|Terkini dari milan|

1. Amihana: Nilai Sekeping Hati 56 was the last post. New entry? Ntahla... (- . -')
2. SUS - dihentikan untuk seketika.
3. ABB - sedang dirombak. Progress may be updated.

Followers

Monday, July 23, 2007

::Kusimpul Mati - 51 ::

Mumbling o milanhawkin at 1:50 PM 2 demented soul(s)
Amirul mundar mandir di hadapan bilik wad kecemasan. Hampir setengah jam juga dia berkawat di situ. En Zulfakar dan Pn Meriam hanya mampu menggelengkan kepala melihat telatah anak lelaki tunggal mereka. Alia turut rimas dengan gelagat abangnya.

“Abang Mirul, boleh tak jangan dok berkawat kat sini? Orang tengah risau ni” bentak Alia, geram. Amirul buat2 pekak. Dia lagi risau dengan keadaan isterinya. Macam mana la tak risau, sampai2 je rumah tengok Mila dah terjelepuk atas lantai. Entah berapa lamalah dia kat situ. Entah apa penyakit pula yang menyerang, yang mahu mengganggu kebahagiaan yang baru mereka kecapi ini? Dia tak sanggup kehilangan lagi.

“Mirul, cubalah bawa2 bertenang sikit. Kejap lagi keluarlah doktor tu” nasihat Pn Meriam.

Memang panjang umur doktor tu kerana sebaik saja ayat Pn Meriam habis, doktor tersebut melangkah keluar. Wajahnya menunjukkan ada berita tak baik yang bakal dilaporkan.

“Siapa suami Pn Mila?” soal doktor perempuan muda itu. Amirul tercegat di hadapan doktor tersebut sambil mengangkat sebelah tangannya. Macam budak sekolah je lagaknya.

“Pn Mila nak jumpa encik” serius doktor itu bersuara. Dengan itu, doktor perempuan itu terus berlalu meninggalkan mereka sekeluarga. Debaran di hati Amirul semakin hebat. En Zulfakar, Pn Meriam dan Alia pula saling berpandangan. Masing2 sudah bersedia untuk menerima berita buruk.

Lemah kaki Amirul melangkah memasuki ruang putih itu. Hatinya berbalam sayu melihat Mila yang terbujur di atas katil. Nampak lemah sekali. Matanya pula sedang tertutup. Nafas yang dihela seakan tertahan. Mila!

“Sayang! Baby!” Amirul menyeru lembut setelah katil pesakit itu didekati. Tangannya mencapai jemari Mila yang lemah, diusapnya lembut. Kemudian dikucupnya dengan penuh kesyahduan. Hatinya sudah semakin sebak. Air matanya bergenang.

Dengan slow motion, Mila membuka kelopak matanya.

“Abang...” panggilnya.

“Ye sayang. Kenapa ni sayang? Kenapa doktor tu taknak cakap apa2 kat abang? Baby sakit apa ni? Kenapa baby tak pernah cakap dengan abang? Baby, please, jangan buat abang risau macam ni” Amirul merayu bersungguh2. Dia tak mampu menahan gelojak rasa ingin tahunya. Musibah apakah yang bakal dilaluinya ini? Mila mengalihkan pandangannya dari Amirul. Bibirnya digigit kuat.

“Semua ni salah abang” tuduh Mila tiba2. Amirul terpempan. Wajah Mila tidak dapat ditatapnya dengan jelas kerana isterinya itu masih tidak mahu memandangnya. Masihkah Mila menyimpan dendam padanya? Masih tak cukupkah penjelasannya hari itu? Bukti apakah lagi yang diinginkan oleh isterinya? Amirul meraup wajahnya.

“Baby, abang mintak maaf sangat. Tolonglah maafkan abang, sayang, please. Janganlah buat macam ni lagi. Jangan simpan dendam tu. Kan abang dah minta maaf ni. Pandanglah abang, sayang. Please....”

“Senanglah abang cakap. Yang menanggungnya saya, bukannya abang!” sekali lagi Mila bersuara keras.

“Mila, tolonglah cakap dengan abang, Mila sakit apa ni? Jangan buat abang macam ni sayang. Kalau pun betul abang yang sebabkan semua ni, tolonglah jelaskan pada abang” Amirul masih tak putus merayu. Sungguh dia gelisah dengan teka teki yang dimainkan oleh Mila ini. Penyakit apa pula yang boleh diberikan kepada isterinya? Nak kata dia terlibat dengan gejala tak sihat, demi Allah, tak pernah. Malah sepanjang dia bersama Syalinda, paling teruk pun yang dilakukannya hanyalah berpelukan.

Mila menekup mukanya dengan tiba2. Kedengaran suara Mila yang teresak2 menangis. Hati Amirul dipalu resah.

“Mila, tolonglah! Tolonglah cakap dengan abang! Kenapa ni?!” kali ini suara Amirul sudah meninggi, bercampur dengan cemas. Tangannya menggoyangkan tubuh Mila, mengharap agar Mila akan bersuara semula.

“Mila pregnant” terdengar suara Mila di balik tangannya. Luluh perasaan Amirul mendengarnya. Ya Allah! Penyakit apa pula ni? Apsal rasa macam pernah dengar je? Teruk ke penyakit ni?

“Kenapa? Macam mana? Ya Allah...”

“Abang! Mila pregnant la...” Mila sudah merenungnya dengan pelik. Namun ada senyuman di bibir manis itu. Boleh pula isteri aku ni tersengih saat2 macam ni? Dahla cakap dia pregnant... hah? Pregnant? Mengandung?

Sesudah melepasi tahap tak boleh berfikir, Amirul tiba2 menjerit kegirangan. Meloncat2 di sekeliling katil Mila. Penat melompat, Amirul memeluk tubuh Mila dengan gemas. Wajah Mila dihujani dengan ciuman2 yang bertalu2.

“Eh, kenapa dengan kamu ni Mirul?” soal En Zulfakar, bertambah pelik bila melihat Amirul sibuk memeluk isterinya. Mila pula tidak mampu berbuat apa2 untuk menahan kegembiraan suaminya.

Amirul segera menjelaskan perkara sebenar pada keluarganya. Pn Meriam dan Alia segera mengucapkan tahniah dan mencium pipinya. En Zulfakar pula sudah mengeluarkan segala nasihat yang mahu diperturunkan kepada anak lelakinya. Pn Meriam pula berjanji untuk selalu singgah ke rumah mereka nanti.

Setelah keluarga mereka pulang, Amirul berbaring di sebelah isterinya. Kemudian dia mencubit pipi Mila sekuat yang boleh hingga Mila menjerit kesakitan.

“Jahat!” Mila bersuara manja, sambil mengusap pipinya. Sakit!

“Sapa suruh buat abang sampai macam ni? Abang dah risau gile tadi tau tak? Geramnya!” sekali lagi Amirul mencuba untuk mencubit pipi isteri kesayangannya, namun tak berjaya bila Mila sudahpun memeluknya dengan erat. Pandai! Amirul balas merangkul isterinya. Malah dia sudi memaafkan gurauan Mila bila mendengar tawa Mila yang merdu singgah ke telinganya.

“Sorrylah abang. Janganlah marah. Mila saja je nak bergurau” ujar Mila, masih lagi dalam tawanya. Suka dia dapat mengenakan suaminya itu.

“Habis, yang lama2 kat dalam sini tadi buat apa?”

“Saja borak2 ngan doktor tu. Baik kan doktor tu, abang”

“Baik ler sebab dia setuju bersubahat dengan Mila. Sampai hati Mila buat abang risau macam ni ekk. Kalau abang ada sakit jantung, dah lama dah abang masuk hospital skali dengan Mila”

“Mila saja je nak surprisekan abang. Abang tak marah kan?” Mila sudah bermain2 dengan butang baju kemeja suaminya.

“Tak”

“Mila ada permintaan ni”

“Apa dia? Cakap jer, selagi abang mampu tunaikan, abang akan tunaikan”

“Mila tak nak abang gaduh dengan Dani lagi. Please, abang. Dani kan kawan baik abang dulu. Tolonglah berbaik2 dengan dia, for old time’s sake. Lagipun dia banyak tolong Mila dulu” Wajah Amirul bertukar masam sebaik mendengarkan nama Dani meniti di bibir isterinya.

“Tolong ada makna tu...” Amirul mencebir.

“Please abang. Cukuplah dengan apa yang dah berlaku. Mila tahu, dia pun rindukan sahabat baiknya” pujuk Mila lagi.

“Hmm... yela... nanti abang akan cakap dengan dia. Tengok la macam mana. Jangan berharap sangat” Amirul mengalah demi isteri tercinta.

“Baby, terima kasih untuk hadiah ni. Abang sangat2 menghargainya” bisik Amirul. Mila sekadar mengukir senyum bahagia. Sememangnya dia sudah teramat bahagia bersama Amirul. Dan memberi cahaya mata untuk suaminya, merupakan antara cita2nya.

Amirul menggenggam tangan kiri Mila. Tanpa suara, Amirul kemudiannya menyarungkan sebentuk cincin ke jari manis Mila. Tanpa kata juga, Mila memandang jarinya dengan rasa tidak percaya. Cincin emas putih itu tampak ringkas dengan bentuk love kecil ditengah2nya. Di bahagian tengah bentuk love itu pula ditatah dengan sebentuk berlian kecil. Di bawah bentuk love itu pula, terdapat sebuah lagi bentuk love yang sama berjuraian ke bawah.

“Cantiknya!” ucap Mila, sudah mula menumpahkan air mata. Sungguh dia terharu dengan pemberian Amirul ini.

“Ini kira cincin kahwin kita la ye” romantis Amirul bersuara. Mila mengangguk laju.

“I love you, baby”

“I love you too, my big baby”

::Kusimpul Mati - 50::

Mumbling o milanhawkin at 1:49 PM 0 demented soul(s)
Pagi yang indah. Amirul membuka matanya saat kedengaran azan Subuh berkumandang. Dikerlingnya ke arah kanannya. Mila masih lagi nyenyak di sisinya. Wajah isterinya begitu tenang sekali, malah kelihatan seakan sedang tersenyum. Amirul membetulkan letak lengannya yang sudah terasa kebas, masih tidak mahu mengejutkan Mila dari tidurnya. Dia masih ingin memerhatikan wajah wanita yang telah menguasai hatinya.

Entah kenapa, sayangnya tiba2 saja dirasakan begitu membuak2. Tanpa dapat ditahan, bibir Amirul menyentuh dahi isterinya, mengucup lembut. Pelukannya dikemaskan. Sungguh, dia tak rela lagi melepaskan Mila. Tidak hari ini, tidak juga untuk selamanya. Kasihnya sudah tertumpah pada Mila seorang.

“Selamat pagi” suara serak2 basah itu muncul dari bawah dagunya. Amirul merenggangkan pelukannya, menjarakkan sedikit wajahnya. Sebuah senyuman manis dihadiahkan kepada isteri tersayang.

“Selamat pagi, sayang. Ingatkan tak nak bangun tadi” usik Amirul, mencuit lembut hidung isterinya. Mila mengerdipkan matanya berkali2, cuba memfokus penglihatannya. Amirul masih tenang merenungnya. Seketika kemudian wajah manis itu mula merona merah, mungkin masih mengingatkan kejadian semalam. Hai isteriku, masih nak malu lagi ke?

“Sayang tak nak solat Subuh ke?” soal Amirul, membetulkan juraian rambut di dahi Mila dengan penuh kasih sayang. Mila menguntum senyum, malu.

“Nak la. Tapi nak kena mandi dulu” ujar Mila, masih malu untuk menatap wajah sang suami.

“Kalau macam tu, kita mandi sama2 la. Abang pun kena mandi jugak” Amirul sudah menarik Mila untuk bangun. Terkial2 Mila cuba melepaskan pegangan Amirul.

“Ishh.. tak malu ke?” cebik Mila.

“Apa yang nak dimalukan, sayang oi. Bukannya tak biasa tengok pun” Amirul masih mahu mengusik. Dia mula ketawa bila wajah Mila sudah bertukar kelat. Akhirnya Amirul membiarkan saja isterinya melepaskan diri dari pelukannya dan berlari ke bilik mandi. Takpe, suatu hari nanti sayang takkan terlepas lagi dari abang! Ikrar Amirul dengan senyuman yg tak lekang dari bibir.

Setelah selesai mandi, dilihatnya Mila sudahpun bersedia menantinya dengan telekung.

“Abang, kita jemaah ye”

Amirul mengangguk. Dalam hatinya, terbetik rasa bangga dan syukur ke hadrat Ilahi. Akhirnya Mila sudi juga membahasakan dirinya ‘abang’. Panggilan yang dinantikan sekian lama. Kalau diikutkan hatinya, mahu saja dia memeluk isterinya dengan erat. Takpe, suruhan Allah perlu diutamakan. Cepat2 dia membetulkan kain pelikatnya dan berdiri di sejadah yang sudahpun disediakan oleh Mila.

***

‘Abang, petang ni Mila half-day. Mila tak rasa macam tak sihat badan je’

Itulah pesanan ringkas yang diterima di telefon bimbitnya sejam yang lalu. Hatinya terus diundang rasa bimbang. Kebetulan waktu itu dia sedang bermesyuarat dengan Ahli Lembaga Pengarah yang lain, satu mesyuarat yang sudah ditangguhkan sejak sekian lama dan tak mungkin dapat dielakkan lagi. Keluar saja dari bilik mesyuarat, Amirul bergegas keluar dari office dan memandu ke rumahnya.

Sebentar tadi Papanya sendiri menegur sikapnya yang tidak sabar2 mahu pulang menjenguk isterinya.

“Mirul rasa risau, Papa. Tak tahulah kenapa”

Memang sejak menghantar isterinya ke pejabat, dia sudah dapat merasakan perubahan wajah Mila yang kepucatan. Mulanya dia menyuruh Mila tinggal saja di rumah dan berehat, tetapi Mila tetap berdegil mahu datang bekerja. Alasannya dah lama sangat dia bercuti.

“Ala, kan dia cakap dia tak sihat je. Bukannya dia accident ke apa. Kamu ni pun, risau tak kena tempat. Tahulah kamu tu sayang bini” perli En Zulfakar. Amirul hanya tersengih, malas mahu berdebat dengan Papanya.

Sebaik saja keretanya diparkir, Amirul berlari naik ke tingkat kondominiumnya. Tak sabar rasanya mahu melihat isterinya. Hatinya hanya akan rasa lega sebaik saja dia dapat melihat wajah Mila. Butang loceng ditekan berkali2. Tiada jawapan. Amirul semakin gusar. Tak cukup menekan butang, dia mengetuk2 pintu. Masih tiada jawapan. Akhirnya dikeluarkan kunci miliknya.

‘Ya Allah, janganlah jadi apa2 pada isteriku’ berkali2 dia berdoa di dalam hati.

Hampir luruh jantungnya melihat Mila terbujur kaku di tepi sofa.

“Ya Allah!”

::Kusimpul Mati - 49::

Mumbling o milanhawkin at 1:49 PM 0 demented soul(s)
“Sayang abang tak?” sekali lagi Amirul mengemukakan soalan yang sama. Kali ini terburai air matanya tanpa dapat ditahan. Seketika kemudian, Mila teresak2 menangis di dada Amirul. Lebat air matanya mengalir membasahi t-shirt Amirul.

