|Terkini dari milan|

1. Amihana: Nilai Sekeping Hati 56 was the last post. New entry? Ntahla... (- . -')
2. SUS - dihentikan untuk seketika.
3. ABB - sedang dirombak. Progress may be updated.

Followers

Monday, July 23, 2007

::Kusimpul Mati - 51 ::

Mumbling o milanhawkin at 1:50 PM
Amirul mundar mandir di hadapan bilik wad kecemasan. Hampir setengah jam juga dia berkawat di situ. En Zulfakar dan Pn Meriam hanya mampu menggelengkan kepala melihat telatah anak lelaki tunggal mereka. Alia turut rimas dengan gelagat abangnya.

“Abang Mirul, boleh tak jangan dok berkawat kat sini? Orang tengah risau ni” bentak Alia, geram. Amirul buat2 pekak. Dia lagi risau dengan keadaan isterinya. Macam mana la tak risau, sampai2 je rumah tengok Mila dah terjelepuk atas lantai. Entah berapa lamalah dia kat situ. Entah apa penyakit pula yang menyerang, yang mahu mengganggu kebahagiaan yang baru mereka kecapi ini? Dia tak sanggup kehilangan lagi.

“Mirul, cubalah bawa2 bertenang sikit. Kejap lagi keluarlah doktor tu” nasihat Pn Meriam.

Memang panjang umur doktor tu kerana sebaik saja ayat Pn Meriam habis, doktor tersebut melangkah keluar. Wajahnya menunjukkan ada berita tak baik yang bakal dilaporkan.

“Siapa suami Pn Mila?” soal doktor perempuan muda itu. Amirul tercegat di hadapan doktor tersebut sambil mengangkat sebelah tangannya. Macam budak sekolah je lagaknya.

“Pn Mila nak jumpa encik” serius doktor itu bersuara. Dengan itu, doktor perempuan itu terus berlalu meninggalkan mereka sekeluarga. Debaran di hati Amirul semakin hebat. En Zulfakar, Pn Meriam dan Alia pula saling berpandangan. Masing2 sudah bersedia untuk menerima berita buruk.

Lemah kaki Amirul melangkah memasuki ruang putih itu. Hatinya berbalam sayu melihat Mila yang terbujur di atas katil. Nampak lemah sekali. Matanya pula sedang tertutup. Nafas yang dihela seakan tertahan. Mila!

“Sayang! Baby!” Amirul menyeru lembut setelah katil pesakit itu didekati. Tangannya mencapai jemari Mila yang lemah, diusapnya lembut. Kemudian dikucupnya dengan penuh kesyahduan. Hatinya sudah semakin sebak. Air matanya bergenang.

Dengan slow motion, Mila membuka kelopak matanya.

“Abang...” panggilnya.

“Ye sayang. Kenapa ni sayang? Kenapa doktor tu taknak cakap apa2 kat abang? Baby sakit apa ni? Kenapa baby tak pernah cakap dengan abang? Baby, please, jangan buat abang risau macam ni” Amirul merayu bersungguh2. Dia tak mampu menahan gelojak rasa ingin tahunya. Musibah apakah yang bakal dilaluinya ini? Mila mengalihkan pandangannya dari Amirul. Bibirnya digigit kuat.

“Semua ni salah abang” tuduh Mila tiba2. Amirul terpempan. Wajah Mila tidak dapat ditatapnya dengan jelas kerana isterinya itu masih tidak mahu memandangnya. Masihkah Mila menyimpan dendam padanya? Masih tak cukupkah penjelasannya hari itu? Bukti apakah lagi yang diinginkan oleh isterinya? Amirul meraup wajahnya.

“Baby, abang mintak maaf sangat. Tolonglah maafkan abang, sayang, please. Janganlah buat macam ni lagi. Jangan simpan dendam tu. Kan abang dah minta maaf ni. Pandanglah abang, sayang. Please....”

“Senanglah abang cakap. Yang menanggungnya saya, bukannya abang!” sekali lagi Mila bersuara keras.

“Mila, tolonglah cakap dengan abang, Mila sakit apa ni? Jangan buat abang macam ni sayang. Kalau pun betul abang yang sebabkan semua ni, tolonglah jelaskan pada abang” Amirul masih tak putus merayu. Sungguh dia gelisah dengan teka teki yang dimainkan oleh Mila ini. Penyakit apa pula yang boleh diberikan kepada isterinya? Nak kata dia terlibat dengan gejala tak sihat, demi Allah, tak pernah. Malah sepanjang dia bersama Syalinda, paling teruk pun yang dilakukannya hanyalah berpelukan.

Mila menekup mukanya dengan tiba2. Kedengaran suara Mila yang teresak2 menangis. Hati Amirul dipalu resah.

“Mila, tolonglah! Tolonglah cakap dengan abang! Kenapa ni?!” kali ini suara Amirul sudah meninggi, bercampur dengan cemas. Tangannya menggoyangkan tubuh Mila, mengharap agar Mila akan bersuara semula.

