|Terkini dari milan|

1. Amihana: Nilai Sekeping Hati 56 was the last post. New entry? Ntahla... (- . -')
2. SUS - dihentikan untuk seketika.
3. ABB - sedang dirombak. Progress may be updated.

Followers

Wednesday, September 12, 2012

Cerpen: Sayang Surfina (Part 1)

Mumbling o milanhawkin at 11:21 AM
Surfina mengatur langkah dengan lemah menuju ke arah parking di basement bangunan tempatnya mencari rezeki. Hari sudah pagi benar. Mata sebenarnya sudah terlalu mengantuk setelah semalaman berjaga namun digagahkan juga menghampiri kereta Viva putih miliknya.

‘Maybe kena tidur kejap kot. Kasi hilang kantuk dulu. Kang tak pasal2 ada yang masuk hospital karang’ gadis itu menggumam perlahan. Kepalanya diangguk2kan seakan bersetuju dengan pendapatnya sendiri.

“Surfina!” satu suara garau menyeru namanya. Surfina sedikit tersentak dan langkahnya terhenti. Entah kenapa, jantungnya berdegup dengan kencang sekali saat suara itu menyapa gegendang telinganya. Satu reaksi biasa setiap kali bibir lelaki itu menyeru namanya.

Tubuhnya dipalingkan ke arah suara itu lantas diukir sebuah senyuman melihatkan sang pemilik suara sedang bersandar elok di tepi kereta Nissan Latio hitamnya. Hati yang bergetar segera dipadamkan.

“ La, kau ke Baqi… Aku ingatkan siapa la tadi. Cuak jugak ingatkan ada pak guard bangla nak tegur2 aku pagi2 buta ni. Ni pagi2 lagi ada kat sini nak buat apa? Bukan hari ni cuti ke?” Surfina balas menyapa dengan panjang lebar.

Lesung pipit di kedua2 pipi merah Surfina makin menyerlah bila dia tersenyum. Tanpa berganjak, dia merenung ke arah lelaki itu yang sudah mula menghampirinya.

“I datang sebab nak jemput you dan nak hantar you balik rumah. I memang tak kerja hari ni so sajalah nak buat amal jariah sikit” sedikit mengusik, Baqi Danial menjawab.

“Amboii… sejak bila kau jadi rajin ni? Tak payahlah. Aku kan bawak kereta. Bukannya naik bas ke hapa” Surfina menolak selamba. Lagipun dia takut andai kata dia menerima pelawaan dari Baqi, jantungnya akan punya masalah lain pula.

Namun dalam hatinya sedikit pelik dengan tingkah Baqi Danial yang terlebih prihatin hari ini. Selama ini, hubungan mereka sekadar teman sepejabat sahaja. Jarang sekali mereka berbual2 apa lagi mahu keluar atau makan bersama2. Mereka berlainan department dan amat jarang berurusan sesame mereka.

“Sejak I nekad…” Baqi seolah bermain teka-teki. Kata2nya dibiarkan tergantung di situ bersama senyuman manis sambil kening kirinya diangkat sedikit. Lagi2 hati Surfina jadi tak tentu arah melihat godaan yang datang dari Baqi.

“Tak payahlah. Lagipun takkan aku nak tinggalkan kereta aku kat sini. Macam mana aku nak datang kerja hari Isnin nanti? Dah-dah, tak payah nak mengarut” ujar Surfina sambil mengibas2kan tangannya. Sungguhla si Baqi ni suka nak buat lawak pagi2 buta ni. Hilang terus rasa kantuknya. Diganti dengan rasa pelik dan karut. Dan debaran tanpa henti.

Perempuan mana yang biasa menolak Baqi? Lelaki itu cukup segala2nya, hampir sempurna di mata Surfina. Orangnya segak, tampan, tinggi dan sasa. Senyumannya bisa membuat mana2 perawan jatuh cinta pandang pertama, seperti dirinya sekarang ini. Ditambah lagi dengan sikap gentleman Baqi itu, tiada perempuan yang mungkin mahu menolak pelawaan Baqi. Sementelah mereka bekerja di bawah satu bumbung, dia tahu benar betapa lelaki itu menjadi rebutan wanita2 di sini.

