|Terkini dari milan|

1. Amihana: Nilai Sekeping Hati 56 was the last post. New entry? Ntahla... (- . -')
2. SUS - dihentikan untuk seketika.
3. ABB - sedang dirombak. Progress may be updated.

Followers

Monday, June 30, 2008

Hanya Kau Yang Mampu - Aizat AF5

Mumbling o milanhawkin at 4:10 PM 0 demented soul(s)
Skang tengah khayalkan lagu neh... aiseh... best giler...

Ku cuba redakan relung hati
Bayangmu yang berlalu pergi
Terlukis di dalam kenangan
Bebas bermain di hatiku

Cerita tentang masa lalu
Cerita tentang kau dan aku
Kini tinggal hanya kenangan
Kau abadi di dalam hatiku

Harusnya takkan ku biarkan engkau pergi
Membuat ku terpuruk rasa ingin mati
Derita yang mendera kapan akan berakhir
Hanya engkau yang mampu taklukkan hatiku

Cerita tentang masa lalu
Cerita tentang kau dan aku
Kini tinggal hanya kenangan
Kau abadi di dalam hatiku

Harusnya takkan ku biarkan kau pergi
Membuat ku terpuruk rasa ingin mati
Derita yang mendera kapan akan berakhir
Hanya engkau yang mampu taklukkan hatiku

Aku cinta ooohhhhhh
Aku cinta oooooooo
Aku cinta ooohhhhhh
Aku cinta oooooooo

Harusnya takkan ku biarkan engkau pergi
Membuat ku terpuruk rasa ingin mati
Derita yang mendera kapan akan berakhir
Hanya engkau yang mampu taklukkan hatiku

Aku cinta ooohhhhhh
Aku cinta oooooooo
Aku cinta ooohhhhhh
Aku cinta oooooooo

Hanya engkau yang mampu taklukkan hatiku
ooooo

Saturday, June 28, 2008

Amihana: Nilai Sekeping Hati 10

Mumbling o milanhawkin at 9:57 PM 0 demented soul(s)
“Hana, aku nak tanya sikit ni. Kau jangan marah pulak” Aida berbisik ketika kami sama2 sedang menelaah di dalam perpustakaan UiTM. Aku mengangkat mukaku dari bacaan, merenungnya dengan penuh tanda tanya.

“Tanya apa?” soalku dengan kerut di dahi.

“Kau gaduh dengan Kamal ke?”

“Huh?” Nyata sekali aku terkejut dengan soalan dari Aida itu. Nampak sangatkah perbuatan aku mengelakkan diri dari bertembung dengan Kamal Hadi? Ah, susahlah aku nak terangkan pada Aida kalau macam ni.

“Kau gaduh dengan Kamal ke?” sekali lagi Aida menyoal. Masih dengan nada berbisik. Cepat2 aku menggelengkan kepala.

“Mana ada. Kau ni...” sanggahku. Anak mata kularikan, kembali mengadap buku. Sebolehnya aku tak mahu Aida perasan apa yang sedang bergolak di mindaku saat ini. Aku malu...

Takkan aku mahu bercerita pada orang yang aku ini telah ditolak oleh seorang lelaki. Takkan aku nak bercerita yang cintaku ini tidak bersambut. Mana aku nak letakkan muka. Aku juga ada maruah yang perlu aku jaga. Lagipula, aku memang sengaja mahu mengelakkan diri dari sentiasa bertembung dengan Kamal Hadi, walaupun kami sekumpulan untuk kerja kursus ini. Aku sebenarnya tidak mahu mengasaknya. Aku mahu memberinya ruang, sekaligus meneliti sendiri tentang luahanku pada hari itu.

Macam apa yang pernah aku dengar, ‘if you love someone, let him go. If he comes back, then he is meant for you’. Jadi, aku menjauhkan diri darinya untuk sementara waktu, sekaligus memberi peluang pada diriku sendiri untuk bertenang.

“Well, kau nampak macam nak lari2 je dari Kamal tu... Itu yang aku tanya. Sorry la kalau aku salah faham. Kau janganlah marah aku” ucap Aida dengan muka bersalahnya.

Aku menggigit bibir, tetapi kemudiannya aku menghulurkan senyum manis ke arah Aida.

“Aku tak marah kaulah... Sekarang ni aku cuma nak habiskan masa yang ada ni dengan menyiapkan assignment kita ni je. Lepas ni kan, kita semua cuti semester. Aku tak nak tersadai kat sini sebab tak dapat siapakan last assignment ni” balasku tenang, sekaligus memujuk Aida.

“Dan lagi, aku dan Kamal Hadi memang tak pernah ada apa2. Jadi apa perlunya aku gaduh2 dengan dia. Kita semua ni kan kawan” akhiriku. Aida tersengih. Mungkin saja Aida tidak percaya pada alasan yang kuberikan. Tapi aku benar2 tidak mahu memanjangkan perkara ini. Biarlah ini semua menjadi rahsia diriku.

