|Terkini dari milan|

1. Amihana: Nilai Sekeping Hati 56 was the last post. New entry? Ntahla... (- . -')
2. SUS - dihentikan untuk seketika.
3. ABB - sedang dirombak. Progress may be updated.

Followers

Wednesday, October 29, 2008

Amihana: Nilai Sekeping Hati 38

Mumbling o milanhawkin at 8:50 PM 1 demented soul(s)
“Betul ke Kak Hana nak gi Korea?” aku sedikit tersentak mendengarkan pertanyaan dari Balqish yang tiba2 saja muncul di dalam bilikku. Aku berpaling ke arahnya dan menguntum senyum. Agaknya dia terdengar perbualan antara aku dan Babah serta Ummi tadi.

“Yup!” jawabku sepatah. Aku kembali berpaling dan mengeluarkan buku2 rujukan yang aku bawa bersama dari asrama. Sungguhpun sedang bercuti, aku tak mahu lalai lagi. Cukuplah sekali.

“Sebab Kak Hana patah hati dengan Abang Kamal ke?” Aku sedikit meringis mendengarkan nama itu keluar dari mulut Balqish. Harapnya Balqish tidak perasan. Aku bimbang andainya dia menganggap aku masih menyukai Kamal Hadi.

“Nope!” aku senyum lagi. Senyum paksa!

“Betul ke ni?” Balqish sudahpun duduk di hujung katil. Wajahnya kelihatan macam tak puas hati saja. Dahinya berkerut.

“Betullah. Kak Hana nak gi sana sebab nak luaskan pandangan Kak Hana. Akak nak tingkatkan pengetahuan tentang budaya asing. Takde kaitan dengan sesiapa pun. Dont worry, ok?” seakan memujuk pula aku ini lagaknya. Hipokritkah aku? Pengecutkah aku?

Lama Balqish merenungku, tapi aku buat tak peduli saja. Pandanglah semahumu Qish, akak tak kisah.

“If so, Qish rasa lega sikit. Sekurang2nya Kak Hana tak bencikan Qish, kan? Kak Hana, masih kakak Qish, kan?” aku menggigit bibir, menahan sebak yang tiba2 saja bertandang. Aku diam untuk sesaat dua, mengumpul kekuatan yang bersisa.

“Of course, dear. Qish tetap adik akak sampai bila2 pun, whatever happens...” entah ikhlas entahkan tidak kata2ku itu. Yang pasti, aku berjanji untuk memegang kata2 itu buat selama2nya. Biar apa pun yg terjadi, Balqish tetap adikku.

“Nah!” aku menghulurkan Mr Teddy padanya. Kebetulan minggu itu aku membawa pulang Mr Teddy bersama. Niat di hati sekadar mahu meninggalkan Mr Teddy kat rumah. Takdelah aku teringat sangat pada Kamal Hadi bila di hostel. Entah kuasa apa yg mendorong aku berbuat demikian. Balqish juga nampak agak terkejut. Aku yakin pasti dia tahu siapa pemberi Mr Teddy ini.

“Untuk Qish ke? Tak pape ke? Ermm... I mean...” tergagap2 pula adikku ini.

“Abang Kamal Qish tu takkan marah, trust me. Takde salahnya akak pulangkan pada yang berhak, kan? Kak Hana rasa, Mr Teddy ni lebih berhak ada dengan Qish, bukan dengan akak” terasa sayu pula melihat Mr Teddy beralih tangan. Sorry Mr Teddy...

Dengan ragu, Balqish menarik Mr Teddy ke dalam pelukannya. Aku seakan dapat merasakan, aku telah melepaskan sesuatu yang berharga dari tanganku. Namun aku tidak dapat lagi menarik kembali pemberianku itu.

“Maafkan Qish, akak. Qish tahu Kak Hana kecewa dengan Qish, kan? Qish harap Kak Hana faham perasaan Qish” tutur Balqish perlahan sambil menjatuhkan dagunya ke kepala Mr Teddy. Wajah mendungnya itu kutatap syahdu. Kenapa hubungan kami jadi kaku begini. Dulu kami sering bergelak tawa bersama2.

Entahlah Qish. Kak Hana tak pernah faham sebenarnya dengan apa yang telah terjadi ni. Walau hati Kak Hana ni terluka, persaudaraan kita takkan terputus hanya kerana seorang lelaki, dik.

Kata2 itu kutelan lumat. Tak mampu meluahkannya pada Balqish yang kelihatan muram. Tak mampu, atau tak mahu?

“Yang berlalu tu biarkan jelah berlalu. Takde gunanya kita nak bergaduh atas hal yang sekecil ni. Kak Hana tetap sayangkan Qish” aku seakan memujuk dua hati yang terluka.

Amihana: Nilai Sekeping Hati 37

Mumbling o milanhawkin at 8:49 PM 0 demented soul(s)
Wajah Babah nampak sedikit tegang. Wajah Ummi apatah lagi. Flyer di tangan Babah itu direnung agak lama oleh mereka berdua.

