|Terkini dari milan|

1. Amihana: Nilai Sekeping Hati 56 was the last post. New entry? Ntahla... (- . -')
2. SUS - dihentikan untuk seketika.
3. ABB - sedang dirombak. Progress may be updated.

Followers

Tuesday, December 14, 2010

Hanya Dia... 1

Mumbling o milanhawkin at 11:31 PM


Note: Cerpen pengubat rindu. Tiba2 je dtg idea. Jap lg nk tido dah. Esok plak sambung ek. Muahh..

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Waktu untuk makan pagi akhirnya tiba jua. Aduhaii, mengantuk pun ada bila asyik memasang telinga saja tanpa membuat latihan praktikal. Sementelah kalau bidang IT ni, rasanya hands-on training lebih berkesan dari sekadar mendengar dari awal sampai habis kelas. Training SharePoint kali ni benar2 buat aku mengantuk.
Tepat pukul 10.30 pagi, aku sudah meluru keluar. Cepat, nanti habis breakfast! Hehehe....

“Aku lapar la” sengihku pada Siti Maisarah, teman yang baru kukenali ketika sama2 menjalani latihan tersebut, menyoal. Siti geleng kepala sambil tersengih.

Langkah kuatur laju meninggalkan kelas Venus, menuju ke luar premis Iverson. Mungkin disebabkan Iverson ni kecik, bila time makan je kena buat kat luar. Nasib baik derang dah sediakan ruangan yg agak besar untuk menampung manusia2 yg datang menuntut ilmu di sini. Bangku2 disusun di tepi2 dinding sementara meja yang diletakkan makanan berada di tengah ruangan.

Buka je pintu, mataku tertangkap kelibat manusia yang sedang duduk termenung di salah sebuah bangku di luar sana. Entah kenapa, wajahnya teramatlah familiar.

Mungkin dia juga antara peserta training di Iverson ni. Ada banyak lagi jelas lain yang dijalankan pada waktu yang sama. Tapi takkan aku nak tenung lama2 mamat tu kan? Aku ni perempuan yang masih tahu malu tau!

‘Rasa macam kenal la brader ni...’ rajin pula aku nak memerah otak saat begini.

Aku mencuri pandang sekali lagi pada wajah sang lelaki. Kacak dengan sweater kelabu (bilik training amatlah sejuk, ok!) dan jeans biru lusuh. Waktu rehat itu belum ramai yang keluar untuk menikmati minum pagi, jadi dia mungkin tidak menyedari dirinya sedang diperhatikan.

“Ayoi...” terpacul nama itu dari bibirku tanpa sedar. Dia lelaki yg mengajarku apa itu erti malu. Dia lelaki yg memberiku rasa bahagia sekaligus kecewa. Tak sedar tanganku sedang mengurut dada. Kenangan silam menjadi layar perak di mataku. Betapa...

“Dhir, jom la. Kata lapar tadi” Hampir saja aku nak melatah tapi tak jadi. Siti ni pun...

“Laa... apa ko tercegat kat situ lagi. Moh ler...” ajak Siti, kali ini menarik tanganku keluar dari pintu utama Iverson.

Aku cuba berlagak macho dan pura2 tak nampak sapa2 kat situ walaupun memang dia sorang je tengah melangut kat situ. Entah apa dia buat. Takkan tengah fikir masalah negara kot sampai kening dah bertaut.

Eh, dia kat sini mengajar ke belajar? Kelas mana? Aish, timbul pula keinginanku meneraju industry ‘tukang sibuk’. Perlu ke aku check nama dia kat attendance list kat depan receptionist tu ye?

Aku kerling lagi ke arahnya selepas dah habiskan nasi lemak sebungkus. Alamak, mata kami bertembung la! Mintak2la dia tak perasankan aku. Tapi, nisbah dia untuk kenal aku pun adalah 1:1million. Macamlah aku rapat dgn Ayoi atau nama sebenarnya Azrul atau nama julukan lainnya – Helmet (mungkin sebab masa kat U dulu dia naik motor, jadi helmetnyer selalu dibawa ke mana2. Dah jadi macam awek dia plak bendalah tu).
Aku dan Siti mengambil tempat agak jauh dari tempat Azrul duduk, tapi aku mendapat view paling jelas untuk sekali lagi memerhatikannya tanpa dia sedari. Adeh, memang Ayoi la. Hati ini bergetar. Ada rasa gembira. Ada rasa berdebar2. Tak sangka betul aku akan jumpa Ayoi kat sini. Dah berapa lama agaknya aku tak jumpa dia? Aku mencongak sendiri.