Ah, cepatlah cuti semester datang. Aku benar2 mahu pulang ke pangkuan keluarga. Hanya mereka yang dapat meleraikan perasaan kusutku di saat ini.

Amihana: Nilai Sekeping Hati 9

Mumbling o milanhawkin at 9:54 PM 0 demented soul(s)
“Kak Hana!!” jeritan itu mengejutkan aku yang baru saja menuruni bas UiTM. Balqish! Aku tersenyum lebar lalu mendekati adikku itu. Rajin betul dia datang sini. Rindu sangat ke pada kakaknya ini?

Kami berpelukan erat, seolah-olah sudah bertahun-tahun tidak bersua muka. Makin berseri pula wajah Balqish.

“Qish buat apa kat sini? Tiba-tiba je datang sini, bukannya nak cakap kat akak dulu” soalku. Balqish tersengih sambil menarik lenganku ke arah sebuah bangku di bawah sepohon pokok.

“Qish datang nak lawat kakak kesayangan Qish ni la. Punyalah susah nak jumpa Kak Hana sekarang ni. Busy ek?” jawab Balqish dengan senyuman mekar di bibirnya yang merah. Beg sandangnya dibawa ke pangkuannya.

“Ye la, Qish. Ini minggu exam tau. Kak Hana baru je lepas 1 paper ni. Esok ada lagi 1. Pastu minggu depan Kak Hana ada 2 paper. Mesti la Kak Hana kena study betul-betul” aku menerangkan tanpa dipinta.

“Kolej baru macam mana? Seronok? Kak Hana dengar Qish pergi camping last week? Amboi... lasak betul adik akak ni” usikku. Tanganku cepat aje mencubit lembut pipinya yang putih melepak dan gebu itu. Geram tengok pipinya yang kemerahan itu.

“Kak Hana ni, suka sangat cubit pipi orang tau! Malu la...” rengeknya, tangannya mengosok2 pipinya yang sudah semakin kemerahan. Aku tergelak. Macam tak biasa kena cubit pipi.

“Cerita la.. best ke camping? Sampai ke Gunung Kinabalu plak tu”

“Bestla, Kak Hana. Rasa rugi plak Kak Hana takde kat sana. Seronok sangat kitaorang mendaki gunung”

“Alaa.. Qish bukannya tak tau Kak Hana tak suka aktiviti2 lasak macam tu”

“Tau... tapi... rugi tau, Kak Hana”

“Apa plak yang ruginya” Aku semakin ingin tahu bila melihat senyuman Balqish yang sudah lain macam. Macam ada apa-apa je ni.

“Rugilah... kalau tak mesti Kak Hana boleh jumpa prince charming Qish” ujar Balqish bersama senyum malunya.

Wah, wah, wah... adikku ini sudah jatuh cinta rupanya. Bukan mudah sebenarnya mahu mendengar Balqish bercerita tentang lelaki. Selalunya dia tak pernah nak ambil port pada mana2 lelaki yang mahu memikat hatinya.

“Memang rugi betullah ni... Hmmm... siapa prince charming Qish ni?”

“Mana leh cakap sekarang. Nantilah... kami kawan2 je dulu. Tapi dia hensem sangat, Kak Hana. Dah la hensem, baik, bersopan santun. Cuma satu je...”

“Apa dia?”

“Dia tu kurang bercakap sikit. Selalu tunjuk muka serius je. Actually dia tu yang jadi assistant guide kat kumpulan kitaorang. Bila dia tunjuk muka serius dia tu yang buat Qish asyik nak usik dia... hehehe... seronok sakat dia...”

Balqish ni, kalau bab menyakat, serah pada dia je lah. Memang ratu sakat dalam family kami. Sebab tulah, kalau dia takde, aku rasa sunyi je duduk kat rumah. Bila ada Balqish, barulah rasa meriah sikit.

“Amboi, amboi... dah pandai dah sakat orang lain ek. Selalu usik Kak Hana ngan Ummi je...” sengaja aku mengusiknya. Wajah Balqish mula kemerahan menahan malu. Makin comel raut wajahnya dengan keadaan begitu. Patutlah ramai yang berkenan pada adikku yang seorang ini.

“Alaa... dahla... jangan la usik Qish lagi. Nanti bila ada masa, Qish kenalkan dia dengan Kak Hana ek! Jom, makan. Qish lapar ni. Tunggu Kak Hana dari tengah hari tadi lagi tau” Aku tahu Balqish mahu lari dari segala soalan yang mahu kuajukan padanya. Biarlah, nanti aku paksa dia ceritakan semuanya. Perut aku pun dah berdangdut ria ni.

Lalu aku membiarkan saja Balqish mengheretku ke sebuah restoran berdekatan.