“Betul ke ni, Hana? Hana dah fikir habis2?” soalan pertama dari Babah. Ummi turut memandang wajahku dengan sayu.

“Betullah Babah. Hana dah fikir masak2. Lagipun bila lagi Hana boleh dapat peluang macam ni, kan?” aku masih tenang seperti tadi. Sepertinya sudah nekad sejak dari awal lagi.

“Jauh ni, Hana. Korea...” Ummi bersuara.

“Takpelah Ummi. Ini peluang untuk Hana, Ummi. Please.... Lagipun kebetulan sangat student yang sepatutnya terpilih untuk ikut program ni ada masalah lain, jadi Hana yang diaorang pilih. Lagipun, I have proven myself, kan Ummi, Babah? Semester ni Hana dapat 3.50. Bolehlah ek....” aku cuba memujuk.

Dengan ini pihak kami ingin memaklumkan bahawa permohonan saudari untuk menyertai International College Student Exchange Program antara ASEAN dan Republic of Korea, projek usahasama di antara AUN dan Daejeon University telah berjaya.

“Berapa lama?” tanya Babah lagi.

“2 semester je, Babah, Ummi. Lepas Hana balik, Hana kena buat presentation pada pihak universiti tentang apa yang kami telah belajar kat sana. Kemudian Hana sambung belajar balik macam biasa” terangku bersungguh2.

“Kenapa Hana tak bincang dengan kami dulu sebelum apply? Tak baik Hana buat Ummi macam ni” Ummi mula sebak. Aku pula jadi serba salah mendengarkannya. Cepat2 aku menghampiri Ummi dan duduk di sebelahnya. Bahu Ummi kupeluk gemas. Belakang Ummi kugosok perlahan2.

“Ummi, janganlah macam ni. Hana mintak ampun kalau Hana kecilkan hati Ummi. Hana takde niat macam tu, Ummi. Hana buat semua ni sebab Hana fikirkan masa depan Hana, Ummi. Please Ummi, janganlah nangis. Babah...?” aku memandang Babah separuh merayu.

“Yang, janganlah sedih sangat. Hana bukannya pergi lama. Setahun aje. Kemudian baliklah dia ke sini. Dahlah... tak baik menangis macam ni” pujuk Babah pula. Aku menghela nafas lega mendengar kata2 Babah. Nampaknya Babah menyokong penuh hasratku itu. Fuh...

“Bila nak bertolak, Hana?”

“Dalam 2 bulan lagi, Babah. Rasanya sempatla Hana buat persiapan. Ermm... jadi, boleh ke Hana ikut program ni, Babah?”

“Pergilah. Kalau Hana betul2 rasa program ni boleh bantu pelajaran Hana dan masa depan Hana, Babah sokong 100%. Tapi kena rajin2 belajar, jangan main2 tau” Babah mengingatkan sambil tersenyum.

“Ummi pula macam mana? Kalau Ummi tak bagi, Hana boleh batalkan. Hana takkan pergi kalau Ummi tak izinkan” aku memandang wajah Ummi dengan penuh harapan. Agak lama Ummi mendiamkan diri. Agaknya berfikir tentang keputusanku kali ini.

“Baiklah... tapi Hana kena pandai jaga diri kat sana ye. Jangan tinggal solat. Jangan lupakan Ummi dan Babah kat sini” akhirnya Ummi memberi keizinannya dengan nada sebak.

Aku rasa ingin menjerit kegembiraan saja. Ya Allah, terima kasih atas bantuanMu ini. Aku memeluk erat tubuh Ummi.

“Jangan risau, Ummi. Hana takkan sia2kan peluang Babah dan Ummi bagi ni. InsyaAllah, Hana akan buat yang terbaik” janjiku sambil menguntum senyum puas.

“Ah, banyak benda nak kena buat ni. Minggu depan kita shopping barang2. Lepas ni Hana kena balik sini every week ok? Jadi senang sikit Ummi nak buat persiapan untuk Hana” Ummi berubah ceria, walaupun sebenarnya dia masih bersedih atas keputusanku itu.

Saturday, October 25, 2008

Amihana: Nilai Sekeping Hati 36

Mumbling o milanhawkin at 10:42 PM 1 demented soul(s)
“Hana, dah lama Hana tak balik rumah ni. Busy sangat ke, sayang?” suara Ummi yang kurindui bergema di hujung talian. Aku tersenyum nipis mendengarkan Ummi meluahkan kerinduannya padaku. Rindunya mahu menatap wajah bersih Ummi. Juga rindukan Babah dengan nasihatnya. Dan jauh di sudut hati ini, aku masih tetap merindukan Balqish dan keletahnya.

“Maafkan Hana, Ummi. Hana memang busy sangat. Ummi tau kan, Hana nak score semester ni” aku menjawab seceria mungkin.

Sewaktu menerima berita aku terpaksa repeat semester kali ini, Ummi dan Babah kelihatan agak terkejut. Namun cepat2 mereka menasihati aku dengan pelbagai kata2 semangat. Aku amat bersyukur bila mereka begitu memahami diri ini. Mujurlah mereka tidak begitu kecewa kerana aku sudahpun berjanji akan menebus kesilapan ini.

