|Terkini dari milan|

1. Amihana: Nilai Sekeping Hati 56 was the last post. New entry? Ntahla... (- . -')
2. SUS - dihentikan untuk seketika.
3. ABB - sedang dirombak. Progress may be updated.

Followers

Monday, July 23, 2007

::Kusimpul Mati - 28::

Mumbling o milanhawkin at 1:20 PM
1 tahun kemudian...

Sejambak bunga ros merah tersedia menghiasi mejanya pagi itu. Mila tersenyum sambil menggeleng2kan kepalanya. Tangannya membuka laci, mengeluarkan telefon bimbit dari handbag dan kemudian meletakkan handbagnya ke dalam laci. Tangannya menekan2 butang2 pada telefonnya. Sambil menekapkan telefonnya ke telinga, tangannya lincah membelek sebuah fail di atas meja.

“Awak... thanks...” ucap Mila bila taliannya berjaya disambungkan. Kedengaran suara di sebelah sana tertawa.

“Macam mana awak tau saya yg hantar?” Giliran Mila pula yg tergelak kecil.

“Siapa lagi yg sudi bagi saya bunga selain awak?”

“Hmm... baguslah. Kalau saya tahu ada org lain yg bg bunga kat awak, saya nak gi sekeh2 kepala dia” gurau Dani. Mila hanya tersengih mendengarkan gurauan Dani. Dani memang sentiasa menghiburkan.

“Dah, jangan nak mengada2 plak. Saya dah nak start keje ni. Saya call awak lain kali la ok”

“OK, sayang.. bye”

Mila cepat2 mematikan talian telefon, tidak menanggapi kata2 sayang dari Dani. Baginya, Dani tidak lebih dari bergurau. Seorang teman yang baik, yg sentiasa berada di sisinya selama dia kecewa. Malah, tanpa Dani, Mila tak mungkin akan bangkit dari kepahitan hidup yang dialaminya. Berbulan2 lamanya dia tenggelam dalam derita ciptaannya. Selain keluarga mertuanya dan Halina yang sering memberi semangat, Dani sentiasa menasihatkannya. Dia terhutang budi pada lelaki itu.

Selama Amirul menghilang dari hidupnya, Mila seakan hilang matlamat hidup. Untuk seketika, rasanya dunia ini seakan sudah kiamat. Mungkin dia terlalu taksub dengan cintanya sendiri. Tenggelam dalam dunia cinta rekaannya, fantasinya. Sedangkan realitinya tidak seindah mana. Hingga akhirnya dia sedar bahawa dia tak perlu selamanya hidup begini. Tidak perlu selamanya menjadi hamba cinta. Untuk bangkit dari kekecewaan, dia telah mengerahkan seluruh tenaganya hanya untuk kerja.

“Mila, tolong siapkan laporan ini hari ini juga ye. I nak gunakan dalam meeting esok” Ketua Jabatan Teknologi dan Maklumat untuk syarikat MeshTechO berdiri di hadapannya membawa bersama beberapa buah fail.

“Baik, Mr. Teoh” Mila segera memulakan kerjayanya sebaik sahaja lelaki Cina separuh umur itu berlalu dari mejanya. Belum pun separuh jalan dia memulakan tugasnya, telefon di mejanya berdering.

“Mila, Mama ni” segera Pn Meriam memperkenalkan dirinya. Mila terhenti dari menaip, menumpukan perhatiannya kepada ibu mertuanya.

“Kenapa, Mama?” Mila sedikit hairan bila Pn Meriam tiba2 menelefonnya di pejabat. Ini kali pertama wanita itu menelefonnya. Selalunya ibu mertuanya akan menunggunya pulang jika ada sesuatu yg ingin dikongsinya.

“Ada berita sensasi ker sampai Mama call Mila kat office ni?” telah Mila. Pn Meriam ketawa geli hati, walaupun dalam hatinya dia agak berdebar.

“Mama nak cakap sikit...” Pn Meriam memulakan bicara, namun kemudiannya terhenti, menunggu reaksi Mila.

“Cakap jer la, Mama. Macam tak biasa pulak” sengih Mila. Ada gossip terbaru tentang jiran merekakah? Atau rancangan menarik yg ibu mertuanya rancangkan untuk persatuannya dan mahu meminta pendapatnya?

“Mila balik awal sikit ye hari ni” Mila segera ketawa. Dalam pada itu, dia sedikit lega. Dia sudah memikirkan yang bukan2 sebentar tadi. Dia sedar, dia selalu saja pulang lewat sejak kebelakangan ini. Mungkin wanita itu risaukan dirinya. Terasa dirinya disayangi.

“Kenapa Mama? Ada hal penting ke?” Mila cuba mengorek rahsia. Suara di hujung sana hanya tertawa senang.

“Mila baliklah awal, Mama dah lama tak berbual dengan menantu Mama ni. Weekends pun Mila kerja, sampai takde masa nak temankan Mama berborak” rungut Pn Meriam. Lagi2 Mila tersenyum.

“Alia ada balik hari ni” Pn Meriam bercerita.

“Alia balik? Exam dia dah habis ker? Bukan dia nak balik minggu depan ke?”

Lama juga dia tak bertemu dengan adik iparnya yang manja itu. Bila di tahun akhir, sudah tentulah gadis itu tidak berpeluang untuk selalu menjenguk mereka sekeluarga. Hanya telefon yang menjadi pengantara melepas rindu.

“Mama suruh Alia balik hari ni. Kak Amira kamu pun balik sama hari ni. Malam nanti dia sampai dengan keluarganya” sambung Pn Meriam lagi.

“Wah... habis satu keluarga yang datang hari ni. Macam ada kenduri besar jer. Mama nak buat parti ker?” Mila mula dilanda tanda tanya. Memang jarang dia dapat berjumpa semua org pada masa yang sama. Lebih2 lagi Kak Amira yang sudah berkeluarga. Terbayang wajah anak2 Kak Amira, Syahin dan Syazmi. Kedua2nya agak nakal dan banyak mulut. Jika mereka ada di sini, sudah pastilah riuh rumah ini dengan keletah mereka yang melucukan. Namun kerana mereka sekeluarga tinggal jauh di Johor, maka jaranglah mereka dapat singgah.

“Umm... ada la makan sikit2. Mama nak Mila balik awal tau” suara Pn Meriam sedikit berubah, sedikit memaksa.

“Baiklah, Mama. Mila cuba siapkan apa2 yg patut untuk hari ni. Mila janji, sebelum pukul 7 Mila dah ada kat rumah, promise” janji Mila. Pn Meriam melepaskan nafas leganya, puas hati dengan janji Mila. Dia tersenyum memandang ganggang telefon rumah.

0 demented soul(s):

 

thydivaontheloose... tempat ambe jadi minah jiwang Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review