|Terkini dari milan|

1. Amihana: Nilai Sekeping Hati 56 was the last post. New entry? Ntahla... (- . -')
2. SUS - dihentikan untuk seketika.
3. ABB - sedang dirombak. Progress may be updated.

Followers

Wednesday, September 19, 2012

Review Buku: Takdir itu Milik Aku by Siti Rosmizah

Mumbling o milanhawkin at 2:02 PM
Ohohoho... milan ni mengada pulak nak review buku. Bukannya nak sambung citer2 kat blog sendiri kan?! Hahaha... mintak ampun... please bear with me. Tapi milan rasa milan teringin sangat nak review novel karya Siti Rosmizah ni: Takdir itu Milik Aku.



Sinopsis:
Dian Zara, seorang anak yatim piatu yang menumpang kasih dengan neneknya. Emak saudaranya, Kamisah tidak henti-henti menyeksa hidupnya. Maki hamun, pukul, cerca sudah lali dalam dirinya. Impian gadis muda ini untuk belajar hingga ke menara gading telah musnah di tengah jalan. Dian disuruh menjadi orang gaji. Dia akur dengan kehendaknya emak saudaranya. Menjadi orang gaji bagaikan memberi sinar baru dalam hidupnya. Tapi sementara cuma. Perkenalan dengan cucu majikannya telah membuka tirai penderitan dalam hidupnya semula. Dian telah ditipu dengan janji manis seorang lelaki. Janji untuk membahagiakan hidupnya hanyalah dusta belaka.....

Nah... buku ni tebal giler ok. Sangat sangat tebal tapi masa milan beli kat Popular tu, kebetulan ada 30% off. Dan disebabkan milan takde buku dah nak dibaca, milan beli jer lah. Tapi sungguh milan cakap, tak rugi pun. Kena la dengan taste milan kot.

Yang milan suka:
Citer ni memang buat air mata, air hingus milan meleleh2 tanpa dapat ditahan. Sedih bangettt... Especially bila baca part Dian bercakap dengan anak dia. Sungguh perngorbanan dan kasih ibu terlalu besar.

Yang milan tak suka:
Ada cara penyampaian Siti Rosmizah tu tak kena pada milan. Well, maybe itu cara dia menulis dan mempersembahkan karya dia so milan respect her for that. Tapi bagi milan, bila dia bercakap dengan pembaca tu yang membuatkan novel ni jadi panjang berjela2... hahaha.. sorry ye, bukan mengutuk, cuma pendapat milan saja.

Apa2pun, novel rate novel ni 4 bintang dari 5 bintang. Sebab novel ni memang superb pada milan. Cumanya, kalau milan jadi Dian Zara, mati hidup balik pun milan takkan terima Zarif Adha balik ke dalam hidup milan. Chewahhh... mengada betul kau ye milan. Hahahaha...

Tahniah Siti Rosmizah dan terima kasih untuk novel yang membuatkan hidung milan tersumbat tiap kali membaca. V(o_0)

4 demented soul(s):

izan supian said...

saya pun dah baca buku ni.tapi saya tak berapa suka dgn buku ni.cara penyampaian dan olahan tak begitu kemas,kesudahan pun kita dah boleh jangka.walau bgaimana pun saya suka buku siti rosmizah yang lain.yg pasti ni bukan favourite saya.

diari neesa said...

salam..sy pun nk tumpang komen..bg sy,novel dia paling latest ni wat mood sy hilang...jln cerita ok tp terlalu pjg plak garapan kisahnya..sy lebih suka novel2 dia yg sebelum2 ni..bca byk kali pun xjemu..tp utk novel latest ni sy bca langkau2 ja..ni pendapat sy jela.

norihan mohd yusof said...

salam dek,akak pun amat meminati karya2 siti rosmizah,tapi yg ne terkecuali lah dek...bab yg ne serius akak tak abis lg baca dek!cam ne dek nk crite...akak tk larat nak abis kan dek rase cam penat sngt nak baca benda yg terlalu meleret...maap ye SR,tp pd akak AITN berkali kali baca pun still nk g.pape maap ye kalu akak terkomen lebih2 lak.thank dek........

milanhawkin said...

alamak, meaning that milan ni ketinggalan la ek. mintak maaf ye semua. ini novel pertama siti rosmizah yg milan baca. memang betul kata izan, kak norihan ngan neesa tu, gaya penulisan dia memang milan kurang minat dan meleret2. jalan cerita dia pun predictable. tapi yg milan suka sebab cerita dia banyak bagi pengajaran personally pada milan. kisah kasih ibu dan pembalasan tuhan tu sebenarnya sebahagian dari hidup kita. dan maybe jugak sbb milan senang nk menitiskan air mata kalu baca bab2 ibu2 ni, jadi milan terkesan dengan cerita ni.

 

thydivaontheloose... tempat ambe jadi minah jiwang Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review