|Terkini dari milan|

1. Amihana: Nilai Sekeping Hati 56 was the last post. New entry? Ntahla... (- . -')
2. SUS - dihentikan untuk seketika.
3. ABB - sedang dirombak. Progress may be updated.

Followers

Monday, October 3, 2011

Aku Bukan Bidadari ~ 1

Mumbling o milanhawkin at 4:15 PM
Wajah Wania basah dengan air mata. Lencun.

Lelaki di hadapannya cuma buat tak tahu. Sedikit pun tiada riak belas pada wajah tampan itu. Hati Wania merintih.

Tangannya cuba meraih lengan lelaki itu namun segera ditepis kasar. Dia cuba bersuara namun tiada kata-kata yang keluar dari bibirnya. Tersedu sedan jadinya melihatkan tindak balas lelaki yang dicintai sepenuh jiwa dan raganya.

Kemudiannya lelaki itu bergerak menjauh. Wania cuba mengejar namun lelaki itu makin cepat meninggalkannya. Entah dari mana, muncul seorang wanita cantik di sisi lelaki itu, tersenyum sinis memandangnya. Pandangan yang penuh dengan ejekan.

Tidak dinafikan, wanita itu terlalu cantik jika hendak dibandingkan dengan dirinya yang serba sederhana. Wania mengertap bibir. Lelaki itu tunangnya, jadi dia lebih berhak berada di sisi lelaki itu.

Langkahnya dilajukan hingga akhirnya dia berlari mendapatkan mereka. Tangannya memaut lengan sang lelaki dengan kemas. Dia tak ingin ditinggalkan begitu saja. Wanita cantik itu merenungnya marah sambil cuba merungkaikan pautan tangannya. Dia tak mahu mengalah!

Wania memandang wajah buah hatinya dengan penuh simpati. Memohon diberikan peluang. Mohon diberikan kesempatan. Sungguh hatinya retak seribu tatkala tangan lelaki itu merentap kasar pautannya dan menolak tubuhnya menjauh.

Ketika itulah, sebuah kereta muncul dan melanggarnya tanpa simpati. Tubuhnya melayang ke udara dan akhirnya terjelepuk ke tanah. Ada darah yang mengalir. Pekat dan likat. Dia cuba memfokuskan pandangannya ke arah pasangan tadi. Mereka sama2 ketawa melihat tubuhnya yang terlantar dalam kubangan darah. Ketawa mereka semakin jelas dan kuat. Nyaring sekali. Telinganya bagaikan mahu pecah mendengar gelak tawa mereka.

“Tidak! Tidak!” Wania menjerit berulang kali. Ini bukan kenyataan. Ini semua hanyalah mimpi. Mimpi!

“Kak Long! Kak Long! Bangun Kak Long!”

Wania membuka mata. Merenung sesusuk tubuh yang sedang duduk di birai katilnya.

“Adah…” Wania mula mengongoi sedih. Tubuh adiknya didakap erat. Dia kembali murah dengan air mata.

“Astaghfirullahal’azim… Kak Long mengigau ni… Istighfar ye” pujuk Wardah. Kepala digelengkan beberapa kali. Dia membalas pelukan kakaknya, cuba memberikan sedikit semangat.

“Adah… kenapa Kak Long masih mimpikan dia Adah… kenapa?” luah Wania. Wajahnya masih direbahkan ke bahu adiknya.

“Kak Long kan tak sihat beberapa hari ni. Maybe sebab tulah Kak Long termimpikan dia. Dahla, jangan fikir lagi ye. Tidur ye. Adah temankan ye” pujuk Wardah penuh simpati. Wania menganggukkan kepala.

Wania kembali mengatup mata bila Wardah merebahkan badan di sebelahnya. Dia berdoa agar dia tidak lagi bermimpikan lelaki itu. Setiap kali mindanya singgah pada peristiwa itu, setiap kali itulah kakinya terasa perit sekali. Bagaikan mengerti, Wardah bangun dan mula mengurut betisnya. Air mata Wania mengalir lagi.

0 demented soul(s):

 

thydivaontheloose... tempat ambe jadi minah jiwang Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review