|Terkini dari milan|

1. Amihana: Nilai Sekeping Hati 56 was the last post. New entry? Ntahla... (- . -')
2. SUS - dihentikan untuk seketika.
3. ABB - sedang dirombak. Progress may be updated.

Followers

Monday, July 23, 2007

::Kusimpul Mati - 31::

Mumbling o milanhawkin at 1:21 PM
“What are you trying to do?” Mila menyoal dengan geram. Tubuhnya dihempaskan ke atas tilam. Tangannya disilangkan di dada. Sungguh dia tak faham dengan tindakan Amirul. Amirul suka membuat keputusan sesuka hati tanpa mengira perasaan orang lain. Perangainya yang satu itu tak pernah berubah.

“Abang buat apa pula?” Amirul pura2 tidak faham. Dia mengambil tempat di sebelah Mila. Dengan pantas pula Mila berdiri.

“Kenapa pulak awak cakap nak pindah? Apa salahnya kita duduk sini. Kesian Mama, takde teman” Mila merengus.

Amirul tertawa kecil. Rupanya itu yang dirisaukan oleh Mila. Sewaktu mereka bersarapan bersama pagi tadi, Amirul segera menyatakan hasratnya untuk berpindah pada ibu dan bapanya. Tanpa banyak soal, En Zulfakar memberi keizinan dengan syarat Amirul akan memikul tugas Papanya di pejabat. Cuma Pn Meriam saja yg tampak sedih dengan keputusan itu. Nampak keruh saja wajahnya sepanjang hari membuatkan Mila serba salah. Dia sendiri terperanjat mendengarnya.

“Alia kan ada untuk temankan Mama. Tempat Mila bersama abang” jawab Amirul bersahaja, mendongak memandang Mila yg masih berdiri.

“Huh, sejak bila?” getus Mila geram.

“Sejak abang lafazkan akad nikah”

Ketawa Mila penuh dengan sindiran. Berguraukah lelaki ini dengannya? Sedangkan selama ini Amirul tidak pernah menjalankan tanggungjawabnya sebagai suami. Baru sekarang dia mahu menggunakan kuasa vetonya? Bukankah sudah terlambat?

“Awak ni, memang suka nak menyusahkan orang” ketus Mila meluahkan kegeramannya.

“Mila, tak baik Mila cakap macam tu dengan abang. Abang buat semua ini untuk kita. Untuk Mila dan untuk abang. Untuk keluarga kita juga. Sampai bila kita nak menyusahkan Mama dan Papa”

Eleh, tak baik konon. Dulu dia jugak yg nak menengking2. Dia buat boleh pulak, aku buat takleh. Diskriminasi betul!

“Saya rasa lebih elok saya stay kat sini aje, temankan Mama. Lagipun saya dah biasa kat sini. Selama awak takde ni pun saya yg temankan Mama. Kalau awak nak pindah sangat, awak pindah lah sorang2. Saya tak nak” putus Mila.

“Mila, kan abang dah cakap, tempat Mila bersama abang. Abang cuma nak kita mulakan hidup baru, itu saja. Mila boleh datang sini bila2 masa yg Mila nak, abang takkan larang. Inipun rumah abang jugak. Cuma abang nakkan privacy untuk kita” Amirul memberi penjelasan. Tangannya naik, memaut jemari Mila dengan mesra. Seakan terkena kejutan elektrik, Mila cepat2 menarik tangannya kembali. Ini main mega watt ker juta watt ni?

“Awak kalau bercakap memang nak menang aje. Dahlah, saya nak keluar”

Mila sebenarnya kehilangan kata2. Saat jemari mereka bersentuhan, jantungnya berdegup laju. Hampir sesak nafasnya. Wajahnya juga terasa begitu hangat.

“Ke mana?” soal Amirul dengan segaris senyum di bibir. Mila membuang pandang. Dia tak mahu jatuh hati pada sepasang taring itu lagi. Nampak macam serigala saja. Serigala tak cukup makan, bila2 masa dia akan menerkam, Mila mengutuk.

“Selama ni pun awak tak pernah nak ambil tahu, kenapa baru sekarang nak bertanya?”

Amirul senyap, sedikit terasa dengan kata2 Mila. Meskipun begitu dia sedar apa yg berlaku sekarang ini adalah kesan dari sikapnya sendiri.

“Saya nak temankan Shahin dengan Syazmi ke taman kat depan rumah tu. Dari semalam lagi diaorg nak bermain kat sana” Entah mengapa, Mila masih tetap memberitahu lelaki itu walaupun dengan wajah masam mencuka.

“Abang ikut” sahut Amirul dengan gembira, membontoti langkah Mila dengan riang.

“Tak malu. Sapa ajak dia?” Mila bersuara perlahan namun sempat ditangkap oleh Amirul yg kemudiannya memaut pinggang Mila dengan mesra. Mila yg terperanjat segera mahu menyiku perut lelaki itu tetapi terpaksa ditahankan bila menyedari Pn Meriam sedang tersengih2 memandang mereka.

“Kalau macam ni, barulah Mama senang hati nak lepaskan korang hidup sendiri” ujar Pn Meriam. Mila menjeling tajam pada Amirul. Amirul pula tersenyum senang, mengemaskan lagi pelukannya di pinggang Mila.

0 demented soul(s):

 

thydivaontheloose... tempat ambe jadi minah jiwang Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review