Amihana: Nilai Sekeping Hati 8

Mumbling o milanhawkin at 9:52 PM 0 demented soul(s)
Aku merenung tanpa makna pada sekumpulan angsa yang riang berenang di dalam tasik Shah Alam. Sesekali mataku melingas pada pasangan-pasangan yang sedang memadu kasih di tasik ini. Ada yang menaiki perahu kecil sambil mengelilingi tasik, ada yang berjogging bersama-sama, malah ada juga yang sekadar berbual-bual kosong di tepi tasik dan di bangku-bangku di sekeliling taman tasik Shah Alam ini. Bahagianya mereka... masing-masing bersama pasangan sendiri. Hanya aku yang keseorangan...

Aku merenung telefon bimbitku yang menyala-nyala beberapa kali, tetapi tidak berbunyi. Nama Aida terang-terangan muncul di skrin telefon. Aku mengeluh perlahan. Memang sengaja aku ‘silent’kan telefon bimbitku. Aku malas mahu bercakap. Aku tahu, jika aku bercakap sekarang ini, pastinya aku akan menangis dan meraung di sini. Aku tengah sedih ni... waaaaaaaaa.....

“Maaf Hana, saya... saya berterima kasih atas perasaan awak pada saya. Cuma, saya tak terfikir untuk bercinta buat masa ini. Bagi saya, pelajaran lebih penting. Saya ada cita-cita yang perlu saya gapai. Saya pasti awak faham, kan?”

Ya, aku telah ditolak! Hmm.. mahu menangis ada, mahu meraung lagilah ada. Aku sedih kerana cintaku ini tidak berbalas. Punyalah semalam aku tidak dapat tidur kerana aku mahu berterus-terang pada Kamal Hadi tentang perasaanku, begini pula jadinya. Semalaman aku berfikir-fikir sendiri bagaimana mahu menyuarakan perasaan ini. Aku sudah tidak mahu sekadar memendam rasa dan memuja dalam diam. Setiap kali bertemu dengannya, perasaan ini membuak-buak mahu melimpah keluar. Sedaya upaya aku mengumpul kekuatan.

“Jangan fikir saya tak sukakan awak, Hana. Saya suka awak, tapi cuma sekadar teman. Saya senang dengan awak. Saya hormat awak. Janganlah anggap kata2 saya ini sebagai suatu ‘rejection’. Saya pasti, hubungan saya dengan awak ini pasti ada tujuannya. Tapi untuk mengikat sesuatu yang saya sendiri tidak boleh pastikan, saya bimbang akan melukakan hati awak. Saya masih mahu kita bersahabat” panjang lebar Kamal Hadi berbicara padaku petang itu. Walaupun nadanya masih penuh kesopanan dan keikhlasan, aku tetap terasa hati.

Sia-sialah mataku yang lebam tak cukup tidur ini. Kamal Hadi hanya menganggap aku sebagai sahabat. Hanya itu...

‘Cheer up, Hana! Takkan begini mudah kau nak berputus asa? Mungkin hatinya akan berubah dengan masa. Mana tahu, suatu hari nanti hatinya akan berpaling pada kau? Siapa tahu kan?’

Hati ini memujuk sendiri. Ya... siapa tahu... mungkin saat ini, apa yang aku perlukan hanyalah menunggu si dia berubah hati. Amihana, berusahalah memikat hati Kamal Hadi! Mungkin Allah SWT akan temukan jodoh kau dan dia! InsyaAllah...

Aku bangun dari bangku yang kududuki sepanjang petang itu. Bibirku mengukir senyum yang pasti. Apa yang perlu kulakukan sekarang bukanlah berhiba dan bersedih hati. Aku perlu berusaha mendapatkan apa yang kuhajati.

Langkah kuatur perlahan ke arah stesen bas. Aku perlu pulang. Nanti melepasi curfew asrama pula. Tak pasal2 kena tidur kat luar...

Friday, June 27, 2008

Malas laaaaa

Mumbling o milanhawkin at 1:10 AM 0 demented soul(s)
Malas da nak update citer kat Forum Cari lagi.. selalu down je servernyer.. buat sakit hati je!! So, to Forum Cari readers, sorry friends, wont be updating there anymore. Please look out for updates from my blog only...

Saturday, June 7, 2008

Amihana: Nilai Sekeping Hati 7

Mumbling o milanhawkin at 12:19 PM 0 demented soul(s)
Keesokkannya, aku meminta ummi menemaniku ke Mid Valley. Aku perlukan beberapa buku rujukan yang baru, jadi aku mengambil keputusan untuk ke MPH di situ. Ummi mengangguk setuju.

“Ummi pun nak cari barang dapur sikit. Babah pun busy jugak hari ni. Hmm... babah kamu tu, makin tua makin gila kerja pulak” ujar ummi sambil menggeleng kepalanya. Aku tersengih cuma.

Aku dan ummi berpisah setibanya kami ke Mid Valley, walaupun aku berkeras mahu menemaninya untuk membeli barang.