“Cik Fina sayang, I can confirm yang you sekarang tengah mengantuk sangat2. KL dan Kajang bukannya dekat. I tak nak anything happened to you while you’re diriving. I nak hantar you sampai rumah safe and sound, and you boleh tidur dalam kereta I all the way home. I promise I will not do anything. I will not kidnap you and I will definitely not keeping you hostage. I promise! I cuma nak hantar you balik. Itu aje. Kalau esok you nak keluar jalan2, call me and I’ll take you there. I akan temankan. Hari Isnin, I datang ambil you and kita boleh pergi kerja sama2”

Dah macam pengakap pula si Baqi ni mengangkat tangan berikrar di hadapan Surfina. Surfina tergelak kecil dan Baqi tersenyum. Lucu melihat telatah pemuda di hadapannya, walaupun dia benar2 tidak tahu apa muslihat sebenar Baqi.

“Kau ni Baqi, ada2 je la. Aku boleh balik sendiri la. Memang aku mengantuk tapi aku memang plan nak take a nap kejap dalam kereta. Lepas tu aku balik la rumah. Yang kau nak risau2 ni kenapa? Dahla, bercakap dengan kau ni dah buat aku hilang ngantuk. Aku balik dulu. Bye!”

Langkah Surfina segera dihalang oleh tubuh tinggi milik Baqi. Hampir2 saja hidungnya mahu melekap di dada bidang Baqi. Serta merta darah menyerbu naik ke muka. Merah! Baqi tersengih2 pula. Seronok ke mengenakan dia macam tu?

“Kau ni!” wajah Surfina mula mencuka. Wajahnya agaknya sudah merah menyala.

“Sorry. Seriously sorry. I bukan sengaja nak buat you terkejut, sayang. But please, let me send you home. I risau. I tak nak ada apa2 jadi kat you. Please…?” suara Baqi sudah mendayu2, merayu. Kedua telapak tangannya ditemukan.

“Aku cakap aku boleh balik sendiri la. This is not the first time aku kena balik pagi2 buta ok. Yang kau ni dari tadi dok ber’sayang’2 dengan aku ni pehal? Dah buang tebiat? Dah, tepi aku nak lalu!” geram sungguh Surfina dibuatnya. Geram dan marah. Dia betul2 rasa dirinya sedang dipermainkan oleh Baqi Danial dan dia tidak tahu apa sebabnya.

Setelah bersusah payah melepaskan diri dari Baqi Danial, kaki kanannya segera menekan minyak sekuat2nya. Dia benar2 mahu melarikan diri dari Baqi. Lelaki itu tiba2 saja menjadi sungguh menakutkan!

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

Pagi Isnin yang berikutnya, Surfina tiba ke pejabatnya lebih lewat dari biasa dek kerana terlambat bangun. Itupun kerana terganggu dengan Baqi yang entah dirasuk apa menelefonnya pada jam 1 pagi. Entah apa yang mereka borakkan pun dia tak tahu memandangkan dia betul2 mamai. Harapnya takdelah dia mengarut meraban dengan Baqi.

Dan sekarang, sejambak bunga elok terletak di atas mejanya, membuatkan isi pejabat di tingkat 14 itu riuh rendah dengan usikan dan siulan. Sememangnya ini kali pertama gadis pemalu bernama Surfina Ali ini dihadiahkan jambangan bunga oleh ‘secret admirer’.

“Dah ni bunga sapa pulak letak atas meja aku ni?” Surfina menyoal, sambil menafikan bahawa kuntuman itu adalah untuknya.

“Delivery untuk kau la, Fina” celah Asni yang sudah melangut di mejanya bersama senyuman ingin tahu.

“Ha. Ha. Ha. Seriously, tak payah nak buat lawak. Seumur hidup aku ni, belum pernah lagi ada orang kasi aku bunga. Nah, amek balik. Biasanya Jem yang selalu hantarkan kau bunga kan?” Surfina menghulurkan jambangan tersebut ke arah Asni.

Asni menggeleng dan tangannya kembali menolak jambangan itu ke arah Surfina.

“Bukan aku punyalah. Cuba kau baca kad tu” Asni menjuih ke arah sekeping kad kecil yang elok terletak di atas kuntuman ros merah.

‘My Fina, May your day be as beautiful as you are’ – BD

Matanya membulat. Rasa tak percaya bahwa bunga di tangannya itu adalah untuk dirinya. Surfina benar2 terlopong. Ini merupakan kali pertama dia menerima jambangan bunga yang sebegini cantik. Scratch that – ini merupakan kali pertama Surfina menerima sebuah jambangan bunga. Titik.

