni? Balik dengan aku la...

Tak sedar aku merengus. Apa ni? Perasaan ni...sakitnya dada aku... Makin sakit bila melihat Shahil yang langsung tidak menolong, sebaliknya membiarkan saja gadis itu berpaut pada lengannya. Menyampah! Gedik!

“Hey, tunggu dulu!” jeritku tiba2 bila melihat gadis2 itu mengheret Shahil mengikut langkah mereka. Shahil pula hanya membiarkan saja perempuan2 tu menariknya keluar. Ya Allah, geramnya aku!! Aku sepak jugak budak2 ni karang.

Aku tak tahu kenapa, tapi...

“Kitaorang tengah berbincang perkara penting. Kurang ajar betul korang ni main redah je masuk. Baik korang balik je” ujarku dengan garang. Pergh... jantung ni pun asyik berdegup dengan kencang, macam nak terkeluar dari dada aku. Ini kali pertama aku meninggikan suara pada orang.

Wajahku agaknya sudah merah menahan rasa marah yang mendalam. Tak guna betul minah2 ni. Suka hati diaorang je. Mereka nampak agak terkejut menerima jerkahanku. Termasuklah Shahil.

...aku mahukan Shahil untuk aku sorang.

“Huh? Excuse me?!” salah sorang dari pelajar itu mengerling tajam padaku. Kemudian mereka bergerak mendekatiku. Secara automatik, aku bergerak setapak ke belakang. Kenapa garang sangat ni? Aku acah je tadi...

“Kau selalu je mengendeng dengan Shahil. Kau tahu tak kau tu annoying? Merimaskan! Mulut murai! Takkan kau tak perasan, bila korang bercakap, dia cuma jawab ‘Oh’ dengan ‘yeah’ je. Dia tu tahan sabar je dengan kau tahu! Kau ingat dia suka ke layan kau yang banyak mulut ni?” budak perempuan yang comel tadi menuding jari padaku.

“Kau tu yang patut balik je” tambah temannya pula. Jarinya menolak tubuhku dengan agak kuat, menyebabkan aku tertolak ke belakang.

Ah, kebenarankah ini? Shahil tak suka bila bersama dengan aku?

“T..tapi...aku...” Aku jadi bungkam.

Shahil selalu meluangkan masa untuk mendengar aku bercakap. Dia pendengar yang baik, bukankah begitu? Aku gembira bila bersama Shahil, jadi aku jadi semakin banyak bercakap bila bersama dengannya. Semua tu berlaku tanpa aku sedar. Shahil pun... suka bila bersama aku, kan? Shahil, kenapa kau diam je?

“Kau patut sedar Shahil dah tak suka nak layan kau lagi. Sedar dirilah, si mulut murai. Siapa je yang tahan dengan mulut kau yang banyak tu” Ah, sakitnya bila dihina begini. Lagi sakit bila Shahil hanya membiarkan aku, teman rapatnya, dihina begini. Atau dia sendiri memang bersetuju dengan kata2 itu?

“Sebab... aku... aku suka... pada Shahil” aku menunduk. Air mataku mula bergenang.

Aku tahu aku sedang meluahkan perasaanku. Dan aku takut untuk melihat reaksi Shahil. Aku takut Shahil tidak punya perasaan yang sama. Mungkin dia cuma menganggap aku ni hanya sekadar teman. Teman yang banyak mulut... yang sudah malas untuk dilayannya....

“Eww... siapa nakkan perempuan mulut murai macam kau ni. Jangan mimpilah...” jerkah gadis comel itu tadi.

Aku tergamam. Betul juga, selain Shahil aku memang tak ada kawan lelaki yang lain. Mereka semua menganggap aku ni perempuan yang merimaskan. Hanya Shahil saja yang sudi berkawan dengan aku. Tapi sekarang... Pandanganku makin kabur dek air mata yang sudah mahu keluar dari tubir mata. Dan akhirnya jatuh membasahi pipiku...

BANG!!

Kami bertiga tersentak dengan bunyi yang kuat itu. Aku mengangkat muka, melihat tangan Shahil yang dikepal masih bertemu dengan dinding papan tulis. Wajahnya begitu garang. Hatiku kecut. Dia marahkan aku ke?

“Shah...” Perasaanku merundum.

Dia... marah? Kenapa... kenapa aku cakap macam tu? Dia marah aku cakap macam tu ke? Dia tak suka dengan pengakuan aku tadi ke? Aku hanya mampu merenungnya dengan sebak di dada bila melihat dia berjalan ke arah kami. Gadis2 tadi segera menghindar dariku.

“Jom!” Aku agak terpempam bila Shahil menarik tanganku, mengheretku keluar dari kelas. Aku hanya mengikut langkahnya dengan terpaksa. Dia nak marah aku ke? Nak bawa aku ke mana ni?

0 demented soul(s):

 

thydivaontheloose... tempat ambe jadi minah jiwang Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review