‘Ah, biarlah Adhira. Bukannya dia ingat kau pun. Kau tu bukan sesiapa bagi dia. Sila jangan perasan ok’ hati ini meringis.

-------------------------------------------------------------------------

Aiseh, pagi ni lambat lagik! Cepat2 aku menyarungkan tudung ke kepala selepas menepek bedak 3A kat muka. Jadilah... aku memang tak reti nak bermekap bagai. Bukan duniaku, bukan caraku.

Aku berlari2 anak sebaik saja keluar dari kereta. Kukerling jam di tangan. 9.20am! Kelas start pukul 9 pagi. Aku dah lambat 20 minit! Mintak2 la ada org lain yg lagi lambat dari aku.

Baik je aku sampai depan muka pintu, mukaku menempel tepat ke dada seseorang. Siap ada bunyi ‘buk!’ lagi. Kemek la hidung aku.

“Adeh, sakit” aku menggosok hidung. Memang sakit, aku tak tipu.

“Alahai, dah kemek sikit hidung awak” kedengaran suara itu mengusik. Ada tawa di hujungnya.

Wajahku terasa panas bila mata kami bertentangan. Ayoi!

“Sorry. Tak sengaja. Betul tak nampak” aku tergagap2. Sakit bercampur malu. Aku menunduk, tak mahu kena panahan asrama... echeh...

“Nasib baik awak pendek. Kalau awak tinggi....” dia ketawa lagi. Terasa makin panas mukaku. Mengusik campur perli la ni. Taula aku pendek tapi aku comel. Huhuhuh...

Kami terdiam sesaat dua. Eh, takkan dia tak nak blah dari depan pintu ni? Tepilah, kasi aku masuk. Dah la tengah lambat.

“Adhira... Adhira kan?” tiba2 dia bersuara kembali. Aku angkat muka, kena dongak sikit sbb dia memanglah tinggi. Dia ingat aku?

“Laaa.... tak sangkanya jumpa awak kat sini. Dah berapa tahun kita tak jumpa kan? Awak apa khabar?” soalnya masih murah dengan senyuman. Tak sangka dia ni mudah senyum. Bukan ke sebelum ni payah benar dia nak senyum? Lebih2 lagi pada aku.

“Eh... ermm... awak kenal saya ke?” aku berpura2 tak kenal. Sekilas ada riak terkejut di wajah tampannya. Senyumannya juga hilang.

“Tak sangka awak dah lupakan saya” perlahan dia bersuara. Aku menggigit bibir.

“Sorry Ayoi, kelas saya dah lama start. Saya masuk dulu” aku mengiring ke tepi dan memboloskan diri ke dalam premis Iverson.

“Kata tak kenal...” aku dapat rasakan Azrul sedang tersenyum.

--------------------------------------------------------------------

“Nasib baik hari ni banyak hands-on, kalu tak memang aku dah tido jek tadi” sengih Siti sambil memasukkan iPhone nye ke dalam handbag. Aku mengangguk setuju. Memang tak mengantuk tapi aku langsung tak boleh bagi tumpuan. Asyik teringatkan si Ayoi tu jek.

“Jom lunch, Dhir” ajak Siti. Dia sudah berdiri di tepi meja menungguku. Aku angguk kepala, langsung tak bersuara. Kucapai handphoneku dan menarik sling bag keluar dan menyarungkannya ke bahu.

“Aku nampak kau berangan jek hari ni, apsal?” soal Siti. Ada nada kebimbangan pada suaranya. Aku kulum senyum.

“Mana ada pape. Aku tak cukup tido je” dalihku. Takkan aku nak cerita plak kat kawan baru aku ni pasal Azrul. Bukannya dia kenal siapa Azrul dalam hidup aku. Kami beriringan keluar dari bilik Venus. Kelas pun dah kosong. Masing2 agaknya dah lama mengadap makanan. Kami je yang agak lambat keluar setelah sibuk bertanya itu dan ini pada tenaga pengajar tadi.

