|Terkini dari milan|

1. Amihana: Nilai Sekeping Hati 56 was the last post. New entry? Ntahla... (- . -')
2. SUS - dihentikan untuk seketika.
3. ABB - sedang dirombak. Progress may be updated.

Followers

Monday, October 3, 2011

Aku Bukan Bidadari ~ 2

Mumbling o milanhawkin at 5:37 PM 3 demented soul(s)
Dimas: Bintang Yang Menghilang

Kuala Lumpur: Pelakon dan penyanyi terkenal Malaysia – Dimas – menghilangkan diri sejak beberapa minggu yang lalu menggemparkan industri hiburan tanah air Malaysia. Dimas yang mula dikenali melalui lakonannya dalam filem ‘Cinta Kita’ dan seterusnya melonjakkan namanya sebagai artis yang mempunyai bakat dalam bidang nyanyian menerusi lagu ciptaannya sendiri ‘Janjiku’ diberitakan tidak hadir dalam pelancaran album terbarunya ‘Dimas II’ yang dijadualkan pada 1 minggu lalu. Menurut Hadif Irfan, PA kepada Dimas, kehilangan artis itu amat memeranjatkan memandangkan Dimas tidak pernah…


“Amboi, kusyuknya kau baca surat khabar! Aku panggil pun kau buat tak dengar je” tegur Aziah seraya menepuk bahu Wania dengan kuat. Wania mengaduh, menggosok bahunya yang terasa perit terkena penangan temannya itu.

“Sakitlah Ajie!” marah Wania sambil memuncungkan mulutnya. Aziah tersengih.

“Eleh, manja la kau ni. Sebab tulah orang suka buli kau. Tu, mulut tu, muncung lagi. Aku tarik karang baru kau tau” Aziah mengusik lagi. Wania sudah mencebik2 geram. Nasib baiklah Aziah itu teman sepejabatnya yang paling rapat dengannya, yang paling banyak membantunya sejak dia join company ni 3 thn lepas. Kalau tak, mahu jugak dicubit2 pipi Aziah yang tembam tu.

“Cepatla cerita apa yang ko khusyuk sgt baca tu… ce citer, ce citer” Aziah sudah mula buat lawak Kampung Pisang. Wania tergelak kecil.

“Ni ha… pakwe aku menghilangkan diri ni” Wania mengerut dahi. Memang berita hangat.

“Hah? Sejak bila kau ada pakwe ni?” Aziah jungkit kening. Wania tersenyum simpul.

Akhbar Metro ditangannya disuakan pada Aziah. Jari telunjuknya segera ditekapkan pada keratan akhbar yang dibacanya sebentar tadi.

“Perasan tak habis2 kau ni” rungut Aziah sambil mencebik. Bacaannya diteruskan tanpa menghiraukan muncung Wania yang makin memanjang.

“Apalah yang kau suka sangat kat mamat ala2 korean celup neh. Bukannya pandai berlakon pun. Kaku semacam je aku nengoknye. Harap suara je la macho, nyanyi pun sedap la jugak” ulas Aziah.

“Eh eh Ajie, tolong sikit ek. Dimas ni mmg tip top ye. Lakonan mantap, nyanyian mantop! Apa lagi ko nak? Dah terlebih talent dah tu. Muka takyah cakap la kan. Memang lelaki idaman aku neh” Wania sudah mula terbang ke alam fantasi. Wajah Dimas terbayang2 di hadapannya.

“Ish, bukan taste aku ler budak Korean celup ni. Nama pulak macam nama mamat Indon. Ko suka la yang jenis2 oversea ni kan?” ejek Aziah, mencebik lagi.

“Eleh, dengki la tu” Wania menguntum senyum. Tak kisahlah apa orang nak cakap pasal Dimas. Yang penting, hanya Dimas di hati!

“Aku tengok, hensem lagi boss kita tu tau. Dah la hensem, baik pulak tu. Peramah. Pemurah. Tak suka marah2” Wania menjeling wajah Aziah dengan pelik. Biar betul? Tak pernah2 si Aziah ni nak puji boss kesayangan mereka tu. Siap gelarkan boss mereka dengan nama Harimau Malaya lagi. Lagi naik hairan bila Aziah mula buat muka2 pelik ke arahnya.

“Kau biar betul Ajie?! Aku tak salah dengar ke ni? Kau tengah puji si Harimau Malaya tu ke?” Wania tergelak, kuat. Geli betul hatinya. Bukan ke mereka sama2 suka mengutuk Harimau Malaya tu bila je ada masa lapang? Sementelah sekarang ni boss mereka tengah ada meeting sehari suntuk kat luar. Makinlah mereka bermaharajalela kat office.

“Walaupun muka dia tu hensem, tapi garangnya MasyaAllah… tak sanggup aku tau. Suara dia walaupun macho tapi bukannya sedap pun bila dah menjerit2 gitu. Sejak bila pulak kau baik hati nak puji si Rimau tu? Jangan cakap kat aku yang kau tiba2 jatuh hati kat Rimau tu ek” Wania terkekeh2 ketawa. Lucu betul bila membayangkan Aziah duduk bersanding di sebelah boss mereka. Sungguh tak padan! Terbayang2 wajah En Faryal yang masam mencuka di sebelah Aziah yang comel dan montel.

“Eh, err.. aku tak pernah tak puji boss kita tau. Boss kita tu memang baik la… macho, hensem bergaya lagi… kan boss?”

Urk! Wania mula rasa bulu romanya meremang. Aduh mak… jangan cakap…

Wania berpaling. Nah, boss kesayangan mereka, En Faryal sedang elok bercekak pinggang di belakangnya. Kecut perutnya melihat wajah En Faryal yang sedang merenung tajam ke arahnya. Wania cuba tersenyum untuk menutup kegugupannya namun gagal. Failed!

“Having fun voicing your opinion about me, Wania dear?” suara garau itu walaupun tidak melengking, namun masih mampu membuatkan jantungnya bergetar hebat.

“Eh… err… tak… emm.. saya… ” makin kencang jantungnya berlari. Peluh renik mula menghias dahinya. En Faryal memandang jam Tag Heuer di tangannya.

“Hmm… pukul 10 pagi dan awak masih duduk berborak2 macam takde kerja. Memandangkan awak kurang kerja, masuk bilik saya dalam masa 2 minit. Ada banyak kerja yang awak boleh tolong saya siapkan!”

Wania menggigit bibir. Habislah plannya nak balik awal hari ni. Melepaslah dia nak menonton drama bersiri lakonan Dimas kegemarannya. Wania cuba meraih simpati dari Aziah yang sedari tadi membatu di sebelahnya. Sungguh dia rasa mahu menangis saat ini. Itulah, siapa suruh baca paper time2 gini. Dia sangka En Faryal ada meeting hingga ke petang, sebab tulah dia berani baca paper time office. Kalau tidak, sumpah dia akan berteleku di mejanya sampai habis waktu kerja.