Mana tidaknya mereka terkejut, aku merupakan salah seorang pelajar cemerlang di zaman persekolahan. Walaupun aku tidak pernah dapat menewaskan tempat pertama yang disandang Adli, aku masih boleh berbangga dengan tempat kedua.

Sejak semester pertama, aku termasuk dalam senarai Dean’s List. Jadi, sejak bila agaknya prestasi pelajaran aku ni menurun?

“Ummi tahu anak Ummi ni pandai dan rajin, tapi jangan paksa diri sangat ye. Kesihatan Hana pun kena jaga. Have some fun dear, jangan asyik terperap kat bilik je. Babah pun pesan suruh Hana balik”

“Hana akan ingat pesan Ummi tu. Ummi jangan risau ek. Hana rasa dalam 2 minggu lagi Hana baliklah rumah. Lagipun Hana ada perkara nak bincangkan dengan Ummi dan Babah. Boleh kan?”

Setelah berbasa-basi dengan Ummi dan menerima nasihat seperti biasanya, aku menekan butang merah di telefonku. Flyer di tanganku, kugenggam erat bersama sebuah senyuman di bibir.

Amihana: Nilai Sekeping Hati 35

Mumbling o milanhawkin at 10:41 PM 0 demented soul(s)
Aku menguap panjang. Ya Allah, mengantuknya mata ni. Nak dilelapkan, masih ada 3 mukasurat yang aku belum habiskan. Buku Social Psychology itu kurenung agak lama. Ah, dah takleh nak masuk ilmu ni. Kena lepak jap.

Aku mengerling pada jam di dinding bilik. Mak aih, dah pukul 2 pagi rupanya. Patutlah mata ni asyik nak terpejam je. Aku mengeluh perlahan. Mataku meliar keliling bilik. Si Aida sudah lama diulit mimpi rupanya. Agaknya teman2 yang juga sudahpun belayar ke alam mana. Hanya aku yang masih sibuk mengulangkaji.

Aku bangun dari meja studi, mencapai mug yang sudahpun kosong. Kaki kuangkat ke luar bilik, menuju ke arah dapur. Dari luar jendela dapur, aku dapat melihat langit yang cerah dan dipenuhi bintang2 yang berkelipan. Indahnya.

Aku membawa mug berisi air suam ke luar balkoni bilik. Suasana di hostel memang sunyi di waktu2 begini. Hanya ada beberapa buah bilik yang masih diterangi oleh cahaya lampu. Agaknya mereka juga macam aku, masih mahu mengulangkaji apa yang patut.

Aku mendongakkan kepala ke langit. Masih seperti tadi keadaannya, masih indah dan bercahaya. Kalaulah hidup aku pun sentiasa indah begini, alangkah baik. Tapi, kalau hidup tanpa cabaran, bukankah itu sesuatu yang memboringkan? Aku patut mengambil kegagalan ini sebagai satu cabaran untukku bangkit semula. Ini adalah salah satu pengajaran yang patut aku ambil iktibar darinya. Mungkin untuk aku, cinta dan ilmu tidak boleh seiring seperti orang lain.

Yup! Chaiyok Hana! Teruskan usaha murnimu ini!

Aku mengukir senyum. Puas berdiri di balkoni, aku kembali ke bilikku. Aku sisip sedikit air suam dari mugku dan kuletakkan ke atas meja studi. Aku masih kantuk. Rasa nak je baring2 atas tilam yang tak berapa empuk tu. Tapi kalau aku dah siap baring kat tilam, dah sah2lah aku akan terus tidur.

Aku mengerling ke arah tilamku. Mr Teddy masih setia menantiku di sana. Bila terpandangkan Mr Teddy, hatiku digamit rasa sayu. Sudah tentulah aku akan teringatkan Kamal Hadi. Betapa jauhnya aku dan dia kini.

Di uni, jarang2 sekali aku dapat bertembung dengannya disebabkan kami sudahpun berlainan kelas. Kalaupun aku terserempak dengannya, amatlah jarang untuk aku berbual dengannya. Walaupun dia sudah tidak melarikan diri dariku sejak kami berjumpa di rumah tempoh hari, aku tetap tidak ingin berbual lama dengannya. Sepatah yang ditanya, sepatahlah yang aku jawab.

Sebenarnya aku teramat merindukan Kamal Hadi. Aku rindukan layanannya terhadapku dahulu. Aku rindukan kata2 manis yang sering diucapkannya padaku. Aku pasti, kini hanya Balqishlah yang dapat menerima semua itu dari Kamal Hadi. Walaupun aku sering tertanya2 kenapa semua ini terjadi, kenapa Kamal Hadi berubah hati, aku takut mahu menghadapi kenyataan. Kata orang, kebenaran itu paling menyakitkan.

Rasa pilu yang kian lama bersarang di hati ini, dapatkah kuleraikan bersama masa yang berlalu? Benarkah kasih Kamal Hadi sudah berpaling arah dariku?

