|Terkini dari milan|

1. Amihana: Nilai Sekeping Hati 56 was the last post. New entry? Ntahla... (- . -')
2. SUS - dihentikan untuk seketika.
3. ABB - sedang dirombak. Progress may be updated.

Followers

Monday, December 6, 2010

Selamanya Untukmu Sayang #1

Mumbling o milanhawkin at 2:47 PM



Budak perempuan berusia 14 tahun itu setia memerhatikan gerak geri seorang budak lelaki yang sebaya di gelanggang tennis. Kepalanya sekejap ke kiri, sekejap ke kanan. Ke kiri. Ke kanan. Tanpa kenal penat lelah. Bibirnya terukir senyuman menawan. Hatinya sedang tertawan. Bergaya betul buah hatinya itu bermain tennis walaupun badan dah lencun dengan peluh.

Sebenarnya hari ini dia punya rancangan tersendiri. Dia sudah nekad. Dia mahu meluahkan perasaannya pada pemuda yang sudah berjaya mencuri hatinya. Walaupun mereka tak pernah berbual, tetapi hampir setiap hari dia akan muncul di gelanggang kecil ini semata2 mahu melihat budak lelaki yang telah mencuri hatinya.

“Kau tak balik lagi ke, Lana?” tegur suara itu. Lana menggeleng tanpa perlu melihat siapa empunya suara. Dia memang dah tahu.

“Eh, apsal sombong sangat ni? Tgk muka aku pun xnk ek?”

“Ala, janganlah kacau aku!” Lana masih tak berpaling. Malas nak layan. Baik tengok muka buah hati!

“Lana… Lana…”

Lana buat pekak.

“Lana…”

Ish, boleh tak jangan halang aku dari tengok kekasih hati aku nih?

“Lana!” suara tu dah separuh menjerit.

Ah, malas nak layan. Kau jerit la sejuta kali pun.

“Mek Na!”

What?!!! Kali ini Lana sudah berpaling dengan mata buntang. Kurang asam boi betulla! Sejak bila nama aku bertukar jadi Mek Na? Urgh!

“Laa… nama betul ko Mek Na ke? Hahahaha…” Afghan dah gelak gile2, tangan dah hempuk2 peha. Muka Lana merah padam. Apa kes panggil aku dengan nama takde kelas gitu? Memang nak cari pasalla ni.

“Kau…kau…” Lana hilang kata2. Lana hentak kaki dan berlalu dari situ.

Geramnyer aku!!!!!!!!!!!

------------------------------------------------------------------------------------

“Apsal awak nak jumpa saya?” soal Adif. Matanya dikerling sekilas pada gadis manis yang berdiri tegak di hadapannya sejak tadi. Diam je, bukannya nak cakap apa. Abis, napa panggil?

“Kalu awak tanak cakap, saya nak balik ni. Jap lagi papa saya datang amik” Adif kerling balik pada jam di pergelangan tangannya.

“Emm… bukan gitu. Errr… saya… emm… saya…” aduh, tergagap2 pulak. Semalam dh berlatih beratus kali sampai tak cukup tidur. Skang lidah kelu plak. Adoyaiii….!

“Sorry, saya nak balik dah. Bye.”

“Eh!” Lana menangkap hujung baju nike Adif. Adif jeling Lana. Lana termalu sendiri. Tu la, pandai2 gi pegang anak teruna orang. Tak malu betul!

“Nama saya Lana Jaseena. Sebenarnya, saya suka awak. Boleh tak saya jadik girl awak?”

Nah, inilah yang dinamakan pengakuan ikhlas lagi jujur dari seorang gadis. Adif membulatkan mata. Lana menunduk, takut nak tengok reaksi Adif. Wajahnya dah blushing gile.

“Err…” Hening seketika.

“MEK NA!” jeritan tersebut seakan bergema. Lana tersentak. Oh Tuhan, adakah aku sedang mimpi ngeri? Janganlah malukan aku depan jejaka idaman malaya nih...

"Mek Na! Weh, sini weh!" Lana pejam mata. Mintak2 la Adif tak perasan.

“Mek Na?” soal Adif, sebelah keningnya terangkat. Wajah Lana bertambah merah. Kali ini bukan sebab malu dah. Ini dah merah gunung berapi Hiroshima nak meletup nih. Malu bercampur baur dengan marah.

“Eh, bukanlah… bukan saya…” Lana cuba menyelamatkan keadaan.

“Weh Mek Na, cantik baju kurung pink ko hari ni! Tapi bukan ko dh pakai smlm ke?” suara tu sambung gelak.

Adif pandang atas bawah. Baju kurung pink yang tersarung di tubuh Lana sudah membuktikan segalanya. Adif senyum. Kemudian sengih. Tak lama kemudian terhambur tawa Adif tanpa dapat di tahan2. Makin merah muka Lana menahan malu di dada.
Lana pusing 180 darjah, mencari dari arah mana datangnya suara tersebut. Ni mesti Afghan! Terus nampak Afghan melambai2 dengan happy-nya tak sampai 200 meter dari tempat dia berdiri.

Mulut Lana dah terkumat-kamit membebel perlahan. Tangannya dikepal2. Tak guna punya Afghan. Sanggup kau malukan aku depan buah hati aku?! Adif masih dengan sisa tawanya. Tak tahu kenapa rasa geli hati yang amat.

“Awak janganlah gelak lagi. Tu bukan nama saya. Nama saya Lana Jaseena la…” Lana dh macam nak nangis je gayanya. Adif masih sengih.

“Tapi… memang kelakar abis. Mek Na ek?” Adif sambung ketawa. Lana bertambah geram.

“Siap kau, Afghan. Aku kerjakan kau” Lana beralih arah, mencari Afghan yang masih tersengih2 di hujung sana. Langkah Lana makin laju. Akhirnya dia berlari ke arah Afghan, membuatkan Afghan tersentak sebentar dan kemudiannya terjadilah adegan kejar mengejar antara mereka sementara Adif masih tak putus dengan tawanya.

5 demented soul(s):

hana_aniz said...

hehe.. cite best ni! nak lagi milan!

MaY_LiN said...

alahai~
afghan ni..
memang spoil betulla..
c lana tu nape dok ulang bj semalam
ceh..

yaya|azura said...

Lana Jaseena ... amik nama anak kak yana ek? :p

thydiva aka milanhawkin said...

hana, thn dpn milan sambung ek.. hehehe

may lin, hihihi... afghan saje mengusik tu...

k zuwaaaa.... tatau plak k zuwa masuk sini. hehehe... ha'a pinjam anak k yana jap. lawa sgt nama tu. tu yg amik jadik heroin tuh.. :P

yaya|azura said...

Kekekeke.... masuk jangan tak masuk. Rajin dia tulis cerpen. Keep up the good work ya. :))

 

thydivaontheloose... tempat ambe jadi minah jiwang Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review