|Terkini dari milan|

1. Amihana: Nilai Sekeping Hati 56 was the last post. New entry? Ntahla... (- . -')
2. SUS - dihentikan untuk seketika.
3. ABB - sedang dirombak. Progress may be updated.

Followers

Sunday, July 22, 2007

::Kusimpul Mati - 13::

Mumbling o milanhawkin at 11:18 AM
Perjalanan yg mengambil masa hampir 2 jam itu seakan tidak terasa dengan celoteh Alia. Begitu banyak cerita yg hendak disampaikan pada abangnya. Mereka saling bergurau senda dalam sepanjang perjalanan. Mila pula hanya menjadi pendengar setia. Kadang-kala, Mila ada juga mencelah tapi semuanya tidak bersambut. Lalu dia hanya menjadi pendengar cerita2 Alia. Ah, dua beradik ini memang berpakat nak mengenakan aku. Macam budak2, fikir Mila sambil tersenyum.

Maaf Aqim, walau apa pun rintangannya, akan saya hadapi dengan tabah. Semoga suatu hari nanti awak akan sedar betapa besarnya cinta saya untuk awak hingga awak tak mampu berbuat apa2 lagi melainkan membalas cinta saya.

Bila sampai di Genting, Amirul menyewa 2 bilik. Satu untuk Alia dan satu lagi untuk mereka berdua. Amirul pula sengaja menyuruh Mila mengangkat beg2 pakaian mereka. Terkial2 gadis tersebut mengangkat 3 buah beg sekali. Nasib baik juga ada staff di situ yg sememangnya bertugas mengangkat beg membantunya.

”Aku nak keluar dengan Alia. Kau tunggu kat bilik”

”Err... Aqim... boleh tak... saya nak ikut?” Mila memberanikan diri meminta keizinan Amirul. Memang sepanjang hidupnya, dia tak berpeluang untuk bercuti ke mana2. Urusan hidupnya selalunya hanya melibatkan kerja dan belajar. Timbul keinginannya untuk sama2 menikmati hari itu bersama2 dengan Amirul. Bila lagi peluang sebegini akan muncul.

”Huh, jgn harap. Kau duduk je kat sini. Lagipun tujuan aku ke sini sebab nak spend time dengan adik aku, bukan dengan kau. Kalau lapar, turun aje kat bawah tu” balas Amirul selamba. Tiada sedikit pun rasa kasihannya pada Mila yg mengharap.

Terkebil2 mata Mila melihat kelibat Amirul yg sudah hilang di balik pintu. Aduhai hati, janganlah terasa sangat dengan kata2 Amirul tadi sedangkan dia sendiri dapat mengagak akan layanan sebegitu dari Amirul. Dadanya terasa sebak.

Untuk seketika Mila berteleku di hujung katil, sekadar menenangkan gundahnya dek perbuatan Amirul tadi. Nasib baik bilik tersebut ada 2 katil single. Maknanya dia tak perlu sejuk2 kat lantai macam semalam. Kalau berterusan begitu, dia risau dia akan jatuh sakit. Penat mengelamun sendirian, dia berlalu ke bilik mandi, bersiap dan mengemaskan serba sedikit pakaian yg mereka bawa bersama. Puas hati dengan keadaan bilik, Mila mengambil keputusan untuk turun ke bawah.

Ah, takpelah. Mungkin ada sesuatu yg menarik kat bawah sana. Perut pun dah berdangdut sakan ni. Mila mencapai tas tangannya dan mula bergerak ke lobby hotel.

Matanya melilau mencari tempat sesuai untuknya duduk dan menjamu selera. Mila mengerling jam di tangannya. Dah pukul 12.30 tengah hari. Memang patut dia rasa lapar kerana pagi tadi tak berpeluang menjamu perut dengan sarapan. Semuanya gara2 terlalu sibuk mengemaskan barang2 Amirul. Puas memilih makanan buffet utk lunch, Mila akhirnya memilih satu meja di sudut belakang, agak terlindung dari pandangan orang ramai.