“Dan awak, Aziah. Sila balik tempat awak dan siapkan laporan yang saya mintak semalam. On my desk before noon!” arah En Faryal sebelum berlalu ke biliknya. Setelah pasti En Faryal menghilang ke dalam biliknya, Wania berpaling ke arah Aziah.

“Ajieee….” Wania merengek. Wajahnya sudah memerah. Dia betul2 takut nak mengadap si Harimau Malaya.

“Siapa suruh kau kutuk kaw2 mamat tu? Kan dah kena” Aziah berbisik. Manalah tahu kali ini En Faryal muncul dari belakangnya pula. Aduh, simpang malaikat 44.

“Apsal kau tak kasi warning kat aku” makin kuat Wania merengek. Matanya sudah merah.

Dalam syarikat Jaya Usaha Sdn Bhd ini, En Faryal adalah orang kedua paling berpengaruh. Siapa je yang tak kenal dengan kegarangan En Faryal? Siapa je yang tak pernah kena marah dengan En Faryal? Rata2 anak syarikat sudah pernah kena basuh dengan lelaki kacukan Pak Arab itu. Sebab itulah dia diberi jolokan Harimau Malaya. Bukannya sebab dia pandai main bola pun.

“Dah, dah… kau masuk je dalam bilik dia. Nanti satu office ni boleh dengar dia menjerit panggil nama kau” dan Aziah berlalu meninggalkannya keseorangan menghadapi si Harimau Malaya.

Adah… tolong Kak Long plssss….

Aku Bukan Bidadari ~ 1

Mumbling o milanhawkin at 4:15 PM 0 demented soul(s)
Wajah Wania basah dengan air mata. Lencun.

Lelaki di hadapannya cuma buat tak tahu. Sedikit pun tiada riak belas pada wajah tampan itu. Hati Wania merintih.

Tangannya cuba meraih lengan lelaki itu namun segera ditepis kasar. Dia cuba bersuara namun tiada kata-kata yang keluar dari bibirnya. Tersedu sedan jadinya melihatkan tindak balas lelaki yang dicintai sepenuh jiwa dan raganya.

Kemudiannya lelaki itu bergerak menjauh. Wania cuba mengejar namun lelaki itu makin cepat meninggalkannya. Entah dari mana, muncul seorang wanita cantik di sisi lelaki itu, tersenyum sinis memandangnya. Pandangan yang penuh dengan ejekan.

Tidak dinafikan, wanita itu terlalu cantik jika hendak dibandingkan dengan dirinya yang serba sederhana. Wania mengertap bibir. Lelaki itu tunangnya, jadi dia lebih berhak berada di sisi lelaki itu.

Langkahnya dilajukan hingga akhirnya dia berlari mendapatkan mereka. Tangannya memaut lengan sang lelaki dengan kemas. Dia tak ingin ditinggalkan begitu saja. Wanita cantik itu merenungnya marah sambil cuba merungkaikan pautan tangannya. Dia tak mahu mengalah!

Wania memandang wajah buah hatinya dengan penuh simpati. Memohon diberikan peluang. Mohon diberikan kesempatan. Sungguh hatinya retak seribu tatkala tangan lelaki itu merentap kasar pautannya dan menolak tubuhnya menjauh.

Ketika itulah, sebuah kereta muncul dan melanggarnya tanpa simpati. Tubuhnya melayang ke udara dan akhirnya terjelepuk ke tanah. Ada darah yang mengalir. Pekat dan likat. Dia cuba memfokuskan pandangannya ke arah pasangan tadi. Mereka sama2 ketawa melihat tubuhnya yang terlantar dalam kubangan darah. Ketawa mereka semakin jelas dan kuat. Nyaring sekali. Telinganya bagaikan mahu pecah mendengar gelak tawa mereka.

“Tidak! Tidak!” Wania menjerit berulang kali. Ini bukan kenyataan. Ini semua hanyalah mimpi. Mimpi!

“Kak Long! Kak Long! Bangun Kak Long!”

Wania membuka mata. Merenung sesusuk tubuh yang sedang duduk di birai katilnya.

“Adah…” Wania mula mengongoi sedih. Tubuh adiknya didakap erat. Dia kembali murah dengan air mata.

“Astaghfirullahal’azim… Kak Long mengigau ni… Istighfar ye” pujuk Wardah. Kepala digelengkan beberapa kali. Dia membalas pelukan kakaknya, cuba memberikan sedikit semangat.

“Adah… kenapa Kak Long masih mimpikan dia Adah… kenapa?” luah Wania. Wajahnya masih direbahkan ke bahu adiknya.

“Kak Long kan tak sihat beberapa hari ni. Maybe sebab tulah Kak Long termimpikan dia. Dahla, jangan fikir lagi ye. Tidur ye. Adah temankan ye” pujuk Wardah penuh simpati. Wania menganggukkan kepala.

Wania kembali mengatup mata bila Wardah merebahkan badan di sebelahnya. Dia berdoa agar dia tidak lagi bermimpikan lelaki itu. Setiap kali mindanya singgah pada peristiwa itu, setiap kali itulah kakinya terasa perit sekali. Bagaikan mengerti, Wardah bangun dan mula mengurut betisnya. Air mata Wania mengalir lagi.

Sunday, September 18, 2011

Aku Bukan Bidadari - Prolog

Mumbling o milanhawkin at 8:02 PM 4 demented soul(s)
Entah berapa lama dia duduk berteleku di situ. Sudah beberapa hari kelibatnya sentiasa kelihatan di kawasan tanah perkuburan Islam Kubu Lama itu. Datangnya sesudah Subuh, pulangnya setelah malam menghampiri siang.

Namun hari ini, dia sepertinya tidak mahu pulang. Dia seolah semakin hanyut dalam dunianya sendiri. Ada ketika, air matanya akan mula mengalir tanpa henti. Bila penat, dia akan menyandarkan tubuhnya ke batu nisan yang masih putih bersih itu. Tangannya bermain2 di atas kubur yang masih merah, seolah sedang membelai sesuatu. Bibirnya terkumat-kamit, seumpama sedang menyeru.

Seorang lelaki tua mendekati. Hajatnya mahu menegur pemuda yang seolah telah kehilangan sesuatu yang amat berharga dalam hidupnya. Hatinya belas melihat tingkah pemuda itu.

“Nak, pakcik tengok dah lama sangat anak kat sini. Pulanglah ye… Tak elok lama2 sangat kat tempat macam ni” nasihat lelaki tua itu berlalu bagaikan semilir. Tidak langsung ditanggapi nasihat daripada lelaki yang tidak dikenalinya.

Pemuda itu menggelengkan kepala. Walaupun tubuhnya terasa begitu lemah kerana sudah beberapa hari makannya tidak teratur, dia tidak terasa mahu pulang. Dia tidak terasa mahu melakukan apa pun. Dia hanya mahu bersendirian. Dia hanya mahu terus berada di situ. Mungkin dengan cara ini saja dia mampu meraih kemaafan.

“Leave me alone! Leave!!” bentak pemuda itu tiba-tiba. Matanya mencerlung ke arah lelaki tua itu, memberi amaran.