Amirul agak tergamam menerima pelukan dari Mila. Apalagi bila isterinya terus saja mengalirkan air mata. Dia cuba menenangkan esakan Mila yang masih berterusan. Jemarinya lembut mengusap rambut Mila yang panjang mengurai. Cantik. Hidungnya didekatkan pada rambut isterinya. Wangi. Tergoda Amirul dibuatnya.

“Kenapa?” Mila bersuara tertahan setelah esakannya semakin reda. Amirul menghentikan usapannya.

“Kenapa apa?” Amirul menyoal kembali. Matanya merenung rambut Mila yang kehitaman. Gadis itu masih tak mengangkat muka dari dadanya.

“Kenapa awak tiba2 berubah macam ni? Kenapa awak tiba2 jadi suami yg romantik, yang penyayang, yang baik? Apa muslihat awak sebenarnya? Kenapa bila awak balik sini awak tunjukkan macam awak begitu sayangkan saya? Kenapa?” bertalu2 soalan dari Mila. Amirul menarik nafas panjang. Masa untuk penjelasan.

“Because I do love you, baby” bisik Amirul ke telinga Mila. Kali ini barulah Mila mengangkat wajahnya menjauhi dadanya. Mata isterinya merenung tepat pada anak matanya, seakan mencari kepastian dan kebenaran. Pandangannya kemudian menunjukkan bahawa dia langsung tidak percaya dengan pengakuannya.

“You seems to hate me so much before” satu kenyataan yang menyakitkan, bagi kedua-dua mereka.

“Well, at first, I guess I did. Tapi Mila dah cairkan hati abang dengan kesabaran Mila, dengan kasih sayang Mila yang tak berbelah bagi. Mila selalu layan abang dengan lemah lembut, biar betapa teruk pun abang layan Mila. Ingat tak masa abang selamatkan Mila dari orang gila tu? You looked so scared and very cute, and all I can think about is to hold you in my arms. Nasib baik abang sempat tahan and offered you to live in my house instead. I think that was the time I first fell in love with you” Amirul memulakan penjelasannya. Tangannya menarik jemari Mila ke dalam genggamannya., mengusapnya mesra. Mila cuba menarik kembali tangannya namun Amirul tidak membenarkan.

“Bagaimana dengan Sya? I thought you loved her” Mila masih tak berpuas hati.

“I did. Tapi agaknya cinta abang pada Sya makin lama makin padam bersama sikapnya. Mila sendiri tahu kisah abang dengan dia kan? Masa pertama kali abang kenal Mila masa Mila kerja kat restoran tu, hubungan kami sudah lama renggang. Cuma abang tak rela lepaskan dia sebab masa tu abang yakin abang boleh pulihkan hubungan kami jika kami kahwin. Tapi Mila dah curi hati abang masa tu. Abang tak pernah sedar hinggalah abang nampak Mila dengan Dani berpelukan kat hospital” Hatinya dibakar cemburu bila saja mengingatkan kejadian itu. Kejadian yang sering menghantui mimpinya. Dahi Mila berkerut. Berpeluk?

“We did not! Bila masa pulak saya peluk dia? Dia cuma tenangkan saya masa tu. I was too sad, too emotional” Mila mempertahankan dirinya. Terkenang kejadian sewaktu berita kematian Syalinda tiba ke telinganya. Dia terlalu sedih dan rasa bersalah hingga tak sedar Dani telah merangkul tubuhnya. Dan ketika dia sedar keadaan mereka ketka itu, dia cepat2 menolak Dani dari terus menyentuhnya. Sungguh dia menyesal atas kealpaan dirinya ketika itu. Amirul menguntum senyum.

“OK, Mila tak peluk dia tapi dia yang peluk Mila. And I was jealous! Bayangkan, masa tu sepatutnya abang sedih dengan pemergian Sya. Sebaliknya abang rasa marah dan cemburu sebab isteri abang ditenangkan oleh orang lain. Abang ingat Mila cakap Mila sayangkan abang, cintakan abang, tapi kenapa selalu je ada Dani? Apa lagi sebelum tu Dani datang jumpa abang dan suruh abang ceraikan Mila. Abang sakit hati bercampur keliru. I mean, I was supposed to love Sya but at the same time I cannot let you go. Not without a fight. Because of that, abang rasa bersalah pada Sya. Abang rasa abang dah curang pada dia” terang Amirul. Matanya masih lagi merenung Mila, mengharapkan pemahaman dari isterinya.

“Dani jumpa awak? Dani suruh awak ceraikan saya?” soal Mila, terkejut. Amirul sekadar mengangguk dan meneruskan ceritanya. Dia mahu meluahkan segalanya, biar semuanya jadi jelas dan nyata.

“Mungkin dalam masa marah macam tu, abang keluarkan kata2 yang tak sepatutnya dan melukakan hati Mila. I was too confuse with what had happened and decided to go somewhere, alone, to think about my true feelings. Mungkin abang pergi mencari diri abang yang hilang” Amirul menarik Mila kembali ke dalam pelukannya. Dia perlukan Mila sedekat yang mungkin dengan dirinya.

“Sebenarnya awak pergi mana?” celah Mila. Sememangnya dia tak pernah tahu ke mana Amirul menghilang selama ini. Dan dia juga tak pernah bertanya. Mungkin dia sedar, jika dia tahu di mana Amirul pergi ketika itu, dia akan menyusul mencari lelaki itu.

“Paris. Abang pernah pergi dengan Sya ke sana. Dan kami pernah merancang nak berbulan madu kat sana jugak one day”

Mila diam, hatinya menyala dengan api cemburu. Tapi perlu apa untuk cemburu pada orang yang dah tiada, bukankah begitu? Amirul memerhatikan tingkah Mila, memahami apa yang dirasakan oleh isterinya. Pelukannya dikemaskan dan Mila membiarkan.

“Masa abang kat sana, abang bukannya fikirkan tentang Sya atau kenangan masa kami bersama tapi Mila. Abang sentiasa teringatkan Mila. It was weird at first. I thought I love Sya, but why am I thinking of you all the time? Kemudian abang jumpa Halina” seakan tahu tindak balas Mila setelah mendengar nama Halina, dia melonggarkan sedikit pelukannya.

“Halina? Ina? Awak jumpa Ina kat sana? Awak kenal dengan Ina?” Hampir saja Amirul mahu menekup telinganya dek jeritan Mila.

“Yup. Dengan husband dia, Johan. Diaorg tengah bercuti. Baru je jumpa, dia dah sembur abang macam2. Abang memang terkejut plus bengang jugak sebab abang tak kenal dia. Pastu dia sebut nama Mila, barulah abang dapat agak yang dia ni kawan Mila. Dahla abang tengah confuse, so dengar je la dia marah2 abang. Nasib baik Johan ada dan tenangkan dia. Kalau Johan takde, memang 3 hari 3 malam la abang dengar ceramah dia” gurau Amirul.

Bibir Mila terukir segaris senyum. Halina memang selalu melindunginya. Halina memang sahabat yang baik. Terima kasih, Ina. Tapi rasanya Halina tak pernah ceritakan tentang perjumpaannya dengan Amirul padanya. Pelik.

“Bila Halina cerita betapa Mila sayangkan abang dan betapa teruknya layanan abang pada Mila, abang rasa bersalah sangat. Abang sedar abang keterlaluan, menyalahkan Mila untuk semua yang berlaku sedangkan abang yang memulakan semua ni”

“So, you were just feeling sorry for me. I don’t need it!” Tangan Mila sudah menolak dada Amirul, cuba melepaskan dirinya dari pelukan suaminya.

“Dengar dulu, sayang. Abang belum habis cerita lagi ni”

“Hmmpph”

“Lepas jumpa Halina, lepas dengar cerita dia, abang mula kaji balik perasaan abang. Abang akhirnya sedar yang abang sayangkan Mila. Abang tak sanggup lepaskan Mila macam tu aje pada Dani, sebab abang tahu Mila juga sayangkan abang. Selama abang kat sana, abang sentiasa rindukan Mila. Rindukan senyuman Mila, layanan Mila, gelak tawa Mila, semuanya tentang Mila. I especially miss your laughs. Masa Mila menyewa rumah abang dulu, Mila selalu ketawa. Bila Mila dah kahwin dengan abang, tak pernah sekali pun abang dengar Mila ketawa. Abang bersalah kerana dah hilangkan tawa Mila. Sekarang ni pun abang tak mampu nak buat Mila ketawa macam dulu. Terlalu sengsarakah Mila hidup dengan abang?” sayu sekali suara Amirul. Jika Mila menjawab ‘ya’, hatinya akan terguris. Jika jawapannya ‘tidak’, dia tahu Mila berbohong untuk menyedapkan hatinya.

Suasana dalam bilik itu bertukar hening seketika. Memang ada benarnya kata2 Amirul itu. Sudah lama dia tak ‘on’kan butang gelaknya. Sekurang2nya tidak ketika dia bersama Amirul.

“Maafkan abang” kali ini Amirul pula yang menundukkan kepalanya, mengakui kekhilafannya. Mila menggelengkan kepalanya.

“Bukan salah awak”

“Selama ini Mila seorang diri berjuang mempertahankan perkahwinan kita. Sekarang ni, izikanlah abang bantu Mila berjuang. Abang pun mahukan sebuah keluarga yang bahagia. Abang tak mahu perempuan lain sebagai isteri abang. Abang cuma nakkan Mila”

“Tipu!”

“Tipu?”

“Habis, yang awak keluar dating tu apa? Sampai balik tengah2 malam, sampai jatuh sakit macam ni. Itu bukan maknanya awak dah ada calon baru? Huh!” marah Mila, wajahnya dipalingkan ke arah lain. Geram pula dibuatnya. Tapi Amirul hanya melepaskan tawa girang. Maka benarlah isterinya itu cemburu. Cemburu kan tandanya sayang.

“Sayang abang, cinta hati abang, the love of my life, my baby... abang keluar jumpa Ina dengan Johanlah sayang. Abang cuba mintak nasihat dari diaorg macam mana nak pikat hati baby abang ni sebelum terlepas ke tangan Dani. Sebelum diaorg balik ke Malaysia masa abang jumpa kat Paris tu, Ina made me promise. A promise that I cannot refuse. Abang janji dengan dia untuk pikat semula hati Mila dan bagi dia anak sedara secepat mungkin” usik Amirul, mencuit hidung Mila dengan mesra. Lega sudah hatinya setelah segala2nya diluahkan.

“Dah start la tu perangai miang dia tu” Mila mencebik sambil cuba men’cover’ mukanya yang sudah mula bertukar warna. Asyik2 benda tu la yang dia nak ulang.

“Hehe... abang miang dengan baby je” ujar Amirul, merebahkan tubuh mereka ke atas tilam empuk. Mila sudah tak mampu lagi untuk menahan.

::Kusimpul Mati - 48::

Mumbling o milanhawkin at 1:48 PM 0 demented soul(s)
Matanya dibuka perlahan. Matanya ditala ke seluruh bilik. Kosong dan sepi. Mila mana? Kenapa dia ditinggalkan sorang2 kat sini? Mila memang dah tak sayang aku lagi ke? Sampainya hati! Sakit2 macam ni pun isteri sendiri tak nak layan langsung! Betulkah sayang Mila padanya sudah lama mati? Takkanlah...

Dia meraba2 tuala kecil di dahinya. Sudah hampir kering. Amirul tersenyum lemah. Sayang juga Mila dekat abang ye, hatinya menyanyikan lagu senandung riang versi terlebih slow. Tapi sejurus kemudian, Amirul mengerang. Kepalanya terasa begitu berat. Berdenyut2 tak berhenti. Ya Allah, sakitnya. Matanya kembali terpejam. Silau cahaya yang memenuhi ruang biliknya dirasakan begitu mengganggu, begitu menyakitkan. Sesiapa, tolonglah hilangkan cahaya tu...

“Sorry, saya bukak langsir tadi sebab tak nak nampak bilik gelap sangat” suara itu menyapa gegendang telinganya. Serentak itu cahaya yang mengganggu tadi semakin berkurangan. Amirul mengeluh lega sambil membuka kelopak matanya kembali. Dilihatnya Mila sudah duduk di sisinya bersama semangkuk bubur. Berasap2 mangkuk yang dipegang Mila itu.

“Awak, makan sikit ye” lembut Mila memujuk. Amirul menggelengkan kepalanya. Tekaknya tak boleh menerima apa2, sentiasa saja rasa mual. Asyik rasa nak muntah je.

“Dah pukul berapa ni?” soal Amirul, mengangkat tubuhnya dengan menggunakan tangannya. Belakangnya disandarkan ke kepala katil.

“Pukul 10. Saya dah call Papa cakap awak MC hari ni. Makanlah bubur ni sikit ye. Penat saya masak untuk awak” pujuk Mila. Tangannya mengacau2 bubur tersebut dengan sudu, sesekali meniup ke dalam mangkuk sekadar untuk mengurangkan sedikit kepanasan bubur yang baru dimasak itu.

“Suapkanlah...” lemah Amirul bersuara. Mulutnya dibuka seinci. Alahai, manjanya dia nih! Terubat sedikit luka di hati Mila dek kedinginan Amirul semenjak dua menjak ini.

Baru dua tiga suap, Amirul menolak mangkuk bubur di tangan Mila dan bergegas berlari ke bilik air. Berkerut2 dahi Mila mendengar bunyi Amirul memuntahkan bubur yang baru masuk ke perut. Mila meletakkan mangkuk bubur ke atas meja di tepi katil dan bangun ke bilik air. Amirul sibuk mengadapkan mukanya ke sinki. Dengan kasih yang menebal, Mila mengurut2 belakang Amirul.

“Sorry sayang, abang bukan tak nak makan tapi tekak abang ni rasa tak sedap je dari semalam” ucap Amirul sambil membasuh mulutnya. Sebak juga dada Mila bila mendengar Amirul meminta maaf padanya sedangkan itu bukan salahnya. Amirul, kenapa awak layan saya macam ni? Kenapa jadi baik sangat? Kenapa? Pertanyaan2 itu hanya tersekat dikerongkongnya, tanpa mampu diluahkan. Sebaliknya dia terus menuntun Amirul kembali ke katil.

Sepanjang hari itu, Mila meladeni semua kehendak Amirul. Sesaat pun dia tak lepas dari sisi lelaki itu. Amirul masih lagi tak berselera untuk makan atau minum. Baru je sedikit makanan yang masuk ke mulut, dalam seminit dua, dia akan muntahkan semula. Tubuhnya sudah semakin lemah, membuatkan Mila semakin risau.

“Abang OK je ni. Abang cuma nak Mila ada dekat abang je” Itulah jawapannya bila diajukan persoalan untuk ke klinik. Akhirnya, Mila membiarkan Amirul dengan kedegilannya hanya selepas lelaki itu menelan 2 biji panadol yang dihulurkan padanya. Hampir tergelak Mila dibuatnya bila berkerut2 dahi Amirul sewaktu mahu menelan panadol tersebut. Nampak sangat tak suka makan ubat!

Semalaman juga Mila tak dapat melelapkan mata. Dia terlalu risau dengan keadaan Amirul. Hingga ke dinihari, barulah demam Amirul sedikit kebah. Panasnya sudah berkurangan walaupun seleranya masih terbantut. Dia terlelap di tepi katil Amirul, dengan kepalanya di tilam dan badannya di lantai. Dia terjaga beberapa jam kemudiannya bila terasa rambutnya diusap mesra.

“Baby, abang teringin nak makan buah durian belanda la” Terjungkit kening Mila mendengar kata2 Amirul. Waktu itu dia baru saja berkira2 untuk menyambung semula tidurnya selepas memasak bubur untuk Amirul.