”Amboi, banyaknya makanan. Ni nak makan sorang ke ramai2 ni?” satu suara yg rasa macam pernah didengarinya sebelum ini menyentuh cuping telinganya. Dengan panik, Mila berpaling mencari gerangan siapakah yg berani2nya menbantutkan usahanya untuk menambah berat badan itu.

”Eh... awak...” Mila senyum walau dahinya berkerut. Apasal pulak nak kena jumpa mamat ni kat sini? Dah takde tempat lain ker dia ni nak pergi? Mila membebel dalam hati.

”Berselera betul hidangan awak. Nak kongsi tak? Saya rasa awak tak habis tu makan sorang2” usik Dani, segera mengambil tempat di sebelah Mila. Matanya beralih dari hidangan di pinggan Mila kepada wajah Mila yg masih mempamerkan perlbagai soalan.

”Ah takde, nak makan amik sendiri. Saya tengah lapar, ini pun rasanya tak cukup” Mila pula balas mengusik. Ish, kenapa aku siap usik mengusik dengan dia ni. Padahal jumpanya baru kali kedua. Tapi tampang Dani sungguh menyenangkan, membuat orang rasa selesa bersamanya.

Dani ketawa galak, senang hati bila Mila bergurau dengannya. Mungkin gadis itu sudah semakin selesa bersamanya.

”Kedekut” Dani tak mahu kalah. Mila hanya menayangkan giginya yg putih dan teratur sambil meneruskan santapan. Dani kemudiannya memesan segelas orange juice untuk dirinya dan apple juice untuk Mila. Memandai jer orderkan untuk aku. Macam tau2 jer aku suka apple juice, Mila sekadar mengata dalam hati.

”Err.. awak nak duduk sini ker?” soal Mila. Dani mengangguk tanpa mempedulikan kegelisahan pada wajah si gadis.

”Kenapa? Tempat ni dah ada org book ker?”

Mila hampir mengangguk namun dia tahu dia hanya menipu diri sendiri. Amirul sudah hilang bersama adiknya, tak mungkin akan datang mencarinya semata2 untuk makan bersama.

Cuma, jika Amirul melihat dia bersama lelaki lain, akan cemburukah suaminya itu? Atau dia hanya akan bersorak riang? Ah, perlukah semua ini difikirkan? Lagi pula, dia bukannya membuat maksiat, malah ini juga tempat terbuka. Dia tak perlu rasa bersalah untuk berbual dan makan bersama seorang lelaki bila suaminya sendiri tidak mempedulikannya, bukankah begitu?

”Takdela, duduk jer. Saya pun sorang2. Awak buat apa kat sini?” Mila cuba berbahasa biarpun dia kurang selesa makan bersama dengan org yg tak berapa dikenalinya. Lebih2 lagi jika lelaki.

”Saja datang cari awak” Dani mengerling pada Mila. Wajah Mila merona merah.

“Ye la tu. Kalau awak tipu pun bukannya saya tau kan” Mila cuba mententeramkan gelora di hatinya. Pertama kali ada lelaki yg berkata begitu padanya. Apa lagi lelaki tersebut bukanlah calang2 orang. Handsome bergaya. Segan juga dibuatnya.

”Lama jugak tunggu diaorg ni buat air ek” ujar Mila bila minuman yg mereka pesan 15minit yg lalu masih tidak muncul. Makanan di pinggannya sudah hampir kosong.

”Awak nampak tak makcik tu?” tangan Dani mengunjuk pada seorang wanita berusia dalam lingkungan 50-an sedang menikmati minumannya. Mila mengangguk namun masih tidak dapat menangkap apa yg mahu disampaikan oleh Dani. Apa kaitan wanita tersebut dengan rungutannya pada service yg lembap?

”Makcik tu, usia dia baru 18 tahun masa dia datang sini dan order minuman. Tengoklah, sampai sekarang pun dia tengah tunggu lagi tu”

Meletus tawa Mila tanpa dapat ditahan lagi. Dani pula hanya tersenyum nipis, merenung wajah kemerahan Mila yg masih ketawa gelihati. Terselinap rasa bahagia di hatinya.

0 demented soul(s):

 

thydivaontheloose... tempat ambe jadi minah jiwang Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review