“Nak, jangan macam ni. Baliklah ye. Anak duduk mana, mari pakcik hantarkan” sekali lagi lelaki tua itu memujuk.

“No! No! Dear, I don’t wanna leave you here alone. I wanna be with you. Please forgive me. Forgive me…” dia kembali teresak-esak, dan sesekali cuba menahan tangis. Tangannya tergapai-gapai di atas kubur yang masih merah.

Lelaki tua itu hanya mampu menggeleng-gelengkan kepala. Parah dah budak ni. Sudahlah bercakap dalam bahasa yang tak mampu difahaminya, dipujuk makin meraung pula. Yang dia tahu, lelaki itu tidak langsung mahu bergerak dari kubur tersebut.

“Dear, please forgive me. Don’t leave me… please…” rayuan sebegitu masih lagi kedengaran dari mulutnya.

Akhirnya lelaki tua itu bergerak menjauh. Mengalah.

Tuesday, August 30, 2011

Selamat Hari Raya

Mumbling o milanhawkin at 1:46 PM 3 demented soul(s)
Selamat Hari Raya untuk semua teman2 sekalian.
Maaf Zahir & Batin.

Rasanya tahun 2011 ni mmg thn yg paling busy untuk milan sampaikan nak update cerita pun teramatlah lambat. Milan mintak maaf banyak2. Milan mmg xde banyak masa sekarang ni. Tapi milan akan berusaha untuk sentiasa update cerita milan.

Memandangkan Amihana masih lagi dalam penilaian, Milan dah ada cerita baru untuk share dengan teman2 semua. Tajuknya belum sempat nak fikir lagi. Tapi jalan cerita dah ada. :) Hopefully semuanya akan berjalan lancar. Milan akan post cerita at least seminggu sekali ye. InsyaAllah, starting 18/9 (if not earlier) milan akan mula post cerita baru.

Sekali lagi, milan ucapkan, Selamat Hari Raya untuk anda semua! :)

Saturday, July 30, 2011

Amihana: Nilai Sekeping Hati 56

Mumbling o milanhawkin at 8:28 PM 8 demented soul(s)
Aku membuka mata perlahan2. Terasa senak sedikit anak mataku dek kerana terlalu melayan perasaan. Aku berpaling ke kiri. Dan kemudian ke kanan. Dahiku berkerut. Mana pula perginya Dr Khairul?

Aku bangkit dari perbaringan. Mendengus perlahan. Perlu ke dia ada di bilik ini saat ini? Bukankah akan menambah rasa sakit hatiku saja? Tanganku meraup muka. Ya Allah, sampai bila fikiranku harus keliru begini? Berilah aku kekuatan. Aku perlu tenangkan fikiran.

Aku mengengsot sedikit ke arah tepi katil, memandang ke luar tingkap. Kosong. Sekali lagi keluhan berat keluar dari bibirku. Akhirnya aku mengangkat punggung dan berlalu ke bilik air. Baru saja tanganku mahu membuka pintu bilik air, Dr Khairul sudah terpacul di situ. Aku terpempan. Kaku. Wajahku segera memerah melihatkan tubuhnya yang hanya berbalut tuala separas pinggang. Lelaki itu tersenyum cuma.

“Selamat pagi, sayang. Baru bangun?” soalnya mesra, seolah2 tiada apa yang berlaku pada malam sebelumnya. Aku segera berpaling saat menyedari matanya merenungku nakal. Aduh, kenapa pula aku harus merenungnya begitu?

Aku bergerak ke sisi, memberi laluan padanya tanpa menjawab.

“Lena betul sayang tidur. Abang tak sampai hati nak kejutkan tadi” sambungnya sambil menarik lenganku supaya kembali mengadapnya.

Aku masih berdiam diri. Malu sebenarnya. Dada ini pandai pula nak mainkan drum rentak entah apa2. Tidak! Aku tak perlu merasakan apa2 pada lelaki ini, meskipun dia sudah sah menjadi suamiku. Aku tak mahu izinkan apa2 perasaan timbul untuk lelaki ini.

“Pagi ni… dah OK?” dia bertanya lagi. Masih belum jemu agaknya dengan reaksiku yang asyik membatu walaupun aku masih tidak sudi memandangnya.

“Sudahlah. Sayang mandi dulu, nanti turun sarapan ye. Agaknya semua orang dah tunggu kat bawah” serentak itu, tanpa kuduga lelaki itu menghadiahkanku dengan sebuah kucupan di dahi. Aku kembali termangu hingga tidak sedar Dr Khairul sudahpun bersiap dan keluar dari bilik.

Semua orang? Adakah Imran juga…? Ah, cepat2 aku menggelengkan kepala.

Hampir setengah jam kemudian, barulah aku menapak turun dari bilik. Itupun setelah puas berperang dengan diri sendiri. Mata yang sedikit bengkak, tidak kuhiraukan.

Wajah pertama yang singgah di mataku sebaik saja aku sampai di meja makan, adalah wajah tenang suamiku. Dengan senyum terukir di bibir, dia mempersilakan aku duduk di sebelahnya. Ummi agaknya masih di dapur. Babah pula sudah siap membaca akhbar di meja makan. Tanpa banyak soal, aku duduk di sebelahnya. Takkan nak tunjuk protes depan Babah.

“Assalamualaikum! Morning everyone!” sapaan itu, suara itu… seakan menyentakkanku. Perlahan kuangkat muka. Wajah tampan Imran Hadi hadir di layar mataku. ‘Abang’ku itu menganggukkan kepalanya ke arahku, menyapa lembut. Aku kembali menunduk. Pedih kurasakan tangkai hati ini.

Monday, July 18, 2011

Amihana: Nilai Sekeping Hati 55

Mumbling o milanhawkin at 9:13 AM 5 demented soul(s)
Malam ini aku hanya tahu menangis. Menangis dan menangis. Sampaikan Dr Khairul sendiri sudah tak tahu bagaimana lagi mahu memujukku. Malam sudah semakin larut namun aku masih tak mampu melelapkan mata. Apalagi dengan mata bengkak dan hidung yg tersumbat.

“Sayang, sudahla tu…” entah untuk kali ke berapa, Dr Khairul memujukku.

“Sampai hati… sampai hati semua orang rahsiakan semua ni dari Hana. Awak pun sama!” tuduhku dengan geram. Kukesat air mata yg masih mengalir. Murah sungguh air mataku malam ini.

Imran mengambil tempat di sebelahku.

“Tak baik marah2 kat suami sendiri. Dosa tau” si dia mengusik. Aku berpaling dari mengadapnya.

“Kenapa? Kenapa?!” Aku bagaikan tidak mahu menerima takdir. Aku belum bersedia dengan semua kenyataan ini.

“Sayang menyesal kahwin dengan abang?” soalnya. Nadanya sedikit dingin.

“Saya memang tak pernah mahu kahwin dengan awak, kalau tak kerana Ummi dan Babah!” jelasku berterus terang. Biarlah jika dia mahu terasa hati. Aku sudah tak peduli. Hatiku ini, lebih2 lagi terasa.