“Adhira!”

Eh, ada orang panggil aku ke? Segera aku memaling muka, mencari arah dari mana datangnya suara garau itu. Mataku sedikit membulat memandang Azrul keluar dari bilik Mars bersama senyum terukir di bibir.

“Jom lunch skali hari ni?” ujarnya bila dia sampai di hadapanku. Siti di sebelahku dah mula berbalas sengih dengan Azrul.

“Ha, elok la tu. Aku pun kena lunch dgn hubby aku hari ni. Dah janji. Korang, aku jalan dulu ek. Lama plak hubby aku tunggu tu” Eh eh, panjang lebar plak minah ni kasi alasan nak lari selamatkan diri. Aku menggerutu dalam diam bila si match maker laju je keluar meninggalkan aku dengan Azrul.

“Jom! Temankan saya makan?” Aku diam namun tetap membuntutinya. Dalam hati, ada rasa yang sukar untuk kugambarkan.

------------------------------------------------------------------

“So, awak dok mana skang?” soalnya selepas meneguk teh ais di hadapannya. Hidangan tengah hari kami masih belum sampai, terpaksala hilangkan dahaga je dulu.

“Cheras” jawabku sepatah. Kulihat mulutnya membentuk huruf ‘O’. Aku menyembunyikan senyum di balik tapak tangan. Ayu gitu! Hahahaha...

“Kenapa senyum2 plak?” Eh, dia nampak ke? Erk...

“Awak keje mana skang?” Laa... tak habis lagi soalan dia rupanya. Dah macam sessi interview je ni.

“Company kecik je. Awak?” aku cuba menukar arah perbualan. Biar dia pulak menjawab.

“Company kecik jugak” ajuknya sambil tersenyum.

“Awak dah lain la...” ujarnya perlahan sambil merenung dalam ke mataku. Dah, aku dah mula serba tak kena dibuatnya.

“Apa yang lainnya?” aku soal balik, sambil mataku turun ke tanganku yang sedang bermain2 dengan straw.

“Masa kat U dulu, tak bertudung. Sekarang dah pandai tutup aurat. Alhamdulillah... makin cantik saya tengok” si dia senyum lagi. Hatiku pula dah bergetar tak tentu arah. Rasa macam mahu melantun keluar dari dadaku. Parah ni.

“Maaf kalau saya nak tanya...” dia kembali bersuara setelah aku tidak menanggapi pujiannya sebentar tadi.

“Tanya apa?” aku cuba buat acuh tak acuh. Dalam hati, Allah SWT saja yang Maha Mengetahui.

“Awak dah berpunya?” Wah, straight to the point sungguhla mamat ni. Sungguh, dia bukan Azrul Helmi yang pernah kukenal dan kupuja dalam diam dulu.

Nasib baik, sebelum aku dipaksa menjawab soalan itu, waitress Banana Leaf muncul membawa hidangan kami. Selamat sekejap.

“In macam mana? Sihat?” aku mengambil peluang mencungkil rahsia.

“Sihat Alhamdulillah. Awak nak kirim salam kat dia ke? Saya boleh sampaikan”

Ye kawan2... sebelum sempat aku menjamah char kuew teow yang nampak sedap ni, hatiku rupanya sedang jatuh dari tingkat 18 dan sudah berderai lumat menyembah bumi Allah.

4 demented soul(s):

Aishaa K said...

In? sape sape????

IVORYGINGER said...

in tu girl ayoi la tu.
cik adhira rupanya lama dah ada hati sama ayoi ya. admire gitu. he...
tp ayoi dah bpunya frust mnonggeng gamaknya. sian. but still nk tau ayoi still ngan in kew or xdah??? mntau adhira ada chance. hehehe... ;D

Dr.LoVe said...

jalan cerita very nice....mybe akan mbuatkan sy jatuh cinta...

byk kan adegan2 romantik ya...sbb ai mmg suka yg gedik2 ni...hahahahah

MaY_LiN said...

adoi..
memang berderai la dari tingkat 18 tu mila oi..
hihihi

 

thydivaontheloose... tempat ambe jadi minah jiwang Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review