“Durian belanda?” Mintak2 la aku salah dengar. Mungkin jugak dia cakap nak makan durian kat belanda, ataupun makan durian kat beranda. Ah, mungkin juga dia maksudkan nak makan durian sambil tengok pasukan Belanda main bola.

“Emm... abang teringin sangat ni. Boleh tak baby tolong carikan?” Wajahnya penuh pengharapan, hampir membuatkan Mila tak sampai hati mahu menolak. Tapi, gila apa nak makan buah durian belanda? Mana nak cari? Selama dia menetap di KL ini, tak pernah sekalipun dia nampak ada orang jual buah durian belanda. Aiskrim perisa durian belanda adalah.

“Mengada2 pulak orang demam ni ye. Macam orang mengandung mengidam pulak. Mana saya nak cari buah tu? Ini kan KL. Bukannya kampung” rungut Mila.

“Kat pasar mesti ada kan? Tolonglah cari. Kan abang tak sihat ni. Kalau abang sihat, takde lah abang minta baby yang belikan” balas Amirul dengan nada rajuk yang begitu jelas.

Ishh, sensitif pulak orang tua ni. Sakit2 macam ni pun ada hati lagi nak merajuk pelbagai. Pasar? Ada ke orang jual buah tu kat pasar? Ala, mana la dia nak cari ni....?

“Ye la, ye la. Orang pergi la ni” alah Mila, menarik kakinya dengan berat ke muka pintu. Wajah Amirul yang muram sebentar tadi berubah ceria mendengar kesanggupan Mila.

“Balik cepat tau, baby. Abang tunggu...” pesannya dengan senyum mekar di bibir nipisnya. Mila menarik muka.

Nasib baiklah awak ni demam. Kalau tak...hmm... Tapi pelik betullah. Demam sampai mengidam nak makan buah durian belanda. Apakehal?? Pelik betul lelaki yang sorang tu. Kenapalah aku jatuh cinta dengan lelaki pelik macam ni... haii... dah nasib. Ini baru demam. Kalau sakit lain, entah apalah dia akan mintak nanti.

Sampai ke malam, barulah Mila berjaya mencari buah idaman Amirul. Itupun dia da tawaf satu KL untuk mencari buah yang satu itu. Nasib baik dia terfikir untuk menelefon Halina dan dia terlebih bernasib baik bila kebetulan Halina ada membawa buah tersebut dari kampung suaminya.

Amirul hampir melonjak keriangan bila melihat buah itu di tangan Mila. Tak tunggu lama, dia dah habiskan sebiji buah durian belanda. Langsung tak tinggal untuk Mila. Amirul menyeringai kepuasan sambil mengusap perutnya. Tak lama lagi, buncitlah perut tu. Makan tak ingat orang langsung! Mila menyumpah geram.

“Thanks, baby. Bestlah buah ni” ucapnya senang.

Mila tak menyahut, masih geram dengan tindakan Amirul. Sebaliknya tangannya sibuk membasahkan kembali tuala yg sudah tergeletak di atas meja. Amirul patuh bila Mila mengarahkannya membaringkan badan ke tilam. Dibiarkan Mila meletakkan tuala basah tersebut ke dahinya walaupun panasnya sudah lama kebah. Ditatapnya wajah itu dengan penuh kasih sayang. Cinta membara di matanya.

Tanpa disedari oleh Mila, Amirul sudah membawa kedua telapak tangannya ke muka Mila, mengusap perlahan pipi Mila yang gebu. Hangat sekali sentuhan itu. Mila melarikan anak matanya dengan gugup. Wajahnya merona merah dengan debaran di hati menghentam dada. Rasanya Amirul sendiri boleh dengar betapa cergasnya jantungnya berlari. Ya Allah, kenapa hati ini begitu mudah goyah oleh renungannya?

“Sayang abang tak?” Amirul bertanya. Suara gemersik itu begitu perlahan, begitu romantis, begitu meruntun kalbu. Syahdu Mila dibuatnya sebentar.

“Pandang abang, baby” seru Amirul, masih romantis. Jemarinya mencengkam lembut dagu Mila, cuba memaksa Mila membalas renungannya.

Ish, lagi2 nickname tu la dia guna. Buat aku rasa semacam jer. Rasa menggigil satu badan. Lemah lutut. Rasa macam nak jatuh...

Dengan susah payah, Mila memaksa dirinya menentang pandangan Amirul. Pandangannya begitu menusuk kalbu, dalam pada masa yang sama begitu memikat hatinya. Terpancar seluruh kasih yang terbentang luas untuknya.

“Sayang abang tak?” sekali lagi Amirul mengemukakan soalan yang sama. Kali ini terburai air matanya tanpa dapat ditahan. Seketika kemudian, Mila teresak2 menangis di dada Amirul.

::Kusimpul Mati - 47::

Mumbling o milanhawkin at 1:48 PM 1 demented soul(s)
Mila menekan2 remote control di tangannya. Namun semua rancangan yang ditayangkan tidak mampu menghiburkannya, apalagi untuk menarik perhatiannya. Jam sudah menunjukkan pukul 11.30 malam. Bayang Amirul masih tidak kelihatan. Mila mengertap bibirnya.

‘Bukan main lagi dia pergi dating, tengah malam macam ni pun tak nak balik2 lagi’ gerutu Mila dengan geram. Hatinya bertambah sakit mengingatkan betapa gembiranya Amirul siang tadi menerima panggilan dari kekasihnya. Rasa mahu dicekik2nya leher suaminya itu. Cakap pun main bisik2.

Mila mengeluh panjang. Dia sendiri tidak tahu apa yang patut dilakukannya. Dia sedar dia tak patut mencampuri urusan Amirul lagi. Sungguh, dia tak berhak lagi sejak dia sendiri yang mengakui dia tak mahukan apa2 dari lelaki itu. Namun jauh di sudut hatinya, dia menyesal yang amat sangat. Segala2nya sudah terlambat.

Tepat jam 12.15, Mila terdengar pintu utama dikuak perlahan. Dari ekor matanya dia melihat tubuh Amirul memasuki ruang tamu. Dia berpura2 tekun menonton.

“Mila tak tidur lagi? Esok tak kerja ke?” Amirul menyapa.

“Kerja” sepatah Mila menjawab. Dia tak mahu berpaling, tak sanggup mahu menatap wajah ceria Amirul sedangkan dia sendiri sedang berduka.

Amirul memandang Mila yang seakan khusyuk menonton rancangan bola di tv. Dia tersengih. Sejak bila pulak Mila ni minat tengok bola? Tengah marahlah tu.

“OK. Abang tidur dulu la. Penat keluar shopping tadi” ujar Amirul dan terus mengorak langkah ke biliknya. Mila kembali mengertap bibirnya. Shopping? Tak nampak barang shopping pun! Ini mesti shopping dengan perempuan tu! Ya Allah, sakitnya hati aku!


*****

Paginya itu Mila terlewat bangun. Jam sudah menunjukkan pukul 7.30 pagi. Nasib baiklah dia ‘cuti’ hari ni. Kalau tak, memang dah terlepas la sembahyang Subuh. Secepat mungkin dia mandi dan bersiap. Teringat amaran Mr Teoh hari itu. Dia tak mahu terlewat lagi. Amirul pun sampai hati tak kejutkan aku. Takkan dia dah pergi kerja dulu? Takkan dia tinggalkan aku sebab aku lewat bangun!

Selesai memakai tudung, Mila keluar dari biliknya dan menuju ke ruang tamu. Kosong. Dapur, kosong. Dia tinggalkan aku? Mila melangkah ke pintu utama. Kasut Amirul masih ada di situ. Maknanya dia masih ada di sini? Dahinya mula berkerut. Takkan tak bangun lagi?

Mila berdiri di luar pintu bilik Amirul. Tangannya mengetuk perlahan. Sekali. Tiada jawapan. Dua kali. Masih sunyi. Mak aii, tido mati ke? Ataupun dia memang dah keluar?

“Aqim! Aqim!” Hatinya mula dilanda bimbang. Tangannya cuba memulas tombol pintu. Tak berkunci. Dikuak perlahan pintu tersebut. Kepalanya menjengah ke dalam.

Amirul masih berbaring di katilnya. Selimutnya juga sudah tersingkap dari tubuhnya, sebahagiannya sudah menyentuh lantai. Ganas betul dia ni tidur, Mila tersenyum sendiri.

“Aqim, bangunlah. Dah lambat ni. Awak tak nak pergi kerja ke?” sela Mila sekali lagi dengan nada yang semakin meninggi. Amirul masih tak bergerak. Mila naik geram. Memang tidur mati ni. Kalau pencuri masuk pun tak sedar!

Tangannya menolak tubuh Amirul perlahan sambil terus memanggil nama lelaki itu. Bagaikan terkena renjatan elektrik, Mila kembali menarik tangannya. Kerut di dahinya bertambah. Tak berpuas hati, tangan Mila singgah ke dahi Amirul, menekan perlahan.

“Ya Allah, panasnya!”

Amirul mengerang. Kelopak matanya terbuka perlahan2. Mila sedang merenungnya dengan kerut di dahi. Ada riak risau di situ. Dia cuba mahu bangun, rasa segan pula bila ditenung sebegitu oleh Mila. Terasa badannya begitu lemah, tak bertenaga.

“Awak, bangun. Kita ke klinik ye. Awak demam ni” dengan lembut Mila bersuara. Amirul menggelengkan kepalanya. Sekali lagi dia menggagahkan badannya untuk bangun. Berjaya, walaupun badannya terasa ngilu di beberapa tempat.

“Mila nak pergi kerja? Abang hantarkan. Tunggu kejap” lemah sekali Amirul bersuara. Mila cuba menahan bila Amirul mahu berdiri tetapi Amirul memberi isyarat supaya Mila tidak berganjak dari tempatnya.

“Takpe, abang ok lagi ni. Abang hantarkan Mila dulu, lepas tu abang ke klinik” langkahnya dibuka. Terasa tubuhnya terlalu lemah tak bermaya. Hampir saja dia terjatuh bila dengan terhuyung-hayang dia melangkah ke bilik air. Mila yang cuba mengampu tubuh Amirul turut sama terjatuh ke lantai. Berat sangat!

“Awak, janganlah paksa diri. Awak tak sihat ni” ujar Mila, cuba menarik tubuh Amirul kembali ke katil. Tak berdaya, Amirul mengikut saja arahan Mila. Dengan berhati2, Mila membaringkan tubuh Amirul kembali ke katil. Selimut yang tadi tergolek di lantai diangkat dan disarungkan kembali ke tubuh Amirul.

“Sorry...” lemah suara Amirul, hampir saja tidak kedengaran. Hati Mila digamit sayu. Kasihan melihat keadaan Amirul.

“Awak rehat dulu. Saya nak call office dengan Papa. Lepas ni saya buatkan bubur ok” Mila berlalu pergi sambil menekan2 telefon bimbitnya. Seketika kemudian, sayup2 kedengaran suara orang sedang berbual. Mata Amirul kembali tertutup.

::Kusimpul Mati - 46::

Mumbling o milanhawkin at 1:46 PM 0 demented soul(s)
:Minggu 3:

Ini minggu ketiga. Bermakna dia sudah melalui dua minggu yang begitu menyeksakan. Dua minggu yang umpama neraka. Sepanjang dua minggu itu, Amirul begitu dingin. Tiada lagi gurauan mesranya. Tiada lagi usikan nakalnya. Tiada lagi senyuman menggodanya. Tiada lagi sikap mengada2nya. Rumah ini juga sudah hilang serinya. Sunyi dan sepi. Kesunyian yang memekakkan telinga, yang menghancurkan jiwanya. Dan dia masih ada dua lagi minggu yang mungkin sama parahnya.

Seringkali dia merungut dalam hati. Terasa Amirul langsung tidak mahu memulihkan hubungan mereka. Lelaki itu tidak mengendahkannya. Oh, Amirul masih lagi menghantar dan menjemputnya pulang dari pejabat. Malah mereka masih lagi makan malam bersama. Cuma suasana sudah menjadi begitu ‘awkward’. Amirul jarang sekali membuka mulut. Malah bilik sebelah sudah dijadikan bilik tidur tetapnya. Tak pernah sekalipun dalam dua minggu ini Amirul mendekatinya. Mila jadi rindu. Rindu pada belaian suaminya, pada gurauannya yang kadangkala menyakitkan hati namun tetap menghiburkan dan rindu pada siungnya yg menghilang bersama senyumnya.

Peliknya, jika Mila memerlukan bantuan, dengan segera pula lelaki itu akan mengerjakannya. Sebutlah apa saja, akan segera ditunaikan. Nak beli barang dapur? Amirul akan menghantarnya, setia menemaninya dari lorong ke lorong Carrefour tanpa rasa jemu, malah akan menolong memunggah segala barang yang dibeli. Nak ke kedai buku? Amirul akan turut serta, malah sedia menemaninya selama berjam2 di sana. Nak makan buah durian? Suaminya akan tolong kopekkan hingga berpuluh2 biji. Lampu bilik air rosak? Akan segera dibaiki. Pendek kata, apa saja.

Namun semuanya dilakukan tanpa kemesraan, tanpa suara. Kadang kala, Mila sengaja meminta tolong itu dan ini. Sengaja mencari peluang untuk mendengar suara Amirul. Dia semakin tertekan dengan keadaan sebegini. Pun begitu, setiap kali dia cuba untuk memberitahu Amirul untuk melupakan semua ini, lidahnya menjadi kelu. Tertutup oleh egonya.

Mila mengerling ke arah Amirul, yang masih lagi membenamkan dirinya ke dalam akhbar.

“Awak” panggil Mila. Dia menanti Amirul mengangkat mukanya dari dada akhbar. Entah apalah yang menarik sangat pasal berita hari itu. Rasanya sudah berulang kali dia membaca benda yang sama.

“Mmm” langsung tidak berpaling. Selepas satu, satu dibeleknya helaian akhbar tersebut. Mila menarik muka. Hampeh betul! Dah jemu tengok muka aku agaknya.

Bukankah Amirul yang patut memujuknya untuk kembali? Bukankah dia yang patutnya dalam mode membatukan diri? Kenapa pulak terbalik ni? Asyik2 dia yang kena sembah lelaki tu. Asyik2 dia yang berusaha memujuk Amirul. Asyik2 dia yang mengalah. Memang hampeh! Huhuhu... Dia rindu!

“Awak nak makan tak? Saya dah siapkan semua atas meja tu. Kita makan sekali ye?” sekali lagi Mila cuba menarik perhatian Amirul. Mila tersenyum lebar bila Amirul meletakkan akhbar tersebut ke atas coffee table.

“Takpe, Mila makanlah dulu. Abang ada lunch date kat Shah Alam” ujar Amirul dan terus berlalu ke biliknya.

‘Lunch date’? ‘Date’? Dengan siapa? Perempuan? Lelaki? Kawan lama? Kekasih lama? Kekasih baru? Otaknya sudah berputar ligat dengan pelbagai kemungkinan dan persoalan.

Seketika kemudian, Amirul keluar dari biliknya dan bersiap untuk pergi. T-shirt putih tadi sudah ditukarkan kepada kemeja hitam berlengan panjang. Seluar pendeknya juga sudah hilang diganti dengan seluar slack hitam. Rambutnya sudah disisir rapi. Semerbak harum perfume Dunhillnya. Perfume yang paling digemarinya.