“Ala ummi, kita pergi sama2 la. Ummi temankan Hana beli buku dulu, pastu kita sama2 beli barang dapur la ummi” rengekku. Bukannya apa, aku cuma tak suka berjalan sorang2, lebih2 lagi di tempat yang begini ramai orang.

“Macam ni, apa kata Hana pergi beli buku dulu, lepas dah siap Hana datang cari ummi kat Parkson. Ok? Ummi bukan apa, Hana tu kalau dah masuk MPH tu macam nak berkampung terus kat situ” usik ummi sambil mencubit mesra pipiku. Nampaknya aku terpaksa mengalah.

Bila saja kakiku melangkah masuk ke MPH, terasa diri ini di awang2an. Ah, inilah tempat yang paling aku suka. Tempat yang penuh dengan ilmu, penuh dengan buku. Dalam carta hobiku, buku adalah di tempat teratas. Well... mungkin memerhatikan Kamal Hadi adalah hobiku yang paling menarik, tetapi buku tetap keutamaan. Aku tersengih lagi. Asyik2 teringatkan lelaki itu. Ah, kenapalah dia tak ajak aku pergi jungle trekking sekali. Walaupun aku tak minat aktiviti lasak sebegitu, tidak seperti Balqish, tetapi bersama Kamal Hadi merupakan suatu keistimewaan.

Ah, lupakan itu semua dulu. Mari kita berenang ke dalam buku2 ini.

“Aduh!!” bahuku dilanggar dengan kasar oleh seseorang. Aku mengurut bahuku. Sakit siot!

“Itulah, dari tadi terpacak kat situ macam patung, bukannya nak masuk terus dalam kedai ni. Bukannya kau sorang nak beli buku kat sini. Padan muka!” perli lelaki yang melanggarku tadi sambil dia tersenyum sinis.

Aku menjeling tajam ke arahnya. Geramnya tengok mamat sekor ni. Asal je aku datang ke sini, muka dia ni mesti ada. Nak kata kerja kat sini, takde plak pakai uniform. Tapi itulah, setiap kali aku datang, seolah2 sudah ditakdirkan, mamat ni mesti melangut kat sini jugak.

“Apsal kau ni asyik nak cari pasal je dengan aku, hah?” tengkingku dengan geram. Tanganku masih lagi menggosok2 bahuku yang belum hilang sakitnya. Ini yang aku benci nak datang sini, tapi MPH ni yang paling aku suka sebab semuanya ada kat sini. Patutnya aku pergi MPH kat OU je. Takde la sakit mata!

“Apa pulak aku yang carik pasal. Cik Kak, awak tu yang berdiri sikit punya lama kat depan pintu tu, sampai aku nak masuk pun tak boleh. Kot ye pun nak jadi patung, duduk ar tepi” balasnya pula, masih bersama senyum sinisnya. Meluat betul aku tengok muka dia. Harap hensem je, tapi perangai macam setan buat apa.

“Dahla, malas nak layan kau lagik!” desisku terus mengatur langkah ke bahagian Programming.

“Macam la aku nak sangat layan perempuan macam kau tu” ujar lelaki itu pula, tak mahu mengalah.

Aku biarkan saja. Makin dilayan, makin sakit hati aku dibuatnya. Mamat tanpa nama itu (aku tak pernah ingin tahu namanya!) aku beri julukan Mat Senget. Bukan kerana fizikalnya, melainkan kerana perangainya yang tak serupa orang itu. Aku sendiri tak faham kenapa dia selalu nak bergaduh denganku. Kenal pun tidak, tapi hubungan kami sudah seperti anjing dengan kucing. Pantang berjumpa, mesti bertengkar.

Ah, sudahlah. Baik aku cari saja buku yang aku nak dan cepat2 berlalu dari sini. MPH ni bukannya besar sangat. Nanti asyik nampak muka dia je.

Selesai membayar harga buku, sekali lagi aku ditakdirkan berjumpa dengan Mat Senget sekali lagi.

“Kau nak apa pulak ni?” dengan berang aku bertanya. Habis, dah dihalang laluan aku, mestilah aku kena tanya apa mahunya. Suka2 hati je nak hadang laluan, macam tempat ni bapak dia yang beli.

“Ni, aku nak cakap. Minggu depan aku nak datang sini lagi. Make sure kau jangan datang sini. Aku malas nak tengok muka kau kat sini lagi” Ya Tuhan, apalah dosa aku dengan dia ni sampai aku kena blokkan masa aku untuk datang ke sini? Memang sah dia ni gila!

“Noted, Your Highness. Skang bleh aku blah?” Mat Senget tersenyum penuh makna tapi tak berlalu dari situ. Aku mengertap bibir.

“Tapi kalau kau nak datang, boleh jugak. Boleh la kita gaduh2 lagi. Aku ni satu minggu tak tengok muka kau yang merah macam tomato tu rasa tak sempurna hidup. Hahahaha...”

