|Terkini dari milan|

1. Amihana: Nilai Sekeping Hati 56 was the last post. New entry? Ntahla... (- . -')
2. SUS - dihentikan untuk seketika.
3. ABB - sedang dirombak. Progress may be updated.

Followers

Thursday, October 4, 2012

Aku Bukan Bidadari - 3

Mumbling o milanhawkin at 10:13 AM 2 demented soul(s)
Wania mengeluh untuk sekian kalinya. Bibirnya mencebik geram. Hatinya menyumpah bossnya berbakul2. Cuma kali ini dia tak berani nak membebel meluahkan rasa hati. Mana tahu Faryal sekali lagi muncul dari belakangnya!

Matanya mengerling ke arah jam dinding di sebelah kanan. Dah pukul 9 malam! Harapannya untuk bertemu Daim hanya tinggal harapan. Oh Daim! Maafkan dinda kerna tak mampu pulang awal menengok drama terbaru kanda…

Wania mengeluh lagi… Matanya menjeling pula ke arah pintu bilik En Faryal yang masih terang benderang. Lelaki itu memang workaholic! Tak reti nak balik awal! Tak reti nak santai kat rumah pada malam hujung minggu begini.

‘Kenapa la dia nak heret aku sekali?! Kau nak kerja, kerja la sorang2! Suka2 hati je nak tarik aku kerja malam sekali dengan dia! Bencih!’ terkumat kamit bibir Wania membebel pada En Faryal.

“Ni yang buat muka malam2 mcm ni, ni kenapa?”

Wania hampir2 saja jatuh dari kerusi mendengarkan suara garau itu. MasyaAllah, lelaki yang satu ini memang suka benar nak melemahkan jantungnya! Suka serang hendap!

Faryal menyembunyikan tawa. Kelakar betul si Wania ni. Sudahlah dari tadi dia tengok Wania dok tercebik2 buat muka. Confirm tengah mengumpat tentang dirinya. Budak Wania ni memanglah amat comel!

“Err.. saya… saya tak… emm… dah nak balik ke Boss?” dari gugup Wania bertukar menjadi teruja. Yelah, kalau Faryal balik, maknanya dia boleh balik sekali. Wajahnya segera dimaniskan.

“Jom!”

Wania terasa mahu menjerit kegirangan. Segera dicapai tas tangannya yang sudah lama bersedia di atas meja sejak jam 5 ptg tadi. Melihatkan Faryal sudah bergerak keluar dari pejabat, Wania segera membontoti langkah lelaki itu,

Bila sampai di hadapan lobby, Wania menonong saja berjalan menuju ke pintu utama untuk menunggu bas. Almaklum sajalah, dengan gaji yang tak seberapa ni, manalah dia mampu nak pakai kereta. Nak beli motor, dia gayat. Nak naik teksi malam2 macam ni, dia seram. Baslah pilihan terbaik yang dia ada setakat ni.

“Nak ke mana tu?” soalan Faryal menghentikan langkahnya.

Wania mengerut dahi. Boss dia ni hilang ingatan ke? Baru kejap tadi ajak balik, lepas tu ditanya pula kita nak ke mana. Dah amnesia kot En Faryal ni. Ke stress kerja?

“Nak balik la boss” jujur je Wania menjawab. Terkelip2 matanya memandang wajah bossnya, cuba mencari tanda2 orang hilang ingatan pada wajah Faryal.

“Tau la awak nak balik. Yang awak menonong jalan keluar ke situ kenapa? Basement parking kan kat sebelah sini”

“Tapi saya bukannya ada kereta boss. Bas mana ada parking kt situ” dengan lurus bendul pula Wania menjawab. Siap dengan kerutan di dahi. Sungguh, Faryal benar2 terasa mahu ketawa sekuat2 hatinya namun terpaksa juga dia menahan.

Jari telunjuknya dihala tepat ke arah dahi Wania yang berkerut.

Pap!

Wania memegang dahinya yg sakit seiring dengan bibir yang dimuncungkan.

“Boss ni kenapa?” Wania sudah merah mata. Cengeng sungguh. Baru jentik dahi sikit dah nak menangis.

“Kereta saya kat basement, bukan kat sana” tegas sahaja Faryal menuturkan kata dan kakinya terus diatur ke arah lif menuju ke basement.

Mahu tidak mahu, Wania heretkan juga kakinya mengikut langkah En Faryal memandangkan dia bimbang entah apa lagi yang akan dilakukan oleh lelaki itu sekiranya dia tidak menurut kata. Mulutnya memuncung sambil menggumam entah apa2.