“Err.. awak ada date?” Mila menyoal. Tangannya bermain2 dengan hujung baju t-shirtnya. Matanya memerhatikan tingkah Amirul yang sedang tunduk menyarungkan kasutnya.

“Ha’a” Amirul mengiyakan. Mila mengertap bibir.

“Siapa?” ketus Mila bertanya. Sakitnya hati bila suami sendiri mengaku sedang menjalinkan hubungan dengan perempuan lain. Tapi, bukan akukah yang mahu berpisah? Kenapa pula aku nak peduli tentangnya. Suka hati dialah nak ada makwe baru ke, nak ada bini baru ke...

Amirul diam. Kemudian dia menarik segaris senyum.

“Nanti abang kenalkan pada Mila”

Huh, kenalkan pada aku? Kenapa pula dia expect aku nak jumpa kekasih baru dia? Nak suruh aku jealous la tu. Huh, jangan harap! Kenapa hati aku ni sakit semacam jer ni?

Mila menghantar pemergian Amirul dengan pandangan berkaca.

::Kusimpul Mati - 45::

Mumbling o milanhawkin at 1:30 PM 0 demented soul(s)
:Minggu Kedua:

Keadaan masih lagi sama. Amirul masih lagi dingin. Dani pula sudah semakin jarang menelefonnya semenjak kejadian minggu lepas.

Mila termangu sendiri. Salah dirinyakah? Semua yang berlaku ini sudah menjadi bebannyakah? Semua ini sudah lari jauh dari rancangan asalnya. Berkali-kali dia mengingatkan diri sendiri, bahawa apa yang terjadi sekarang ini adalah berpunca dari Amirul sendiri. Dan apa yang dilakukannya sekarang adalah jalan terbaik untuk membebaskan dirinya dari belenggu hidup yang tak diingininya. Membebaskannya dari Amirul. Betulkah? Betulkah ini yang dimahukannya?

Arghh.. rasa mahu hilang akal pun ada rasanya bila asyik memikirkan hal ini. Sudahlah Amirul hanya tahu membatukan diri bila bersama dengannya. Nasib baik juga Amirul berubah menjadi dirinya bila Papa dan Mama datang menziarahi mereka. Malah jika Alia ada pun, Amirul akan berubah menjadi romantis. Kenapa dia rasa rindu pada saat-saat sebegitu?

Mila melepaskan keluhan yang panjang. Rasa pilu menyelimuti hatinya saat ini. Amirul masih lagi belum mahu tidur sebilik dengannya. Walau separuh dari dirinya terasa amat lega, tetapi separuh lagi rasa begitu berkecil hati. Amirul sudah tak mahukan dirinya! Sedih...

::Kusimpul Mati - 44::

Mumbling o milanhawkin at 1:28 PM 0 demented soul(s)
:Minggu Pertama:

Sebulan! Sebulan untuk memikirkan kembali sama ada sudah bulat fikirannya untuk meneruskan rancangannya sebagai wanita tanpa apa2 ikatan. Semakin difikirkan, semakin sakit kepalanya. Hatinya semakin berbelah bagi. Dia semakin keliru tentang perasaannya sendiri.

Sejak sampai ke rumah petang tadi, Amirul kembali memandu keretanya keluar. Malah sejak keputusan itu dibuat, Amirul tidak bercakap walau sepatah pun. Mereka diam membisu hinggalah sampai ke perkarangan rumah. Entah ke manalah tempat yang ditujunya itu. Peluang yang ada digunakan untuk menelefon Halina. Hanya Halinalah tempat dia mengadu sekarang ini.

“Mila, kenapa dengan kau ni? Kenapa kau buat dia macam tu?” suara Halina di hujung talian sana kedengaran agak kesal. Mila mengeluh. Pasti dialah yang bersalah sekarang ini. Segala kelakuan Amirul dulu sudah dilupakan oleh Halina. Malah Mila pasti, sekiranya dia benar2 berpisah dengan Amirul, semua jari akan menuding padanya.

“Entahlah, Ina. Aku sendiri tak faham dengan diri aku sendiri” dengan bingung Mila menjawab. Sungguh, sejak tadi hatinya tidak tenteram.

“Aku ingatkan kau sayangkan Amirul, cintakan dia. Kenapa bila dia mahu balik pada kau, kau tolak dia pula?”

Kata2 Halina itu bermain2 di mindanya selepas perbualan mereka tamat. Baru saja kakinya mahu melangkah ke bilik air, telefon bimbitnya pula memainkan lagu ‘Where is the love’. Dia hampir berlari mendapatkan telefonnya. Sangkanya Amirul akan menelefon untuk memujuknya supaya menukar fikiran. Namun dia hampa bila melihat nama Dani yang tertera di skrin telefonnya.

“Assalamualaikum” lemah sekali suaranya. Hilang sudah semangatnya. Jiwanya seakan layu. Semuanya serba tak kena.

“Waalaikumsalam. Mila, kenapa tak tunggu saya tadi?” suara Dani di hujung sana berbaur kekecewaan. Mila buat tak peduli.

“Dani...” Mila bersuara, seakan memberi amaran. Ini lagi seekor kura2 dalam perahu.

“Hmm... ye saya tahu. Amirul datang ambil awak tadi”

“Kenapa awak telefon ni?” Mila bertanya. Badannya sudah dibaringkan ke katil. Katil yang dikongsi bersama Amirul sejak malam itu.

“Saya nak jumpa awak malam ni” pinta Dani bersungguh2. Mila menggelengkan kepalanya. Menyedari Dani takkan dapat melihatnya, dia kembali menyusun ayat. Dia perlu menjelaskan keadaan tanpa melukakan hati lelaki yang banyak menolongnya.

“Dani, awak tahu kan keadaan saya sekarang ni. Saya masih isteri Amirul, Dani. Tak elok rasanya saya jumpa awak malam2 macam ni. Nanti orang akan salah faham” Amirul akan salah faham. Amirul... ke manalah awak lari tu. Awak nak tinggalkan saya sekali lagi ke?

“Mila, saya rasa awak tahu perasaan saya pada awak. Sejak pertama kali jumpa awak kat pantai dulu, saya dah jatuh hati pada awak. Saya langsung tak boleh lupakan awak” luah Dani.

“Maafkan saya, Dani. Saya tak boleh terima awak. Dari dulu pun, saya hanya anggap awak macam kawan saya, kawan baik. Please Dani, awak patut tahu semua ni. Amirul kan kawan awak” Mila seakan memujuk. Memujuk Dani supaya melupakannya. Melupakan semuanya.

“Kenapa awak masih nak ambil kira perasaan Amirul? Amirul yang tinggalkan awak dulu dan saya yang masih ada di sisi awak. Amirul yang lukakan hati awak, dan saya yang mengubatnya. Amirul tak pernah fikirkan perasaan awak selama ni, kenapa awak nak fikirkan tentang dia pula?” Dani sudah naik berang. Dendamnya berbuku bila dia langsung tidak dapat menyaingi Amirul untuk mendapat tempat di hati gadis yang dicintainya. Sedangkan Amirul, lelaki itu hanya tahu memberi kesengsaraan dan kesakitan pada Mila. Kenapa lelaki itu juga yang dipilih oleh Mila? Terlalu butakah hati Mila hingga tak dapat melihat betapa luas cintanya pada gadis itu?

“Dia suami saya, Dani” tegas Mila, tak suka dengan cara Dani menggambarkan Amirul sebelum ini.

“Mintak cerai saja dari dia, Mila. Bercerai dengan dia, dan kahwin dengan saya. Saya akan pastikan awak akan bahagia bersama saya. Saya takkan pernah lukakan hati awak. I love you, sayang. Please marry me” pujuk rayu Dani umpama racun pada telinganya. Mila beristighfar panjang. Ya Allah, berdosanya aku mendengar semua ini. Dan Dani juga berdosa kerana cuba meruntuhkan masjid yang dibina.

“Dani, maafkan saya. Jika saya bercerai dengan dia sekalipun, saya takkan kahwin dengan awak. Maafkan saya” dengan kata2 muktamad itu, jarinya menekan butang merah di telefon bimbitnya. Bila telefonnya sekali lagi melagukan irama ‘Where is the love’, Mila dengan segera mematikan telefonnya. Fikirannya sudah cukup serabut dengan segala kejadian untuk hari ini. Dia mahu berehat. Mahu menenangkan fikiran dan melapangkan dada.

“Seronok ke boleh cakap dengan buah hati awak tu?” hampir terseliuh tulang belakangnya bila dia terbangun dengan tiba2. Amirul muncul di muka pintu. Wajahnya kusut, mungkin masih memikirkan hal tadi. Entah kenapa, mulutnya terkunci untuk menjawab pertanyaa Amirul. Apa lagi untuk bertanya ke mana lelaki itu menghilangkan diri. Matanya mengekori langkah Amirul yang mendekatinya. Hatinya semakin berdegup kencang. Apakah Amirul akan memarahinya? Memukulnya?

Amirul mencapai bantal di sebelah Mila. Kemudian dia merenung anak mata Mila. Terpancar rasa sedihnya di mata bening itu. Mila mahu merangkul tubuh di hadapannya dan menghilangkan kesedihan Amirul. Dia mahu... apa yang dia mahu?

“Abang tidur kat bilik sebelah. Mila tidurlah kat sini. Abang takkan kacau Mila lagi” ujarnya perlahan. Lambat2 dia melangkah keluar dari bilik tidur mereka. Mila masih kaku di atas katil.

::Kusimpul Mati - 43::

Mumbling o milanhawkin at 1:28 PM 0 demented soul(s)
Tepat jam 5.00 petang, telefon bimbit Mila berbunyi. 1 sms diterima.

Abg kat bwh. Turun sekarang.

Mila melepaskan keluhan. Bimbang Amirul naik darah jika dia lambat turun, sepantas mungkin dia mengemaskan meja. Dicapai beg tangannya dan meluru keluar dari biliknya. Terkocoh2 dia menyandang beg sambil berlari keluar.

“Eh, apsal kelam kabut sangat ni?” Hani menyoal kehairanan.

“Sorry, aku kena balik dulu. See you tomorrow” Mila melambaikan tangannya sebelum segera melangkah turun. Hani menggelengkan kepalanya. Agaknya gadis itu mesti dalam ketakutan. Yelah, caught red-handed oleh suami sendiri. Dia sendiri begitu terkejut bila Mila mengakui dia sudah bersuami. Makin terkejut bila mengetahui sudah 2 tahun lebih Mila bergelar isteri. Hmm... nampaknya Dani akan kempunanlah.

Sampai saja ke bawah, Amirul sudah menanti di sebelah keretanya. Degup jantungnya sudah mencapai 150km/j. Wajah itu terlalu serius dan tegang. Mila melajukan langkahnya.

“Maaf lambat” Riak wajahnya jelas menunjukkan dia amat kesal. Amirul hanya mendiamkan diri. Tiada senyuman menggoda yang sentiasa menghiasi bibirnya. Tiada ucapan yang bisa membuatkan wajah Mila kemerahan. Merajuk? Marah? Jealous?

Amirul terus membuka pintu dan meloloskan dirinya ke dalam kereta. Mila juga berbuat yang sama. Di dalam kereta, hanya DJ radio yang berbicara. Mila membuang pandang ke luar sana. Dia tak tahu bagaimana mahu memujuk suaminya. Memujuk? Kenapa pula dia harus memujuk Amirul? Rasanya dia tak perlu meminta maaf. Dia tak bersalah apa2. Dani bukan sesiapa padanya, hanya teman biasa. Kenapa dia harus merasa sensitif pada perasaan Amirul sedangkan lelaki itu tak pernah menghormati perasaannya. Ah, biarkan luncai terjun dengan labu2nya.

“Kenapa Dani boleh ada kat office Mila awal2 pagi macam tu?” akhirnya emas di dalam mulut lelaki itu dikeluarkan juga.

“He’s there to see me” jawab Mila, masih tidak mengalihkan perhatiannya daripada kereta2 yang meluncur laju di sebelah sana. Badannya bergerak ke belakang secara tiba2. Rupanya Amirul sudah menekan brek kereta dan berhenti di tepi jalan. Mila mengeluh.

“And could you please tell me why was he there to see you?” suara Amirul semakin keras, walaupun nadanya masih pada oktaf normal.

“Apa pulak salahnya? Sebelum awak balik ke sini, dia datang office saya tiap2 hari” Ah, mulut lancangku ini, dah jadi mulut tempayan. Apa perlunya dikhabari perihal itu pada Amirul. Hanya akan mengusutkan keadaan saja. Padahal bukannya dia tak tahu level panas baran Amirul tu.

“Oh, jadi sebelum ni Mila selalulah keluar dengan dia masa abang takde ye, tiap2 malam makan dengan dia. Mila ni suka cari pasal kan? Suka cari gaduh dengan abang. Ingat sikit, Mila tu isteri abang!” kali ini nadanya sudah meninggi 2 oktaf sekaligus. Gerun juga Mila dibuatnya. Tapi, tak guna dia terus menikus begitu. Tak mahu lagi dirinya dipijak oleh sesiapa.

“If I remember correctly, you’re the one who told me to let Dani pursue me. Yelah, sebab awak cakap Dani suka saya kan? Salah ke saya ikut nasihat suami sendiri. Saya kan isteri yang taat pada perintah suami” Mila menyindir geram. Sekali lagi dia membuang pandang ke luar kereta.

“Berapa kali abang nak cakap, janganlah diulang cerita lama tu” suara Amirul sudah mengendur. Agaknya menyedari kata2nya dulu. Terlajak perahu bolehlah nak diundur, terlajak kata tanggunglah sendiri akibatnya. Tangannya menekan2 dahinya.

“Bagi saya, itu bukan cerita lama. Rasa macam baru semalam semua tu berlaku” pedih hatinya bila mengingatkan kejadian di KLIA itu. Ia adalah mimpi ngeri yang sering datang ke dalam tidurnya. Bila dia bangun dari mimpinya itu, dia akan menangis teresak2 hingga ke pagi.

“Berapa kali perlu abang minta maaf dari Mila? Berapa kali abang perlu terangkan pada Mila yang abang nak kita mulakan hidup baru. Apa, susah sangat ke nak faham bahasa abang ni? Mila nak abang buat apa so that Mila boleh terima abang semula?” ujar Amirul. Tanpa sedar, tangannya sudah menumbuk stereng keretanya. Tersentak Mila dibuatnya.

“Saya tak nak apa2 dari awak” perlahan saja Mila kemukakan rasa hatinya. Wajahnya ditundukkan.

“Tak nak apa-apa?” soal Amirul. Kerut di dahinya sudah terbentuk.

Mila mengangguk. Amirul seakan mula faham apa yang dimahukan oleh Mila. Mendung wajahnya tak dapat ditahan. Hatinya pedih. Baru dirasakan pedihnya hati bila cinta ditolak. Sangkanya, sejak mereka bersama untuk kali pertama itu, dia sudah dapat memiliki Mila semula. Sangkanya, sejak malam itu, Mila sudah kembali padanya. Rupanya dia perlukan lebih dari itu untuk merebut kembali cinta Mila. Dia perlukan lebih masa. Atau, mungkinkah hati isterinya itu sudah terisi oleh lelaki lain?

Teringat kata2 Dani di corong telefon pagi tadi. Dani memanggil Mila, ‘sayang’. ‘Sayang’! Hanya dia saja yang berhak memanggil Mila dengan panggilan itu. Apa hak Dani untuk menggunakan perkataan itu? Kalaulah waktu itu Dani berada di hadapannya, sumpah dia akan membelasah Dani semahu2nya. Mila hanya miliknya seorang. Miliknya!

