|Terkini dari milan|

1. Amihana: Nilai Sekeping Hati 56 was the last post. New entry? Ntahla... (- . -')
2. SUS - dihentikan untuk seketika.
3. ABB - sedang dirombak. Progress may be updated.

Followers

Monday, August 6, 2007

::Kusimpul Mati - Epilog::

Mumbling o milanhawkin at 11:40 AM
Epilog

“Baby, take care of yourself OK. Abang nak gi keje ni, jangan nakal-nakal kat rumah tau. Anak daddy ni pun jangan nak nakal-nakal, jangan susahkan mummy ye” ucap suamiku sewaktu aku menghantarnya ke muka pintu. Sebuah ciuman ringan dihadiahkan ke pipiku dan perutku yang semakin membulat.

“Assalamualaikum”

Aku menjawab salamnya sambil melambaikan tangan padanya. Seketika kemudian keretanya sudah meluncur keluar dari halaman rumah kami. Tanganku mengusap lembut perutku. Bibirku mengukir senyum. Lagi 3 bulan, dan kami akan menyambut orang baru dalam keluarga kami. Aku juga sudah berhenti bekerja di atas arahan Amirul. Katanya dia mahu aku berehat secukupnya. Walaupun pada mulanya aku membangkang, namun akhirnya aku mengalah jua. Amirul terlalu pandai memujuk. Kata Aqim, dia mahu anak2 yang ramai dan tak mahu orang asing yang menjaga anak2 kami. Aku hanya mampu bersetuju dengan cadangannya kerana jauh di sudut hati ini, aku memang selalu mengidamkan untuk menjadi suri rumah sepenuh masa. Aku mahu menjaga keluarga kami dengan sepenuh perhatian, dengan penuh cinta dan sayang.

Sungguh aku amat bersyukur di atas kurniaanNya. Allah telah mengurniakan Amirul padaku. Terbukti dia sememangnya seorang lelaki yang amat penyayang. Kasihnya padaku ditunjukkan dengan tingkah laku dan kata2nya. Hingga kinipun aku masih tak percaya aku boleh bahagia begini. Alhamdulillah...

Malah Dani juga sudah semakin dapat menerima kenyataan bahawa aku takkan mungkin berpaling dari Amirul. Amirul juga sudah mula mahu melupakan persengketaannya dengan Dani. Kadang kala Mila akan memaksa Amirul membawa Dani ke rumah mereka. Niatnya hanya mahu merapatkan kembali hubungan mereka yang renggang. Pada mulanya, memang jelas sekali betapa kekoknya mereka berbicara. Dan aku amat bahagia melihat Amirul juga berusaha untuk berbaik dengan Dani. Walaupun sering kali Amirul menggumam, ‘Demi Mila...’, namun jauh di sudut hati aku tahu Amirul turut merindui temannya itu. Dan Dani juga kulihat lebih gembira mendapatkan kembali teman baiknya.

Teringat kata-kata Amirul pada hari pertama kami berpindah ke sini.

“Abang mahu kita bina keluarga kita di sini. Abang mahu rumah ini dipenuhi kasih sayang yang abadi. Abang mahu cinta Mila pada abang kekal di sini, bersama abang, dan anak-anak yang bakal kita didik bersama-sama” bisiknya ke telingaku. Lengannya merangkul erat pinggangku yang sudah tidak ramping lagi. Kami sama-sama sedang memandang ke arah banglo kecil kami.

“Abang jangan risau, cinta abang Mila dah ikat kuat-kuat bersama-sama dengan cinta Mila” balasku, turut sama berbisik. Terasa ciumannya ke bahuku. Bibirku mengoyak senyum lagi.

“Hmm...simpul mati ya? Maknanya abang takkan dapat lari lagi dari isteri abang ni” usiknya sambil tergelak kecil bila aku mencebikkan bibir ke arahnya. Aku kemudiannya turut sama tergelak. Bahagia. Ya, aku amat bahagia. Aku cuma berharap kebahagiaan ini diberkati olehNya, dan moga dikekalkan hubungan ini hingga ke akhir hayat. Kerana cinta kami telahpun kusimpul mati.

14 demented soul(s):

comei said...

best ending

::cHeeSeCaKe:: said...

hepi ending.bestla cite ni..
menarik..!

-cheesecake-

Anonymous said...

cerita yang sangat best .... saya suka baca ... awak ni thy mmg berbakat la .... bahasa yang cantik .... dan jalan cerita yang menarik .... keep up the good work .. bravo

Anonymous said...

besh lorh~

na'dz said...

yeahyeah
marathon sehari habiskan enovel nie
best2.haha
penulisan yg best
bahasa pon best
suke2
-na'dz

Anonymous said...

best..........

hani said...

ahirnya selesai juga baca ceta nie....sedih juga & seronok...

NurabaDie said...

~best.terbaik!!!.:)~

Anonymous said...

novel ni...nice nice nice..hehehe :D


-kema-

MiSz fiFiEyQa said...

best sgt citer ni...kejap je dah khatam marathon sume citer kat cni..
Good job!lepas ni buat citer yg best2 lg ye.. ;)

Anonymous said...

terbaekk..

hohohho..rpe nye sy dah baca cerita ni sebelum ni tp x sure bila.. then bila sy baca balik sampai habis.. x jemu lah cik writer..

gaya penulisan yg baek.. teruskan berkarya..:)

~spaikey~

Erna Shafiqah said...

ruginye sy, bru jumpe blog ni...best story ever!

Anonymous said...

uhmm...bru jumpa blog ni n trus marathon bca envel ni.hehehe..
remember me

>>k<<

Anonymous said...

terima kasih utk ceritanya walaupun ada sesetengah part yg nampak mcm pelik aje.

 

thydivaontheloose... tempat ambe jadi minah jiwang Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review