“Habis? Sayang nak kahwin dengan Imran? Gitu? Sayang mana boleh kahwin dengan Imran. Kan melanggar hukum agama!” tegasnya.

Ya. Aku tahu kini. Aku dan Imran Hadi sebenarnya tidak berjodoh. Malah, kami sebenarnya MUHRIM! Permainan takdir sebegini, bagaimana mungkin untuk aku menghalangnya. Malahan, Imran sendiri yg mewakil-walikan pernikahan antara aku dan Dr Khairul selepas Isyak tadi.

Mana mungkin aku tahu bahawa Imran Hadi itu adalah abangku! Ya Allah, bagaimana aku boleh jatuh cinta pada abangku sendiri?! Sungguh aku tak terdaya melawan kehendakNya.

Baru kini terbongkar rahsia kenapa Imran Hadi melarikan diri dariku. Baru kini aku mengerti kenapa Auntie Zue menangis saat bertemu denganku beberapa minggu lalu. Rupanya wanita itu diburu rasa bersalah kerana tidak pernah menceritakan hal yg sebenar padaku.

Auntie Zue rupanya adalah adik angkat kepada ibu kandungku, Siti Salamah. Ibu yang meninggalkan aku setelah berpisah dengan ayah kandungku. Ibu membawa Imran bersama dengannya, dan meninggalkan aku dengan ayah. Beberapa bulan selepas ayah dan ibu berpisah, ibu meninggal kerana sakit. Dan ibu titipkan Imran pada Auntie Zue.

Sewaktu aku mahu pulang ke Malaysia dari Korea, Imran menyuarakan hasratnya mahu mengahwini aku pada Auntie Zue. Entah bagaimana, Auntie Zue menolak keras cadangan Imran. Bila didesak, barulah Auntie mengaku bahawa kami ini adik beradik. Itupun kerana Imran mengugut mahu kahwin lari.

Ibu, kenapa tak bawa Hana bersama? Kenapa tinggalkan Hana? Dan kenapa Auntie Zue tak pernah memberitahu hal ini pada Ummi dan Babah selama ni? Kenapa Auntie Zue perlu merahsiakan hubungan aku dan Imran? Jika sekadar mahu menjaga hatiku, bukankah keadaan ini lebih teruk?! Bagaimana aku mahu berdepan dengan Imran Hadi?

Dan rahsia ini diketahui oleh Dr Khairul. Rupanya keluarga Dr Khairul dan Auntie Zue berteman rapat. Mereka terlebih dahulu mengetahui tentang hal ini. Auntie Zue meminta Dr Khairul memperisterikanku demi mengelakkan sebuah dosa besar dicipta.

Aku benci suamiku! Hanya kerana simpati, dia memperlakukan aku seperti barang dagangan yg boleh ditolak ke sana ke mari.

“Maafkan abang, sayang. Maafkan kami semua. Pada mulanya, semua ini berlaku sebab nak menjaga perasaan Hana. Bukannya nak buat Hana bersedih. Please, don’t do this to us. Please give me a chance. Give us a chance. Lupakanlah semua yg berlaku. Kalau sayang perlukan masa untuk terima abang, abang rela. Abang bersedia. Tapi jangan layan abang macam ni, sayang. Please…”

Hatiku sedikit pun tak terusik dengan pujukan dan janji2nya.

“Awak ingat senang saya nak lupakan semua ni? Macam mana saya nk lupakan semuanya kalau Imran ada depan mata, awak juga ada depan mata?! Saya rasa macam nak gila aje bila dengar semua ni. Korang semua kejam! Kejam!” tanpa segan aku meluahkan rasa. Tanpa memikirkan perasaannya, aku menembak terus ke dasar hati.

Mana mungkin aku tahu, rupanya saat itu aku rupanya telah melukakan hati seorang lelaki yg tulus mencintaiku…

Monday, June 13, 2011

Poll utk Amihana

Mumbling o milanhawkin at 9:46 PM 2 demented soul(s)
Milan nak wat poll sket...
Tolong pilih kesukaan anda ek.. :)

Wednesday, May 25, 2011

Rindu....

Mumbling o milanhawkin at 12:38 PM 3 demented soul(s)
Rindunya....

Rindunya milan nak menulis....

Rindunya milan nak berkhayal dan berangan....

Rindu serindu-rindunya....

Rindu pada semua....

Rindu serindu-rindunya....

Sunday, March 6, 2011

Ampun & Maaf Teman2

Mumbling o milanhawkin at 10:12 PM 2 demented soul(s)
Yup, milan nak mintak ampun dan maaf dari teman2 semua. Milan sungguh la takde masa nak update blog milan. Dengan Amihana yg tertangguh entah dah berapa lama, si Lana pulak tak kuar2. Mesti ramai yg merungut (errr.. ramai ker?).

Maaf sangat2. Bukan milan sengaja nak mendera korang. Milan sedar, tanpa korang milan ni bukanlah siapa2. Bukan niat di hati nak hangat2 t*** ayam jugak... dari dulu milan memang suka menulis tapi bila kepala milan pening dengan macam2 tanggungjawab, idea milan tak keluar2.

Betul ni, maafkan milan yer kawan2. Milan akan sambung bila milan terdaya nak sambung. Milan bukan nak bersara terus, jadi jangan risau. Yang rindukan Amihana: Jangan kecik ati. Jangan marah2. Jangan benci milan. Milan sayangggg korang sumer.

Thursday, January 27, 2011

Cerita seorang nenek pada cucu2nya... (bila milan mula mengarut!)

Mumbling o milanhawkin at 12:13 AM 2 demented soul(s)
Surat dari Nenek untuk Cucu
Assalamualaikum cucu-cucu nenek! Apa khabar agaknya Adah, Iman, Alif & Aqim yer. Entah2 cucu-cucu nenek pun dh bertambah ye. 

Masuk tahun ni, nenek rupanya dah makin bertambah tua. Dah 65 tahun rupanya. Hahaha... tapi hati nenek masih muda. Jangan tak percaya! :P

Nenek cuma nak bercerita. Cerita biasa je. Takde istimewanya (tapi tetap istimewa untuk nenek). Sebabnya? Sebab ini adalah kisah hidup nenek! Nenek amat bersyukur ke hadrat Allah yg Maha Esa kerana masih mengurniakan nenek kesempatan untuk bercerita pada cucu2 nenek semua ni. Alhamdulillah, syukur nenek kepadaNya.

Adah, Iman, Alif, Aqim...
Hidup nenek yg sebenar2nya hanya bermula sewaktu umur nenek menjangkau 32 tahun. Masa ni, gadis kalau dah masuk 32 dan belum kahwin, alamatnya dapat la menyandang status andartu. Malah kawan2 nenek pun dh ramai yg kawen dan beranak pinak. Agaknya mereka tu lebih bertuah berbanding nenek sbb masa ni nenek masih bersendiri.

