|Terkini dari milan|

1. Amihana: Nilai Sekeping Hati 56 was the last post. New entry? Ntahla... (- . -')
2. SUS - dihentikan untuk seketika.
3. ABB - sedang dirombak. Progress may be updated.

Followers

Thursday, April 3, 2008

Melayu & Islam

Mumbling o milanhawkin at 3:07 PM 0 demented soul(s)
Kalau ada yang perasan, thy dh deletekan the previous oh-so-emo entry on Communication Skills. Thy memang tak nafikan, perasaan thy masa tu terlalu terbakar hanya kerana seorang manusia yang tak reti menghormati seorang manusia yang lain. Dan yang paling thy geramkan adalah kerana manusia itu kononnya orang yang terpelajar dan beriman. Tapi skang thy dh cool off dah. \( > < )/

Thy baru saja selesai mendengar sebuah ceramah dari Ustaz Ann Wan Seng sempena dengan Maulidur Rasul. Dalam ceramah tersebut, beliau ada menyelitkan tentang satu perkara yang thy rasa ada kebenarannya. Kebenaran ini teramat nyata, dan thy sedar semua orang pun tahu tentang kenyataan ini.

Seburuk2 orang Cina, orang Cina takkan menipu orang Cina.
Sepandai-pandai orang Melayu, orang Melayu pun menipu orang Melayu.


Betul kan? Memanglah betul. Melayu adalah satu bangsa yang saling menjatuhkan sesama mereka. Melayulah yang memberi pandangan buruk tentang Islam pada bangsa lain. Melayu selalu cakap tak serupa bikin. Melayu punya perasaan dengki yang tinggi, baik pada orang lain mahupun pada bangsanya sendiri. Inilah MELAYU pada dasarnya. Inilah MELAYU yang sedang bernafas di muka bumi Allah ini. Inikah MELAYU yang kita ingin kembangkan?

Seperti biasa, kalau sebut tentang MELAYU, secara automatik kita anggap dia tu ISLAM. Seperti juga kalau kita sebut mat saleh, dalam otak kita ni terus je menamakan agamanya sebagai Kristian. Sad to say, Melayu sekarang tak semestinya ISLAM. Ada melayu sekarang yang sudah lupa pada tiang agama. Ada melayu sekarang yang secara terang2an menentang ajaran Islam. Ada melayu sekarang yang Islam hanya pada mulut saja, sedangkan hatinya tidak langsung ingat pada ajaranNya.

Melayu sekarang lebih suka melihat melayu lain jatuh tersungkur. Melayu sekarang bersorak ria bila ada melayu yang bankrupt. Melayu hari ini ketawa suka melihat melayu lain tinggal nyawa2 ikan. Inikah MELAYU yang kita inginkan untuk memimpin kita nanti? Ah, sakitnya kepala bila masuk bab macam ni. Tak suka, tak suka, tak suka!!

Islam yang begitu suci dan murni yang diwahyukan pada Rasulullah SAW inipun sering dipersendakan oleh Melayu sendiri, bagaimana melayu begini sanggup pula mengaku dirinya orang Islam? Larangan2Nya diagung2kan oleh melayu sedangkan suruhan2Nya pula ditentang habis2an, mengapa mulut melayu itu dengan bangganya melaungkan dirinya Islam?

Sungguh, saya malu menjadi orang Melayu...
 

thydivaontheloose... tempat ambe jadi minah jiwang Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review