Sekali lagi aku menarik nafas dalam2. Perlahan2 kemudian aku lepaskan. Buku yang tersadai di mejaku itu, sekali lagi kupandang. Akhirnya, dengan nekad yang kubina, aku kembali meneliti bait demi bait yang tercetak.

Thursday, October 23, 2008

Amihana: Nilai Sekeping Hati 34

Mumbling o milanhawkin at 11:01 PM 2 demented soul(s)
‘Jom kita dating kat MPH?!’

Aku tersengih membaca sms dari Imran Hadi. Tak habis2 nak ajak aku gi MPH. Suka sangat pergi sana.

‘Takmo! Kita xnk gi MPH dh. Kinokuniya pulak’

‘Tak bestla kt sana’

‘Apsal plak?’

‘Kat Kinokuniya, xde saya’

Lagi2 aku mengukir senyum membaca sms Imran Hadi ini.

‘Sbb tula nk gi Kinokuniya’

Aku sengaja memancing reaksi. Tiada balasan. Aku mengerut dahi. Alahai, takkan merajuk pula dengan kata2ku itu? Namun, tak lama kemudian telefon bimbitku mengeluarkan musik menandakan ada panggilan masuk. Terpampang jelas nama Imran Hadi.

“Hello.. Assalamualaikum...” dengan ragu aku memulakan bicara.

“Oooo... tanak jumpa saya ek?”

“Eh, salam kita awak belum jawab lagi tau!” aku memperingatkan. Apa la dia, terus masuk macam tu je.

“Ops, sorry sayang. Waalaikumsalam. Apsal awak tanak jumpa saya? Awak tak rindukan saya ke?”

Ek ele... sapa nak rindukan dia?! Takde masa langsung!

“Takde kaitan...” tuturku separuh mengejek.

“Wah wah wah... nanti demam rindu karang... siapa yang susah? Saya... jugak!”

Aku tersengih lagi. Ada2 je...

“Saya busy la sekarang awak. Malas nak keluar ke mana2” Memang pun sejak mendapat keputusan peperiksaan yang mengerikan itu, aku jadi kurang gemar untuk ke mana2, melainkan ke library. Aku benar2 mahu bangkit dari kekalahan ini. Segan bila berjumpa teman2 yang dahulunya sekelas. Kini berjumpa pula dengan junior2 yang mengambil kelas yang sama. Malu!

“Em... saya tau. Kalau macam tu, all the best ye sayang. Saya tau awak boleh berjaya kali ni. Trust me, and trust yourself” nasihat yang dihulurkan itu terasa begitu ikhlas.

Eh? Dia tahu ke apa yang sedang berlaku pada aku ni? Kalau nak difikirkan, tak mustahil untuk dia tahu. Adli kan temannya dan Aida pula secara rasminya adalah teman wanita Adli.

“Mana awak tahu ni? Mesti Adli yang cakap kan?” aku sudah memuncungkan mulut. Siap kau, Aida!

“Takde salahnya untuk saya tahu kan? Sekurang2nya saya boleh bagi semangat kat awak”

“Thanks”

“Emm... thanks je tak cukup, Honey. Kena sayang saya lebih!” usikannya yang sedari dulu sentiasa membuat aku tergelak kecil. Namun aku tak ingin menanggapi apa2 dari kata2 Imran Hadi itu. Biarlah aku sendirian dahulu. Biarlah aku tentukan masa depanku dahulu. Biarlah luka di hati ini menjadi parut dahulu. Biarlah...

Tuesday, October 21, 2008

Amihana: Nilai Sekeping Hati 33

Mumbling o milanhawkin at 7:46 PM 0 demented soul(s)
Air mata yang terburai sejak tadi, masih lagi belum mahu berhenti. Kertas di tanganku kugenggam erat. Bibir kukertap kuat. Sakit!

“Dahlah tu, Hana. Janganlah nangis lagi. Tak elok tau” teguran dari Aida kubuat tak endah. Takkan ada orang yang akan faham apa yg aku alami sekarang ni. Kecewa yang teramat.

“Kalau kau nangis pun, macamlah perkara ni boleh berubah.. itula.. sapa suruh kau ikutkan sangat perasaan kau tu. Sekarang, dah jadi macam ni, baru kau nak menyesal” sekali lagi ceramah free Aida itu kuibaratkan seperti menyiram air ke daun keladi saja. Aku masih diam. Bantal yang menjadi tempat curahan air mataku itu sudah semakin basah.

Aku mengaku. Ini semua salahku sendiri. Aku tak boleh salahkan sesiapa pun. Tapi, macam mana nak beritahu Ummi dan Babah yang semester kali ini, aku gagal teruk?!! Aku menyesal. Menyesal kerana terlampau mengikut perasaan mudaku ini hinggakan pelajaranku terabai sama. Terkejar2kan cinta yang entah akan membawa aku ke mana, sedangkan ilmu yang Ummi dan Babah amanahkan padaku ini kupersia2kan sewenang2nya. Gerun aku mahu membayangkan wajah kecewa Ummi dan Babah.