Namun sebenarnya nenek tak rugi pun. Nenek akhirnya bertemu tambatan hati (datuk kamu ler tuh.. hahaha) pada tahun 2011. Lelaki yg tak pernah nenek sangkakan akan menjadi sebahagian dari hidup nenek. Lelaki yg begitu sempurna pada mata nenek. Lelaki yg menerima nenek apa adanya nenek ini.

Orangnya kacak sekali (kacak pada mata neneklah), tinggi, berbadan tegap, berambut cacak (masih trend ke skang ni? Tapi datuk kamu dah takde rambut sangat dah skang ni.. hahaha... tp tak bermakna cinta nenek pada datuk kamu pun berkurang juga. Tak pernah dan tak akan!). Dia seorang lelaki yg penuh budi bahasa, baik hati dan pemurah. Sebab tu nenek langsung tak sangka datuk kamu tu berminat pada nenek yg sekadar comel je ni hahahaha... ye ye, nenek tau nenek lawak. :P

Kiranya pertemuan pertama itu membibitkan perasaan cinta pada hati masing2. Mulanya, nenek langsung tak sangka dia akan sukakan nenek. Maklum ajelah, nenek ni teramat pemalu orangnya, lebih2 lagi pada lelaki yg tak pernah nenek kenal. Sepatah pun nenek tak bersuara bila berjumpa dengan datuk kamu. Hanya senyum je bila datuk kamu menegur nenek. Sebenarnya lidah nenek kelu sungguh berdepan dengan lelaki berkarisma seperti datuk kamu.

Bila mendapat panggilan telefon dari datuk kamu, nenek betul2 tergamam dan penuh rasa tak percaya. Nenek takut sebab nenek sebenarnya sudah berhenti berharap pada yg tak sudi. Tapi Alhamdulillah, bila nenek kenal dengan si dia, nenek tau dia benar2 ikhlas untuk mengenali nenek. Dan pada usia 32 tahun itu jugalah, nenek akhirnya berkahwin dengan si dia.

Pelbagai suka duka kami tempuhi bersama. Nenek tak pernah menyesal mengenali datuk kamu. Nenek benar2 bahagia bila bersama dengannya. I am who I am when I’m with him. Sungguh! Dialah tempat nenek bermanja, tempat nenek meluahkan perasaan, dan tempat nenek meminta pendapat. Kami berkongsi perasaan kami, berkongsi segalanya. Datuk kamu benar2 melengkapi hidup nenek, hinggakan kadang kala nenek tertanya2 apalah pahala yg dh nenek buat sebelum ni hinggakan Allah SWT mengurniakan datuk kamu pada nenek.

Pada awal perkahwinan kami, kami cuba mengenali hati budi masing2. Kiranya kami bercinta selepas kahwin. Indahnya saat itu! (Jadi sila bercinta selepas kahwin yer, bukan sebelumnya – banyak buruk dari baiknya!). Datuk kamu tu adalah lelaki paling penyabar yg pernah nenek kenal. Tak pernah lokek dengan ilmu dan harta. Tak pernah bermasam muka dengan orang lain (dengan nenek pernahla, ala, bila gaduh2 manja gitu..., nasib baik nenek pandai pujuk!). Layanannya pada keluarga nenek juga amat baik sekali. Dialah menantu kesayangan ibu nenek kalau nak tahu. Keluarga datuk kamu pun amat baik sekali. Barulah nenek sedar, didikan ibubapa tu penting dalam membentuk anak2 yg baik budi pekertinya. Seperti mana datuk kamu itu, seperti itulah keluarganya.

Hidup nenek juga bertambah baik semenjak mengenali datuk kamu. Pada hari datuk kamu ajak nenek berpindah ke sebuah rumah yg dibelinya di Ampang, nenek jatuh cinta sekali lagi dengan rumah teres dua tingkat(1/2) itu. Cantik sangat. Cantik kan rumah nenek? Nenek tau korang jeles tgk rumah nenek yg cantik ni. Rupanya dalam diam, datuk kamu renovate rumah tu ikut kesukaan nenek sebelum mengajak nenek pindah. Semua barang2 dalamannya dari IKEA (memang nenek suka barang2 dari IKEA dan pernah bercerita padanya). Inilah satu lagi yg buat nenek sayang sangat kat datuk kamu ni. Suka buat surprise. Macam2 yg dia buat untuk menggembirakan/memujuk nenek.

Dialah yg mendekatkan nenek pada Tuhan kita yg Satu. Dia mengajar nenek erti bahagia dalam rindu. Dia mengajar nenek erti kebahagiaan yg hakiki. Dia benar2 memanjakan nenek. Dan tahun seterusnya, nenek akhirnya melahirkan ayah Adan dan Iman. Selang setahun, lahir pula ibu Aqim dan ibu Alif. Mereka inilah yg melengkapkan hidup kami.

Sebelum itu, nenek bekerja di sebuah anak syarikat Petronas. Namun setelah menikah dengan datuk kamu, nenek ambil keputusan untuk berhenti dan menjadi penulis, sesuatu yg sememangnya menjadi impian nenek sejak dulu. Cuma sebelumnya, nenek tak punya kesempatan untuk berbuat demikian. Apatah lagi nenek sentiasa memerlukan wang untuk menyara hidup dan family nenek. Nenek kan anak sulung, jadi tanggungjawab nenek ni besar. Nenek masih ada adik2 yg perlu nenek jaga dari segi kewangan.

Setelah nenek jumpa datuk kamu, Alhamdulillah sangat, semuanya makin lancer. Hidup nenek bertambah senang. Nenek punya banyak waktu untuk menulis kemudiannya. Dan nenek akhirnya menjadi penulis yg berjaya. Semuanya berkat usaha nenek dan sokongan padu datuk kamu. Sungguh nenek sayangkan datuk kamu! Tanpa datuk, siapalah nenek kan?

Setelah nenek jadi penulis, nenek makin banyak bergaul dengan orang. Ramai yg nenek kenali dan berkawan baik. Sebelum ni, nenek jarang dapat peluang bertemu dan berkenalan dengan sesiapa. Nenek sungguh bertuah kan? Amalan nenek? Sentiasa senyum dan sentiasa berbaik sangka sesame manusia. Sentiasa juga hormatkan orang lain kerana jatuh bangunnya seorang manusia adalah bergantung kepada manusia2 lain di sekelilingnya. Ingat tu ye, cucu2ku sayang.

Jangan sesekali bersikap sombong dan angkuh sebab tak ada org suka manusia sombong dan bongkak ni. Sentiasa bermurah hati nak menolong mereka yg memerlukan, InsyaAllah, Tuhan akan sentiasa menjaga kita akhirnya. Kita juga kena sentiasa berfikiran positif kerana sikap inilah yg akan membantu perjalanan hidup kita. Tak rugi kalau kita sentiasa bersyukur dan ikhlas dalam melakukan setiap pekerjaan, sayang2ku. Dan sudah semestinya, kita kena sentiasa ingat Allah SWT, kena sentiasa berpegang pada ajaran Islam yg suci murni ni.

