|Terkini dari milan|

1. Amihana: Nilai Sekeping Hati 56 was the last post. New entry? Ntahla... (- . -')
2. SUS - dihentikan untuk seketika.
3. ABB - sedang dirombak. Progress may be updated.

Followers

Monday, July 23, 2007

::Kusimpul Mati - 27::

Mumbling o milanhawkin at 1:19 PM
Mila bergegas keluar dari pejabatnya sebaik saja menerima panggilan dari ibu mertuanya. Hatinya berdebar2 menerima berita mengejut itu. Sebaik saja sebuah teksi berhenti di hadapannya, dia meluru masuk ke dalam perut teksi tersebut.

“KLIA. Cepat sikit ye” arah Mila dengan cemas. Dia mengelap peluh yg semakin berjuraian di dahinya. Semoga dia tiba tepat pada waktunya, hanya itu yg asyik didoakan. Perjalanan ke KLIA selama satu jam setengah itu serasa begitu lama sekali. Belum sempat teksi itu berhenti, Mila sudah mengeluarkan sehelai not 50 dan terus berlari ke balai berlepas. Matanya melilau mencari seseorang sambil merentasi lautan manusia di lapangan terbang itu.

“Aqim!” teriak Mila sebaik saja matanya terhenti pada sebatang tubuh yg sedang menggalas beg. Amirul berpaling namun meneruskan langkahnya bila terpandangkan Mila. Mila terus berlari mendapatkan lelaki itu.

“Aqim, Aqim, kenapa ni? Nak ke mana ni?” soal Mila, nafasnya tercungap2. Tangannya menyentuh lengan sasa milik Aqim. Wajahnya terukir kegelisahan yang mendalam. Amirul buat tak peduli.

Mila memandang sekeliling, tidak nampak pula kelibat ibubapa mertuanya. Sudah pulangkah? Memang nampaknya hanya aku yg baru tahu...

“Aku nak tinggalkan tempat ni” ujar Amirul tanpa perasaan. Wajah Mila langsung tidak dipandang. Pandangannya dihalakan ke arah beberapa pelancong luar negara yang sedang berkumpul sesama mereka, mendengarkan sesuatu diperkatakan oleh pemandu pelancong.

Hati Mila meruntun mendengarkan kenyataan dari suaminya. Sesak nafasnya tiba2. Tidak! Ini tidak terjadi. Ini hanya mimpi.

“Kenapa? Err... Mila ikut sekali yer” sayu Mila bersuara. Amirul ingin tinggalkan dirinya, sendirian di sini? Lagipun semenjak dua menjak ini, lelaki itu nampak begitu tak terurus. Amirul perlukan dirinya, bukankah begitu? Setidak2nya, Amirul perlukan seseorang untuk menemaninya saat sebegini.

“Kenapa pulak kau nak ikut? Aku cuma tak boleh nak duduk sini lagi. Makin lama aku kat sini, hati aku makin sakit. Aku tak dapat lupakan Sya. Bila aku tengok muka kau, aku teringatkan Sya. Teringat apa yg dah kau buat. Sebab kau, Sya mati!” tuduh Amirul, kali ini matanya bertentangan dengan Mila.

Kenapa semua orang menyalahkannya di atas pemergian Syalinda?

“Aqim, please... janganlah macam ni, jangan tinggalkan saya...” rayu Mila, masih memegang lengan Amirul. Pantas Amirul merentap lengannya.

“Look, sampai bila kau nak menipu diri sendiri. Aku tak cintakan kau. Takkan pernah. Berapa kali aku nak cakap? Kau tak faham atau kau buat2 tak faham?” nada suara Amirul sudah meninggi.

“Kita selesaikan masalah kita bila aku pulang ke sini semula. Till then, you can do whatever you want. I don't give a damn!”” Bibir Mila mula bergetar. Pipinya sudah semakin basah.

“Dani sukakan kau, kan?. Apa kata kau gunakan saja peluang ni untuk pikat hati dia. Kau kan pandai mengambil kesempatan” sambung Amirul dengan nada yang sinis.

“Dani?? Apa...kaitan Dani dengan kita?” Apa lagi tuduhan yg mahu dilemparkan padanya kali ini?

“Sudahlah, tak payah kau nak berdalih lagi. Ini sudah menjadi takdir kita. Terima sajalah. Aku tak kisah kalau kau tak menunggu kepulangan aku nanti. Seperti yg aku cakap tadi, kau boleh buat apa saja yg kau suka, dont mind me..”

“Kalau macam tu... samalah macam awak lepaskan saya...” entah menyoal atau sekadar menyatakan fakta, Mila sendiri tidak pasti. Kekalutan itu bermain dengan minda warasnya, membuatkannya keliru.

“Oh, tidak semudah itu Mila. Aku takkan lepaskan kau. At least, not for now. Mungkin.... suatu hari nanti, siapa tahu...” Amirul akhirnya hanya mengangkat bahu.

Mila tahu Amirul sekadar mahu menyalakan bara api di dalam dirinya. Amirul seakan mengumpannya untuk bertindak di luar batasan. Biarlah, biar apa pun yang Amirul fikirkan tentang dirinya, dia tak mahu hilang kawalan. Juga tak mahu merayu dengan berlebihan meskipun hatinya menjerit meminta Amirul memahaminya. Perlahan, Mila menganggukkan kepalanya. Rasanya sudah pasrah dengan segala apa yg berlaku.

Mila cuba menarik tangan suaminya, sekadar mahu menyalami sang suami sebagaimana layaknya seorang isteri. Tingkahnya dipandang sepi oleh Amirul yg kemudiannya terus melangkah pergi. Dia menghantar Amirul dengan pandangan yg kabur dengan air mata.

Saat itu hatinya sudah hancur ibarat debu yang bertaburan. Takkan mungkin bercantum lagi. Perginya Amirul membawa bersama harapan dan cintanya.

0 demented soul(s):

 

thydivaontheloose... tempat ambe jadi minah jiwang Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review