|Terkini dari milan|

1. Amihana: Nilai Sekeping Hati 56 was the last post. New entry? Ntahla... (- . -')
2. SUS - dihentikan untuk seketika.
3. ABB - sedang dirombak. Progress may be updated.

Followers

Wednesday, December 22, 2010

Selamanya Untukmu Sayang #2

Mumbling o milanhawkin at 10:20 PM
“Macam mana? Apa dia cakap? Dia setuju tak?” soal Soraya Alina, teman baik Lana Jaseena, dengan nada excited. Suasana di dalam kelas umpama pasar basah. Hingar bingar. Maklum sajalah, cikgu belum masuk, hari masih pagi, bersukaria lah dulu.

“Macam mana apa?” Lana menyoal balik. Dahinya dikerutkan. Mestilah dia pelik, baru aje dia melabuhkan punggung ke kerusi Soraya sudah menyoalnya bertubi2. Sling bagnya disangkut ke kerusi. Tangannya menopang dagu. Malas.

“Kau ni... semalam tu la. Bukan ko cakap nak confess ke?” Soraya mencubit pipi gebu Lana. Lana memuncungkan mulut.

“Sakitla!” marah Lana. Moodnya sungguh tak baik hari ni.

“Hehe.. geram. Tembam sangat” terkekek2 Soraya ketawa, langsung tak terasa hati bila kena marah dengan Lana. Alah, marah Lana tu sekejap aje. Tak berbekas la.

“Haa.. cite la. Aku dengar ni...” Soraya pula yg menopang dagu di meja Lana. Lana mengeluh. Memang kena bukak mulut juga nampak gaya ni. Kalau tak, memang Soraya ni takkan diam. Takkan mengalah.

“Aku kena reject laa...” rendah aje suara Lana. Penuh dengan nada kecewa. Mulutnya memuncung lagi.

“Hah? Siyes ke?” Soraya macam tak percaya.

“Laa... apakehal aku nak tipu plak. Aku sedih la. Kau nampak tak mata aku dah bengkak2 ni. Semalaman aku nangis tau” tak segan silu lagi Lana meluahkan rasa hati. Soraya mengangguk2.

“Tapi napa dia reject kau yg comel ni? Takde otak apa si Adif tu. Sikit punya rajin kau datang tiap2 petang tengok dia main tennis, langsung dia tak hargai kan?”

“Ni Afghan punya pasalla ni” rungut Lana, kembali teringat kejadian semalam yg sungguh memalukan dirinya di hadapan Adif. Kali ini Soraya pula yg berkerut dahi.

“Apa kaitan Afghan dengan kau yg kena reject ni?”

Terpaksalah Lana buka kembali cerita semalam. Semangat betul dia bercerita, sampai Soraya sendiri dah boleh bayangkan dengan jelas.

“Mek Na? Hahahahahahahaha...” panjang betul Soraya gelak. Lana menjengilkan matanya. Boleh pulak Soraya gelakkan dia?! Jahat la Soraya ni. Kata bestfriend, kawan sehidup semati. Lana berjauh hati.

“Mek Na! Comella kau hari ni, macam hari2 biasa jugak” terpampang wajah Afghan yg baru disebut2 di hadapan mereka, tersengih2 tanpa rasa berdosa langsung.

Semua mata memandang Afghan. Kemudian memandang Lana. Kemudian mulalah mereka berbisik2 sesama mereka. Malah ada yg sudah ketawa. Lana menjatuhkan mukanya ke meja, menekup dengan lengan. Dia tahu, nama ‘Mek Na’ akan melekat terus padanya sampai bila2.

------------------------------------------------------------------------------------

“Ala, rileks la Mek Na, eh Lana. Bukan hina sangat pun nama tu. Comel apa” pujuk Soraya sewaktu mereka sama2 berehat di bawah pokok di tepi padang. Waktu rehat mereka selalu dihabiskan di situ. Lana sudah menjeling saat nama 'Mek Na' di salah-tuturkan oleh Soraya.

