|Terkini dari milan|

1. Amihana: Nilai Sekeping Hati 56 was the last post. New entry? Ntahla... (- . -')
2. SUS - dihentikan untuk seketika.
3. ABB - sedang dirombak. Progress may be updated.

Followers

Saturday, August 16, 2008

Amihana: Nilai Sekeping Hati 17

Mumbling o milanhawkin at 6:34 PM
Sebulan yang berlalu ini dipenuhi dengan bunga2 cinta antara aku dan Kamal Hadi. Cintakah? Entahlah, sebenarnya itu masih lagi menjadi persoalan yang tidak mampu kuhuraikan. Tidak, bukan tidak mampu. Aku tidak mahu menghuraikan sebenarnya. Kerana aku takut kebenaran itu akan menyakitkan.

Aku membiarkan perasaan ini dibuai bahagia. Aku biarkan Kamal Hadi melayanku seperti kekasihnya. Malah, aku biarkan diri ini merinduinya saban malam. Tidak terdetik langsung di hati ini bahawa perasaanku yang mementingkan diri sendiri ini, akan membawa retak pada hubungan aku dan Balqish.

Aku menjadi kakak yang kejam. Aku utamakan perasaanku berbanding adikku. Kerana seorang lelaki yang bernama Kamal Hadi, aku menjadi seorang perempuan yang tamak. Menyesalkah aku? Tidak! Tidak sekali-kali!

“Honey, weekend ni kita keluar ye?” suara macho Kamal Hadi kedengaran agak dekat dengan telingaku.

Aku berpaling bersama sebuah senyuman manis. Kamal Hadi membalasnya dengan mesra. Tautan kasih antara kami agaknya tidak mungkin dipisahkan lagi. Apa lagi bila lelaki itu dengan senangnya membahasakan diriku dengan panggilan ‘Honey. Manja betul!

“Nak gi mana pulak? Weekend lepas pun dah keluar ke One Utama. Kali ni nak ke mana?” soalku dengan manja. Bersama lelaki ini, aku menjadi terlebih manja pulak. Bukan dibuat2, tetapi automatik. Buku yang kubaca tadi segera kututup. Mahu menumpukan perhatian pada kekasih hati.

Semenjak kami bertambah rapat, hampir setiap hujung minggu, kami akan menghabiskan masa bersama-sama. Aku juga sudah jarang pulang ke rumah. Alasanku, mahu mengulangkaji pelajaran, maka aku lebih selesa berada di asrama. Ummi tidak pernah bertanya lebih lanjut. Babah juga begitu. Mereka begitu mempercayaiku. Menipukah aku? Ah, rasa bersalah itu tidak pernah terlintas di minda ini. Lagipula, aku tidak melakukan apa2 yang melanggar hukum agama. Aku masih lagi tahu batas antara aku dan Kamal Hadi. Walau aku sudah terlalu mencintai Kamal Hadi, tidak akan sekali2 aku mempersiakan segala ajaran Ummi dan Babah untuk sesuatu yang bukan haknya.

“Emm... kita ke KLCC? Dah lama tak tengok wayang. Rasa ada cerita ‘Hellboy II’ baru nak tayang. Jom?”

Tanpa kata lagi, aku bersetuju dengan rancangan Kamal Hadi. Maknanya, minggu ini juga aku tidak akan pulang ke rumah...

-----------------------------------------------------------------------
Note:
K Hannah, milan alu2kan sesiapa saja yang sudi menjenguk teratak milan ni. Welcome dear sis! (-o-)
tzaraz, ada masa nanti milan sambung panjang2 utk Jodoh tu ye.. thanks for reading

0 demented soul(s):

 

thydivaontheloose... tempat ambe jadi minah jiwang Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review