“Boss…” mendayu je Wania menyeru nama panggilan Faryal di pejabat.

“Sekarang bukan waktu pejabat kan? Tak boleh ke awak panggil nama saya? Ini asyik ‘boss, boss dan boss’. Bosan tau tak?” Faryal menjegilkan matanya seolah memberi amaran pada Wania.

“Dah memang boss tu ketua saya, takkan saya nak panggil nama pulak. Tak manis la macam tu… hehehe… Boss….”

“Apa?” Faryal mengeluh dengan kedegilan Wania.

“Tak apa ke saya naik kereta mahal boss ni?” Wania sengih sambil memandang kagum pada kereta BMW milik lelaki itu. Faryal mengertap bibir.

“Dah, masuk! Jangan banyak cakap pulak. Dah malam, saya penat. Nanti lambat sampai rumah” Faryal terus menghilangkan dirinya ke dalam kereta. Cepat2 Wania ikut menyusup masuk. Takut juga kena tinggal sorang2 kat bawah basement yang agak gelap ni.

Wednesday, September 19, 2012

Review Buku: Takdir itu Milik Aku by Siti Rosmizah

Mumbling o milanhawkin at 2:02 PM 4 demented soul(s)
Ohohoho... milan ni mengada pulak nak review buku. Bukannya nak sambung citer2 kat blog sendiri kan?! Hahaha... mintak ampun... please bear with me. Tapi milan rasa milan teringin sangat nak review novel karya Siti Rosmizah ni: Takdir itu Milik Aku.



Sinopsis:
Dian Zara, seorang anak yatim piatu yang menumpang kasih dengan neneknya. Emak saudaranya, Kamisah tidak henti-henti menyeksa hidupnya. Maki hamun, pukul, cerca sudah lali dalam dirinya. Impian gadis muda ini untuk belajar hingga ke menara gading telah musnah di tengah jalan. Dian disuruh menjadi orang gaji. Dia akur dengan kehendaknya emak saudaranya. Menjadi orang gaji bagaikan memberi sinar baru dalam hidupnya. Tapi sementara cuma. Perkenalan dengan cucu majikannya telah membuka tirai penderitan dalam hidupnya semula. Dian telah ditipu dengan janji manis seorang lelaki. Janji untuk membahagiakan hidupnya hanyalah dusta belaka.....

Nah... buku ni tebal giler ok. Sangat sangat tebal tapi masa milan beli kat Popular tu, kebetulan ada 30% off. Dan disebabkan milan takde buku dah nak dibaca, milan beli jer lah. Tapi sungguh milan cakap, tak rugi pun. Kena la dengan taste milan kot.

Yang milan suka:
Citer ni memang buat air mata, air hingus milan meleleh2 tanpa dapat ditahan. Sedih bangettt... Especially bila baca part Dian bercakap dengan anak dia. Sungguh perngorbanan dan kasih ibu terlalu besar.

Yang milan tak suka:
Ada cara penyampaian Siti Rosmizah tu tak kena pada milan. Well, maybe itu cara dia menulis dan mempersembahkan karya dia so milan respect her for that. Tapi bagi milan, bila dia bercakap dengan pembaca tu yang membuatkan novel ni jadi panjang berjela2... hahaha.. sorry ye, bukan mengutuk, cuma pendapat milan saja.

Apa2pun, novel rate novel ni 4 bintang dari 5 bintang. Sebab novel ni memang superb pada milan. Cumanya, kalau milan jadi Dian Zara, mati hidup balik pun milan takkan terima Zarif Adha balik ke dalam hidup milan. Chewahhh... mengada betul kau ye milan. Hahahaha...

Tahniah Siti Rosmizah dan terima kasih untuk novel yang membuatkan hidung milan tersumbat tiap kali membaca. V(o_0)

Sunday, July 22, 2012

Selamat Berpuasa Kawan2

Mumbling o milanhawkin at 1:35 AM 1 demented soul(s)
Assalamualaikum dan selamat sejahtera teman2 blogger sekalian...

Sempena bulan yang mulia ni, milan nk ucapkan Selamat Menjalani Ibadah Puasa pada semua teman2 di blog ni. Syukur kepada Allah SWT kerana masih memberi keizinan dan peluang kepada kita untuk bertemu Ramadhan pada tahun ni. Alhamdulillah...

