|Terkini dari milan|

1. Amihana: Nilai Sekeping Hati 56 was the last post. New entry? Ntahla... (- . -')
2. SUS - dihentikan untuk seketika.
3. ABB - sedang dirombak. Progress may be updated.

Followers

Sunday, July 22, 2007

::Kusimpul Mati - 14::

Mumbling o milanhawkin at 11:19 AM
”Abang Mirul, jom la... takkan dah penat. Alia nak naik Roller Coaster lagi, and then Spinner pulak. Lepas tu Lia belum naik Rolling Thunder Mine Train ngan Pirate Ship. Jom la Abang Mirul” Alia merengek. Tangannya menarik2 lengan Amirul yg sudah kelelahan di bangku. Tangan Amirul tergawang2, nafasnya memburu.

”Nanti lepas main kat Outdoor Theme Park ni kita masuk dalam SnowWorld nak tak abang? Or maybe kita try Genting Sky Venture ker, X-Pedition Wall ker” Alia masih tak berputus asa. Bukan selalu dia akan dapat peluang berkunjung ke sini. Apa lagi bila di sponsor sepenuhnya.

”Lia, abang penatlah. Dah semput dah ni. Bagilah abang bernafas dulu. Roller coaster tu dah 3 kali dah kita naik tau. Tak puas2 lagi ker?”

”Apa la Abang Mirul ni, muda2 lagi dah semput” Alia mencebik, geram bila keinginannya dihalang. Dia menghempaskan punggungnya di bangku yg sama diduduki oleh abangnya. Panjang muncung Alia, tak puas hati.

”Abang dah 32 tahun tau. Apa pulak mudanya” balas Amirul, wajahnya ditadahkan pada sang mentari dengan mata terpejam. Cuaca dingin di Genting menyapa halus wajahnya, hingga tak terasa hangatnya mentari yg menyinar.

”Sapa suruh ajak Lia datang sini. Siap cakap main kat Sunway tu mainan budak2. Kat sini pun sama la” Alia mengejek. Tangannya menyapu seluar yg melekat dengan pasir, sementara Amirul dilihatnya masih memejamkan mata, tidak membalas kata2 Alia.

”Abang Mirul...” Alia menyeru abangnya. Ada sesuatu yg ingin ditanyakan pada Amirul, namun sedikit gusar dengan penerimaan abangnya.

”Emm...” Amirul masih tidak membuka matanya, hanya telinganya saja dipasang.

”Err.. apa rancangan abang pasal Kak Mila tu?”

Soalan yg berjaya mengganggu-gugat ketenangan yg baru saja diselaminya sebentar tadi. Amirul mengerling pada adiknya, menarik nafas panjang dan dikeluarkan satu keluhan yg maha berat.

”Nak buat apa lagi? Abang dah tak tahu nak buat apa. Mila tu sikit punya degil. Abang layan dia macam mana pun, dia pun derk jer... buat tak tahu aja. Makin geram abang dibuatnya” luah Amirul.

”Itu la, kira Lia pun naik respek jugak la kat Kak Mila tu. Kita buat apa pun dia cuma tau nak sengih jer. Abang tak rasa ke yg Kak Mila tu baik jer orangnya?” Alia cuba menduga hati milik abangnya.

Direnungnya wajah tampan abangnya, wajah yg sering menjadi kegilaan teman2nya, juga mana2 wanita. Memang pelik kalau nak dikira, betapa abangnya itu seorang lelaki yg amat setia. Bukan sekali dua Amirul mengadu tentang kekasihnya pada Alia, hinggakan Alia sudah menjadi penasihat cinta rasmi untuk abangnya itu. Cuma sejak dia masuk ke Uni, abangnya sudah jarang menceritakan perkembangan hidup padanya. Hinggalah ketika Mila muncul dalam keluarga mereka.

”Lia ni, macamlah tak tahu siapa yg abang suka” Segera ingatannya terbang pada Syalinda. Sya, di mana kau sekarang?

”Tahu, Lia tahu sangat. Tapi inikan jodoh dari Allah jugakkan. Mungkin memang jodoh abang dengan Kak Mila. Sejauh mana pun abang lari, akhirnya pada Kak Mila juga abang akan kembali” Aiseh, dah jadi macam professer serba tahu pula.

”Ah, pandailah Lia ni. Saja jer nak menambahkan sakit hati abang ni. Dah, jom makan dulu. Nanti kita sambung balik main” pantas Amirul bangun dari bangku tersebut dan melangkah meninggalkan Alia yg kembali menarik muncungnya.

0 demented soul(s):

 

thydivaontheloose... tempat ambe jadi minah jiwang Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review