Huh! Tomato?! Macamlah aku hingin nak tengok muka dia tu! Dengan geram aku memijak kakinya kuat2. Puas hati aku melihat wajahnya yang berkerut menahan sakit. Mana tak sakit kalau kaki kena tekan dengan kasut tumit tinggi. Padan muka kau!

“Siot betullah minah ni. Siap kau kalau aku jumpa kau lagi” jeritnya.

Eleh, macam la aku takut. Badan kurus kering macam papan plywood, dia ingat dah macam The Hulk. Aku menjelirkan lidah ke arahnya. Berani le aku nak buat macam tu sebab aku dah berada jauh darinya. Dengan senyum lebar di bibir, aku mencari arah ke Parkson. Ummi mesti tengah membeli belah lagi ni.

Amihana: Nilai Sekeping Hati 6

Mumbling o milanhawkin at 12:18 PM 0 demented soul(s)
Aku tiba di rumahku sekitar pukul 6 petang. Dua minggu sekali, aku akan memastikan aku berada di syurga duniaku ini. Lagipun aku sengaja pulang ke rumahku di Damansara Height ini kerana discussion kumpulan kami dibatalkan di saat akhir. Semuanya kerana Kamal Hadi dan Shahid tiba2 membatalkan perjumpaan kami di saat akhir.

‘Maaf Hana, Aiza. Kami berdua ada jungle tracking this weekend. Lupa nk inform korang. Postpone ye...’

Jarang2nya Kamal Hadi membatalkan discussion kami. Lebih2 lagi due date sudah semakin hampir. Dan jungle tracking? Sejak bila Kamal Hadi jadi spontaneous begini? Selalunya dia orang yang penuh perancangan. Tidak pernah ambil mudah akan sesuatu perkara. Aiza sendiri cakap Kamal Hadi sudah berubah. Semakin ceria, katanya. Hai...

“Assalamualaikum Ummi” sapaku riang sambil meluru ke arah ummi dan mencium tangannya. Kemudian kedua pipinya turut kuhadiahkan ciuman gemas. Rindunya pada ummi.

“Awal pulak Hana sampai hari ni” Ummi mengusap kepalaku yang bertudung. Aku tersengih memandang muka ummi yang bersih. Dalam usia begini pun, ummi masih nampak muda dan cantik. Jamu apalah yang ummi amalkan ek? Kena mintak resepi ni...

“Hana habis kelas awal ummi. Ermm... babah mana, ummi?” aku

“Babah kamu belum balik kerja lagi ni. Katanya ada mesyuarat penting hari ni. Nak kena entertain client dari Jepun”

“Wah... babah sekarang ni asyik la jumpa client dari overseas kan, ummi. Mesti business babah makin untung”

“Alhamdulillah... rezeki Allah, sayang. Syukurlah kalau Allah nak bagi. Ingat, harta dunia tu bukan boleh dibawa ke mana pun. Jadi, kalau ada lebih nanti, kita buat kenduri sikit, sedekahkan pada yang memerlukan. Barulah berkat”

Aku menganggukkan kepala mendengar kata2 ummi. Wanita itu memang wanita dan isteri solehah. Aku mengagumi ketabahan seorang wanita seperti ummi. Walaupun sering ditinggalkan babah atas urusan kerja, ummi tak pernah sekalipun merungut. Sebaliknya dia akan setia menanti kepulangan babah. Aku juga ingin jadi seperti ummi. Aku ingin sekali berkhidmat pada bakal suamiku nanti sepertimana ummi berkhidmat untuk babah.

Dan babah juga, seorang lelaki yang budiman. Tidak pernah sekalipun terniat di hatinya untuk berkahwin lain demi untuk mendapatkan zuriat sendiri, walaupun berkali2 ummi menyuarakan keizinannya pada babah. Ummi memang ikhlas membenarkan babah berkahwin lain, tapi babah tidak pernah mengambil kesempatan tersebut. Kata babah, ummi satu2nya wanita yang paling sempurna hadir dalam hidupnya. Tak mungkin dia akan menduakan hati wanita mulia seperti ummi. Lagipun, kata babah, kalau memang sudah jodohnya untuk beristeri dua atau tiga, sudah pasti dia akan berkahwin juga walaupun ummi menghalang. Tapi ummi hanya tersenyum saja mendengar usikan babah. Bahagia kan mereka?

“Eh, Qish mana ummi? Tak lekat rumah betul budak sorang tu. Dah petang ni” aku mula membebel. Sebenarnya aku rindu nak tengok muka comel adikku nan sorang tu.

“Laa... Qish kan ker gi camping kat Gunung Kinabalu weekend ni? Qish takde cakap dengan Hana ke?”

Aku menepuk dahi. Betullah, Balqish memang ada cakap pasal perkara ni dengan aku. Aku je yang lupa dek sibuk sangat dengan minggu exam ni. Aduhai, terlepas lagi nak jumpa adik kesayangan aku ni. Takpelah, nanti boleh tengok gambar dia gi camping...