Nah, nenek dah ngantuk. Nenek nak tidur plak. Datuk kamu dah tunggu kat dalam bilik tu. Kesian dia, mana boleh datuk kamu tu tidur tanpa nenek. Manja mengalahkan cucu2 nenek pulak skang ni. Hehehe... babai cucu2ku. Esok nenek sambung lagi yek. Muah muah muah muah (sorang 1 ye :))

-----------------------------------------------------------------
p/s: Menjawab soklan di bawah ni, sebenarnya surat ni kunun2nya adalah surat masa depan, ditujukan pada bakal cucu2nya.

Saturday, January 22, 2011

Amihana: Nilai Sekeping Hati 54

Mumbling o milanhawkin at 9:32 PM 7 demented soul(s)
“Macam mana? Have you made your mind yet?”

“About what?” aku berlagak tak tahu.

“About us!”

“Saya pelik la, kenapa awak bersungguh2 nak kawen dgn saya sedangkan ramai lagi perempuan2 cantik kat luar sana tu. Kenapa awak pilih saya untuk jadi bahan mainan awak?”

“Kerana perempuan lain bukan Amihana saya. I told you, I’ve been in love with you. I still am, and will always be. Kenapa awak susah sangat nak terima saya Hana? Jauh sangat ke beza saya dengan Imran Hadi kesayangan awak tu?” perli la tu. Sinis. Sarkastik. Tapi aku peduli apa? Ini soal hati. Soal perasaan. Bukannya tengah bercakap pasal barang naik harga atau pasal artis ada skandal!

Aku mengerling tajam ke arahnya. Penuh dengan rasa geram dan tak puas hati. Apalah yg dimahukan oleh Dr muda itu. Mungkin sebelum ini aku sedikit tertarik dengan layanan istimewanya padaku, tapi bukannya bermaksud semudah itu aku akan jatuh cinta. Ingat murah sangat ke harga cinta aku ni?

“And for me, you are not a toy. You’re just you, someone that I fell in love with”

Aku mendengus. Dasar sweet talker!

“Hana, Ummi dan Babah dah bercadang nak cepatkan tarikh majlis perkahwinan Hana. Kita langsungkan sekali dengan Balqish ye?” usulan Ummi mengembalikan aku ke alam nyata. Terhenti seketika aktiviti mengopek tulang ikan bilis untuk dibuat nasi lemak esok. Dah lama betul rasanya aku tidak menolong Ummi di dapur. Nak jadi anak dara pemalas kah, Amihana? Cepat2 aku menggeleng.

“Apa dia Ummi?” soalku, mengadap wajah Ummi sambil mengukir senyum. Mesti Ummi ingat aku dah hilang daya pendengaran. Ummi mengulang kembali usulnya sebentar tadi, membuat jantungku berdetak hebat.

“Ummi…” aku merengek perlahan, cuba menyampaikan hasrat hati. Tak boleh ke kalau aku tak kawen langsung? Huhuhu.. mahu aku kena pelangkung dengan Ummi ni. Lagipun, takkan aku nak tolong Balqish menyakitkan hati Ummi dan Babah lagi. Oh tidak….!

“Apa salahnya, Hana. Elok kalau kita cepatkan benda baik ni. Lagipun tak elok tunang lama2” ujar Babah pula, yang sedari tadi asyik membelek surat khabar. Tv yg terpasang dibiarkan bermonolog sendiri. Aku mengeluh perlahan. Ya, aku sedar statusku sebagai tunang kepada doctor sakit jiwa itu, tapi apa pulak salahnya kami bertunang lama2 sikit. Biar dia naik jemu menunggu aku. Biar padan muka dia.

Sebenarnya Balqish dan Kamal Hadi telahpun selamat dinikahkan. Majlisnya aje yg ditunda. Tapi kenapa aku kena terlibat sama? Waaaa…..tak aci.

“Bila majlisnya, Babah?” lambat2 aku bertanya.

“Bulan depan” Erk? Bulan depan? Bukan ke lagi 3 minggu? Oh ye… takkanlah nak dilambatkan perihal Balqish pula ye. Aduh, apa akalku kali ni? Boleh ke aku lepaskan diri?

“Sementara Hana belum dapat kerja ni, elok juga kita langsungkan cepat. Lagipula kita buat majlis ringkas je.”

“Ummi dengan Babah dah cakap dengan family Dr Khairul ke?”

“Dah… hmm… terpaksalah Babah ceritakan hal sebenar. Nasib baik family Khairul tu tak kisah. Khairul pun dah janji dan sediakan semuanya. Haish… susahnya jaga anak perempuan ni. Baru sekarang Babah terasa” Kasihan Babah. Mesti Babah malu masa mengadap family Dr Khairul.

“Babah, jangan cakap macam tu. Babah tau kan Qish dgn Hana sayangkan Babah dengan Ummi. Ampunkan kami Babah” aku memeluk lutut Babah, merebahkan kepalaku ke pehanya. Air mataku sudah lama bergenang. Aku langsung tidak bermaksud mahu membuat hati mereka kacau bilau. Duhai hati, usahlah kau bersedih lagi. Jika ini takdirnya, aku pasrah Ya Allah.

“Tapi kan Babah, Ummi, siapa akan jadi wali Hana?” soalanku hanya mengundang senyum pada mereka berdua.

Amihana: Nilai Sekeping Hati 53

Mumbling o milanhawkin at 8:58 PM 3 demented soul(s)
Aku melirik ke arah Ummi yg masih sibuk memotong sayur kangkung sambil sesekali mengesat matanya. Katanya nak masak untuk makan malam. Tapi sekarang ni baru tengah hari, Ummi.

Kasihan aku lihat keadaan Ummi. Asyik menangis saja dari semalam. Balqish masih mengurung diri di dalam biliknya. Babah pula sedang berbincang dengan keluarga Kamal Hadi di luar sana. Aku sekadar menolong Ummi menyediakan minuman untuk tetamu, dan itupun sudah kubereskan.

Dari Ummi semalam, tahulah aku kemudiannya yang Balqish dan Kamal Hadi ditangkap khalwat di sebuah hotel murah di KL. Terpempan aku sesaat dua mendengar berita itu dari mulut Ummi. Malah lebih terkejut lagi bila Ummi mengkhabarkan yang Balqish sebenarnya sudahpun berbadan dua. Sudah 2 bulan! Aku pasti Ummi dan Babah begitu kecewa dengan adikku yg satu itu. Aduhaii…

Aku langsung tak menyangka Balqish sanggup menconteng arang ke muka keluarga kami. Aku tak faham bagaimana Balqish sanggup menggadaikan maruahnya sebagai seorang gadis yg dididik cukup dengan agama hanya kerana seorang lelaki. Dan bukankah Kamal Hadi sememangnya milik Balqish?! Kenapa pula dia harus bersaing denganku? Sudah lama aku tinggalkan Kamal Hadi demi Balqish. Kesal sungguh rasanya bila adik kesayanganku itu begitu cetek pemikirannya. Dan Kamal Hadi! Begitu lemahkah imannya?!

