|Terkini dari milan|

1. Amihana: Nilai Sekeping Hati 56 was the last post. New entry? Ntahla... (- . -')
2. SUS - dihentikan untuk seketika.
3. ABB - sedang dirombak. Progress may be updated.

Followers

Monday, August 6, 2007

::Kusimpul Mati - 52::

Mumbling o milanhawkin at 9:17 AM
Kain lembut yg menutup kedua belah mata Mila itu masih lagi tidak dibuka. Dia tidak dapat melihat apa2. Malah sejak dari dalam kereta lagi, Amirul beria2 mahu Mila menutup mata. Ada surprise katanya. Bila isternya itu membantah, Amirul memujuk pula supaya Mila mengenakan selendang pada matanya. Akhirnya Mila terpaksa mengalah jua pada kemahuan lelaki itu.

"Abang, lama lagi ke?" Mila mengeluh, sedikit manja, sedikit tidak sabar. Tangannya yang dipimpin erat oleh suaminya diremas berkali2. Rasa ingin tahunya membuak2 di dalam dada. Entah apalah kejutan dari suaminya ini. Surprise apalah ye? Nak kata birthday, rasanya lagi 2 bulan. Anniversary perkahwinan pun dah lepas.

Mila mendengar enjin kereta dimatikan. Agaknya dah sampai ke tempat yang mahu dituju.

"Boleh bukak sekarang?" Mila menyoal. Teruja juga mahu melihat apa yang mahu dipersembahkan. Amirul tertawa kecil sambil menggeleng2kan kepalanya.

"Tak boleh, baby. Sekejap ye" Pintu kereta dibuka dan ditutup. Terasa kemudiannya tangan Amirul mencapai jemarinya ke dalam genggaman dan mula memimpinnya keluar dari kereta. Dengan penuh berhati2, Amirul menuntun isterinya memasuki sebuah kawasan berpagar.

"OK, stop your step. Jangan gerak and no peeping OK" Amirul memberi amaran. Tangannya melingkar dari tangan Mila ke bahu. Dileraikan ikatan selendang yang menutupi mata. Serentak itu Mila membuka mata perlahan2 dengan debaran.

Sebuah banglo sederhana besar tersergam indah di hadapan matanya. Sebuah taman kecil di tepi banglo itu juga sudah tersedia dengan pelbagai jenis tanaman bunga yang indah2 belaka. Terdapat juga sebuah kolam kecil yang sudah diisi dengan anak2 ikan yang berwarna warni.

"Ini istana kita, sayang" Amirul berbisik lembut ke telinga Mila. Sebak dadanya saat mendengarkan bisikan dari suami tercinta. Jika suatu waktu dulu, hidupnya bagaikan amat menyeksa batin, tapi kini Amirul telah membuktikan bahawa dia mampu menjadi suami yang begitu penyayang dan romantis.

Mila mengemaskan pelukan suaminya dari belakang itu, mahu merasakan kehangatan tubuhnya yang sering didambakan. Air matanya sudah mula mengalir ke pipi, tidak dapat menahan sebak. Dia begitu terharu dengan hadiahnya kali ini. Inilah impiannya, yang tak pernah disangka untuk menjadi kenyataan.

"Bila masa abang beli rumah ni?" tanya Mila dalam suara yang sudah serak dengan perasaan.

"Masa abang baru balik Malaysia dulu. Abang memang nak ajak baby pindah sini tapi masa tu baby marah sangat kat abang, jadi abang tangguhkan dulu rancangan abang ni. Lagipun keluarga kita kan akan bertambah. Tak sesuai duduk kat kondo, kan?" Amirul berceloteh panjang. Tangannya melingkar dan mengusap perut Mila yang sudah memboyot dengan buah cinta kami. Ya Allah, sungguh aku amat bersyukur dengan kurniaanMu ini, Mila berbisik di dalam hati.

"Terima kasih, abang. Terima kasih sebab sudi terima Mila dalam hidup abang" sebak Mila menuturkan kata2 itu.

Amirul segera memusingkan tubuh isterinya supaya mengadapnya. Mila tertunduk, tak mahu dilihat sedang cengeng begitu. Tangannya singgah ke dagu Mila, membuatkan Mila terngadah memandangnya. Pandangannya begitu lembut sekali.

"Baby, jangan cakap macam tu. Sepatutnya abang yang berterima kasih pada Mila sebab masih sedia menerima abang, walaupun dah banyak salah abang pada Mila. Abang janji, selagi Allah izinkan kita bersama, selagi itulah abang akan cintakan Mila sepenuh hati abang" ikrar Amirul. Kata2nya begitu serius.

Perlahan sebuah ciuman hinggap ke dahi isterinya. Syahdu sekaligus menenangkan perasaan mereka. Mereka saling berpelukan di hadapan istana cinta yang baru saja dibina.

0 demented soul(s):

 

thydivaontheloose... tempat ambe jadi minah jiwang Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review