“Betul Mila tak nak apa-apa dari abang?” ulang Amirul. Dia mahukan kepastian, walaupun kebenaran hanya akan menambah sakit di hatinya.

Lambat2, Mila mengangguk lagi. Hatinya semakin berdebar. Betulkah aku mahukan ini? Betulkah? Tapi, kenapa aku rasa berat hati sangat ni? Rasa macam aku akan buat satu kesalahan yang paling besar dalam hidup aku? Bukankah ini yang akumahukan sejak Amirul meninggalkan aku dulu? Dengan tekad inilah aku berjaya bangkit semula. Kenapa pula aku rasa aku akan jatuh semula kerana tekad ini?

Lama Amirul mendiamkan diri. Dia berperang dengan perasaannya. Dia takkan sekali2 melepaskan Mila. Apa lagi untuk melepaskannya ke dalam pelukan lelaki lain. Tapi dia juga sedar tak guna untuknya memaksa sedangkan segala kesalahan itu terletak di atas bahunya. Dia yang menyebabkan Mila berpaling darinya.

“Baiklah. Abang bagi masa pada Mila sebulan untuk fikirkan semula tentang ini. Kita tengok dulu ada progress tak dalam hubungan kita. Kalau takde jugak, abang akan ikut keputusan Mila” putus Amirul. Perlahan tangannya kembali pada gear kereta dan memulakan kembali perjalanan mereka. Mila masih lagi cuba menerima kenyataan persetujuan Amirul. Ya Allah, betulkah tindakanku ini?

::Kusimpul Mati - 42::

Mumbling o milanhawkin at 1:27 PM 0 demented soul(s)
Hari ini, sekali lagi Mila terlambat ke pejabat. Siapa lagi penghalangnya kalau bukan suaminya sendiri. Teruk betul lelaki itu. Sejak kejadian malam itu, manjanya makin menjadi2. Makin mengada2. Aku lesing baru tau! Eh, tak baik buat macam tu kat suami sendiri, Mila. Berdosa!

Dia terpaksa mengaku, hubungan mereka semenjak dua menjak ini semakin baik. Malah Amirul terlalu menyayanginya. Amirul sentiasa menunjukkan kasih sayangnya. Semakin hari, dinding yang dibina sejak dulu sudah semakin lenyap. Perlahan2 dia juga semakin dapat menerima kehadiran Amirul dalam hidupnya. Tetapi jauh di sudut hati, dia tak tahu kenapa dia masih meragui kasih sayang suaminya itu. Dia masih ragu2 tentang semua ini.

Penat dia memanjat tangga ke tingkat 3 bila lift hari itu rosak. Bila dah lambat macam ni, macam2 hal pula akan berlaku. Makin lambat lah jadinya. Masuk je ke pejabat, dia sudah ditegur oleh bosnya, Mr Teoh. Dia dah jadi burung belatuk asyik terangguk2 dan meminta maaf. Geramnya pada Amirul semakin bertambah.

Sampai je ke ruang pejabatnya, dia ternampak pula kelibat Dani yang sudah sedia menunggunya di kerusi. Alahai... ini lagi satu masalah.

"Hi, sayang" sapa Dani dengan senyuman menggoda di bibirnya. Mila sekadar tersenyum kelat. Teringat amaran Amirul.

“Abang tak suka Mila jumpa dengan Dani tu lagi. Mila isteri abang, jagalah maruah abang”

“Saya bukannya buat apa2 dengan dia. Kami cuma kawan. Apa salahnya saya berkawan dengan dia. Dia kan kawan awak juga”

“He was a friend! Not anymore” Mila seakan dapat merasai nada kesal dalam suara suaminya.

Walaupun kurang faham dengan ayat tersebut, tetapi malas mahu bertanya. Memanjangkan pergaduhan bukanlah agenda yang paling disukainya. Baginya, dia tidak menjatuhkan maruah sesiapa dengan berkawan dengan Dani. Tidak pernah terlintas di fikirannya untuk melebihi batas persahabatan dengan lelaki itu.

"Awal awak datang? Kenapa?" soal Mila setelah langkahnya diatur ke mejanya. Dani membetulkan duduknya. Matanya merenung tepat ke anak mata gadis di hadapannya. Rindunya sudah terubat. Agak lama juga dia tak datang menjenguk Mila. Yelah, setiap kali keretanya singgah ke pejabat ini, dari jauh dia sudah melihat kelibat Amirul yang menunggu isterinya. Dia takde peluang langsung mahu dekat.

Pagi ini, memang sengaja dia datang awal ke sini. Keretanya diparkir jauh dari bangunan, rela menapak. Dia bukanlah lelaki pengecut, tetapi dia kenal Amirul. Jika Amirul sudah suka akan sesuatu itu, janganlah sesiapa cuba merampas darinya. Dalam hal ini, dia perlu gunakan cara halus. Sekarang dia perlu meyakinkan Mila. Dia benar2 berharap, usahanya selama setahun itu akan membuahkan hasil.

"Saja datang melawat buah hati, salah ker?" ujar Dani sambil mengenyit sebelah matanya. Mila mencebik, sudah biasa dilayan begitu oleh Dani.

"Pagi2 macam ni? Ada hal penting?" kening Mila terangkat.

"Mmm... takut kena sambar" selamba Dani menjawab.

Memang dah kena sambar pun, En Dani.

"Wah, Mila. Pagi2 lagi dah ada org tunggu kau. Bertuah betul. Tak sangka pakwe kau ni cemburu orangnya" Hani menyapa, menjengukkan mukanya ke dalam pejabat Mila. Dia tersengih2 memandang Dani.

Sejak hari pertama berjumpa dengan Dani yang datang bersama sejambak bunga, Hani sudah dapat mengagak Dani menyukai Mila. Malah sejak dari hari itu, Dani seringkali singgah ke pejabat mereka, sama ada mahu mengajak Mila lunch bersama atau sekadar datang untuk berbual. Bila pulang juga, wajah si Dani ini akan muncul menjemput. Cuma sejak akhir2 ini, sudah ada lelaki lain yang selalu menjemput Mila untuk pulang. Dani juga sudah semakin jarang berkunjung. Niatnya mahu mengorek rahsia, tapi bila melihat Dani turut berada di situ, dia membatakan saja hasratnya. Esok kan ada!

"Siapa tak sayang makwe, Hani. Lebih2 lagi macam Mila ni. Comel sangat. Risau juga ada org berkenan dgn dia karang" girang saja Dani berceloteh. Matanya sekali sekala meratah wajah manis di hadapannya.

"Kau dengar la cakap Dani ni, Hani. Sejak bila entah dia jadik pakwe aku" Mila menjuihkan bibirnya. Tangannya dengan cekap mengemaskan mejanya, membiarkan saja Hani menyambung perbualannya dengan Dani. Kemudian dia mengasingkan beberapa fail yg mahu digunakan untuk meeting petang nanti.

Bunyi telefon yang berdering membuatkan mereka bertiga mematikan suara. Mila sedikit kurang senang apabila Hani dan Dani memerhatikan tingkah lakunya. Mesti nak pasang telinga nih.

"Hello, Assalamualaikum"

"Waalaikumsalam, baby. Baby dah sampai office?" Riak wajah Mila yang tadinya tenang bertukar gelisah. Wajahnya mula kemerahan. Hani dan Dani saling berpandangan. Hani mengangkat bahunya, tanda dia tidak tahu siapa yang menelefon. Namun Dani sudah dapat mengagak bila melihat pipi Mila yang semakin kemerahan. Bibirnya diketap.

"Dah" pendek jawapan Mila. Ya Allah, dia ni... suka2 hati je nak panggil aku baby. Makin dilarang, makin menjadi pulak tabiatnya yang satu itu. Diikutkan hati, mahu saja dia memutuskan talian, tapi akan mengundang gosip pula jika dia buat begitu di hadapan Hani. Dani, lain cerita. Rasanya Dani sendiri sudah sedia maklum siapa yang berada di hujung talian sana.

"Sorry sebab abang dah lambatkan baby pagi tadi. Lepas ni kalau baby kena buang kerja, baby kerja dengan abang sajalah ok" Alahai, cairnya hati aku. But nope! Tak kuasa aku nak kerja satu office dengan dia. Boleh sakit jiwa dibuatnya. Lagipun, nanti susah kalau nak lari.

"Awak ni, boleh tak jangan panggil saya macam tu" kata2 itu diutarakan tanpa perlu menggerakkan bibirnya dengan banyak. Dia tahu mereka berdua sedang memasang telinga.

"La, sayang kan comel, kecik, manja pulak tu. Layak la dipanggil baby. Lagipun..." kata2 yang seterusnya terus membuatkan pipi Mila kembali kemerahan.

"Awak ni..." geram Mila bersuara. Terdengar gelak tawa di hujung sana. Suka la tu kenakan orang.

"OK lah sayang, I kena balik office ni. I jumpa you petang nanti ye. See you, luv!" Dani sengaja menguatkan suaranya, berharap agar Amirul dapat mendengar. Dia sedang sakit hati, dan dia mahu Amirul juga merasakan perasaan yang sama.

Mila yang terpinga2 hanya mampu menghantar Dani dengan pandangan matanya. Matanya bertembung pula dengan Hani yang sekali lagi mengangkat bahunya.

"Petang nanti tunggu abang datang. Dont you dare to take his lift!" terus saja talian dimatikan. Sekejap saja dia dah tukar personality. Tadi romantis, sekarang dah jadi macam ketua army pulak. Garang! Huhuhu...habislah aku petang nanti.

“Err.. siapa tu?” Hani bertanya setelah Mila meletakkan telefonnya. Perasaan ingin tahunya membuak2. Dia pasti ada sesuatu yang tidak kena bila melihat wajah Mila yang keruh. Dani juga pergi dengan wajah yang masam. Mila meraup mukanya.

“My husband” jawab Mila perlahan.

Hani terlopong.

::Kusimpul Mati - 41::

Mumbling o milanhawkin at 1:26 PM 0 demented soul(s)
Amirul mencapai jemari Mila dan menggenggamnya erat. Hatinya berbunga riang bila Mila langsung tidak melarang. Macam mana nak dilarang jika ibu bapa mertuanya sudah menunggu mereka di halaman rumah. Takkan nak buat hal kat sini.

Lega Pn Meriam melihat kemesraan mereka. En Zulfakar juga tersenyum senang. Hajat mereka untuk menimang cucu nampaknya akan tercapai dalam masa terdekat ini, InsyaAllah...

Setelah bersalaman dengan mereka, Pn Meriam membawa Mila ke dapur untuk menyediakan makan malam. En Zulfakar pula beriringan masuk ke dalam rumah bersama Amirul. Mereka rancak berbual mengenai hal perniagaan.

“Alia mana, Mama?” Mila bertanya. Sejak tadi dia tak nampak kelibat Alia di mana2. Rasanya gadis itu belum lagi mula bekerja. Pn Meriam yg sedang mengacau gulai berpaling memandang Mila.

“Alia pergi rumah Kak Amira kamu. Katanya nak rehatkan fikiran sebelum mula kerja minggu depan” jelas Pn Meriam. Mila mengangguk. Betul juga, bila dah kerja nanti takde masa nak rehat.

“Mila, bila lagi Mama nak dapat cucu dari kamu?” Soalan Pn Meriam benar2 mengejutkan Mila. Hampir saja pisau yang digunakan untuk memotong buah limau menghiris jarinya. Nasib baik sempat elak!

“Err...err...” Aduh, apa nak dijawab ni...

“Tengah usaha la ni, Mama” Entah bila masa Amirul masuk ke dapur pun dia tak sedar. Tahu2 je tangan Amirul sudah melingkar ke pinggangnya. Tubuh mereka terlalu rapat. Tak malu betul la lelaki ni. Nasiblah dapat laki terlebih miang. Dahla miang, tak malu pula tu, kutuk Mila dalam hati.

Pn Meriam tersengih2 melihat mereka berdua. Dia memanjatkan syukur yang tak terhingga kerana perubahan anaknya. Malah dia sentiasa berdoa Mila akan menerima Amirul kembali. Doanya sudah dijawab.

“Tepi la, orang nak buat kerja ni”

“Eleh, takat potong limau tu takde la keje mana pun. Bukannya tengah goreng ikan ke apa” usik Amirul. Eh, loyar buruk plak dia ni. Bagi siku kang!

Amirul mengeratkan pelukannya. Rasa tak nak lepas langsung. Hatinya sedang sarat menanggung kasih yang menggunung. Langsung dia tak peduli pada Mamanya yang terpacak kat situ. Dagunya diletakkan ke bahu Mila. Sesekali bibirnya mencium bahu Mila.

“Keluar la, temankan Papa” Mila mencuba lagi. Kalau tak berjaya juga, dia memang akan lakukan sesuatu.

“Taknak. Unless sayang bagi abang one big kiss” Amirul berbisik ke telinga Mila. Dia dah berkira2 nak memijak kaki Amirul sekuat hatinya bila ibu mertuanya menyelamatkan tindakannya.

“Yelah, Mirul ni. Yang nak berkepit dengan bini tu je kenapa? Kat rumah tak cukup ker?” perli Pn Meriam pula. Rimas juga bila melihat Amirul begitu.

“Mama jeles ke? Nanti Mirul cakap kat Papa ekk” Amirul tergelak dan berlari keluar apabila Pn Meriam pura2 mahu memukulnya dengan senduk gulai.

“Ishh, budak ni...”

Sepanjang malam itu, Amirul memang tak berenggang langsung dari sisi Mila. Ke mana saja Mila pergi, di situlah dia muncul. Bahkan bila Mila menawarkan diri untuk membasuh pinggan mangkuk yang mereka guna untuk makan malam, Amirul dengan rela hatinya ikut sama membantu. Walaupun dia hanya sekadar merenung isterinya tanpa berbuat apa2. Bosan merenung, dia akan mengusik. Puas mengusik, dia akan memeluk atau mencium isterinya bila saja ada kesempatan. Sudahnya Mila mengambil masa hampir dua jam hanya utk membasuh pinggan.

“Suka sangat kacau orang” rungut Mila bila pipinya baru saja dicium oleh Amirul. Digosok2 pipinya dengan lengan bajunya. Dahla tak tolong basuh pinggan, dikacaunya pulak kita.

“Suka, suka sangat. Lebih2 lagi bila baby abang ni marah. Lagi marah, lagi comel. Yang abang suka sangat tu, suara baby tu. Manja. Marah pun manja. Semacam je abang rasa” balas Amirul, tersengih. Mila menghadiahkan sebuah jelingan tajam untuk suaminya.

“Cepat la basuh pinggan. Abang nak tidur pulak ni” Amirul merengek lagi. Rasa macam dah lama pulak kat dapur ni. Mama dan Papa agaknya dah lama tidur.

“Nak tidur, naik je la atas. Apa kaitannya pulak dengan saya?” bidas Mila, malas mahu melayan karenah Amirul yg kebudak2an.

“Abang mana boleh tidur kalau takde baby abang. Nanti abang nak peluk siapa?” Amirul sudah kembali mengelus bahu dan belakang Mila. Mila tak menjawab, sibuk mengelap pinggan yang terakhir.

“Lagipun, abang nak tunaikan hajat Mama dengan Papa ni. Diaorang nak baby girl” bisik Amirul yang kemudian mencempung tubuh isterinya.