“Mila pregnant” terdengar suara Mila di balik tangannya. Luluh perasaan Amirul mendengarnya. Ya Allah! Penyakit apa pula ni? Apsal rasa macam pernah dengar je? Teruk ke penyakit ni?

“Kenapa? Macam mana? Ya Allah...”

“Abang! Mila pregnant la...” Mila sudah merenungnya dengan pelik. Namun ada senyuman di bibir manis itu. Boleh pula isteri aku ni tersengih saat2 macam ni? Dahla cakap dia pregnant... hah? Pregnant? Mengandung?

Sesudah melepasi tahap tak boleh berfikir, Amirul tiba2 menjerit kegirangan. Meloncat2 di sekeliling katil Mila. Penat melompat, Amirul memeluk tubuh Mila dengan gemas. Wajah Mila dihujani dengan ciuman2 yang bertalu2.

“Eh, kenapa dengan kamu ni Mirul?” soal En Zulfakar, bertambah pelik bila melihat Amirul sibuk memeluk isterinya. Mila pula tidak mampu berbuat apa2 untuk menahan kegembiraan suaminya.

Amirul segera menjelaskan perkara sebenar pada keluarganya. Pn Meriam dan Alia segera mengucapkan tahniah dan mencium pipinya. En Zulfakar pula sudah mengeluarkan segala nasihat yang mahu diperturunkan kepada anak lelakinya. Pn Meriam pula berjanji untuk selalu singgah ke rumah mereka nanti.

Setelah keluarga mereka pulang, Amirul berbaring di sebelah isterinya. Kemudian dia mencubit pipi Mila sekuat yang boleh hingga Mila menjerit kesakitan.

“Jahat!” Mila bersuara manja, sambil mengusap pipinya. Sakit!

“Sapa suruh buat abang sampai macam ni? Abang dah risau gile tadi tau tak? Geramnya!” sekali lagi Amirul mencuba untuk mencubit pipi isteri kesayangannya, namun tak berjaya bila Mila sudahpun memeluknya dengan erat. Pandai! Amirul balas merangkul isterinya. Malah dia sudi memaafkan gurauan Mila bila mendengar tawa Mila yang merdu singgah ke telinganya.

“Sorrylah abang. Janganlah marah. Mila saja je nak bergurau” ujar Mila, masih lagi dalam tawanya. Suka dia dapat mengenakan suaminya itu.

“Habis, yang lama2 kat dalam sini tadi buat apa?”

“Saja borak2 ngan doktor tu. Baik kan doktor tu, abang”

“Baik ler sebab dia setuju bersubahat dengan Mila. Sampai hati Mila buat abang risau macam ni ekk. Kalau abang ada sakit jantung, dah lama dah abang masuk hospital skali dengan Mila”

“Mila saja je nak surprisekan abang. Abang tak marah kan?” Mila sudah bermain2 dengan butang baju kemeja suaminya.

“Tak”

“Mila ada permintaan ni”

“Apa dia? Cakap jer, selagi abang mampu tunaikan, abang akan tunaikan”

“Mila tak nak abang gaduh dengan Dani lagi. Please, abang. Dani kan kawan baik abang dulu. Tolonglah berbaik2 dengan dia, for old time’s sake. Lagipun dia banyak tolong Mila dulu” Wajah Amirul bertukar masam sebaik mendengarkan nama Dani meniti di bibir isterinya.

“Tolong ada makna tu...” Amirul mencebir.

“Please abang. Cukuplah dengan apa yang dah berlaku. Mila tahu, dia pun rindukan sahabat baiknya” pujuk Mila lagi.

“Hmm... yela... nanti abang akan cakap dengan dia. Tengok la macam mana. Jangan berharap sangat” Amirul mengalah demi isteri tercinta.

“Baby, terima kasih untuk hadiah ni. Abang sangat2 menghargainya” bisik Amirul. Mila sekadar mengukir senyum bahagia. Sememangnya dia sudah teramat bahagia bersama Amirul. Dan memberi cahaya mata untuk suaminya, merupakan antara cita2nya.

Amirul menggenggam tangan kiri Mila. Tanpa suara, Amirul kemudiannya menyarungkan sebentuk cincin ke jari manis Mila. Tanpa kata juga, Mila memandang jarinya dengan rasa tidak percaya. Cincin emas putih itu tampak ringkas dengan bentuk love kecil ditengah2nya. Di bahagian tengah bentuk love itu pula ditatah dengan sebentuk berlian kecil. Di bawah bentuk love itu pula, terdapat sebuah lagi bentuk love yang sama berjuraian ke bawah.

“Cantiknya!” ucap Mila, sudah mula menumpahkan air mata. Sungguh dia terharu dengan pemberian Amirul ini.

“Ini kira cincin kahwin kita la ye” romantis Amirul bersuara. Mila mengangguk laju.

“I love you, baby”

“I love you too, my big baby”

2 demented soul(s):

sHiGeM said...

hye thydiva...i've been reading ur stories since Cari.com....u've got talent in writing...keep it up =))

thydiva said...

hello shigem;
thanks for ur support, much appreciated. hopefully thy akan selalu ada idea. :)

 

thydivaontheloose... tempat ambe jadi minah jiwang Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review