Sudahlah hal aku dengan Imran Hadi, Auntie Zue dan Dr Khairul masih belum selesai, kini terpaksa pula aku menolong Ummi menyiapkan persiapan pernikahan Balqish dan Kamal Hadi. Tak sanggup rasanya untukku bebankan masalahku sekarang ini pada Ummi dan Babah. Biarlah. Biarkan semua ini selesai terlebih dahulu. Keluargaku lebih penting dari masalahku. Jauh lebih penting!

“Ummi, biar Hana jumpa Qish kejap ye” aku meminta izin Ummi. Kulihat Ummi sekadar mengangguk lesu. Perlahan aku bangun meninggalkan Ummi di dapur. Sedih hatiku melihat Ummi berduka begini. Namun apalah dayaku.

Kuketuk pintu bilik Balqish, namun tiada sambutan. Tombol kupulas, menjenguk ke dalam. Rupanya adikku itu sedang mengelamun panjang. Aku menarik nafas, mencari kekuatan. Sebagai kakak, bukankah aku harus menyalurkan kata2 semangat untuk seorang adik pada saat2 genting begini?

“Qish…” seruku. Wajah Balqish yg berpaling, penuh sendu. Muram. Aku menarik senyum nipis sekaligus cuba meredakan gelodak hati yg sukar untuk kutafsirkan ketika ini. Kecewa, marah, geram dan entah apa2 lagi menjamah kotak hati. Yg kutahu, tidak wajar jika kuhamburkan semua rasa ini pada Balqsih. Api akan semakin marak kalau kita simbahkan minyak, bukan?

“Kak Hana… maafkan Qish, kak. Qish tak niat nak lukakan hati semua orang” Balqish memeluk tubuhku erat secara tiba2 membuatkan tubuhku sedikit terundur ke belakang. Kuusap belakangnya dengan lembut mendengarkan gadis itu meluahkan kekesalannya. Tak tahu nasihat apa yg patut kuberikan.

“Kak Hana jangan benci Qish. Ummi dan Babah dah benci Qish” teresak2 gadis itu menangis. Mungkin menyesal semua ini terjadi. Tidakkah kau tahu Qish, semua ini sudah terlambat?

“Mana boleh seorang kakak bencikan adiknya, kan? Ummi dgn Babah pun bukannya bencikan Qish. Diaorg kecewa, Qish. Dah, janganlah nangis lagi Qish. Tak cantiklah pengantin mata bengkak” aku cuba mengusik, namun tiada tawa yg kedengaran. Balqish cuma menundukkan kepalanya.

“Qish menyesal, Kak Hana. Qish yg cemburu tak tentu pasal… Kak… Abang Kamal masih sayangkan akak. Qish rampas Abang Kamal dari Kak Hana, kan? Maafkan Qish, kak” gadis itu mengongoi. Hilang sudah keceriaan Balqish di mataku, di mata kami semua. Aku mengeluh. Sambil menyapu air mata yg masih lebat membasahi pipi mulus Balqish, aku menggelengkan kepala.

“Qish salah tu. Qish tak rampas Kamal dari Kak Hana. Kamal memang kepunyaan Qish dari dulu. Percayalah. Kami dah takde pape. Janganlah Qish risau. Dan Kak Hana pasti Kamal pun sayangkan Qish” pujukku.

“Tapi Qish dah malukan Ummi dan Babah, Kak Hana. Qish bukan anak yg baik. Qish ikutkan sangat perasaan Qish. Qish pentingkan diri Qish aje. Qish betul2 menyesal Kak Hana” tangisnya lagi. Rasa sudah semakin basah baju t-shirtku itu.

“Kalau macam tu, Qish kena tebus kesalahan Qish tu. Start belajar jadi isteri yang baik. Cuba ambil hati Ummi dan Babah semula. Lama2 nanti mesti surut juga marah mereka tu. Dah, jangan nangis lagi ye” sekali lagi aku cuba memujuk. Lama Balqish berada dalam pelukanku.

Akhirnya Balqish mengangguk jua.

Saturday, January 15, 2011

Amihana: Nilai Sekeping Hati 52

Mumbling o milanhawkin at 8:00 PM 6 demented soul(s)
*Akhirnya milan jumpa jugak pengakhiran utk cite Amihana ni. Tunggu ye! :)*

----------------------------------------------------------------------------------

Aku termangu sendirian di bilik tidur. Fikiranku benar2 berkecamuk dengan pelbagai persoalan yg tak mampu kujawab. Penat. Itulah yg aku rasakan sekarang ini. Penat memerah otak. Penat memikirkan segala persoalan yg entah bila akan terjawab. Inikah ujian Allah padaku? Pada siapa pula harus kumengadu? Pada siapa harus kubertanya? Ummi dan Babah masih belum pulang dari annual dinner syarikat Babah. Balqish pula entah ke mana. Mungkin keluar bersama Kamal Hadi. Hanya aku sendirian di rumah malam ini.

Kejadian petang tadi mula berlayar di minda. Kejadian yg semakin mengelirukan otakku ketika ini.

Setelah salam kuberi, aku menanti pintu utama dibuka dengan dada yg sarat dengan rasa ingin tahu. Salamku akhirnya bersambut. Terjengul wajah Auntie Zue di muka pintu. Jelas sekali riak wajahnya yang terkejut menerima kunjunganku.

“Auntie…” aku menghulurkan tangan untuk bersalam namun tanpa aku sangka tubuhku segera didakap erat. Kemas. Aku pula yg terpinga2. Kenapa pula ni?

“Hana… Hana…” berkali2 namaku disebut2. Pipiku kemudiannya dicium berkali2. Sungguh aku tak menyangka begini pula Auntie Zue melayanku. Walaupun sebelum ini Auntie Zue memang ramah, namun tak pernah sebegini mesra.

“Mari masuk Hana. Mari…” ajak Auntie Zue sambil menarik tanganku. Wajah wanita itu sudah basah dengan air mata. Kenapa Auntie Zue menangis? Apa yg telah terjadi?

Auntie Zue mendudukkan aku ke sofa dan melabuhkan punggungnya di sebelahku. Jemarinya masih kuat menggenggam tanganku. Kemudian dia mengusap2 pula wajah dan pipiku. Seakan kami sudah lama tidak bertemu. Kalaupun sudah lama tidak bertemu, takkanlah Auntie Zue begitu merindui aku? Pelik!

“Auntie rindukan Hana. Sangat rindukan Hana” Aku tercengang. Apalagi bila melihat Auntie Zue tak habis2 menumpahkan air mata.

Selepas itu, aku pulang tanpa mendapatkan jawapan dari Auntie Zue tentang Imran Hadi. Sebaliknya aku disuguhi pula persoalan mengenai Auntie Zue. Sakit sungguh kepalaku ketika ini.

Baru saja aku berbaring di tilam, telingaku menangkap suara2 yg semakin kuat kedengaran dari ruang tamu. Eh, sudah pulangkah Ummi dan Babah? Kenapa pula suara Babah seperti menjerit2? Segera aku membuka pintu bilik dan melangkah ke ruang tamu.