::Kusimpul Mati - 40::

Mumbling o milanhawkin at 1:26 PM 0 demented soul(s)
“Sayang, petang ni kita pergi ke rumah Mama terus dari office ye. Pukul 5 abang datang jemput” pesan Amirul pada isterinya sewaktu menghantarnya ke office. Dengan berat hati, Mila mengangguk. Memang semalam Mama sudah berpesan mahukan mereka datang singgah ke sana. Katanya sudah lama tak jumpa. Yelah, hati orang tua kenalah jaga. Baru saja dia mahu keluar dari perut kereta, Amirul menarik tangannya.

“Tak nak salam abang dulu ke?”

‘Perlu ke?’ hampir saja kata2 itu terlepas dari bibirnya. Mujur dia sempat menahan mulut celuparnya. Dengan malas, dicapainya tangan Amirul dan mencium sekilas.

“Lepaslah. Saya nak masuk office pulak ni” ujar Mila sambil cuba melepaskan tangannya dari pegangan Amirul. Geram betul! Dahlah tadi paksa orang naik kereta dia, konon nak hantar la tu. Pastu paksa orang salam2 dengan dia pulak. Sekarang, tak nak lepas pulak tangan orang. Mengada2 la dia ni.

“Kiss me first” Amirul menyungging senyum nakal.

Bulat mata Mila memandangnya. Dia ni...!!

“Tak naklah” bentak Mila. Dibiarkan Amirul memegang tangannya. Peganglah sampai ke petang pun. Tak masuk kerja pun takpe. Ada ke suruh orang cium2 dia kat sini. Dibuatnya nampak dek bebudak office, tak ke naya. Dahlah diaorang tak tahu aku ni dah kahwin. Terus kena cop perempuan murah karang.

“Kenapa? Takut orang nampak ekk” Amirul tak sudah2 mahu mengusik. Dielus2 tangan Mila dengan mesra. Meremang bulu roma Mila dibuatnya.

“Ye la. Saya tahu la awak ni tak malu, tapi saya ni ha yang malu”

“Tak kira. Nak kiss gak” Amirul sudah mula merengek. Mila menjeling geram. Apa punya teruk perangai orang tua ni!

“OK, OK! Pejam mata”

Dengan patuh, Amirul memejamkan mata dan menyuakan mukanya. Senyum di bibirnya tidak pupus membuat Mila bertambah geram. Puas hati agaknya bila Mila menurut kehendak hatinya.

Mila merapatkan bibirnya pada pipi Amirul dan ‘CUPP’. Untuk seketika Amirul lupa pada tangan Mila yang digenggamnya dari tadi, mengusap pipinya dengan tidak puas hati. Sepantas kilat Mila membuka pintu kereta dan melangkah keluar.

“Mila, that was not a kiss” Mila hanya menjelirkan lidahnya dan terus menutup pintu kereta. Hatinya puas dapat mengenakan Amirul. Itulah, mengada2 sangat. Ingat ini USA ke nak cium2 depan orang ramai. Walaupun hubungannya menghalalkan, tak bermakna mereka boleh tunjukkan benda2 intim macam tu pada orang luar.

“Yang kau sengih sampai ke telinga pagi2 buta ni kenapa?” tegur Hani yang menyaingi langkahnya. Mila sedikit tersentak mendengar suara Hani. Aiseh, dia nampak ke aku tadi? Tapi, kalau dia nampak, takkan la dia nak tanya kenapa pulak kan?

“Takde pape la...” dalih Mila, cuba memulihkan warna wajahnya saat itu.

“Eleh, mesti ada apa2 ni. Nampak ceria jer. Berseri je muka kau. Hmm... Dani ajak kau kahwin ke?”

“Ish, hang gila kaa. Aku kan...” kata2 Mila mati di situ bila telefonnya berbunyi. SMS! Mila membuka kotak message. Nama Amirul tertera di skrin telefon bimbitnya.

‘Main tipu ye. Malam karang, siaplah baby. Abang akan balas’

Wah, berdendam nampak. Mila tersengih lagi. Hani pula masih berkerut dahi.

::Kusimpul Mati - 39::

Mumbling o milanhawkin at 1:25 PM 0 demented soul(s)
Matanya berkelip2 memandang siling. Hatinya sejak tadi diburu rasa benci. Benci dengan apa yang telah berlaku malam tadi. Jika diikutkan hatinya, mahu saja dia menjerit sekuat2 hatinya. Biar semua orang tahu perasaannya.

Matanya sudah berkaca. Tidak! Tidak sepatutnya dia menangis. Bukankah dia sudah berjanji pada dirinya sendiri untuk tidak lagi menangis, lebih2 lagi untuk lelaki tak guna tu! Arghhhh!!!!

Tangan yang sedang asyik melingkar ke pinggangnya dari tadi ditolaknya tanpa perasaan. Geram! Amirul di sebelahnya segera tersedar bila kehangatan di sebelah tubuhnya sudah menghilang. Tangannya menggagau mencari namun hampa. Matanya dibuka dengan malas. Mana pulak bini aku ni hilang.

Terlihat kelibat Mila yang sedang berdiri balkoni bilik tidur. Remang cahaya subuh yang tersebar ke serata alam. Subhanallah, sungguh indah ciptaan Allah. Tapi semua itu tidak dapat menenangkan hatinya yang dipalu gelisah yang tak sudah. Kesal.

Hatinya kembali berdebar2 saat dirasakan sepasang tangan gagah melingkar, memeluknya dari belakang. Mahu saja ditolak tubuh yang sudah melekat rapat ke tubuhnya namun dia tak ingin memulakan pagi mereka dengan pertengkaran. Lantas dibiarkan saja Amirul memeluknya. Matanya ditala ke arah bumi Allah yang terbentang luas.

“Hmm… kat sini rupanya sayang abang ni. Kenapa pagi2 dah termenung kat sini ni?” soal Amirul. Bibirnya turun mencium bahu Mila yang terdedah.

“Can you please keep your mouth to yourself? Tangan tu pun sama. Suka je nak merayau tak tentu hala” ujar Mila dengan geram. Kali ini cuba dirungkaikan pelukan Amirul. Seperti biasa, ianya menjadi sia2. Dia terdengar gelak tawa Amirul di telinganya. Sungguh menyakitkan telinga.

“Tak boleh la, baby. Abang dah train diaorang jadi macam tu bila dekat ngan baby”

“Apakehalnya panggil orang ni baby. Ingat saya ni budak2 ker?” ketus Mila bersuara. Walaupun dia tak ingin nak bergaduh pagi2 macam ni, tapi baginya Amirul terlalu menjengkelkan.

“Habis, suka sangat merajuk, marah2. Macam baby jugakla” Amirul tetap tersengih, langsung tak peduli dengan kemarahan Mila.

“Cakap ngan awak ni, tak pernahnya saya nak menang. Ada jer awak nak menjawab.
Benci!”

“Benci tapi sayang kan?” usik Amirul sambil ketawa.

“Huh! Perasan!”

“Abang perasan ngan sayang jer. Jom, tidur balik” Amirul merengek. Geli betul dengan Amirul yang romantis macam ni. Tangan Mila segera mencubit lengan Amirul hingga lelaki itu mengaduh kesakitan.

“Ketam!” ejek Amirul. Mila mengertap bibir. Sampai hati awak panggil saya ketam!

“Rimau!” Mila membalas.

“Grrr...” Amirul pura2 mahu menerkam sambil membunyikan ngauman harimau. Mila segera berlari keluar dari bilik, meninggalkan Amirul dengan tawanya. Segaris senyum terukir di bibirnya. 'Gila!'

::Kusimpul Mati - 38::

Mumbling o milanhawkin at 1:25 PM 0 demented soul(s)
Seperti yang dijanjikan, Amirul sudah bersedia menunggu di ruang tamu. Televisyen yang terpasang tidak diendahkan. Cuma sesekali matanya tertancap di situ, tembus ke dinding. Fikirannya masih pada Mila.

"Awak..." panggil Mila, sedikit takut2. Yelah, tadi nampak macam marah sangat. Yang dia paling risau, perangainya yang dulu tu datang balik. Tak ke susah dia nanti.

Amirul mengerling sekilas. Lembutnya suara itu. Tiap kali suara itu singgah ke telinganya, hatinya seakan dibuai rindu.

"Mila, meh duduk sini" tangannya menepuk2 sofa di sebelahnya, mengunjukkan pada Mila di mana gadis itu perlu duduk. Dengan sengaja pula Mila duduk di sofa jauh di hujung sana. Amirul mengertap bibir.

"Mila perasan tak?" Mila mengangkat mukanya dengan kening sedikit terangkat.

"Perasan apanyer?" dengan malas saja dia bersuara.

"Sejak abang balik ni, Mila makin garang la" usik Amirul dengan senyum tak mati di bibir. Mila mencebik, langsung tak diendahkan kata2 Amirul. Malas nak layan! Kalau nak bagi ceramah, bagi jer la. Aku dah tadah telinga ni. Apa tunggu lagi? Mila merengus.

Amirul mengengsot mendekati isterinya. Matanya tak lepas dari wajah manis Mila. Sungguh, makin lama direnung wajah itu, makin menggunung sayangnya. Dia sendiri tak mengerti perubahan ini. Mungkin kerana hatinya sudah terbuka luas untuk gadis itu. Bezanya, kali ini dia yang menagih kasih yang tak pasti.

"Mila..." romantis sekali bibir itu menuturkan nama Mila. Namun Mila tetap tak mahu berpaling. Matanya dihalakan pada televisyen yang sedang menyiarkan rancangan dokumentari. Pun begitu, derianya yang lain tetap pada Amirul.

"Mila, sayang....tak nak pandang abang langsung ke?" suara Amirul seakan merajuk.

Iskk.. ada hati nak merajuk2 dengan aku pulak! Sorry, skill memujuk masih dalam level beginner. Tak reti!

"Sampai hati Mila"

Diam seketika. Eh, betul ke dia ni merajuk? Mila segera berpaling. Saat itu merekah senyuman dari bibir Amirul.

"Ha.. nak pun tengok muka handsome abang ni!"

"Awak nak cakap apa sebenarnya ni? Let's get to the point. Don't waste my time" tutur Mila, geram dengan usikan Amirul. Mengada2. Dulu takde pulak nak mengada2 macam ni. Sket punya garang dulu, huh!

"Makin marah, makin cantik la isteri abang ni" automatik tangan Amirul naik mencubit sayang pipi Mila yang sememangnya sudah kemerahan. Makin merah dibuatnya. Belum sempat dia menepis, tangan Amirul sudah kembali ke tempat asalnya dengan tuannya yang sudah gelak geli hati.

"Suka2 hati je nak pegang2 orang" rungut Mila, menggosok2 pipinya yang dicubit tadi. Sakit tau!

"Apa salahnya, bukan orang lain. Isteri sendiri" balas Amirul tak mahu kalah.

"Isteri konon..."

"Mila, Mila dah tak sudi dengan abang ker? Mila dah tak sayangkan abang?" kali ini serius saja Amirul menyoal. Mila diam. Mungkin inilah masanya dia berterus terang pada Amirul tentang rancangannya.

"Ya, saya dah takde hati dengan awak. Saya nak..."

"Bergegar tiang Arasy bila seorang isteri menuntut cerai dari suaminya" Amirul memotong kata2 Mila. Kata2 itu membuatkan lidahnya kelu. Benar, dia akan melakukan satu dosa bila menuntut cerai dari suaminya. Bukankah perkara halal yang paling dibenci Allah adalah penceraian?

"Saya cuma mintak awak tunaikan janji awak dulu" Bila dilihat dahi Amirul berkerut memikirkan janjinya yang mana satu, Mila menyambung.

"Awak sendiri yang cakap, bila awak dah pulang ke Malaysia, awak akan selesaikan hal kita" rendah nada suaranya. Matanya tunduk memandang lantai. Dia amat berharap Amirul memahami kehendaknya.

"Tapi abang tak maksudkan penceraian" lembut pula suara Amirul membalas, seakan memujuk hatinya. Ah, hati ini sudah remuk kau kerjakan, apa gunanya lagi pujukan?

"Tapi itulah yang saya fikir dari kenyataan macam tu" tegas Mila.

"Mila tak ingat Mama dengan Papa ker? Tak sayangkan mereka lagi? Mereka tentu sedih kalau kita berpisah. Kalau tak sayangkan abang pun, ingatlah mereka sikit. Selama ni mereka layan Mila dengan baik kan?" Ah, tagline yang sama. Itu jer lah modalnya. Cuba la jadi kreatif sikit.

Ada air yang bertakung ditubir matanya. Mama dan Papa. Hatinya tercarik lagi. Jadi, Amirul melakukan semua ini kerana mahu memuaskan hati ibubapanya saja? Bukan untuk dia, isterinya?

"Sampai bila saya nak puaskan hati orang lain. Saya pun ada perasaan, ada harga diri. Saya tahu mereka sayangkan saya. Saya pun sayangkan mereka. Tapi kalau mereka betul2 sayangkan saya, mereka akan tahu keputusan yang saya buat ini adalah untuk kebaikan semua" Air matanya jatuh ke pipi. Ah, kenapa harus menangis di hadapan lelaki ini? Nampak sangat kelemahan aku! Cepat2 diseka matanya dengan lengannya.

Amirul sudah mencapai tangan Mila, digenggamnya erat, risau Mila akan menarik kembali tangannya. Bila Mila tak menolak, dibawa jemari itu ke bibirnya. Dikecup lembut. Mila tersentak.

"Bukan maksud abang macam apa yg Mila fikirkan. Abang sayangkan Mila. Abang mahu kita hidup bersama, macam pasangan lain juga. Abang nak kita ada anak2 yang comel suatu hari nanti, macam suami isteri yang lain jugak" Mila diam tak berketik. Macamlah aku nak percaya! Anak? Anak2 yang comel. Ufff... Ni yang buat aku berbelah bagi ni. Tensi betulla macam ni.

"Kita bina hidup baru ye sayang. Kita mulakan dari awal. Kita belajar mengenali diri masing2" pujuk Amirul lembut, penuh syahdu.

Mila tak sedar entah bila masanya Amirul merangkul tubuhnya. Tiba2 saja wajah mereka hanya tinggal seinci saja jaraknya. Hampir juling matanya cuba memfokus pada mata Amirul. Bahaya! Derianya seakan memberi amaran.

Namun seperti yang Amirul jangka, tangannya menangkap tangan Mila yang cuba menekup mulutnya.

"Lesson learnt, sayang! Terer tak abang?" Amirul senyum menang. Mila sudah tak keruan bila Amirul sudah menundukkan kepalanya.

::Kusimpul Mati - 37::

Mumbling o milanhawkin at 1:24 PM 0 demented soul(s)
Mila meletakkan beg tangannya ke atas meja. Hidungnya segera menangkap bau makanan. Eh, siapa pula yang datang memasak kat sini? Rasanya dia tak upah mana2 orang gaji lagi. Takkan Amirul kot? Sebelum masuk ke rumah tadi memang dah ternampak kereta Amirul sudah berada di parking lot. Awal pulak dia ni balik. Tapi, memasak? Biar betul…

Entah2 Mama yang datang kot? Tapi takde pulak Mama cakap nak datang rumah masa dia call tadi. Pelik, pelik sungguh.

“Assalamualaikum” sengaja Mila menguatkan suaranya. Salamnya bersambut oleh suara lelaki yang amat dikenalinya. Betullah dia memasak ni, Mila tersengih sendiri.

