|Terkini dari milan|

1. Amihana: Nilai Sekeping Hati 56 was the last post. New entry? Ntahla... (- . -')
2. SUS - dihentikan untuk seketika.
3. ABB - sedang dirombak. Progress may be updated.

Followers

Friday, October 17, 2008

Amihana: Nilai Sekeping Hati 30

Mumbling o milanhawkin at 7:14 PM
Aku meraup muka beberapa kali. Nafas kuhela panjang. Mata kupejamkan rapat2. Ah, seksanya menanggung rindu. Sakitnya menanggung perasaan. Akan beginikah selamanya?

Aku tak pernah menyangka, bercinta rupanya amat menyeksakan jiwa. Rasa rindu itu tak pernah hilang, malah makin membukit pula. Terbayang2 wajah Kamal Hadi di ruangan mata. Kenapa begitu sekali dia menjauhkan diri dariku? Sudah beralihkah kasihnya?

“Hana! Hana!” laungan Ummi berjaya membawa aku kembali ke alam nyata. Kulihat jam di dinding. Sudah pukul 9 pagi rupanya. Lamanya aku mengelamun dalam bilik ni. Sejak solat Subuh tadi, aku leka termenung di tepi tingkap bilik.

“Ya Ummi” aku menyahut sambil bangun dari kerusi. Aku melangkah ke dapur mencari Ummi.

“Temankan Ummi ke pasar hari ni ye. Ummi nak beli barang dapur sikit. Ikan dengan ayam pun dah takde ni” ajak Ummi yang dengan cekap membasuh pinggan mangkuk di sinki.

“OK, tapi Hana tukar baju dulu ye. Ermm... Qish mana Ummi?”

Betullah... tak nampak pula kelibat adikku itu di hujung2 minggu begini. Ke mana dia?

“Awal2 lagi Qish dah keluar, Hana. Katanya nak jumpa kawan. Entah kawan, entahkan boyfriend. Nampak lain macam je adik kamu tu Hana. Mmm... Qish dah ada boyfriend ke Hana? Hana mesti tahu kan?”

Tahu? Aku tahu ke?

“Entahlah Ummi. Qish takde plak cerita pada Hana. Mungkin betul dia jumpa kawan kot Ummi...” jawapan menyedapkan hati. Hati Ummi dan hati aku sekali...

Hampir sejam aku menemani Ummi ke pasar yang terletak tidak jauh dari rumah kami. Banyak juga barang yang Ummi beli. Macam nak buat kenduri pulak.

“Apsal banyak sangat Ummi beli lauk ni? Nak buat kenduri ke Ummi?”

“Takdelah... hari ini kawan Ummi nak datang dengan family dia”

“Siapa kawan Ummi tu? Hana kenal ke?”

“Apa pulak tak kenalnya... Auntie Zue yang selalu datang rumah kita masa Hana kecik2 dulu tu. Alaa... yang pindah ke US ikut husband dia tu... Dia baru je balik Malaysia balik”

Mulutku sudah membentuk huruf ‘O’. Baru aku ingat makcik tu... Auntie Zue tu memang selalu datang rumah aku sambil bawak anak lelaki dia. Rasanya anak dia tu sorang je.

“Yang anak dia nama Boy tu ek, Ummi?”

“Haa... ingat pun kamu. Tengah hari nanti Auntie Zue nak datang lunch dengan kita, so Ummi nak masak lebih la sikit”

“Abang, abang... kenapa abang diam je?”

Budak lelaki yang bernama Boy tu buat tak tahu je dengan teguran Balqish. Aku geram sangat bila orang buat tak layan je dengan Balqish.

“Kak Hana, napa abang ni diam je? Abang sakit ek?” Balqish masih cuba memujuk Boy bercakap dengannya.

“Awak? Apsal diam je? Bisu ek?” aku terus je bertanya dengan kasar.

“Ke awak sakit gigi?” perliku lagi, sengaja memancing reaksinya. Dari tadi dok diam macam batu, siapa tak sakit hati. Bila kita bercakap, dia diam je.

“Kita tak bisulah! Kita tak sakit gigi pun. Gigi kita elok je. Tengok ni!” Boy menunjukkan giginya yang putih dan tersusun rapi.

“Hah.. ada pun suara. Ingatkan bisu...” aku menokok geram.

“Sibuk je la! Kita tanak kawan dengan awak la. Sebab tu kita tanak cakap dengan awak! Awak comot! Awak tak mandi!”

“Adik, meh kita main sama2 nak? Abang ada bawak aeroplane” Boy menarik tangan kecil Balqish dan meninggalkan aku sendirian.

Aku mengertap bibir. Bila teringatkan kejadian tu, aku memang panas. Sampai sekarang ni pun aku panas. Siot je si Boy tu. Ingat aku nak sangat kawan dengan dia. Aku cuma nak tolong Qish je. Memang sejak pertemuan pertama dengan anak Auntie Zue tu, Boy hanya mahu bermain dengan Qish saja. Bila jumpa aku je, dia cuma reti menjeling.

“Err... Hana nak keluar la Ummi tengah hari ni...”

“Eh, janganla macam ni Hana. Sudahlah Qish takde...”

“Ermm... kalau Hana ada pun nak buat apa?”

“Eh budak ni... takkan tanak jumpa Auntie Zue dengan Boy?”

Memang tak nak jumpa si Boy tu!

0 demented soul(s):

 

thydivaontheloose... tempat ambe jadi minah jiwang Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review