“Babah malu, Qish! Babah malu! Kenapa Qish buat Babah dan Ummi macam ni?!” tengking Babah yang bercekak pinggang di hadapan Balqish. Balqish pula sedang menangis di dalam pelukan Ummi.

“Bang, sudahlah… Janganlah abang marah2 sangat. Benda dah jadi, bang” Ummi nampaknya sedang cuba meredakan kemarahan Babah. Aku mengerut dahi.

“Babah, Ummi… kenapa ni?” aku akhirnya bersuara, memberitahu kehadiranku pada mereka.

Babah berpaling ke arahku. Keruh wajah Babah. Babah menarik nafas panjang sambil beristighfar.

“Ummi?” aku bertanya pula pada Ummi. Balqish yg berada dalam pelukan Ummi masih tidak mahu memandang ke arahku. Masih teresak2 menangis.

“Qish… emm…” Ummi sepertinya tidak mampu berkata2. Aku mendekati mereka, mendekati Balqish.

“Semuanya sebab Kak Hana! Kalau tak kerana Kak Hana pernah ada hati dengan Abang Kamal, Qish takkan buat semua ni!” Balqish tiba2 saja menyalahkanku. Aku tercengang. Bukan aku saja, Babah dan Ummi juga nampaknya terkejut dengan kenyataan yang keluar dari mulut Balqish.

“Kenapa Qish nak salahkan kakak Qish pula? Kak Hana kamu takde kaitan dengan semua ni” bentak Babah. Mungkin geram dengan sikap Balqish yg mahu berdalih.

“Qish cintakan Abang Kamal tapi Abang Kamal asyik sebut nama Kak Hana je. Qish kena buat semua ni baru Qish boleh dapatkan Abang Kamal. Kenapa Kak Hana ada dalam keluarga kita? Kak Hana penghalang kebahagiaan Qish!” entah apa yg merasuk Balqish membuatkan gadis itu menjerit2.

Pang! Tamparan dari Ummi membuatkan kami semua terdiam. Aku sendiri tidak sangka Ummi akan melayangkan tangan ke muka Balqish. Balqish menjeling ke arahku dan kemudian meluru masuk ke dalam biliknya. Pintu dihempas kuat.

Sunday, January 2, 2011

Selamanya Untukmu Sayang #3

Mumbling o milanhawkin at 10:17 PM 1 demented soul(s)
“Mek Na…” suara di hujung talian memanggil. Lana meringis. Rasa geram makin bercambah.

“Aku tak suka la kau panggil aku macam tu! Aku letak telefon ni karang baru padan muka kau” Lana bersuara dengan geram. Suara itu tertawa galak. Langsung tak kisah bila Lana marah2 gitu. Dah terbiasa dah.

“Alah, kalau aku panggil gitu kau marah. Kalau Adif yang panggil, kau rileks je” Afghan menjawab, pura2 kecik hati. Sebenarnya dia langsung tak kisah bila Lana marah2 gitu. Makin suka adalah. Melihat wajah Lana yg cemberut seolah sudah menjadi kemestian dlm hidupnya. Mendengar suara Lana yg marah2 pula seolah sudah menjadi halwa telinganya.

“Suka hati akulah. Kau bukannya Adif!” ujar Lana dengan sombong.

“Memangla aku bukan Adif, Mek Na ku sayang. Sebab aku sayang ko. Adif tak sayang ko” Afghan bersuara romantis.

“Uwekk! Nak muntah ok! Sayang kepala hangguk ko. Kalau ko sayang aku, mesti ko tak bagi nama pelik2 kat aku. Kau memang saja nak sakitkan hati aku kan?! Tak cukup kat sekolah kau kacau aku, sampai ke rumah pun kau nak cari aku lagi. Please la leave me alone” bentak Lana.

“Mek Na…” sengaja Afghan memanggil nama itu.

“Sebenarnya, kau nak apa telefon aku ni?” Lana benar2 sudah malas mahu melayan karenah Afghan. Dia sendiri tak faham kenapa lelaki itu suka betul mengganggu hidupnya.

Garang sungguh Lana ni kalau bercakap dengan aku, detik hati Afghan.

“Aku nak kau boleh?” makin kuat pula dia mengusik.

Terbayang2 wajah Lana yg makin merah menahan rasa geram dengan bibir merahnya digigit2. Comel. Sangat. Sungguh dia tak jemu menatap wajah Lana begitu. Sayang sungguh dia tak dapat menatap wajah Lana yang cemberut melalui corong telefon.

“Kau ni!! Mama!!” Lana menjerit.

Pap! Gagang telefon dihempas kuat. Kakinya dihentak geram. Afghan ni memang takde keje lain selain nak mengusik aku. Dari dulu! Mata empat takde otak! Lana mengutuk dalam hati.

“Apa Lana menjerit2 ni? Nak runtuh rumah ni tau, telinga mama ni pun sakit dengar jeritan Lana tu” Puan Shima mendekati anaknya yang sedang melabuhkan punggung ke sofa.

Entah sejak bila, nama Afghan sering meniti di bibir Lana sebagai pengacau no. 1 hidupnya. Kalau Lana menjerit, confirm mestilah Afghan yg tengah mengusik. Kalau Lana marah2, pasti jua si Afghanlah yang sudah membuat hari anak gadisnya tidak tenang. Hai… remaja…

“Afghan…” Haa… kan dah cakap. Pn Shima menyembunyikan senyum, bimbang anaknya semakin merajuk pula.

“Apa dia buat kat sayang mama ni, hmm?” Puan Shima memeluk bahu anak tunggalnya dengan penuh kasih sayang. Rambut Lana yang panjang mengurai dilurut lembut. Lana membalas pelukan ibunya.

“Afghan, ma….” Meleret manja Lana merengek.

“Nak mama tarik telinga Afghan ke? Nanti kalau dia datang rumah kita, mama cubit2 pipi dia ye”

Lana tergelak mendengar kata2 mamanya. Lucu pula bila terbayang pipi Afghan dicubit dan telinga Afghan ditarik mama kesayangannya.

“Senyum pun anak mama ni. Dahla, tak payah marah2 lagi, nanti tak cantik pulak anak mama ni” Lana semakin lebar mengukir senyum. Memangpun rajuk Lana tak pernah lama. Dia ada Pn Shima dan En Azman untuk memujuknya.

“Papa mana ma? Kata balik hari ni?” soal Lana sambil melirik kea rah jam dinding. Sudah pukul 6 ptg, patutnya papa sudah sampai ke rumah.

“Kejap lagi sampailah tu. Papa dah pesan tadi suruh Lana tunggu papa untuk dinner”

“Yeay! Mesti papa ada bawak balik hadiah utk Lana, kan ma? Tak sabarnya nak tunggu papa sampai” Rutin En Azman apabila pulang dari outstation bersama hadiah menjadi satu activity yg paling digemari Lana. Hatinya teruja memikirkan apa yang akan dibawa pulang oleh papanya kali ini. Lupa terus pada Afghan, si pengacau!

-----------------------------------------------------------------------

First post utk 2011... hehehe...
 

thydivaontheloose... tempat ambe jadi minah jiwang Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review