Thursday, June 5, 2008

Berpalinglah padaku - 9 (END)

Mumbling o milanhawkin at 10:54 AM 4 demented soul(s)
Ah, rasanya dah lama aku tak ke bilik kelab. Itulah, sibuk sangat berlatih main piano padahal tak pandai2 jugak. Lagipun skang ni banyak betul assignment kena siapkan. Dan yang paling penting, aku sebenarnya cuba melarikan diri dari Iqram.

Aku sedar kehadiranku mengganggunya. Aku tahu dia terang2 menolak perasaanku. Sebab itu aku mengambil peluang ini untuk meredakan rasa kecewaku. Aku tak mahu hatiku terus terusik dengan kebenaran. Namun aku tetap tak berjaya melarikan diri darinya bila saja malam menjelang. Mimpi yang dulunya indah dengan senyuman Iqram menjadi mimpi ngeri bila kata2 Iqram dulu menjadi igauan.

Aku semakin melajukan langkah. Dah lama sangat aku tak jumpa teman sekelab. Tanpa kuduga, pintu bilik tiba2 saja terbuka dari dalam. Tak sempat nak brek. Nasib baik juga pintu itu tidak terkena mukaku. Itulah... tak sabar2!!

“Abang Iqram...” tercetus nama itu dari bibirku. Kemudian aku kaku di situ, hanya mampu memandang wajahnya. Aku cuba tersenyum, tapi terasa pahit pula senyumku ini.

“Oh, maaf Liana. Tak tahu pulak awak ada kat luar ni” Iqram tersenyum, macam biasa. Macam tak pernah terjadi apa2 di antara kami.

Untuk seketika, kami saling berpandangan. Dan mataku tertangkap pada plaster yang tertampal di hujung bibirnya.

“Abang Iqram, awak cedera ke?” aduh, aku ini... tak pernah mahu belajar dari kesilapan. Mungkin dah jadi tabiat aku untuk sentiasa mengetahui perkembangannya. Dan plaster di wajahnya itu takkan mungkin terlepas dari pandanganku. Maaf Abang Iqram, saya tahu saya menyibuk. Maaflah...

“Oh, ini ke? Saya cuma jatuh je. Teruk kan?” dia tersengih sambil mengurut perlahan hujung bibirnya.

“Jatuh? Awak tipu!” Urkkk... sekali lagi aku tidak dapat menahan kata2 itu terkeluar dari bibirku. Masalahnya, aku tak mampu berdiam diri bila melihat keadaannya. Ada lebam yang jelas kelihatan di lengannya.

Iqram merenungku dalam2. Tak dapat disangkal lagi, betullah tekaanku sebentar tadi dengan reaksinya itu.

“Awak ni memang prihatin la. Macam mana awak tahu?” nada Iqram agak mesra, seolah cuba bergurau denganku. Ah, tak mungkin...

“Ini mesti pasal Vivien dengan Haikal kan? Haikal cederakan awak kan? Awak bertumbuk dengan Haikal ke? Tapi kenapa? Kenapa?” bertalu2 aku menyoal. Sungguh aku tak sedar, air mataku sudah laju mengalir membasahi pipi. Iqram merenungku tanpa suara.

“Masuk!” arahnya padaku. Dia tampak serius dan arahannya itu agak tegas. Ah, aku sudah melakukan kesilapan sekali lagi. Bermakna aku mungkin terpaksa mendengar ceramahnya sekali lagi. Oh hati, tabahlah. Ini bukan kali pertama... jadi bertahanlah...

“Kenapa awak menangis?” suaranya kedengaran agak perlahan. Aku yang berdiri membelakangkannya mengemaskan pelukanku pada beg sandangku. Aku perlu mencari kekuatan untuk semua ini.

“Sebab... saya sedih tengok awak macam ni...” jawabku, juga dengan agak perlahan. Aku menunduk memandang lantai bilik yang kosong. Dalam getar, aku cuba menahan air mataku dari terus mengalir.

“Awak cedera sebab nak menolong gadis yang sukakan orang lain! Saya... saya tak suka...” Bodohlah kau ni Liana! Kau tak suka? Iqram peduli apa kau suka atau tak suka? Tapi kenapalah Iqram terlalu cintakan perempuan tu? Kenapa dia tak pernah mahu memandang aku? Aku yang selama ini menyayanginya... yang mencintainya...Kenapa awak tak pernah mahu memandang saya, Iqram??

Tiba2 saja aku terasa tubuhku ditarik ke dalam pelukannya. Tangannya melingkar di pinggangku dan wajahnya, ya tuhan... seram sejuk aku dibuatnya. Aku agak terpana dengan kelakuannya tanpa mampu berbuat apa2, hanya menyerah dalam dakapan yang mesra itu. Selebihnya, aku amat terkejut hinggakan tubuhku terasa begitu keras dan kaku.