Bukannya takut mereka akan menengking atau memukul aku. Ummi dan Babah tidak pernah sekalipun menaikkan tangan dalam mendidik anak2nya. Tapi aku lebih takutkan wajah mereka yang kecewa. Itu yang paling aku tidak aku ingini. Aku tidak mahu menghampakan harapan mereka.

“Sudahlah... janganlah sedih sangat, Hana. Risau pulak aku tengok kau asyik macam ni” Aida mengurut2 lembut belakangku.

“Macam mana aku tak sedih, Aida. Bukan 1 yang aku gagal, 3 tau! 3! Semuanya aku kena repeat semester ni. Aku kecewa. Aku malu! Aku lagi malu nak berdepan dengan Ummi dan Babah. Aku dah kecewakan mereka...”

“Daripada kau salahkan diri sendiri, apa kata start aje sem ni, kau usaha lagi kuat... jadi ko boleh score gile2 punya. At least, itukan membuktikan kau dah menyesal dengan tindakan kau sebelum ni? And you are doing something about it. Kalau kau menyesal macam ni tapi takde buat apa2, kan ke itu lagi teruk? Buktikan yang kau boleh bangun dari kegagalan ni. Aku rasa, itu pilihan terbaik yang kau ada sekarang”

Aku diam sejenak. Ada betulnya kata2 Aida itu. Aku kena buktikan yang aku boleh bangun dari kekalahan ni. Tapi, nampak gayanya, aku akan semakin kurang bertemu Kamal Hadi. Aku takkan sekelas lagi dengannya. Aku akan merindukan dirinya.

Eh, apa aku merepek ni? Kenapa Kamal Hadi juga yang aku ingat, sedangkan lelaki itu sedang berbahagia dengan Balqish. Bodohnya aku ni!

“Thanks, Aida. I’ll take on your advice. Kalau aku ada masalah nanti, tolong aku ye”

“Eh, mestilah.. aku kan kawan kau, sahabat kau. Susah dan senang, aku akan sentiasa di sisi kau. Dont worry about that, dear” senyum Aida. Aku membalas senyuman Aida.

Saturday, October 18, 2008

Amihana: Nilai Sekeping Hati 32

Mumbling o milanhawkin at 1:54 PM 2 demented soul(s)
"Tak sangka ek.. dunia ni kecik je sebenarnya" aku bersuara setelah agak lama kami mendiamkan diri. Imran Hadi tersenyum. Entah kenapa, senyuman itu terasa begitu manis sekali. Bagai terpukau pula melihat senyuman itu.

"Tak sangka yang saya ni Boy ke?" Kami sama2 tersenyum mendengarkan perkataan ‘Boy’ itu.

"Yang itu memanglah. Tapi lagi tak sangka yang awak ni anak Auntie Zue. I mean, maknanya kita dah kenal dari kecik lagi" ujarku setelah tawa kami sama2 reda.

"Yup, saya pun tak sangka yang awak ni Hana yang comot dan tak mandi tu" usiknya pula. Aku mencebik.

"Tapi dulu awak kan tak suka main dengan saya. Asyik2 Balqish yang awak cari kalau awak datang sini" kenapa agaknya aku kedengaran seperti cemburu pula ye.

"Sebab awak suka sangat cari pasal dengan saya. Nampaknya perangai awak yg satu tu tak pernah berubah kan? Takpelah... saya suka je..."

Aku diam. Suka? Betul2kah Imran Hadi ni sukakan aku? Setakat ini memang nampak kesungguhannya. Setiap malam, tak sah kalau tak dihantar SMS padaku. Setiap pagi, dia akan menelefonku sekadar untuk mengucapkan Selamat Pagi.

"Awak ni...."

"Assalamualaikum..." suara Balqish memberi salam membuat kata2ku terhenti. Panjang mataku meninjau2 tuan punya badan. Sekali lagi aku terkejut bila melihat Balqish muncul bersama Kamal Hadi di sisinya. Aku mengertap bibir. Terasa mahu luntur semangatku melihat jemari Balqish di dalam genggaman Kamal Hadi.

"Waalaikumsalam" suara Imran Hadi menjawab salam terasa begitu dekat. Sejak bila dia beralih tempat ke sisi aku ni? Tadi kan duduk kat sofa sana?

"Kak Hana.. sapa ni?" Balqish menyoal sambil menghampiri kami. Aku mengerling sekilas pada Imran Hadi.

"Ini Boy, anak Auntie Zue" aku menjawab ringkas sambil mataku tertancap kemas pada Kamal Hadi yang mula salah tingkah. Apa dia buat kat sini sebenarnya? Yang lebih penting, apa yang dia buat bersama Balqish?

"Oooo... yang selalu main dengan Qish masa kecik2 dulu tu ek. Apa khabar Abang Boy? Auntie Zue mana?" Kamal Hadi sudah melepaskan pegangannya pada Balqish. Sungguh, perasaanku benar2 hancur saat ini. Kiranya abang sudah lupakan Honey, dan memilih Qish pula ya....

