|Terkini dari milan|

1. Amihana: Nilai Sekeping Hati 56 was the last post. New entry? Ntahla... (- . -')
2. SUS - dihentikan untuk seketika.
3. ABB - sedang dirombak. Progress may be updated.

Followers

Saturday, October 18, 2008

Amihana: Nilai Sekeping Hati 32

Mumbling o milanhawkin at 1:54 PM
"Tak sangka ek.. dunia ni kecik je sebenarnya" aku bersuara setelah agak lama kami mendiamkan diri. Imran Hadi tersenyum. Entah kenapa, senyuman itu terasa begitu manis sekali. Bagai terpukau pula melihat senyuman itu.

"Tak sangka yang saya ni Boy ke?" Kami sama2 tersenyum mendengarkan perkataan ‘Boy’ itu.

"Yang itu memanglah. Tapi lagi tak sangka yang awak ni anak Auntie Zue. I mean, maknanya kita dah kenal dari kecik lagi" ujarku setelah tawa kami sama2 reda.

"Yup, saya pun tak sangka yang awak ni Hana yang comot dan tak mandi tu" usiknya pula. Aku mencebik.

"Tapi dulu awak kan tak suka main dengan saya. Asyik2 Balqish yang awak cari kalau awak datang sini" kenapa agaknya aku kedengaran seperti cemburu pula ye.

"Sebab awak suka sangat cari pasal dengan saya. Nampaknya perangai awak yg satu tu tak pernah berubah kan? Takpelah... saya suka je..."

Aku diam. Suka? Betul2kah Imran Hadi ni sukakan aku? Setakat ini memang nampak kesungguhannya. Setiap malam, tak sah kalau tak dihantar SMS padaku. Setiap pagi, dia akan menelefonku sekadar untuk mengucapkan Selamat Pagi.

"Awak ni...."

"Assalamualaikum..." suara Balqish memberi salam membuat kata2ku terhenti. Panjang mataku meninjau2 tuan punya badan. Sekali lagi aku terkejut bila melihat Balqish muncul bersama Kamal Hadi di sisinya. Aku mengertap bibir. Terasa mahu luntur semangatku melihat jemari Balqish di dalam genggaman Kamal Hadi.

"Waalaikumsalam" suara Imran Hadi menjawab salam terasa begitu dekat. Sejak bila dia beralih tempat ke sisi aku ni? Tadi kan duduk kat sofa sana?

"Kak Hana.. sapa ni?" Balqish menyoal sambil menghampiri kami. Aku mengerling sekilas pada Imran Hadi.

"Ini Boy, anak Auntie Zue" aku menjawab ringkas sambil mataku tertancap kemas pada Kamal Hadi yang mula salah tingkah. Apa dia buat kat sini sebenarnya? Yang lebih penting, apa yang dia buat bersama Balqish?

"Oooo... yang selalu main dengan Qish masa kecik2 dulu tu ek. Apa khabar Abang Boy? Auntie Zue mana?" Kamal Hadi sudah melepaskan pegangannya pada Balqish. Sungguh, perasaanku benar2 hancur saat ini. Kiranya abang sudah lupakan Honey, dan memilih Qish pula ya....

"Panggil Imran je. Mama dengan Ummi dekat belakang. Ini siapa? Boyfriend ke?" aku tahu Imran Hadi sengaja bertanya begitu. Mustahil dia sudah lupa pada Kamal Hadi yang ditemuinya sedikit masa dulu. Aku juga pasti, dia sendiri sedang keliru dengan apa yang dilihatnya.

Balqish tersenyum malu sambil mengangguk.

"Hai... tak sangka kita boleh jumpa lagi. Convenient place plak tu" ada nada perli dalam ucapan Imran Hadi itu. Ish...janganlah cari pasal kat sini, Imran.

"Hai...emm..." Huh, tak reti nak jawab apa lah tu. Dasar jantan miang! Lelaki penipu!

"Imran... Imran Hadi. Hana’s boyfriend" Aik? Aku mendongak pada Imran Hadi yang sedang berdiri dan menyalami tangan Kamal Hadi. Geram pulak bila tengok Kamal Hadi macam nak telan je Imran Hadi bila Imran Hadi sebut dia tu boyfriend aku.

"Oh... sejak bila couple ni? Tak tahu pun" Kamal Hadi menjeling ke arahku. Aku memaling muka, malas nak tengok lakonan tak jadinya. Apahal pulak kau nak buat2 jeles ni, wahai Kamal Hadi. Bukan ke kau dah ada Balqish yang cantik menawan tu?

"Ha’a, Kak Hana... sejak bila? Sikit pun tak cerita kat Qish" sengih Balqish. Balqish ni pun satu... takkan dia tak perasan dengan tingkah Kamal Hadi yang mencurigakan tu? Takkan dia tak perasan betapa lainnya renungan Kamal Hadi padaku? Atau dia buat2 tak tahu saja?