“Mila, dah balik ker? Ala, abang tak siap masak lagi la”

Eceh, ala-ala manja la pulak dia ni.

Amirul kemudiannya keluar dengan senduk di tangannya. Geli hati Mila melihat Amirul yang tersarung apron. Yelah, pakai apron dengan seluar pendek, berbaju singlet. Sebijik macam apek jual ikan kat pasar, cuma apek yang ini tengah memasak. Nak gelak karang, kecik hari pulak.

“Err… “ Mila hilang kata2. Nak kata apa?

“Kenapa? Terkejut?” Amirul sengih bangga. Mila mencebik.

“Abang nak masak special utk sayang ni. Mila naik atas dulu, mandi lepas tu solat. Then kita makan sama2 ye”

Amirul sudah menghilang ke dapur bila Mila menapak ke biliknya. Tak sangka betul mamat tu nak memasak. Mila menggeleng2kan kepalanya.

Hampir sejam kemudian Mila kembali keluar ke dining room. Aroma tomyam segera menerpa hidungnya. Alamak, ini favorite ni. Nasi putih masih berasap di atas meja makan. Semangkuk besar tomyam tersedia di tengah2 ruang meja. Siap ada kailan ikan masin lagi tu.

“Duduklah” tegur Amirul. Tangannya memegang semangkuk daging masak merah bersama sepinggan telur mata kerbau. Amboi, ini nak makan ker nak buat kenduri? Amirul kembali menghilang ke dapur. Kali ini dia membawa pula sejag jus oren.

“Sayang, tercegat apa lagi kat situ tu? Duduklah” sekali lagi Amirul mempelawa Mila. Mila yg sebenarnya terkejut melihat menu makan malam itu sedikit tersentak. Cepat2 ditariknya kerusi yang paling hampir dengannya. Dah rezeki depan mata, takkan nak ditolak pulak.

“Kenduri apa ni?” Aiseh, nak buat lawak tak menjadi pulak aku ni, Mila mengutuk diri sendiri.

Amirul mengorak senyum.

“Kenduri apa pulak, makan malam la ni. Abang masak special utk Mila tau” Amirul sudah mengambil tempat di sebelah Mila. Ish, sebelah aku jugak Mamat ni nak duduk.

“Awak dulu ambil kelas memasak ek?” sengaja Mila memperli. Riak wajah Amirul masih tak berubah, masih tetap dengan senyum menggodanya. Hati, tabahlah dikau.

“Makanlah” suruh Amirul setelah diletakkan semangkuk kecil tomyam di hadapan Mila. Tangannya menceduk kailan ikan masin ke dalam pinggan Mila.

Uiks, layanan tahap VIP ni. Mila menyudu tomyam, disuakan ke mulutnya. Dia sedar Amirul asyik memerhatikannya, namun tidak membalas penghormatan itu. Tengok la, bukannya luak pun.

“Sedap” terpacul perkataan itu dari bibirnya. Amirul tersenyum puas. Tak sia2lah dia lari awal dari office tadi semata2 mahu menyediakan makan malam untuk isterinya. Kira bab nak ambil hati la ni.

“Kalau macam ni, awaklah masak hari2”

Eh, Milakah ini yang mengusik? Mila, dah lupa ke dengan prinsip kau? Pendirian kau? Ah, untuk malam ni aje. Lagipun dah penat Amirul memasak untuknya. Sekadar membalas budi, apa salahnya kan?

“Ops, sorry sayang. Ini untuk malam ni saja tau. Untuk anniversary kita saja”

Huh? Anniversary?

“Genap 2 tahun kita kahwin”

Hampir tersembur nasi dari mulutnya. Amirul ingat? Eh, betul ke ni? Otaknya ligat mengira, mengingat. Hmmm, betullah. Seleranya tiba2 putus. Nasi di pinggannya dikuis2 malas.

“Abang ingatlah, sayang”

Kalau macam tu, mesti awak ingat jugak apa yang awak dah buat kat saya dulu kan? Mesti awak dah ingat semua kata2 awak pada saya. Kalau awak tak ingat pun, saya ingat. Sampai bila2. Sampai mati pun saya akan ingat! Kata2 itu hanya bermain di mindanya, tak terluah dek sebak yang mula menggunung di dada.

“Err… awak makanlah. Saya dah kenyang” Mila bingkas bangun. Namun secepat kilat juga tangannya disambar oleh Amirul. Mukanya seakan diratah oleh mata Amirul yang sudah mencerun padanya. Amirul sudah naik darah.

“Mila, tak elok membazir. Makan dulu, OK? Abang tahu Mila lapar” ayat itu sudah menjadi ayat arahan. Yang tak boleh dipatahkan.

Mila kembali duduk. Sungguh, seleranya dah hilang. Tapi dipaksakan juga menelan nasi yang ibarat pasir yang mengalir ke dalam kerongkongnya. Payahnya nak makan.

Makan malam itu berakhir dengan mereka berdua makan tanpa bicara. Masing2 seakan mengumpul kekuatan sendiri. Sunyi. Hanya kedengaran bunyi sudu berlaga dengan pinggan mangkuk. Selebihnya, sunyi.

“Lepas makan, Mila basuh pinggan”

Cheh! Ingatkan nak tolong basuh pinggan sekali. Benci!

“Lepas tu, Mila ke depan. Abang tunggu kat ruang tamu” serius saja suara Amirul. Hilang sudah keceriannya tadi.

Adalah tu nak bagi ceramah ke hapa tuh. OK Mila, bersiap sedialah untuk bertarung! Ish, macam nak pergi berperang pun ada ni.

::Kusimpul Mati - 36::

Mumbling o milanhawkin at 1:24 PM 0 demented soul(s)
Matanya melilau melihat orang yang lalu lalang di sekitar Baskin Robins. Wajah yang dicari2 tidak juga muncul. Puas menunggu di situ, kakinya diayun ke kedai2 yang berhampiran, sengaja melihat2 baju2 yang tersalut di tubuh patung2 di situ. Sesekali matanya masih lagi ditala kearah orang ramai yang semakin membanjiri Mid Valley. Nil.

'Hey, manalah minah ni. Sikit punya lama aku kena tunggu dia' gumamnya sendirian. Tangannya membelek2 sehelai baju kemeja berwarna hitam dengan jalur biru muda. Pantas dia teringatkan Amirul. Pasti sesuai dengan lelaki itu. Terbayang susuk tubuh Amirul yang tinggi lampai. Mesti sesuai sangat dengan gaya meteroseksual dia tu. Nak beli ke tak? Nak beli? Tak?

Tapi kalau beli, macam mana nak bagi kat dia? Mesti Mamat tu pun pelik dia tiba2 nak belikan baju. Nak kata birthday, dah 3 bulan lebih dia terlepas. Nak jadi belated pun tak logik. Anniversary? Huh, memang buat lawak cari pasal la tuh. Ah, tak payah belilah. Dia boleh beli sendiri. Dia kan lagi kaya dari aku.

“Mila!”

Mila mengurut dada disergah begitu. Apa lagi bila tubuhnya tiba2 dipeluk erat si empunya suara. Hah, panjang pun umur minah ni.

“Kau ni, Ina. Nasib baik aku takde sakit jantung tau. Kalau tak dah lama kau kena angkut aku naik ambulance” Mila menarik muka. Halina ketawa lepas. Dia segera mengendeng Mila. Mereka melangkah beriringan berjalan tanpa hala tuju.

“Sorry la, kawan. Sorry also for having to wait for me. Hubby aku tadi mengada2 pulak nak singgah rumah kawan dia kat Ampang. Tu yang lambat sampai sini” ujar Halina, buat muka kesian. Mila senyum melihat gelagat teman baiknya itu. Halina ni memang kaya dengan riak muka.

“Ye la. Nasib baik aku kenal si Johan tu. Kalau tak memang nak kena sekeh jer laki kau tu” Halina ketawa geli hati.

“Macam la berani” ejek Halina dengan senyum di bibir.

“Memang la tak berani. Johan tu sikit punya tinggi, sikit punya besar dari badan aku yang kecil molek ni. Nak sekeh pun tak sampai” Mindanya segera melukis gambar Johan yang tinggi lampai macam model. Apa lagi bila ditambah dengan susuk tubuhnya yang agak besar dari kebanyakan lelaki melayu. Nasib baik juga si Halina ni tak kalah tingginya. Memang pasangan yang padan.

“Jom, kita soru dulu. Aku lapar ni. Tadi aku tak sempat nak jamah apa2 kat rumah. Masa kat rumah kawan Johan pun kami tak sempat nak makan, minum jer. Sebab aku dah paksa dia hantar aku ke sini dulu” Halina segera menarik lengan Mila dan membawanya ke Secret Recipe.

“Aku teringin nak makan cake” jawab Halina bila ditanya kenapa. Kening Mila terangkat. Setahunya Halina ni memang jenis yang jaga makan, jaga body. Kek tu kira termasuk dalam list 'not to be touched – ever'. Walaupun takde logiknya kat situ, tapi Halina memang tetap dengan pendiriannya.

“Kau mengidam ker apa?” selamba Mila menyoal setelah mereka siap memesan kek. Matanya tepat memandang wajah Halina, yang dilihatnya semakin berseri2. Ni mesti ada apa2 ni, telahnya sendiri.

“Emm….” Halina masih tak menjawab. Sebaliknya senyuman penuh makna lahir di bibir merahnya. Dahi Mila berkerut. Sah, mesti ada apa2.

“Aku memang nak bagitahu something dengan kau” lambat2 Halina berbicara. Tangannya bermain2 dengan tas tangannya.

Kau pregnant ekk” cepat saja Mila meneka. Halina pula yg kelihatan terkejut.

“Kau ni, spoil the fun la. Aku nak bagi kau surprise” mulut Halina memuncung, tak puas hati dengan ketepatan telahan temannya. Mila tersengih.

“Aku teka jer. So, betullah kau pregnant ni. Tak sangka, akhirnya tercapai jugak hasrat kau nak anak kan? Bertuahnya badan. Johan mesti dah melompat2 bila tau pasal ni”

“Mau dia tak melompat. Habis dia pergi salam dengan semua orang kat dalam klinik tu. Buat malu jer laki aku tu” cerita Halina sambil ketawa. Mila turut sama tergelak mendengar cerita Halina. Tawa mereka terhenti seketika apabila seorang pelayan lelaki tiba dengan hidangan yang mereka pesan sebentar tadi.

“Alhamdulillah… aku harap kau bahagia selalu dengan Johan. Dan dengan anak sedara aku nanti” ucap Mila, ikhlas. Tangannya mengacau2 cappuccino di hadapannya. Halina sudahpun menyuap Blueberry Cake ke dalam mulutnya. Kunyahannya lambat2, menikmati kek yang agaknya sudah bertahun2 tidak merasa.

“Kau…?”

“Aku? Kenapa pulak dengan aku?” Pelik pula soalan si Halina ni. Kek Kiwi di hadapannya dikaut dengan sudu, lalu disuap ke mulut. Alahai, dah lama tak makan kek kat sini.

“Kau bila lagi?” Halina tersenyum simpul. Mila menggeleng kepala. Suapannya terhenti. Halina ni macam dah lupa sejarah hidup Mila-Aqim ni.

“Macam la kau tak tahu situation aku, Ina. Aku bukan macam kau. Aqim bukan macam Johan” Mila bersuara. Senyumannya mati di situ.

Siapalah yang tak inginkan anak. Perempuan manalah yang tak mahukan kebahagiaan dalam rumahtangga mereka. Jika tidak, apa gunanya dia berperang dengan Amirul dulu? Tapi bertepuk sebelah tangan manakan berbunyi. Main tampar angin jer la jawabnya.

Anak. Those cute faces that always look up to you. Wajah2 comel innocent menerpa ruang mindanya. Hatinya digamit rasa. Rasa2nya anak aku nanti comel tak? Ada tak macam aku? Ker macam abah dia? Kalau anak perempuan sulung selalunya akan ikut ayahnya sebijik2. Kalau anak lelaki, mestilah ikut mak dia. Wah Mila, sampai ke situ dah fikiran engkau yer! Dream on la girl! Mila mengutuk diri sendiri.

“Tapi…” panjang pula harakat tapinya tu. Suara Halina tiba2 terhenti, seolah2 telah terlepas cakap pula. Makin pelik Mila dibuatnya.

“Tapi apanya?” Cepat2 Halina menggeleng. Mila tahu Halina sedang menyembunyikan sesuatu. Perlukah dia memaksa Halina meneruskan percakapannya tadi?

“Kau…” belum sempat dia memulakan ugutan, Halina sudah memotong percakapannya.

“Lepas ni temankan aku shopping utk baby aku yer” Halina mengajak. Wajahnya jelas terukir kebahagiaan.

::Kusimpul Mati - 35::

Mumbling o milanhawkin at 1:23 PM 0 demented soul(s)
Amirul mengetuk2 mejanya dengan pen tanpa tujuan. Fikirannya menerawang mengingatkan isterinya. Kadangkala dia tergelak kecil bila mengingatkan gadis itu. Pada kadang yang lainnya dia akan melepaskan satu keluhan yang maha berat. Puas mengetuk pen, matanya dihalakan pula kea rah laptopnya yang sudah terpasang dari tadi, tidak berusik. Matanya asyik merenung gambar yang terhias di dada screen.
Gambar Mila yang diambil curi2 dengan telefon bimbitnya sewaktu mereka menemani Shahin dan Syazmi di taman permainan. Waktu itu Syazmi sedang merengek mahukan Mila menolak buaian untuknya sedangkan Shahin pula sibuk berkejaran menaiki Papan gelongsor. Bibirnya mengukir senyum. Gadis itu memang sesuai menjadi ibu.

Ibu? Ah, sudah ke situkah fikirannya? Sudah bersediakah dia untuk menjadi bapa pula?
Sedangkan waktu ini dia masih mahu menagih kasih dari Mila. Kira masih dalam mood honeymoon la ni walaupun dah jadi pengantin bertahun2.
Ah, ini dah case lain. Aku kan baru jer nak berbaik dengan isteri sendiri, Amirul membela diri. Lagipun, Mila tu… asyik lari jer. Aku baru datang setapak, dia dah lari berbatu2.

'Mila, begitu susahnya untuk aku mendapatkan kembali cintamu. Mungkinkah aku yang terlambat atau dirimu yang terlalu cepat berpaling dariku?' hatinya berbisik, sedikit sayu menerima kenyataan itu.

Apalagi bila mengingatkan dia terpaksa bersaing dengan teman baik sendiri. Dia merengus sendiri mengingatkan Dani. Muhd Dani. Sejak pulang, dia terlupa terus tentang temannya itu. Terlupa atau dia memang tak mahu berjumpa? Malah kata2 terakhir dari Dani masih lagi terngiang2 di telinganya.

'Aku cuma nak ambil sesuatu milik kau, yg kau tak pernah nak hargai. In a way, I’m helping you out, buddy'

“You are not helping me out, you’re eating me alive!” gumamnya, penuh kekesalan.

Anganannya segera diganggu oleh bunyi intercom. Hampir terlepas pen di tangannya tadi.

“En Amirul, En Zulfakar mahu jumpa di biliknya” begitulah kedengaran suara setiausahanya menyampaikan pesanan. Amirul melepaskan punat telefon dan bangun menuju ke bilik ayahnya tanpa banyak bicara. Fail yang dipegangnya tadi dibawa bersama, entah untuk tujuan apa.