Dan siapa pula BD? Surfina menggaru kepala. Oh no… don’t say that it’s…

‘Suka bunga tu? A gift frm some1 who’s been admiring you’

Sms dari Baqi itu seakan membuka segala rahsia hati Surfina. Hatinya bergetar dengan lagu cinta yang sudah lama berputik. Wajahnya memerah dengan pelbagai rasa. Malu, segan, gembira… semuanya bercampur baur menjadi satu rasa yang sangat membahagiakan.
Pun begitu, Surfina segera sedar dirinya hanyalah umpama pipit yang berangan mahu terbang tinggi bersama sang enggang yang gagah melayang di angkasa. Dia menggeleng kepala.

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

Tiada sesiapa pun mengesyaki bahawa BD itu adalah singkatan untuk Baqi Danial, hinggalah Asni dan Rose mengepung Surfina dan memaksanya bercerita. Walaupun pada mulanya berat untuk Surfina membuka mulut, namun terpaksa juga dia meluahkan segalanya setelah berkali2 didesak oleh kedua sahabat baiknya di pejabat ini.

“Aku pun pelik. Rasa macam tak percaya je si Baqi tu tiba2 nak mengorat kau” Asni memberi pendapat setelah Surfina menghabiskan ceritanya. Surfina mengangguk kepala bersetuju.

“Ha’a, ni mesti ada apa2 ni. Sebelum ni takde plak dia nak mengendeng2 dekat kau kan?” celah Rose pula.

“Itu yang aku sakit kepala ni. Apa motif dia sebenarnya? Ada orang buat bet ke apa? Mesti ada orang nak main2kan aku ni” ujar Surfina dengan mulut memuncung, tanda tak berpuas hati dengan keadaan yang dialaminya sekarang. Ketenangannya telah diganggu-gugat oleh Baqi Danial!

“Lah… apa salahnya kalau Baqi tu nak ngorat Fina? Tak boleh ke? Mana ada pelik pun, Fina oii… Kalau orang dah suka…” suara Kak Jim dari meja sebelah membuatkan mereka bertiga berpaling, dan melopong ke arah Kak Jim.

“Kak Jim! Boleh tak jangan buat lawak kat sini. Fina tengah pening ni tau” Surfina memuncung bibir.

“Ha’a ek… Apa salahnya kalau Baqi tu nak ngorat kau, Fina?” Surfina mengertap bibir mendengar soalan ulangan dari Asni.

“Yep. Kau kan single-mingle lagi. Lainla kalau kau ni bini orang ke, tunang orang ke… And… bukan ke kau pun memang ada hati dengan Baqi tu?” Asni sudah tersengih2 macam kerang sumbing sambil mengangkat2 kening.

Eh, eh… kenapa diaorang tiba2 nak sebelahkan si Baqi pulak ni? Lepas tu, pandai pulak si Asni ni nak menambah perasa dalam ayat dia. Rasa nak luku je kepala Asni tu. Ish… malu betul kalau semua orang tahu gadis bernama Surfina ini ada hati sama Baqi.

“Lah… salah laaaaa….”Surfina mula merengus panjang, sekaligus tanpa sedar tidak menafikan tentang ayat penyata kedua itu.

“Tak salah langsung!” Rose menempelak. Asni dan Kak Jim masih tegar menunjuk gigi di hadapan Surfina. Mungkin seronok membuat gadis genit itu mula merah muka menahan malu dan geram.

Surfina mengeluh berat. Dia mati kutu.

“Fina… jangan cakap kat aku yang kau sebenarnya tak percaya semua ni just because you’re older than him?!” Rose mencerlung. Dia tahu benar betapa ‘allergic’nya gadis itu dengan lelaki yang lebih muda darinya.

“Which is true! Lagi pula, si Baqi tu dia boleh petik jari je kalau nak siapa2 pun kat Malaysia ni, apsal aku jugak yg dia nak kacau?” nafasnya mula berdegup kencang. Menahan amarah mungkin. Ataukah menahan sedih?

Namun akalnya tetap tak dapat menerima kenyataan itu. SANGAT TAK LOGIK!!!

“Apa yang tak padannya, Fina. Apa yang tak logiknya. Kalau Allah SWT dah tentukan, siapa kita nak menghalang?” lembut saja Kak Jim menegur.

Surfina diam. Cuba mencerna kata2 Kak Jim. Mungkinkah? Tapi sungguhlah dia merasakan semua itu sesuatu yang mustahil. Baqi lelaki sempurna. Kenapa lelaki sempurna seperti Baqi mahukan dirinya? Kalau dikatakan cinta-pandang-pertama, mereka sudah kenal selama 3 tahun dan sebelum ini tidak pernah sekalipun Baqi menunjukkan minat padanya.