“Aya, nama tu nama kampong la! Aku tak suka! Napa la Afghan sewel tu suka sangat menyusahkan hidup aku hah? Sebab diala, Adif reject aku tau! Pandai2 dia je nak kasi nama kat aku. Sampai cikgu pun dah start panggil aku dgn nama tu. Aku benci! Benciiiiii!” Lana sudah separuh menjerit. Dia betul2 geram dengan Afghan. Dia memang menyalahkan Afghan 100%.

“Kau ni Lana, macamla kau tak kenal Afghan tu. Dia tu kan kepala memang tak betul sket. Lagipun dia kacau kau sebab dia sukakan kau” Lana mencebik. Sukakan aku? Ergh.. tak hingin. Lana hanya akan sukakan Adif.

“Aku tak suka dia! Aku tak suka! Aku nak Adif jugak! Aku tak kira, aku akan usaha sampai Adif pun suka aku. Kau tengoklah Aya. Aku akan pastikan Adif cintakan aku suatu hari nanti” tiba2 saja Lana bersemangat semula.

Wajahnya sudah mula mengukir senyum. Soraya pula menggeleng kepala bersama senyuman. Faham sangat dengan Lana. Kalau dia dah semangat macam tu, dia memang akan pastikan apa yg diinginkannya tercapai. Soraya hanya mampu mendoakan Lana.

------------------------------------------------------------------------------------

Seminggu kemudian, Lana datang ke sekolah dengan senyuman melekat di wajah mulusnya. Adalah tu benda yang menggembirakan hati si kecil Lana ni. Lana menarik tangan Soraya menuju ke tandas pelajar perempuan. Kegembiraannya tak dapat dibendung lagi. Dia kena kongsi rasa happynya dengan sahabat baiknya.

“Aku dah berjaya! Aya, aku dah berjaya!” Lana terlompat2. Soraya angkat kening. Kena sampuk apa budak ni?

“Aya, kau dengar tak?” Lana tenung wajah Soraya yang blur.

“Berjaya apanyer? Aku tak faham la. Cite sket” Lana sengih.

“Aku dah berjaya jadi kawan Adif! Yezzaaaa!!!” Lana dah buat gaya Jimmy Shanley la pulak. Apa la si Lana ni, jadi kawan pun dah happy bagai nak rak. Sungguhla budak ni...

“Saya tak nak la ada makwe time2 gini. Tahun ni saya PMR. Nak study. Kita kawan je la” begitulah ucapan ringkas dari Adif petang semalam. Macam hari2 biasa jugak, Lana setia memerhatikan Adif berlatih. Agaknya kesian pada Lana yang tak pernah jemu menunggunya, Adif member kata putus.

“Takpe Adif, saya akan jadi kawan awak yg paling baik!” janji Lana kemudiannya.

“Aku akan jadi kawan Adif yg palinggg baik” Lana mengulang janjinya pada Soraya. Wajahnya berseri2.

“Aish... Lana... apalah yang kau pandang sangat pada Megat Adif tu ye. Afghan yang selalu menyendeng kat kau tu, langsung kau tak layan. Tolak tuah la kau ni” ujar Soraya. Sungguh dia tak faham dengan Lana.

Nak kata Adif tu terlebih hensem, Afghan tak kalah hensemnyer. Cuma Afghan specky. Speckylah cool. Nak kata Adif terlebih pandai, Afghan tu boleh tahan otaknya. Soraya bukannya tak kenal siapa Adif, siapa Afghan. Satu sekolah kenal mereka berdua. Sama2 terkenal.Adif terkenal dengan watak seriusnya. Afghan terkenal dengan personality gila2nya. Adif hebat dengan tennis. Afghan juara bola sepak. Adif budak sains. Afghan budak pidato.

Kurangnya Adif pada mata Soraya hanya kerana Adif tu panas baran tak ingat. Tapi kenapa Lana langsung tak takut pada Adif ye? Mungkin itulah kelebihan Lana. Dia sengal!

2 demented soul(s):

MaY_LiN said...

uuuhhh..n3 baru..
cayang milan la..
suka mek na tu ya..
ntah2 c afghan gak kawan susah senang die..

tzaraz said...

Mek Na... Mek Na..
kalau hati dah suka
peduli apa org nak kata..kan!..

 

thydivaontheloose... tempat ambe jadi minah jiwang Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review