"Panggil Imran je. Mama dengan Ummi dekat belakang. Ini siapa? Boyfriend ke?" aku tahu Imran Hadi sengaja bertanya begitu. Mustahil dia sudah lupa pada Kamal Hadi yang ditemuinya sedikit masa dulu. Aku juga pasti, dia sendiri sedang keliru dengan apa yang dilihatnya.

Balqish tersenyum malu sambil mengangguk.

"Hai... tak sangka kita boleh jumpa lagi. Convenient place plak tu" ada nada perli dalam ucapan Imran Hadi itu. Ish...janganlah cari pasal kat sini, Imran.

"Hai...emm..." Huh, tak reti nak jawab apa lah tu. Dasar jantan miang! Lelaki penipu!

"Imran... Imran Hadi. Hana’s boyfriend" Aik? Aku mendongak pada Imran Hadi yang sedang berdiri dan menyalami tangan Kamal Hadi. Geram pulak bila tengok Kamal Hadi macam nak telan je Imran Hadi bila Imran Hadi sebut dia tu boyfriend aku.

"Oh... sejak bila couple ni? Tak tahu pun" Kamal Hadi menjeling ke arahku. Aku memaling muka, malas nak tengok lakonan tak jadinya. Apahal pulak kau nak buat2 jeles ni, wahai Kamal Hadi. Bukan ke kau dah ada Balqish yang cantik menawan tu?

"Ha’a, Kak Hana... sejak bila? Sikit pun tak cerita kat Qish" sengih Balqish. Balqish ni pun satu... takkan dia tak perasan dengan tingkah Kamal Hadi yang mencurigakan tu? Takkan dia tak perasan betapa lainnya renungan Kamal Hadi padaku? Atau dia buat2 tak tahu saja?

"Dah lama dah... saja taknak cakap. Surprise sikit" sengaja pula aku menambah dengan geram. Imran Hadi tersengih, agaknya faham yang aku mahukan lakonan ini dipanjangkan. Tetapi suasana nampaknya semakin tegang antara kami.

"Erm... Qish cari Ummi kat belakang sekejap ek. Nak kenalkan Abang Kamal pada Ummi. Abang duduk dulu ye" Dan Balqish berlalu ke belakang. Mahu saja aku mengikut Balqish mencari Ummi, tetapi aku risau juga kalau mereka berdua ni berantam kat sini. Kecoh pula jadinya.

"Nampaknya kita ni bakal jadik biras la ek" Biras ke? Ada2 je Imran Hadi ni. Main sedap mulut dia je bercakap...

"Apsal plak kau cakap macam tu? Dan sejak bila pulak Hana ni jadi makwe kau? Aku tak percaya!"

Tak percaya? Amboi... over confidentnye si Kamal Hadi ni. Dia ingat, aku akan selama2nya patah hati? Sudahlah aku digantung tak bertali olehnya. Kata putus tak pernah diberi, sebaliknya dia menjauhkan dirinya begitu saja. Dia ingat, perkara ni akan selesai macam tu je ke?

"Apsal pulak tak percaya?" aku mencelah. Tajam mataku menikam wajah Kamal Hadi.

"Honey, abang tak percaya Honey ni makwe mangkuk ni! Kita tak pernah putus, kan sayang? Please tell me this is all an act. Honey saja je nak buat abang cemburu, kan?" rayuan Kamal Hadi kali ini tidak langsung menyentuh jiwaku. Bosan! Bosan dengan lakonannya yang tak masuk akal ni. Apa kes aku nak buat dia cemburu ni? Bukan ke dia yang sedang melakukan semua itu padaku?!

"Excuse me, En Kamal Hadi. Imran ni memang pakwe saya sekarang. Kita kan dah takde apa2 lagi. Sebab awak taknak putuskan hubungan kita sebelum ni, biar saya saja yang putuskan. Sekarang, saya bukan kekasih awak lagi. Lagipun... awak kan ada Balqish... jangan cakap dengan saya yang awak tak tahu menahu kenapa Balqish bawa awak ke sini!"

"Tapi, sayang...Honey... abang memang..."

"Sudahlah, Kamal Hadi. Janganlah bodoh2kan saya lagi. Apa salahnya kalau awak mengaku yang awak memang sayangkan Balqish. Mengaku sajalah awak memang tak pernah cintakan saya. Jangan hancurkan hati Balqish dengan perangai awak ni. Saya lebih rela awak hancurkan hati saya ni" tak terasa air mata ini tiba2 mengalir.

Cepat2 aku menyeka mata, tak mahu nanti Ummi dan Auntie Zue melihat keadaanku sebegini. Imran Hadi pula, dengan tenang memaut bahuku. Dia diam saja di sisiku. Mungkin dia tak mahu menyesakkan keadaan sekarang ini. Aku berterima kasih untuk itu.

"Honey..." seru Kamal Hadi. Kenapalah lelaki ini tidak faham!