“Jangan terlalu merendah diri, Fina. Akak tengok, takde kurangnya Fina. Mungkin dia melihat Fina dengan mata hati dia, dan dia dah sukakan Fina. Siapa tahu, kan? Be positive, ok!” Kak Jim masih dengan kata2 semangatnya. Rose dan Asni menganggukkan kepala mereka, bersetuju dengan pendapat Kak Jim.

Mereka semua sukakan Surfina sebagai gadis yang serba sederhana. Memang Surfina tidak cantik jelita seperti Juliana, receptionist di tingkat 17. Memang Surfina tidak hebat bergaya seperti Anita, pegawai pemasaran di tingkat 16. Dan Surfina tidak glamour seperti kebanyakan pekerja wanita di syarikat mereka. Tapi Surfina punya peribadi yang elok, yang menjaga tingkah lakunya dan menjaga solatnya. Walaupun Surfina tidak suka bersosial seperti orang lain, namun watak gadis itu yang tidak pernah memburukkan sesiapa itulah yang mereka gemari.

Surfina diam lagi. Tidak mahu lagi menyuarakan pendapat dan kegelisahannya kerana tahu, mestilah akan dipatahkan oleh sahabat2nya itu.

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

“Assalamualaikum my Fina. I rindu lah” itulah kata2 pertama yang dituturkan pada Surfina bila mereka bertemu. Mata gadis itu sudah membulat. Bibirnya dikertap. Geramlah tu. Salam tetap dijawab, tapi dalam hati je lah.

“Aku ingatkan dah seminggu lebih tak jumpa kau ni, kot2lah kau jadi normal balik. Tapi otak kau still tak betul ek. Maybe aku kena tolong cari screw kau yang dah hilang tu” Surfina sudah tidak menjaga kata2nya. Baginya, tak perlu dia bersopan dengan manusia yang tak makan saman macam Baqi Danial!

“Amboi… dahla tak jawab salam, terus disemburnya kita. Tak baiklah macam tu, sayang” Baqi Danial tergelak memandang wajah di hadapannya. Sikit punya payah dia mahu mengajak gadis itu makan tengah hari bersama. Nasib baik ada Kak Jim yang menolong. Kalau tidak, mahu dipikul je Surfina ni ke bahu dan bawa dia turun makan.

“Saya dah jawablah! Jawab dalam hati” Surfina menjawab sambil mendengus geram. Sebal mahu mengadap Baqi Danial. Gelas berisi air tembikai itu ditarik rapat ke dada.

Bibirnya menarik straw ke dalam mulut dan mula menghirup dengan geram. Sesekali mata Surfina singgah jua ke arah Baqi yang masih tak jemu merenungnya. Cuak!

Kalau nak dibandingkan paras rupa, Baqi tu dah lebih dari layak untuk jadi model antarabangsa. Lelaki itu memang tinggi lampai, jauh lebih tinggi dari lelaki melayu biasa. Muka dah ala2 mix walaupun ibubapanya melayu tulen. Hidung elok je terletak, mancung dan tegak. Kulit pulak tak terlalu cerah tapi bersih. Entah dari mana la dia cilok baka cina tu dengan mata sedikit sepet macam tu. Sepet tapi cute amat! Eh, Surfina, apsal tiba2 nak puji2 pulak ni? Walaupun wajah itu tampak sempurna di matanya tapi siapa dia untuk berangan2? Dia harus bertapak di bumi yang nyata, bukannya melayang2 di angkasa tanpa arah tuju!

“Ni dah kenapa dok tergeleng2 ni? Pastu dok tenung2 I macam nak makan. Mesti tengah kutuk I dalam hati kan? Ish ish ish… tak baik ngumpat I, sayang. Dosa!” sela Baqi Danial lagi, tergelak kecil. Sungguh dia terhibur dengan tingkah laku gadis yang mula mendapat tempat di hatinya itu.

Surfina dah mengecilkan matanya. Nampak kecik je si Baqi ni depan mata dia. Dia ni nak makan pelempang ke?

“Kenapa kau tiba-tiba ajak aku lunch ni?”

“Kan I dah cakap tadi. Rindu…” Senyuman itu… oh tidak… senyuman itu memang senyuman membunuh!

