|Terkini dari milan|

1. Amihana: Nilai Sekeping Hati 56 was the last post. New entry? Ntahla... (- . -')
2. SUS - dihentikan untuk seketika.
3. ABB - sedang dirombak. Progress may be updated.

Followers

Sunday, July 22, 2007

::Kusimpul Mati - 11::

Mumbling o milanhawkin at 11:16 AM
“Ha Mirul, baru balik? Ingatkan dah tak ingat jalan nak balik rumah” tegur En Zulfakar pada Amirul yg baru saja meletakkan briefcasenya ke atas meja di ruang tamu. Penuh dengan sindiran.

Amirul hanya memandang sekilas pada Papanya tanpa bersuara. Tali lehernya direnggangkan. Kot hitamnya sudah disangkut ke atas sofa. Papa ni mesti nak cari gaduh ni. Sejak berkahwin dengan Mila, hubungannya dengan keluarga agak renggang.

”Kali ni berapa lama pulak kamu nak duduk sini? Rumah ni dah jadi macam hotel kamu buat” perli En Zulfakar lagi. Tangannya yg sejak tadi sedang membelek akhbar Berita Harian untuk hari itu diletakkan ke atas ribanya.

”Papa ni, Mirul tak balik salah. Mirul balik pun salah. Semua yg Mirul buat tak kena pada mata Papa” balas Amirul pula menunjukkan rasa tidak senangnya. Badannya direbahkan ke atas sofa. Penatnya bekerja seharian masih lagi bersisa.

”Mama mana, Papa?” Baru saja soalan itu diujar, Pn Meriam sudah terpacul dari dapur bersama Alia.

”Abang!” Alia menjerit gembira bila melihat Amirul. Cepat2 dia berlari mendapatkan abangnya dan memeluk tubuh lelaki itu erat. Amirul membalas pelukan adiknya dengan senyum mekar di bibir.

”La, Alia ada balik rupanya. Kenapa tak call abang cakap Alia balik? Tengah cuti ker?”

”Apa pulak Lia tak call abang. Byk kali Lia try call abang tapi selalu je tak dapat. Benci!” Alia pura2 merajuk.

Amirul tersengih. Memang telefon bimbitnya sengaja dimatikan sejak bergaduh dengan Papanya kerana tak mahu sesiapa mengganggu.

”Sorry la. Nanti abang bawa Lia jalan2 ok. Kita pun dah lama tak keluar sama2 kan?” pujuk Amirul sambil mengusap rambut adiknya yg sedang merangkul erat lengannya. Alia memang manja dengannya. Maklumlah, anak bongsu. Alia tersenyum gembira mendengar kata2 Amirul.

”Kita pergi Sunway Lagoon nak? Dah lama Lia tak main2 kat situ” cadang Alia. Matanya bersinar mengharap.

”Ishh.. Lia bukannya budak2 lagi nak main kat situ. Abang bawak Lia ke Genting. Esok kan weekend. Nak?” Alia bersorak kegirangan.

”Ha, elok sangatla tu. Bawak Mila tu sekali jalan2 dengan kamu berdua. Budak tu asyik terperap saja kat rumah ni. Kesian pulak Mama tengok. Kamu pun bukannya nak balik ke sini menjenguk dia” Pn Meriam pula bersuara sambil meletakkan secawan nescafe untuk suaminya. Kemudian dia mengambil tempat di sisi suaminya yg sudah kembali membaca akhbar.

Amirul dan Alia saling berpandangan. Masing2 dapat menbaca apa yg mahu dilakukan oleh Mama mereka. Dan keduanya sebenarnya tidak bersetuju.

”Apa la Mama ni. Alia nak spend time dengan abang aje. Tak mau ada orang luar masuk campur” panjang muncung Alia.

”Eh, apa pulak salahnya kalau Kak Mila kamu tu ada sama. Itu kan kakak ipar kamu jugak. Bukannya orang lain”

”Tapi Mama...” Alia masih cuba mencari alasan.

”Betul kata Mama kamu tu. Dah, jangan nak mengada-ngada Alia. Takde salahnya kamu keluar bertiga” En Zulfakar menyokong cadangan isterinya. Kalau En Zulfakar sudah bersuara, maknanya tiada siapa yg dapat membantah.

”Err... Mila mana Mama?” tanya Amirul bila tidak melihat kelibat gadis itu di mana2.

”Hmm... sekarang baru nak tanya. Dia ada kat bilik, sembahyang” Amirul mengangguk, mencapai briefcase dan kotnya dan berlalu ke bilik.

”Aqim...” Mila menyapa, tersenyum senang melihat Amirul yg baru melangkah masuk. Telekung sembahyangnya di sidai di sudut bilik bersama sejadah yg dilipat. Niatnya untuk menyalam tangan Amirul terpadam bila lelaki itu menjeling tajam. Briefcasenya dilepaskan ke lantai bersama kotnya tadi. Dia melabuhkan punggungnya ke katil.

”Bagus betul ubat guna2 yg kau pakai. Mama dan Papa bukan main sayang lagi kat kau sekarang” pedas sungguh kata2 Amirul. Mila diam tak berketik. Wajahnya ditundukkan, takut untuk memandang wajah sang suami. Bimbang jika dia menjawab, Amirul akan berubah berang.

”Yelah, dari takde apa2 sampai dah boleh duduk banglo. Dari merempat dah boleh goyang kaki. Aku respect jugak kat kau ni” ejek Amirul lagi. Bila tiada balasan dari gadis itu, Amirul mula mendengus.

”Besok aku dengan Alia nak ke Genting. Kau kena ikut sekali sebab ini arahan Papa. Kita bermalam di sana. Ahad nanti kita balik. Kau siapkan apa2 patut” arah Amirul.

Mila mengangguk sambil mengukir senyum penuh harapan. Bagus juga, bolehlah dia cuba merapatkan apa yg renggang selama ini. Mana tahu nasib akan menyebelahinya kali ini.

”Aku tidur sini malam ni. Kau tidur kat bawah”

”Hah? Tidur bawah? Bilik bawah ke?” berkerut dahi Mila. Di tingkat bawah hanya ada 2 bilik. Satu bilik Mama dan Papa, dan satu lagi bilik untuk tetamu. Nak suruh dia tidur kat bilik tetamu ke?

“Ish, kau ni. Kat bawah ni ha” Amirul menunjuk satu sudut di tepi katilnya. Atas lantai? Biar betul. Dia akan mati kesejukan. Sudahlah bilik tu ada aircond.

"Sini?"

"Habis, kau nak tidur sekali dengan aku? Dream on! Jangan ingat aku ada hati nak sentuh kau. Dah, aku nak mandi" getus Amirul dan terus berlalu ke bilik mandi.

Termangu2 Mila di situ. Aqim ni semakin kejamlah, Mila merungut.

0 demented soul(s):

 

thydivaontheloose... tempat ambe jadi minah jiwang Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review