"It’s Hana for you. Lagi elok kalau kau panggil Kak Hana, sebab dia kan bakal jadi kakak ipar kau" walaupun perlahan, ucapan Imran Hadi itu membuat Kamal Hadi terdiam. Kenapa dia tidak menafikan semua itu?

"Eh... macam ada perbincangan menarik je ni? Tapi kenapa diam je? Ermm... Ummi... kenalkan, Abang Kamal Hadi... lelaki kedua yang Qish sayang selain dari Babah" dramatik sungguh pengenalan Balqish terhadap Kamal Hadi. Kalau bukan kerana Kamal Hadi itu lelaki yang mengkucar-kacirkan perasaanku, pasti aku akan salute padanya kerana berjaya mendapatkan tempat dalam hati Balqish.

Aku menahan sebak yang bertandang tatkala melihat Kamal Hadi bangun dan bergerak ke arah Ummi. Saat Kamal Hadi mencium tangan Ummi, terasa tubuhku bergetar perlahan. Baru sekarang ini aku dapat merasakan betapa hati ini sudah hancur dan berkecai. Mungkin saja hatiku sudah menjadi habuk, yang bakal berterbangan kala angin bertiup kencang.

Friday, October 17, 2008

Amihana: Nilai Sekeping Hati 31

Mumbling o milanhawkin at 7:32 PM 0 demented soul(s)
Boy?! Aku memang nak tergelak bila tengok Boy yang ada kat depan aku sekarang ni. Boy pun nampak macam terkejut je bila jumpa aku. Mesti dia tak sangka, kan?

“Bila Auntie Zue sampai Malaysia?” aku bertanya sambil menjeling ke arah Boy yang berpura2 bersopan santun. Apa taknye, dari tadi tertib je dia dok kat sebelah mak dia. Dasar anak manja!

“Dah seminggu sebenarnya Hana. Tapi baru hari ni Auntie ada masa lapang sket. Boleh jugak auntie jumpa kamu semua ni. Qish mana Hana?”

“Qish keluar Auntie. Katanya nak jumpa kawan. Boy ingat Balqish lagi kan?” aku sengaja mempamerkan senyuman sinisku padanya sambil menekankan perkataan ‘Boy’. Wajahnya semakin berubah merah. Huhuhu... kemenangan di pihakku! Oh yeah!

“Alaa... yang selalu main2 dengan Boy masa kecik dulu tu. Boy kan suka main dengan Qish, Boy tak suka main dengan Hana, kan?” selamba je aku menempelak Boy.

“Eh Boy ni, kenapa diam je? Cakaplah dengan Hana ni. Kan dah lama tak jumpa. Maaflah Hana, tak tahu plak Auntie Boy ni pemalu orangnya” Auntie Zue memerli anaknya yang diam sejak tadi. Nampak serba tak kena aje duduknya sejak sampai ke sini.

“Sebenarnya dah lama Auntie suruh si Boy ni datang jenguk Auntie Imah sekeluarga. Agaknya dia segan. Lagipun dia tinggal sorang2 je kat sini sejak setahun lepas sebelum Auntie buat keputusan nak menetap semula kat Malaysia ni”

Aku mengangguk2kan kepala. Kesian... kurang kasih sayang mak rupanya sebelum ni. Patutlah selalu sangat mengacau aku!

“Eh, Zue... meh la kita ke belakang. Banyak benda kita nak borakkan. Dah lama betul kita tak jumpa kan? Biarkan je la budak2 ni berbual2” Ummi mengajak. Bila saja kelibat mereka menghilang, aku berpaling mengadap Boy yang sungguh sopan sekali duduknya. Serius aku nak tergelak sakan.

“Boy...” Boy berpaling. Aku buat2 bodoh.

“Boy... Boy... Boy... comelnya nama...” perliku sambil tergelak.

“Dahla tu... dok chanting my name takkan buatkan saya suka kat awak la.. sebab saya dah lama jatuh cinta kat awak”

Uiks... pandai pula dia membalas. Tadi diam je masa mak dia ada. Pandai betul berlakon budak sorang ni.

“Eh, ada suara rupanya. Ingatkan bisu...” aku mencebik, lalu mengambil senaskah majalah di atas meja dan mula membelek tanpa makna.

“Alaa... saya saje je malas nak cakap dpn Mama. Banyak mulut betul awak hari ni ye. Suka sangatla tu dapat usik saya kan?”

“Ha’a.. memang ar suka”

“Cium karang!”

Aku membuntangkan mata. Imran Hadi tersengih cuma.

Amihana: Nilai Sekeping Hati 30

Mumbling o milanhawkin at 7:14 PM 0 demented soul(s)
Aku meraup muka beberapa kali. Nafas kuhela panjang. Mata kupejamkan rapat2. Ah, seksanya menanggung rindu. Sakitnya menanggung perasaan. Akan beginikah selamanya?