"Dah lama dah... saja taknak cakap. Surprise sikit" sengaja pula aku menambah dengan geram. Imran Hadi tersengih, agaknya faham yang aku mahukan lakonan ini dipanjangkan. Tetapi suasana nampaknya semakin tegang antara kami.

"Erm... Qish cari Ummi kat belakang sekejap ek. Nak kenalkan Abang Kamal pada Ummi. Abang duduk dulu ye" Dan Balqish berlalu ke belakang. Mahu saja aku mengikut Balqish mencari Ummi, tetapi aku risau juga kalau mereka berdua ni berantam kat sini. Kecoh pula jadinya.

"Nampaknya kita ni bakal jadik biras la ek" Biras ke? Ada2 je Imran Hadi ni. Main sedap mulut dia je bercakap...

"Apsal plak kau cakap macam tu? Dan sejak bila pulak Hana ni jadi makwe kau? Aku tak percaya!"

Tak percaya? Amboi... over confidentnye si Kamal Hadi ni. Dia ingat, aku akan selama2nya patah hati? Sudahlah aku digantung tak bertali olehnya. Kata putus tak pernah diberi, sebaliknya dia menjauhkan dirinya begitu saja. Dia ingat, perkara ni akan selesai macam tu je ke?

"Apsal pulak tak percaya?" aku mencelah. Tajam mataku menikam wajah Kamal Hadi.

"Honey, abang tak percaya Honey ni makwe mangkuk ni! Kita tak pernah putus, kan sayang? Please tell me this is all an act. Honey saja je nak buat abang cemburu, kan?" rayuan Kamal Hadi kali ini tidak langsung menyentuh jiwaku. Bosan! Bosan dengan lakonannya yang tak masuk akal ni. Apa kes aku nak buat dia cemburu ni? Bukan ke dia yang sedang melakukan semua itu padaku?!

"Excuse me, En Kamal Hadi. Imran ni memang pakwe saya sekarang. Kita kan dah takde apa2 lagi. Sebab awak taknak putuskan hubungan kita sebelum ni, biar saya saja yang putuskan. Sekarang, saya bukan kekasih awak lagi. Lagipun... awak kan ada Balqish... jangan cakap dengan saya yang awak tak tahu menahu kenapa Balqish bawa awak ke sini!"

"Tapi, sayang...Honey... abang memang..."

"Sudahlah, Kamal Hadi. Janganlah bodoh2kan saya lagi. Apa salahnya kalau awak mengaku yang awak memang sayangkan Balqish. Mengaku sajalah awak memang tak pernah cintakan saya. Jangan hancurkan hati Balqish dengan perangai awak ni. Saya lebih rela awak hancurkan hati saya ni" tak terasa air mata ini tiba2 mengalir.

Cepat2 aku menyeka mata, tak mahu nanti Ummi dan Auntie Zue melihat keadaanku sebegini. Imran Hadi pula, dengan tenang memaut bahuku. Dia diam saja di sisiku. Mungkin dia tak mahu menyesakkan keadaan sekarang ini. Aku berterima kasih untuk itu.

"Honey..." seru Kamal Hadi. Kenapalah lelaki ini tidak faham!

"It’s Hana for you. Lagi elok kalau kau panggil Kak Hana, sebab dia kan bakal jadi kakak ipar kau" walaupun perlahan, ucapan Imran Hadi itu membuat Kamal Hadi terdiam. Kenapa dia tidak menafikan semua itu?

"Eh... macam ada perbincangan menarik je ni? Tapi kenapa diam je? Ermm... Ummi... kenalkan, Abang Kamal Hadi... lelaki kedua yang Qish sayang selain dari Babah" dramatik sungguh pengenalan Balqish terhadap Kamal Hadi. Kalau bukan kerana Kamal Hadi itu lelaki yang mengkucar-kacirkan perasaanku, pasti aku akan salute padanya kerana berjaya mendapatkan tempat dalam hati Balqish.

Aku menahan sebak yang bertandang tatkala melihat Kamal Hadi bangun dan bergerak ke arah Ummi. Saat Kamal Hadi mencium tangan Ummi, terasa tubuhku bergetar perlahan. Baru sekarang ini aku dapat merasakan betapa hati ini sudah hancur dan berkecai. Mungkin saja hatiku sudah menjadi habuk, yang bakal berterbangan kala angin bertiup kencang.

2 demented soul(s):

tzaraz said...

Hissh..tak tahu malu btul lah si Kamal Hadi nie...

Senanglah Imran Hadi nanti...rupanya dah kenal lama...

Ummihana said...

menyampahnya Hannah dgn Kamal hadi ni....sib baik ada Imran waktu tu, kan???

kwsian juga dekat Hana......

 

thydivaontheloose... tempat ambe jadi minah jiwang Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review