|Terkini dari milan|

1. Amihana: Nilai Sekeping Hati 56 was the last post. New entry? Ntahla... (- . -')
2. SUS - dihentikan untuk seketika.
3. ABB - sedang dirombak. Progress may be updated.

Followers

Monday, July 23, 2007

::Kusimpul Mati - 30::

Mumbling o milanhawkin at 1:21 PM
Kepulangan Amirul sememangnya mengundang kegusaran dalam hati Mila. Separuh dari dirinya terasa begitu lega dengan kepulangan Amirul. Sekurang2nya satu beban di bahunya sudah diangkat. Dia tak perlu lagi risaukan ibubapa mertuanya. Lebih2 lagi dengan kesihatan En Zulfakar yang sudah agak terganggu. Selebihnya, dia merasa kurang selesa.

Usai solat Isyak, Mila berteleku di sejadahnya. Berzikir untuk menenangkan hatinya. Dalam diam, dia mengumpul kekuatan untuk berhadapan dengan Amirul. Dia perlu selesaikan semuanya dengan Amirul. Jika tidak hari ini, sebolehnya dalam masa yang terdekat. Dia jadi tak sabar untuk menyelesaikan segalanya.

Amirul melangkah masuk ke dalam bilik tidur dengan berhati-hati, seakan risau mengejutkan Mila. Bila dilihatnya Mila masih duduk di atas sejadah, dia tersenyum sendirian. Gadis itu masih tak berubah. Dia terasa bangga. Dia jadi gugup kemudiannya bila Mila berpaling memandangnya. Mata mereka bertentangan, namun hanya untuk seketika waktu bila Mila melarikan anak matanya.

“Awak nak mandi dulu ke?” soal Mila, cuba memecahkan keheningan antara mereka. Amirul pantas mengangguk.

“Mandilah dulu. Awak belum solat lagi kan?” Sekali lagi Amirul mengangguk. Lidahnya seakan kelu untuk berkata2, entah kenapa.

Dia merenung Mila dengan agak lama melihatkan gadis itu sedang melipat telekung. Sejadah dibiarkan di situ. Sengaja disediakan untuk suaminya.

“Lama tak jumpa Mila. Tak sangka Mila masih ada kat sini” ucapnya. Mila hanya mengerling sekilas padanya.

'Habis, kau ingat aku ke mana? Lari macam kau jugak?' desis hati Mila.

“Awak mandilah dulu. Kemudian solat. Saya nak sediakan minuman untuk awak” Mila seakan mahu lari darinya. Mungkin malas mahu berborak dengannya. Amirul mengeluh perlahan, mencapai tuala yang telah disediakan oleh isterinya dan mengorak langkah ke bilik air.

Bila Mila kembali dengan segelas air, dilihat Amirul sudahpun berbaring di katil dengan pyjamanya. Tampak relaks dan selesa sekali. Sejadah juga sudah terlipat kemas di tempatnya. Dia meletakkan minuman ke meja kecil di sebelah katil dan bergerak untuk menyediakan tempat tidurnya pula. Tentu saja di bawah sana.

“Mila...” panggil Amirul, perlahan. Mila berpaling.

“Err... Nak mintak tolong sket. Tolong urutkan abang. Penatla seharian duduk dalam plane tadi. Boleh?” pintanya. Mila tertanya2 kenapa dia membahasakan dirinya 'abang'. Satu perkataan yang dilarang olehnya untuk digunakan. Mungkin dia tersasul. Dan...mengurut? Aduhai, sejak bila pulakla aku ni pandai mengurut. Kalau pandai, dah lama aku pikat si Mawi tu. Ini mesti saja nak mendera aku ni, getus Mila.

“Saya tak pandai mengurut. Nak saya panggilkan Mama ke? Mungkin Mama boleh tolong?” cadang Mila, walaupun dia sendiri terasa cadangan tersebut kurang logik. Takkan nak mintak ibu mertua mengurut suami sendiri.

“Please...?” Amirul separuh merayu.

Mila mengeluh perlahan. Merasakan dia tidak punya pilihan lain, dia mendekati katil. Aqim sudahpun meniarap, menunggu Mila menjalankan tugas. Mila capai minyak urut yg memang disimpan di meja katil. Dalam diam dia mengutuk diri sendiri kerana masih tak mampu membantah kata2 Amirul.

Mila mendengar Amirul bernafas lega sebaik saja tangannya naik mengurut belakangnya. Matanya terpejam rapat menikmati urutan lembut itu. Sampai naik sengal tangan Mila mengurut namun Amirul masih tak bersuara menyuruh Mila berhenti.

Kurang asam jawa betulla dia ni. Saja nak buli aku la tu, Mila mengomel sendirian.

Tangannya mula menekan2 belakang Amirul yang tak berbaju itu, sengaja memberi tekanan yang berlebihan agar Amirul akan mengaduh kesakitan. Tapi usahanya itu kiranya sia2 saja kerana Amirul langsung tak bergerak, apatah lagi nak mengeluh.

“Dah ok ker?” Mila menyoal seketika kemudian, bermaksud ingin menghentikan urutan. Mata itu terbuka, tepat memandangnya. Serba salah Mila dibuatnya. Apa pula silapku kali ini?

“Mila dah letih urut abang ker?” soalnya pula. Teragak2 gadis itu mengangguk. Amirul senyum menggoda.

Wah, ini mmg bukan Amirul yg kukenal dulu. Amirul takkan pernah senyum padaku. Tak pernah sekalipun. Itupun kalau ditolak dengan senyumannya yg sinis dan penuh perlian itu.

“Nak abang urutkan pulak?” Eh, eh, sejak bila pulak dia ni pandai mengusik? Usik aku pula tu. Agaknya dia sudah hilang akal kerana berjalan jauh. Bahaya juga bahana jetlag ni ye!

Mila tak menghiraukan usikannya. Terus saja disimpan kembali botol minyak tadi. Dia bingkas bangkit dari tilam empuk. 'Abang' konon. Geli pulak anak tekak aku ni mendengarnya.

“Nak ke mana?”

Aik, kura2 dalam perahu ke?

“Tidur” ringkas jawapan Mila.

“Kenapa tak tidur sini?” Tak mahu, nanti awak juga yg marah saya. Tak mahu!

“Takpe” dengan malas, Mila menjawab. Amirul diam memerhatikan lenggok Mila yang kembali ke tempatnya. Mahu ditahan, dia tahu tiada gunanya. Buat masa ini, dia tidak mahu memaksa. Rancangannya terpaksa ditangguhkan. Amirul memejamkan matanya yang sudah layu kepenatan.

0 demented soul(s):

 

thydivaontheloose... tempat ambe jadi minah jiwang Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review