|Terkini dari milan|

1. Amihana: Nilai Sekeping Hati 56 was the last post. New entry? Ntahla... (- . -')
2. SUS - dihentikan untuk seketika.
3. ABB - sedang dirombak. Progress may be updated.

Followers

Wednesday, August 20, 2008

Amihana: Nilai Sekeping Hati 20

Mumbling o milanhawkin at 4:55 PM
Aku melirik pada Balqish yang sudah basah pipinya. Kemudian kualihkan pandanganku pada Kamal Hadi yang tunduk sedari tadi. Aku menarik nafas panjang. Keluhanku juga panjang. Aduh, apa yang harus kulakukan saat ini?

Kakak jenis apalah aku ini, kekasih adik sendiri pun mahu dikebas dan dibawa lari. Dalam hal ini, akukah yang bersalah? Sedangkan sudah tahu Kamal Hadi itu pujaan hati Balqish, aku masih tetap mahu mendapatkan tempat di hati lelaki itu.

‘Macamlah takde lelaki lain dalam dunia ni. Kepunyaan adik sendiri juga yang mahu dirampas!’ Mungkin itulah yang akan orang lain cakap. Namun, realitinya bagaimana?

Sebelum ini, aku sengaja menjemput Balqish ke KLCC, memintanya menungguku di hadapan pintu masuk. Aku datang bersama Kamal Hadi. Kedua mereka tidak menyangka bahawa aku akan menemukan mereka.

Balqish yang melopong melihat jemariku yang berada dalam genggaman Kamal Hadi, mula mengalirkan air mata. Kamal Hadi pula... ah, bagaimana mahu kuhuraikan tentang lelaki itu? Jelas sekali dia tampak bersalah, tetapi tidak pula dilepaskan tanganku dari genggamannya. Akhirnya aku mengajak Balqish ke restoran ini. Sengaja pula mengambil tempat yang agak tersorok dari pandangan ramai.

Biarlah kuselesaikan semuanya hari ini. Aku tak mampu menanggungnya sendirian. Aku perlu tahu kebenarannya. Bukan mahu menuding jari tentang siapa yang harus dipersalahkan, cuma aku mahukan kepastian. Tidak yakin lagi untuk membuat spekulasi yang bakal merobek hati sesiapa. Lebih2 lagi Balqish...

Esakan Balqish membawaku kembali ke alam nyata. Aku menggigit bibir.

“Sam...sampai hati...abang...abang Kamal buat Qish macam ni” esak Balqish. Aku memejamkan mata. Panggilan ‘abang’ kepada Kamal Hadi benar2 membuatku sesak dengan cemburu sedangkan sebelum ini pun Balqish memang menggunakan panggilan itu pada Kamal Hadi.

Kamal Hadi hanya mendiamkan diri. Tidak bersuara sejak dari tadi. Dan genggamannya pada tanganku semakin kejap, walau sudah berkali aku cuba melepaskan diri. Apa perlunya ditambah garam pada luka Balqish, abang?

“Sampai hati jugak... Kak Hana... sanggup...sanggup rampas Abang Kamal dari Qish!” tuduhan Balqish itu terkesan juga pada tangkai hati. Aku sememangnya perampas...

“Jangan tuduh sembarangan, Balqish! Awak sendiri tahu apa cerita sebenarnya. Jangan belitkan keadaan ni!” baru kali ini lelaki itu bersuara. Berdosakah aku jika aku merasa bangga sekali bila Kamal Hadi mempertahankanku?

“Abang Kamal yang cakap, abang Kamal sayangkan Qish, cintakan Qish. Abang hadiahkan Qish macam2. Gelang tangan ni, teddy bear kat rumah tu...” Aku mengerling pada gelang di tangan Balqish. Memang ini kali pertama aku melihat Balqish memakainya. Malah aku yakin bukan Ummi dan Babah yang menghadiahkannya pada adikku itu. Kerana Ummi dan Babah selalunya membeli barang kami sepasang. Jadi tak mungkinlah...

Kamal Hadi merenung Balqish dengan tajam. Bibirnya dikertap dengan kuat. Agaknya menahan rasa marah.

“Saya tak pernah hadiahkan semua tu pada awak, Balqish. Tak pernah! Jangan buat cerita tak masuk akal di sini!” bentak Kamal Hadi lagi. Wajahnya semakin kemerahan menahan marah.

“Habis? Siapa yang bagi semua benda tu kat Qish? Siapa?” suara Balqish sudah semakin meninggi. Aku mengerling sekeliling, bimbang sesiapa mencuri dengar. Risau juga kalau kami tiba2 dihalau dari restoran ni kerana membuat onar.

Ya, siapa yang hadiahkan semua tu pada Balqish kalau bukan Kamal Hadi? Kenapa Kamal Hadi beria2 menafikannya? Kenapa Balqish pula beria2 mengatakan semua itu dari Kamal Hadi?

Balqish kemudiannya berpaling pula padaku. Matanya merah kesan tangisan, namun tetap mampu memberikan pandangan yang begitu tajam menusuk perasaan ini. Kebencian itu terpancar jelas pada matanya. Aku jadi sebak tiba2. Balqish tidak pernah memberikan pandangan sebegitu padaku.

“Kak Hana, sanggup Kak Hana buat Qish macam ni. Qish sayang Kak Hana, lebih dari keluarga Qish sendiri. Kak Hana satu2nya kakak Qish. Kenapa akak sanggup buat Qish macam ni? Kenapa?!!”

“Balqish! Jangan salahkan Hana!” sekali lagi Kamal Hadi mempertahankanku.

“Dasar perempuan perampas! Tak sedar diri hidup tu cuma menumpang kasih keluarga orang!”

Aku kaku di sisi Kamal Hadi. Tidak kusangka sama sekali, adikku boleh menuturkan kata2 sebegitu padaku. Kolam air mataku pecah jua akhirnya.

0 demented soul(s):

 

thydivaontheloose... tempat ambe jadi minah jiwang Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review