“Err... ummm..” Tuhan, hanya itu yang mampu kukeluarkan dari kerongkongku saat ini. Aku mahu menolak tubuhnya, tapi... oh tidak, aku dah jadi perempuan gatal...!

“Awak menangis untuk diri awak...” suaranya lembut dan perlahan. Bisikannya itu membuatkan jantungku semakin rancak berdegup.

Aku menangisi diriku sendiri? Apa yang Iqram cuba cakap ni? Dan kenapa dia tak renggangkan pelukannya. Wajahku rasanya sudah kemerahan. Malunya!!

“Mungkin awak betul2 kasihankan saya. Tapi bukan itu saja. Awak juga kasihankan diri awak, kan?” Lagi2 aku mendengarkan kenyataan yang keluar dari mulutnya. Apa yang cuba disampaikan oleh Iqram? Aku kasihankan diri aku, jadi aku kasihankan dirinya?

“Awak rasa cinta awak yang bertepuk sebelah tangan tu sama teruknya dengan keadaan saya sekarang ni. Awak rasa cinta saya juga bertepuk sebelah tangan...”

Aku menekup mulutku seolah baru memahami apa yang mahu dikatakannya. Benarkah? Tak mungkin! Perasaan aku rupanya perasaan yang mementingkan diri sendiri, yang datang dari situasi yang dihadapi oleh Iqram. Adakah itu yang dimaksudkannya? Jadi, selama ini, aku berilusi sendiri? Perasaan aku ini bukan sesuatu yang benar? Begitukah?

“Though, I don’t think that’s such a bad thing” Huh? Meaning? Apsal la mamat ni asik bagi aku tertanya2 ni?

Iqram merenggangkan pelukannya. Akhirnya... Namun kelegaanku hanya untuk sesaat. Tubuhku dipalingkan supaya mengadap tubuhnya. Wajahnya dibawa hampir ke mukaku. Dia tersenyum manis memandangku. Aku semakin keliru sekaligus semakin malu dengan keadaan kami ini.

“Pada mulanya, awak memang bukan jenis perempuan yang saya suka. Perasaan awak pada saya memang merimaskan saya. Malah selalu membuat saya rasa geram dan sakit hati. Saya tak pernah hiraukan awak yang selalu memerhatikan saya sebab saya rasa awak dapat membaca setiap gerak geri saya. Saya tak biasa dengan orang yang begitu memahami saya. Dan, walaupun saya telah menolak berulang kali, cinta awak tetap sama, tetap suci. Cinta awak pada saya tak pernah berubah, kan?” Renungan matanya menusuk jauh ke dalam hatiku. Mahu saja aku menganggukkan kepala, tapi aku masih tahu malu.

“Your feeling is more hungry, more insistent and sexy, than what I have thought. There’s another part of you, deep inside, that’s completely different from who you are outside. And I came to feel that, I wanted to see into those depths” Kenapa mamat ni bila romantik je cakap omputih ye?

Ini kali pertama ada manusia menggambarkan perasaan itu adalah sesuatu yang seksi. Aku memang tak pernah salah pilih. Iqram sememangnya lelaki yang tepat untukku.

“Err...” Darah menyerbu ke mukaku saat menyedari wajahnya semakin hampir pada wajahku. Cepat2 aku menolak tubuhnya dengan lembut dan memalingkan sedikit tubuhku.

“Tak elok.. lagipun...” Aduii... kalau nk ikutkan perasaan sayang kala ini, aku sanggup aje... tapi iman itu masih bersisa. Lagipula, antara kami berdua ini, pastinya ada makhluk ketiga yang sedang penat berusaha. Pun begitu, aku tahu Iqram bukan lelaki yang suka mencari peluang. Aku terdengar gelak halus dari bibirnya.

“Maaf, sayang. Saya patut belajar dari awak sekarang ni, kan? Awak buatkan saya mahu jadi lelaki yang terbaik untuk awak. Kita sama2 belajar menerima diri kita masing-masing. What do you think?”

Aku memandang raut wajahnya, dan mula mengukir senyum manis, khas untuk dirinya seorang...

Berpalinglah padaku - 8

Mumbling o milanhawkin at 10:53 AM 0 demented soul(s)
Iqram menyapu mukanya. Ah, budak tu! Macam mana dia boleh tahu semuanya pasal diri aku? Sungguh tak disangka, Liana seakan dapat membaca apa yang tertulis di wajahnya. Pemerhatian Liana rupanya lebih mendalam dari yang disangkakannya. Selama ini, dia memang tahu Liana menyukainya dan sentiasa memerhatikannya. Tetapi dia tidak menyangka Liana dapat membaca setiap butir lakunya.

Sejak seminggu lepas, dia sudah tidak bertembung dengan Liana di mana2. Malah dia langsung tidak ke kelab lagi kerana dia tahu Liana akan berada di situ. Sebetulnya dia sengaja melarikan diri dari Liana. Untuk apa, dia sendiri tidak mengerti perasaannya sekarang ini.