Aku tak pernah menyangka, bercinta rupanya amat menyeksakan jiwa. Rasa rindu itu tak pernah hilang, malah makin membukit pula. Terbayang2 wajah Kamal Hadi di ruangan mata. Kenapa begitu sekali dia menjauhkan diri dariku? Sudah beralihkah kasihnya?

“Hana! Hana!” laungan Ummi berjaya membawa aku kembali ke alam nyata. Kulihat jam di dinding. Sudah pukul 9 pagi rupanya. Lamanya aku mengelamun dalam bilik ni. Sejak solat Subuh tadi, aku leka termenung di tepi tingkap bilik.

“Ya Ummi” aku menyahut sambil bangun dari kerusi. Aku melangkah ke dapur mencari Ummi.

“Temankan Ummi ke pasar hari ni ye. Ummi nak beli barang dapur sikit. Ikan dengan ayam pun dah takde ni” ajak Ummi yang dengan cekap membasuh pinggan mangkuk di sinki.

“OK, tapi Hana tukar baju dulu ye. Ermm... Qish mana Ummi?”

Betullah... tak nampak pula kelibat adikku itu di hujung2 minggu begini. Ke mana dia?

“Awal2 lagi Qish dah keluar, Hana. Katanya nak jumpa kawan. Entah kawan, entahkan boyfriend. Nampak lain macam je adik kamu tu Hana. Mmm... Qish dah ada boyfriend ke Hana? Hana mesti tahu kan?”

Tahu? Aku tahu ke?

“Entahlah Ummi. Qish takde plak cerita pada Hana. Mungkin betul dia jumpa kawan kot Ummi...” jawapan menyedapkan hati. Hati Ummi dan hati aku sekali...

Hampir sejam aku menemani Ummi ke pasar yang terletak tidak jauh dari rumah kami. Banyak juga barang yang Ummi beli. Macam nak buat kenduri pulak.

“Apsal banyak sangat Ummi beli lauk ni? Nak buat kenduri ke Ummi?”

“Takdelah... hari ini kawan Ummi nak datang dengan family dia”

“Siapa kawan Ummi tu? Hana kenal ke?”

“Apa pulak tak kenalnya... Auntie Zue yang selalu datang rumah kita masa Hana kecik2 dulu tu. Alaa... yang pindah ke US ikut husband dia tu... Dia baru je balik Malaysia balik”

Mulutku sudah membentuk huruf ‘O’. Baru aku ingat makcik tu... Auntie Zue tu memang selalu datang rumah aku sambil bawak anak lelaki dia. Rasanya anak dia tu sorang je.

“Yang anak dia nama Boy tu ek, Ummi?”

“Haa... ingat pun kamu. Tengah hari nanti Auntie Zue nak datang lunch dengan kita, so Ummi nak masak lebih la sikit”

“Abang, abang... kenapa abang diam je?”

Budak lelaki yang bernama Boy tu buat tak tahu je dengan teguran Balqish. Aku geram sangat bila orang buat tak layan je dengan Balqish.

“Kak Hana, napa abang ni diam je? Abang sakit ek?” Balqish masih cuba memujuk Boy bercakap dengannya.

“Awak? Apsal diam je? Bisu ek?” aku terus je bertanya dengan kasar.

“Ke awak sakit gigi?” perliku lagi, sengaja memancing reaksinya. Dari tadi dok diam macam batu, siapa tak sakit hati. Bila kita bercakap, dia diam je.

“Kita tak bisulah! Kita tak sakit gigi pun. Gigi kita elok je. Tengok ni!” Boy menunjukkan giginya yang putih dan tersusun rapi.

“Hah.. ada pun suara. Ingatkan bisu...” aku menokok geram.

“Sibuk je la! Kita tanak kawan dengan awak la. Sebab tu kita tanak cakap dengan awak! Awak comot! Awak tak mandi!”

“Adik, meh kita main sama2 nak? Abang ada bawak aeroplane” Boy menarik tangan kecil Balqish dan meninggalkan aku sendirian.

Aku mengertap bibir. Bila teringatkan kejadian tu, aku memang panas. Sampai sekarang ni pun aku panas. Siot je si Boy tu. Ingat aku nak sangat kawan dengan dia. Aku cuma nak tolong Qish je. Memang sejak pertemuan pertama dengan anak Auntie Zue tu, Boy hanya mahu bermain dengan Qish saja. Bila jumpa aku je, dia cuma reti menjeling.

“Err... Hana nak keluar la Ummi tengah hari ni...”

“Eh, janganla macam ni Hana. Sudahlah Qish takde...”

“Ermm... kalau Hana ada pun nak buat apa?”

“Eh budak ni... takkan tanak jumpa Auntie Zue dengan Boy?”

Memang tak nak jumpa si Boy tu!

Thursday, October 16, 2008

Salam Lebaran...

Mumbling o milanhawkin at 11:27 PM 0 demented soul(s)


Maaf ye teman2 sekalian.. takde entry jugak hari ni. Life is quite hectic for me nowadays. Banyak sangat benda nak kena settle... bagi Mila masa sikit ye.. :)
 

thydivaontheloose... tempat ambe jadi minah jiwang Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review