|Terkini dari milan|

1. Amihana: Nilai Sekeping Hati 56 was the last post. New entry? Ntahla... (- . -')
2. SUS - dihentikan untuk seketika.
3. ABB - sedang dirombak. Progress may be updated.

Followers

Monday, July 23, 2007

::Kusimpul Mati - 32::

Mumbling o milanhawkin at 1:22 PM
Amirul memerhatikan jam dinding rumahnya. Sudah pukul 8.30 malam, dan Mila masih belum pulang dari pejabatnya. Amirul semakin gelisah. Adakah Mila sengaja pulang lewat untuk menghindari dirinya atau memang ini rutinnya semasa ketiadaannya?

“Yang kamu ni macam kucing nak beranak je ni kenapa Mirul?” soal Pn Meriam dengan sedikit geram. Hatinya cuak bila melihat Amirul mundar mandir di hadapannya.

“Entahlah Abang Mirul ni, orang nak tengok tv pun tak senang” Alia menyampuk. Tingkah Amirul itu sememangnya mengganggu kosentrasinya menonton rancangan kegemarannya.

“Err... Mama, kenapa Mila tak balik lagi? Dah lewat sangat ni” Amirul bertanya sambil melabuhkan punggungnya di sebelah Pn Meriam. Dahinya berkerut seribu. Adalah tu benda yang dia tak puas hati tu.

“Hmm... Mmg selalu pun dia balik lewat. Kalau jam tu tak berdenting 11 kali, belum tentu lagi dia balik” jelas Pn Meriam. Dia sedar Amirul mmg tak mengetahui rutin harian isterinya sendiri. Tapi siapa yang nak disalahkan?

“Tapi hari tu dia balik awal je?” rungut Amirul lagi. Tangannya melurut2 rambutnya yg lurus.

“Hari tu Mama yang suruh dia balik awal, sebab dah tahu kamu ada kat rumah. Biasanya dia mmg lewat sampai rumah. Mungkin dia makan dulu kot”

“Makan? Dengan siapa? Malam2 macam ni?” Amirul berdiri. Dia kembali berkawat di depan ibu dan adiknya. Perasaannya benar2 tidak tenang.

“Tu la.. sapa suruh tinggal bini lama2. Kan dah nak kena kebas dengan orang” Alia pula mencelah, mencebik bibirnya. Amirul merengus kasar sambil menjeling tajam ke arah adiknya. Alia mengalihkan perhatiannya pada program di kaca tv, langsung tidak menghiraukan sorotan mata abangnya.

“Mirul nak gi ambil dia la, Mama” akhirnya Amirul membuat keputusan.

Pn Meriam dan Alia hanya memerhatikan langkah Amirul yg panjang keluar dari rumah. Kemudiannya mereka saling berpandangan dan tersenyum penuh makna.

Tak sampai setengah jam, kereta BMW milik Amirul sudah terparkir di hadapan pejabat MeshTechO. Dia memerhatikan bangunan tersebut, mencari kelibat Mila. Nak naik mencari, dia sendiri tak tahu di tingkat berapa Mila bekerja. Akhirnya dia terpaksa menunggu dengan sabar di dalam kereta.

Seketika kemudian, sebuah kereta Honda CRV berhenti betul2 di hadapan bangunan tersebut. Hati Amirul berdegup kencang. Dia kenal pemilik kereta itu. Terlalu kenal!. Perasaannya makin membara apabila melihat Mila yang tidak lama selepas itu muncul dari bangunan tersebut dan terus saja mendekati kereta berkenaan. Amirul dengan pantas keluar dari kereta dan meluru ke arah Mila yang baru saja mahu membuka pintu kereta.

“Aqim?!” Mila kelihatan begitu terkejut dengan kehadiran Amirul. Wajahnya sedikit pucat. Matanya beralih dari Amirul kepada Dani yg sudahpun keluar dari keretanya.

“Kita balik!” suara Amirul kedengaran tegas. Tangannya menarik lengan Mila yg sudahpun memegang pintu kereta Dani.

“Mirul, lama tak jumpa” tegur Dani dengan segaris senyum di bibir. Senyuman terpaksa. Sedetik tadi, sungguh dia tak menyangka Amirullah lelaki yg sedang memegang tangan Mila. Apalagi untuk menyangka lelaki itu akan kembali ke dalam hidup mereka.

“You, stay away from my wife!” Tangannya dituding ke arah Dani. Wajah Amirul jelas sedang marah. Dani mengertap bibir. Mahu dilawan, dia tahu ini bukan masanya. Juga dia tak mahu bergaduh di hadapan Mila.

Mila dilihatnya hanya mengekori langkah Amirul ke kereta tanpa bantahan. Keluhan dilepaskan setelah kereta Amirul berlalu dari situ.

“Apa Mila buat dengan jantan tu? Menggatal ye!” tuduh Amirul sebaik saja keretanya dipandu keluar dari kawasan bangunan tersebut. Keretanya dipandu dengan laju. Emosinya menguasai tahap pemanduannya sekarang ini.

“Buat apa pula. Dani kan kawan awak jugak. Saya cuma keluar makan dengan dia jer” jawab Mila, kurang senang dengan persoalan itu. Dia tak nampak di mana salahnya dia keluar dengan Dani. Selama ini pun, tiada siapa yg melarang. Amirul? Ah, bukankah lelaki itu mmg anti dengannya? Kenapa sekarang nak sibuk2 pula?

“Sanggup Mila keluar dengan lelaki lain dan tinggalkan suami sendiri kat rumah? Isteri jenis apa Mila ni?” kali ini nada suara Amirul sudah meninggi. Mila sedikit tersentak, namun cepat2 dia menenangkan perasaannya. Satu keluhan dilepaskan.

“Saya baru tinggalkan awak sekejap je. Awak tu tinggalkan saya sampai setahun, saya tak pernah marah pun.” Mila membalas. Amirul terdiam.

Tahu pun sendiri salah. Ini nak tengking2 aku lagi. Kot ye pun nak marah, cubalah cermin diri tu dulu. Ini yg aku nak mengungkit ni, Mila mengomel.

“Pasal tu...”

“Dahlah, I really dont need any explanations. Lagipun, saya tahu saya siapa pada awak. Mungkin kita patut selesaikan hal kita ni secepat mungkin. Saya rasa kita patut berbincang tentang masa depan kita. Lagi cepat lagi bagus. Kalau tunggu lama2, lagi banyak hati yg akan terluka” Mila memotong percakapan Amirul.

“Abang tak makan lagi tau. Abang tunggu Mila balik. Kita makan dulu?” nadanya kembali lembut, malah seolah2 tiada pergaduhan yg pernah terjadi antara mereka. Seolah Mila tak pernah bersuara.

“Jangan nak lari dari tajuk OK”

“Tapi abang mmg lapar sangat ni. Mila pun tak makan lagi kan? Kita makan ekk” kali ini Amirul mula merengek. Kening Mila bertaut, pelik dengan perangai Amirul. Sekejap marah, sekejap manja. Memang sah ada yg tak kena ni!

0 demented soul(s):

 

thydivaontheloose... tempat ambe jadi minah jiwang Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review