Iqram menarik nafas panjang, dan melepaskannya dengan deras. Liana memang telah membuatnya tak tidur malam! Tak guna betul! Kata2 Liana seakan terngiang2 di telinganya. Hatinya tersentuh tiap kali terbayangkan wajah Liana yang dibasahi air mata. Selama hidupnya, air mata perempuan tidak pernah berjaya menyentuh hatinya, kecuali Vivien.

Ah, kenapa nak samakan Liana dengan Vivien? Vivien gadis lincah, Liana gadis yang pendiam. Vivien cantik menawan, Liana pula comel dan cute. Vivien sering membuatnya rasa lively, sedangkan Liana membuatkan dia terasa matang. Vivien cintakan Haikal, dan Liana...

Sekali lagi dia meraup wajahnya. Dia tak suka fikirannya kucar kacir begini. Dia geram bila sedar Lianalah yang menghuru-harakan fikirannya hingga begini.

Iqram melangkah perlahan, menelusuri jalan kecil di belakang bangunan Kolej Musik. Dia jarang melalui tempat ini, tapi dek kerana malas mahu terserempak dengan sesiapa, dia teruskan juga langkahnya.

Dia terhenti bila mendengar musik yang dimainkan dengan piano. Ya Tuhan, siapalah yang teruk sangat mainnya ni? Iqram menjenguk di sekitar bangunan music itu, sekadar ingin melegakan keinginannya. Mana tahu dia boleh gelakkan budak yang dah menyumbangkan musik tu...

Eh, itu bukan ke... Liana? Matanya terhenti dan menatap gadis itu dari luar cermin bilik kelas musik itu. Liana sedang bersungguh2 belajar main piano agaknya, langsung si gadis itu tidak perasan dirinya sedang diperhatikan. Jemari Liana dengan lemah lembut menekan2 punat piano walaupun dia kelihatan cemas setiap kali bunyi yang dikeluarkan oleh piano itu terdengar sumbang.

“Selalunya dia yang mengintip aku...Rasa lain pulak bila aku pulak yang mengintip dia...” bisiknya perlahan, sambil terus memerhatikan tingkah Liana yang asyik menumpukan perhatian pada pianonya. Memang tiada sesiapa di situ kecuali Liana, piano dan not musiknya.

“Ah, dia memang tak reti main piano la...” Iqram tersengih sendiri. Nampak clumsy... itulah Liana. Gadis yang cuai. Still... cuai tu bunyinya macam terlalu ‘selesa’...

Wajah Iqram mula berubah ketika sedar ke arah manakah fikirannya. Kemudian dia melangkah meninggalkan tempat itu dengan wajah yang tak dapat dimengertikan.

--------------------------------------------------------------------------------

“Liana takde kat sini hari ni?” tanya Iqram pada Ashraff sebaik saja dia membuka pintu bilik kelab seni itu. Kerusi yang selalu diduduki oleh gadis itu kosong tanpa penghuni. Terasa pelik pula dengan keadaan itu.

“Takde. Dia ada cakap yang dia tengah busy skang ni. Dengarnya dia tengah belajar main piano. Tapi, can you imagine her playing the piano? Hahaha...” Ashraff tergelak besar.

Iqram menjegilkan matanya ke arah Asyraff, membuatkan lelaki itu terhenti tawanya.

“Apsal kau gelakkan Liana? Kau cikgu piano dia ke?” geram pula Iqram mendengar Asyraff mentertawakan Liana.

“Takde ar, Abg Iq. Saya mana tahu main piano. Gitar boleh la” Asyraff menggaru2 kepalanya.

“Habis tu? Sekurang2nya dia berusaha nak pandai!” Iqram menambah.

“Err... lain macam je Abang Iq” sengih Asyraff.

Iqram mengurut dagu. Dia rasa pelik dengan keadaan itu. Dia tak sangka sama sekali dia akan melenting bila Asyraff gelakkan Liana. Padahal sebelum ni, dia pernah dengar lawak lagi teruk tentang gadis pendiam itu, dan tak pernah sekalipun dia rasa marah. Malah dia tak peduli pun. Cuma kali ini...

Dan setiap kali dia ke bilik kelab, Liana mesti diam di sudut kegemarannya. Bila tempat itu kosong, dia seakan rasa sunyi...? Iqram menggigit bibir. Dia memegang dadanya dan mengurutnya perlahan. Dahinya berkerut.

Baru saja dia berura2 mahu meninggalkan bilik tersebut, telefon bimbitnya memainkan irama Uptown Girl. Ada panggilan masuk. Tiada nama yang tertera di skrin telefon bimbitnya, membuatkan dia tertanya2 sendiri. Dibawa telefon bimbit itu ke telinganya selepas menekan butang hijau.

“Hello? Haikal..?”
 

thydivaontheloose... tempat ambe jadi minah jiwang Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review