“Baqi, kau ni kenapa? Ada masalah ke? Cuba cerita dengan aku betul2. I’m a good listener, you know. Perhaps there’s something bothering you?” Surfina cuba mengambil jalan ‘reverse psychology’. Dan rasanya dia ternampak perubahan pada wajah Baqi untuk sesaat, namun lelaki itu cepat2 mengukir senyum kembali.

“I pun tak faham, Fina. Kenapa you macam tak percaya bila I cakap I’m interested in you. I would like to get to know you better. I want to have a relationship with you. Salah ke?”

“We do have a relationship, Baqi. We’re colleagues!”

“And now I want more! It’s not enough being colleagues. I nak kenal you sebagai Surfina Ali, seorang gadis yang cute-mute dan baik hati. And you can get to know the real me, as your future ehem ehem…” bibirnya dilarik senyum menggoda.

Surfina terasa mahu menepuk dahi. Betullah budak Baqi ni tak dapat nak ditolong lagi dah.

“I’m older than you, Baqi. By the way, maybe you should start calling me Kak Fina like everyone else. Maybe that should help you to wake up from this ridiculous dream” dengus Surfina.

“Only by 3 years, Fina. 3 years, and you don’t even look your age. You’re charming in your own way. You sangat baik, suka tolong orang. You tak pernah memburuk2kan orang – well, maybe except for me, now. The main point is, age is just a number, baby”

Dah keluar ‘baby’ pulak. Memang la mamat ni bermulut manis. Terlebih2 pulak manisnya sampaikan Surfina terasa mahu perasan sendiri.

“Ish kau ni. Aku… kan… I mean, aku tak… layak…” kepala Surfina tergeleng2, cuba mencari kata2 yang boleh digunapakai supaya lelaki itu faham akan keadaannya.
Baqi mencerlung ke arah Surfina. Gadis itu menunduk, atau lebih tepatnya cuba melarikan anak matanya dari menentang mata Baqi. Payah benar dia mahu meyakinkan Surfina tentang perasaannya. Bukannya dia tidak tahu Surfina sudah lama menaruh hati padanya. Dia sedar akan setiap lirikan mata Surfina yang mengandung penuh makna. Dia yakin akan telahan perasaannya sendiri.

“Don’t tell me you rasa rendah diri bila bersama I, Fina. Kecantikan tak menjanjikan kebahagiaan. Yang penting adalah hati dan perasaan kita. And siapa cakap you tak cantik? You sangat cantik di mata I”

“Aku tak sempurna, Baqi! Cubalah kau faham sikit” Surfina menahan rasa geram yang membuak2. Kenapa Baqi pura2 tak faham?!

“Tak sempurna?” Baqi berkerut dahi. Dia gagal untuk menebak apa yang bermain di fikiran gadis di hadapannya kini. Apa yang tidak sempurna pada Surfina? Surfina menjeling.

“Jangan cakap kau tak perasan yang aku ni tempang sebab aku takkan percaya!” tersembur juga punca kebimbangan Surfina selama ini.

Baqi melepaskan nafas dengan keras. Rupanya inilah yang menjadi punca Surfina tidak mahu tunduk padanya.

“I don’t believe this! I seriously don’t! You ingat semua tu penting ke, Fina? You ingat cinta I ni terlalu murah ke? You ingat I letakkan syarat untuk mencari bunga hati I, macam tu?” Baqi meledak dengan amarah membuatkan Surfina terpempan.


Milan's note:
Percubaan untuk menulis cerpen setelah lama menyepi. Harap maafkan milan ye untuk cerpen yang tunggang langgang ni. Skill dah ke laut. Since cerpen, InsyaAllah senang sikit la milan nk habiskan...

5 demented soul(s):

MaY_LiN said...

suka suka..
milan..temukan jodoh dorang ya..
huhuhu
xdela ke laut pun..

nak SUS n ABB gak..
kehkehkeh

milanhawkin said...

tima kasih MaY_LiN cayang! tima kasih sbb slalu bg semangat kt milan! :)
InsyaAllah SUS ngn ABB pun akan milan update. nk kena dig balik file2 lama hahaahaha

MaY_LiN said...

take ur time..kalau cayang..
kena la lg n3 bebanyak..
ala..bace la n3 lelama tu..
huhuhu

Anonymous said...

Milan....suka sgt2...yeayyyy!!!!! Hehehe cpt2 smbg yekh? ^^

milanhawkin said...

MaY_LiN: InsyaAllah, milan cuba usahakan. =)

Cik Anon: mekasih. InsyaAllah milan sambung cepat2 ek. =)

 

thydivaontheloose... tempat ambe jadi minah jiwang Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review