Semenjak kembali ke tanahair, dia sudah berjanji mahu membantu ayahnya menjalankan perniagaan ayahnya. Malah sejak dari dahulu juga En Zulfakar sentiasa memujuknya supaya bekerja dengannya, tetapi dia enggan. Alasannya, dia mahu berdikari, mahu mencari pengalaman sendiri. Dia tak mahu terlalu bergantung pada ayahnya. Namun semenjak kesihatan ayahnya semakin terganggu oleh factor usia, dia sendiri menawarkan bantuan. Siapa lagi yang akan menerajui syarikat ini jika bukan dirinya? Hanya dialah satu2nya anak lelaki ayahnya.

“Masuk!” terdengar suara En Zulfakar memanggil dari dalam bilik.

“Papa nak jumpa Mirul?” soal Amirul setelah pintu bilik ditutup rapat. Dengan tenang dia melabuhkan punggung ke kerusi di hadapan ayahnya. En Zulfakar merenung wajah Amirul, tersenyum penuh makna.

“How are you this morning, my boy?” En Zulfakar nampak ceria, sudah tidak masam sentiasa bila saja bertemu dengannya, seperti waktu2 dahulu. En Zulfakar melarikan pandangannya dari screen computer, menatap wajah anak lelakinya.

“I’m OK, Papa. Kenapa tanya macam tu?” sengih Amirul, sudah tahu tujuan ayahnya menanyakan soalan sebegitu. Apa lagi jika bukan nak mengorek cerita tentang rumahtangganya. Sayang sangat pada Mila. Ini Mila yang menantu ker aku?

“Macam mana pindah rumah baru?” dari menjawab, En Zulfakar masih berminat mahu menyoal. Amirul tersengih.

“Penat mengemas weekend lepas, Papa. Tak sangka banyak betul yang nak dikemaskan. Naik lenguh satu badan ni ha”

“Itulah, Papa suruh upah orang Mirul sendiri menolak. Mila macam mana?” Hai, cepat aje Papa ni masuk ke agenda utama.

“Hmm… macam tulah Papa. Still tak nak bagi Mirul peluang. Susah betul nak pujuk hati menantu kesayangan Papa tu” luahnya sambil meletakkan sebuah fail yang sengaja dibawanya tadi.

“Mirul yang cari pasal” Amirul diam. Benar, dia yang memulakan semua ini. Dia yang mengheret gadis itu ke lembah derita. Memang salah dirinya. Dia sedar semua itu.

“Mirul tau semua ni salah Mirul, Papa. Sekarang ni Mirul nak betulkan keadaan semula”

“It wouldn’t be as easy as you think, Mirul. You have to play smart” Amirul mengangguk, bersetuju dengan kata2 itu.

“Papa harap sangat Mirul takkan kecewakan kami lagi. Cukuplah dengan yang dulu. Papa rasa Mirul dah cukup dewasa, dah cukup matang untuk berfikir. Ingat kata2 Papa ni. Mila budak baik. Sepanjang Mirul takde, dialah yang menjaga kami. Tak pernah merungut apa2 pun biarpun Papa tahu dia menyimpan dukanya sendirian. Papa cuma risau dia dah tawar hati dengan kamu” panjang lebar En Zulfakar memberi nasihat.

Amirul sudah jadi burung belatuk, mengangguk dari tadi. Nasihat Papanya tidak akan dipandang enteng. Dan dia takkan begitu mudah untuk berputus asa. Amirul Haqimi bukanlah lelaki yang mudah mengalah. Sekarang inilah masa untuk membuktikannya. Lagipun, dia pulang dengan tujuan. Bibirnya menyungging senyum.

“Papa ni panggil Mirul semata2 nak cakap pasal Mila ke?” En Zulfakar tergelak. Sebetulnya dia memang mempunyai urusan syarikat untuk dibincangkan dengan anaknya itu.

“Ini mukadimah Papa je ni. Okay, let's do some work here”

::Kusimpul Mati - 34::

Mumbling o milanhawkin at 1:23 PM 0 demented soul(s)
Sudah hampir seminggu mereka berpindah ke kondominium baru mereka yang terletak tidak jauh dari rumah ibubapa Amirul. Walaupun sebelum ini dia berkeras untuk tinggal bersama Pn Meriam dan En Zulkifli, namun akhirnya dia terpaksa mengalah pada kemahuan Amirul. Apalagi bila tindakan Amirul itu disokong sepenuhnya oleh En Zulfakar dan Pn Meriam.

Pada mulanya, Mila mahu mereka tinggal di bilik yang berasingan. Dia tak ingin nak merapatkan jurang mereka. Dia cuma mahu menunggu masa yang sesuai untuk mereka berpisah. Tapi sepatutnya dia sedar akan kedegilan Amirul yg tiada tandingannya. Dia terpaksa tunduk pada kemahuan Amirul dengan alasan yang sudah berulang kali digunakan: 'Bagaimana kalau Mama dan Papa datang sini? Nanti diaorg mesti susah hati kalau nampak kita macam ni'. Benar, dia tak mahu mengguris hati kedua org tua itu lagi, tapi perlukah dia mengorbankan perasaannya pula? Persoalan ini sering mengganggu benaknya. Dirinya ibarat ditelan mati mak, diluah mati bapak, dikemam diri sendiri yang mati.

Satu keluhan berat dilepaskan dari dadanya. Terasa begitu penat sekali. Bukan penat badan tapi penat otak. Penat memikirkan perubahan mendadak Amirul sejak pulang ke Malaysia. Penat memikirkan bagaimana mahu melepaskan diri dari lelaki itu yg seringkali menggodanya. Aduhai, godaannya itu sungguh...sungguh...sungguh memikat hati. Jika bukan kerana dirinya seringkali mengingatkan diri sendiri akan apa yang pernah berlaku dulu, bila2 masa saja dia boleh lemas dalam godaan tersebut.
Terasa panas wajahnya bila teringatkan pada malam pertama mereka di sini...

“Sayang, dah kemaskan bilik ker? Nak abang tolong?” tegur Amirul yg santai berbaju T-shirt Polo dan berseluar pendek, bersandar tenang di pintu bilik tidur mereka. Seguris senyuman menggoda terukir di bibirnya.

“Dah siap baru nak tanya” getus Mila perlahan. Kedengaran tawa Amirul meledak. Entah apa yang kelakar sangat, Mila sendiri tidak pasti. Lelaki itu begitu murah dengan tawa sekarang ini, berbanding dahulu.

“Sorry sayang, tadi abang sibuk kemaskan bilik study abang tu. Emm... jom kita keluar makan? Abang dah lapar ni”

Sikit2 lapar. Nak makan aje kerjanya. Badan tak naik pulak. Dengki betul.

“Malaslah, penat sangat ni. Kalau awak nak makan, awak keluar jer la. Saya tak kisah” jawab Mila sambil membetulkan kain cadar yang terkeluar dari lipatan. Ekor matanya menangkap bayang2 Amirul yang semakin menghampirinya, lantas membuatkannya bergerak menjauh sedikit. Kakinya terpaku di lantai saat Amirul mula mendekatinya dengan sebuah senyuman yang menggoda. Sejak akhir2 ini, memang senyuman sebegitulah yang sering terukir di bibir lelaki itu. Senyuman yang bisa membuatkan jantungnya berlari 100km/j. Yang membuat wajahnya kemerahan. Yang membuat dirinya tak keruan. Mau semput dibuatnya jika perkara sebegini berpanjangan.

“Sayang dah mandi ye? Patutlah wangi” puji Amirul, tubuhnya sudah terlalu hampir dengan tubuh Mila yang kaku. Matanya tak lepas dari memandang sekujur tubuh yang hanya dibaluti oleh sepasang baju tidur yang agak usang. Sopan tapi tetap nampak seksi di mata lelakinya.

“Mila...”serunya perlahan, gemersik suaranya seakan menusuk terus ke dalam kalbu Mila. Mila tetap tidak tegar mahu berpaling. Tubuhnya terasa seram sejuk. Dia berdoa dalam hati agar Amirul tidak melakukan sesuatu yang tidak diingini. Dia tak rela! Sungguhkah?

Hatinya berdetak lebih hebat saat merasakan tubuhnya dirangkul erat dari belakang. Tangan kekar milik Amirul melingkar ke pinggangnya. Nafasnya seakan terhenti bila tangan itu makin erat memeluknya. Nafas lelaki itu hangat singgah ke lehernya yang terdedah. Ya Allah, apa yang harus dilakukannya saat ini?

“Wanginya...” desah Amirul. Suaranya terlalu dekat dengan telinga Mila, membuatkan gadis itu merinding. Mila tersentak bila bibir Amirul menyentuh lembut telinganya.

“Aw...awak... lapar kan? Saya...saya masakkan ekk” Mila cuba berdalih, cuba menolak tangan yang sudah selesa mendakapnya. Cubaannya untuk merungkai pelukan tersebut nyata sia2 bila mendengar Amirul tergelak halus, seakan menyindirnya. Malah dia dapat merasakan betapa rapatnya tubuh mereka.

“Sayang kan penat. Kita rehat dulu la kat sini. Tiba2 je abang rasa dah tak lapar” Usikan atau kenyataan? Ah, sudah....

“Takpe.. takpe... saya masak kejap aje. Awak tunggu kejap ye” Mila masih mahu mencuba nasib. Sia2 saja kerana Amirul sedikitpun tidak berganjak.

“Tak payah nak larikan diri dari abang. Abang taknak lepaskan Mila lagi. Cukuplah sekali...” Serentak itu, Amirul memalingkan tubuh Mila supaya mengadapnya. Wajah manis itu hanya menunduk, lebih tertarik merenung T-shirtnya dari memandang wajahnya. Debaran di hati mereka, hanya Tuhan saja yang mengetahui.
Dengan perlahan jemari Amirul menyentuh dagu Mila, mengangkat wajahnya hingga Mila terpaksa bertentang mata dengan sepasang mata kuyu itu.

“Mila...”bisikan itu sungguh menggoda. Amirul semakin mendekatkan wajah mereka. Kemudiannya dia menunduk, mahu menyatukan bibir mereka. Namun dia terkejut bila Mila meletakkan tapak tangannya pada bibirnya.

“Awak tak solat maghrib lagi kan? Awak solat dulu, saya siapkan makan malam”
Ah, nasib baik dia bijak mencari jalan keluar. Dia hampir berlari meninggalkan Amirul yang terpinga2. Malah malam itu dia sengaja membiarkan Amirul tidur sendirian di bilik utama.

::Kusimpul Mati - 33::

Mumbling o milanhawkin at 1:22 PM 0 demented soul(s)
Amirul memandu keretanya dengan tenang ke Kampung Baru. Niatnya untuk menikmati nasi lemak di situ setelah agak lama tidak merasai makanan kegemarannya. Mila di sebelahnya masih lagi cemberut, agaknya masih tidak berpuas hati dengan tindakannya tadi.

Sebaik saja mereka sampai, Amirul cepat2 berlari mahu membukakan pintu untuk Mila. Mila hanya mencebik dan segera melangkah meninggalkan Amirul. Dengan pantas pula Amirul mendapatkan Mila. Dengan selamba, dia menyulam jemari mereka. Kalau diikutkan hatinya yang sedang marah tika itu, mahu saja dia menyentap tangannya, namun terlalu ramai penonton di situ. Dan dia bukannya 'drama queen'.

“Mila duduk dulu ye, abang ambilkan nasi lemak. Mila nak lauk apa2 tak?”

Mila sekadar menggeleng, langsung tidak dipandang wajah Amirul. Sebaik saja Amirul berlalu, Mila mengerling ke arah jam tangannya. Sudah pukul 9.30 malam, tetapi pengunjung di sini semakin ramai, malah tidak putus2. Selera orang KL ini sungguh pelik. Menjelang malam barulah semua orang berpusu2 mahu makan.

Amirul kembali menatang dulang yang penuh dengan lauk pauk dan beberapa bungkus nasi lemak kecil. Terkial2 lelaki itu menatang dulang yang berat itu tetapi Mila sedikitpun tak bergerak mahu menolong. Hanya memandang sepi.

“Abang tak tahu Mila suka makan apa, so abang main ambil jer. Takpe kan? Tapi abang tahu Mila suka minum milo” ujar Amirul sambil mengambil tempat di sebelah Mila. Mila mengengsot ke tepi, memberikan ruang untuk Amirul.

Tanpa dipinta, Amirul membuka sebungkus nasi lemak dan diletakkan di hadapan Mila. Tangannya mencedok beberapa jenis lauk ke dalam nasi lemak Mila tadi.

'Tiba2 je layan aku macam permaisuri ni apsal?' gerutu Mila.

“Makanlah... Ke nak abang suapkan?” usik Amirul. Dia tersengih melihatkan Mila cepat2 mencapai sudu dan mula menyuap makanan. Dia memerhatikan Mila menikmati makanan. Makin cantik pulak bini aku ni.

“Awak ni tak nak makan ker?” tanya Mila, menjeling sekilas ke arah Amirul. Dia perasan Amirul asyik memerhatikannya hingga langsung tidak disentuh makanannya. Amirul masih mendiamkan dirinya. Matanya masih juga merenung wajah mulus Mila, membuatkan gadis itu serba tak kena.

“Aqim!” Mila bersuara dengan geram. Amirul tersenyum.

“Dah lama Mila tak panggil abang dengan nama tu. Mila sorang jer yang panggil abang dengan nama tu. Abang suka sangat. It made you so special. Tapi abang lagi suka kalau Mila panggil 'abang'“

Mila mencebirkan bibirnya, cuak mendengar kata2 Amirul itu.

“Bukan dulu awak jugak ke yang tak suka saya gunakan nama panggilan yang macam tu? Kenapa sekarang dah tukar fikiran pulak?” perli Mila. Dia meneruskan suapannya, cuba untuk tidak mempedulikan lelaki di sebelahnya.

“Itu dulu, sayang. Sekarang ni abang nak kita mulakan hidup baru. Abang nak kita bahagia, bersama, berdua. Mila tak suka ker?” ucap Amirul, mengelus lembut lengan Mila yang terdedah. Cepat2 Mila melarikan lengannya. Apalagi mendengar Amirul menyebut perkataan 'sayang'.

“Dont you think it's too late for us?”

Amirul menggeleng kepalanya. Tangan kiri Mila digenggamnya erat, membuat Mila tak mampu lagi mengelak. Terasa pipinya membahang hangat bila menyedari ada mata2 yang sesekali memandang mereka.

“Belum terlambat lagi, sayang. Just give me a chance. I believe we can work this out together. Please...??”

Mila menunduk. Bergetar hatinya mendengar kata2 Amirul itu. Goyah sudah dinding ketahanan yang dibina selama ini. Selama ini dia berjanji untuk tidak lagi tunduk pada lelaki ini. Bukankah dia mahu bebas?

“Seriously Amirul, awak dah tinggalkan saya selama setahun. Awak ingat saya akan tunggu awak selama tu ker?” sengaja Mila mengingatkan Amirul.

“Abang tahu, biarpun seribu tahun, Mila tetap akan tunggu abang kan?”

Amirul tunduk mencium jemari Mila, penuh syahdu. Dalam diam Mila mengiyakan kata2 itu. Ya, biarpun seribu tahun, dia akan tetap menunggu lelaki itu, inikan pula hanya setahun. Cuma setelah apa yang dilaluinya, dia sudah tidak yakin lagi pada Amirul. Malah dia amat pasti, Amirul bukan tercipta untuknya.
 

thydivaontheloose... tempat ambe jadi minah jiwang Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review