Milan nak minta maaf juga sebab dah lama biarkan blog milan ni bersawang. Bukan niat di hati tapi masa tak mengizinkan. Milan dah tak berani nak janji bila milan boleh post entry. Dah banyak kali sangat milan mungkir janji. Jadinya, kalau ada entry tu, adalah... ye...

OK, hingga kita ketemu lagi!

p/s: skang ni milan rasa suka sgt dekat Pekin Ibrahim. (0_o)V

Wednesday, May 2, 2012

Selamanya Untukmu Sayang: Characters' introduction

Mumbling o milanhawkin at 2:26 PM 3 demented soul(s)
Assalamualaikum sumer! Since milan tengah rombakkan hampir sumer citer2 milan kat sini, sebagai ganti milan kasi some character's introduction je dulu ye. Sekian...
Megat Adif: Aku suka Lana ni, tapi hanya sebagai kawan je la. Memang kawan paling best, yang paling tahan perangai panas baran aku ni, paling memahami aku. Memang beruntung kalau sapa2 jadik laki dia ni. Peramah, ringan tulang, manis dan menawan. Kenapa dia takde pakwe sampai sekarang ek? Tula, asik nak berkepit dengan aku, macamlah aku ni boyfriend dia. Kan saham dah jatuh....
Lana Jaseena: Kenapa la dia tak nampak aku yang dok terpacak depan dia ni? Kenapa mata dia asik pandang perempuan lain? Aku taulah derang tu lawa, seksi meksi.. tapi aku pun takde kurangnya la! Ok, aku kurang bab seksi tu je. Lembap betul tau Adif ni. Perlu ke aku sekeh kepala dia baru dia nak sedar yang aku ni memang tercipta untuk dia?
Afghan: Lanaku sayang, Lanaku malang. Andai kata kau mahu berpaling dari dia, pastinya kau akan melihat aku teguh berdiri di sini memandang kau dengan setianya. Jadi, sila la tolehkan wajah kau dari asyik menatap mamat perasan bagus tu, pls!
Soraya Alisya: Aku sungguh tak faham dengan Lana dan Adif ni. Nak kata bercinta, tak. Nak kata berkawan, napa si Adif tu asyik cari Lana je walaupun dia tgh dating dengan awek dia? Si Lana ni pun satu, bengap betul. Tak tau ke Adif tu cuma nak gunakan dia je? Ish, aku pun bleh nampak, dia bleh wat buta jek. Tensi!

Monday, April 30, 2012

Penghijrahan

Mumbling o milanhawkin at 9:12 AM 0 demented soul(s)
9.15am: Haa... tajuk macam gempak giler kan? Muahahahaha... ok, sorry, sorry, tak kelakar. Apala milan ni, dah la lama tak update blog, ada hati lagi nak buat lawak. Hehehe....

Sebenarnya milan nk tukar layout blog ni dulu. So maybe akan jadik under maintenance. Tengok la tahap kerajinan macam mana. Bosan ar dgn layout ni. Nanti nak cari layout/theme lawa2 sket. Pastu nak update la mana2 yg patut.

OK, malas cakap banyak. Nanti ada org marah melalut kat sini sedangkan patutnya milan update citer. Chaiyok!
4.51pm: Okeh. Dah siap layout baru. Though rasa macam nampak childish pulak tapi cute kan? Takpe, nanti kalu dah bosan, kita tukar je la yang lain pulak. Fuhhhh.... selesai satu tugas. Biar milan sambung perah otak pulak yep. Ohohoho... hari ni memang makan gaji buta... :P

Wednesday, February 29, 2012

New Blog!

Mumbling o milanhawkin at 5:24 PM 3 demented soul(s)
Salam and good evening my fellow friends... Ye ye, saya salah. Saya pemalas. Saya dah terlampau. Huhuhu... Maafkan saya. Maafkan budak milan ni yep.

Sebagai ganti, silalah jenguk blog ni: http://tentangmaia.blogspot.com. Dia ni pun penulis jugak tp masih baru buat blog. Pls support ye. Muah muah!

InsyaAllah, akan ada post baru nnt. Semangat menulis dtg kembali. Tungguuuuu!

Wednesday, February 8, 2012

Win a trip to HK and tour locations from movie #DontGoBreakingMyHeart! Just answer a simple Q about the characters

Mumbling o milanhawkin at 12:13 PM 0 demented soul(s)
Win a trip to HK and tour locations from movie #DontGoBreakingMyHeart! Just answer a simple Q about the characters
 

thydivaontheloose... tempat ambe jadi minah jiwang Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review