|Terkini dari milan|

1. Amihana: Nilai Sekeping Hati 56 was the last post. New entry? Ntahla... (- . -')
2. SUS - dihentikan untuk seketika.
3. ABB - sedang dirombak. Progress may be updated.

Followers

Friday, May 16, 2008

Amihana: Nilai Sekeping Hati [Proloque II]

Mumbling o milanhawkin at 7:33 AM
Aku merenung ke luar jendela bilikku. Pandanganku kosong. Tak bererti. Sama keadaannya dengan apa yang sedang kurasakan saat ini. Fikiranku juga kosong. Aku tak mampu menggunakan akal kurniaan Allah SWT ketika ini.

Kamal Hadi... lelaki yang pernah kudambakan untuk menjadi raja dalam hidupku. Tanpa sedar, bibir ini menguntum senyum bila saja terkenangkan lelaki itu. Dan bila mengingatkan Kamal Hadi, secara automatiknya juga fikiranku akan melayang pada wajah menawan Balqish Azwani. Ah, Qish, rindunya kakak padamu.

Ya, kedua insan itu merupakan antara penyebab mengapa aku berdiri di sini ketika ini. Seorang adalah adik yang amat aku sayangi, manakala seorang lagi adalah lelaki yang pernah kucintai. Dan kedua2nya pula saling kasih mengasihi antara satu sama lain. Mereka pasangan bahagia yang sama cantik dan sama padan. Pasangan Romeo dan Juliet yang begitu romantis setiap saat dan ketika.

Dan lelaki yang kutemui di ruang tamu tadi... Ah, bagaimana mahu aku kategorikan lelaki itu ya? Siapa dia dalam hidupku? Atau mungkin yang paling tepat adalah, siapa aku dalam hatinya?

Mungkin ada yang tertanya2, entah kisah apalah yang bakal kucoretkan di sini. Aku sendiri tidak pasti di mana mahu kumulakan kisah ini. Adakah yang mahu mendengar? Mungkin juga ada manusia lain yang pernah mengalami peristiwa yang serupa dengan apa yang telah aku lalui. Tak kisahlah, yang penting... ini adalah kisahku... coretan sekeping hati milik Amihana.

0 demented soul(s):

 

thydivaontheloose... tempat ambe jadi minah jiwang Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review