|Terkini dari milan|

1. Amihana: Nilai Sekeping Hati 56 was the last post. New entry? Ntahla... (- . -')
2. SUS - dihentikan untuk seketika.
3. ABB - sedang dirombak. Progress may be updated.

Followers

Tuesday, April 28, 2009

Amihana: Nilai Sekeping Hati 46

Mumbling o milanhawkin at 6:30 PM
Aku menguis2 nasi yang berada di hadapanku. Sungguh aku tak berselera. Lidahku sudah hilang deria rasa. Segala apa yang kutelan terasa seperti batu saja menerjah masuk ke kerongkong. Pedih. Perit. Apa lagi bila tangan kananku tidak berupaya menyuapku makanan dengan keadaan berbalut begitu. Aku terkial2 sendiri. Aku jadi teringat pada Imran Hadi yang tak reti nak makan guna tangan. Hatiku jadi pilu dengan kenangan itu, namun cepat2 aku menyedarkan diri sendiri bahawa tiada gunanya untuk aku mengenang masa lalu.

Aku mengeluh sendirian. Walaupun badanku sudah beransur sihat, namun tenagaku masih lemah. Kata Ummi, mungkin aku sendiri yang tak mahu pulih dari keadaanku sekarang ini.

'Jangan ikutkan hati sangat, sayang. Ikut hati nanti mati, ikut rasa pasti akan binasa. Banyak2kan berdoa' Ummi memang pandai berkata2. Namun nasihatnya itu benar belaka.

Balqish sudah lama pulang ke rumah. Kasihan adikku itu, kepenatan menjagaku sepanjang minggu ini. Babah dan Ummi juga turut sama menemani adikku itu pulang. Mereka juga kelihatan begitu letih. Ah, makin menebal rasa bersalah ini. Kesal kerana menyusahkan mereka, walaupun aku tahu mereka takkan pernah menganggap aku ini beban.

Adli dan Aida juga tak jemu menjengukku di sini. Kamal Hadi juga. Tampak benar dia merasa bersalah kerana mendengar kata2ku pada hari itu. Namun aku lega kerana lelaki itu berjanji untuk terus menganggapku sebagai sahabat. Benarlah telahanku, bahawa dia benar2 sayangkan Balqish. Takpelah, sekurang2nya aku tak perlu lagi menambah sakit kepalaku dengan hal Kamal Hadi. Memang sudah bukan jodohku dengannya.

Aku tumpang gembira bila mendengar Adli dan Aida akan bertunang sebaik saja tamat pengajian tahun akhir kami. Ah, cepat benar mereka ini merancang. Kalau sudah jodoh, takkan ke mana, bukan? Kahwin muda bukan semuanya membawa kepada kehancuran. Aku yakin mereka memang saling sayang menyayangi.

Auntie Zue ada juga melawatku, bersama2 dengan Imran Hadi. Tapi aku tak mampu memandangnya langsung. Marah, dendam, kesal, benci dan malu, semuanya bercampur baur menjadi satu. Malah lelaki itu juga tidak menunjukkan kesudian untuk berbual2 denganku. Takutkah? Bencikah? Malukah? Hanya dia dan Allah saja yang tahu.

Sudah benci benarkah awak kepada saya, Imran? Sudah hilangkah perasaan kasih itu? Jika awak menganggap saya ini sebagai kawan, tidakkah awak ingin tahu kenapa saya jadi begini? Begitu senangnya awak bermain dengan perasaan. Mudahnya awak mengalihkan kasih.

Tak sedar air mataku menitik membasahi pipi. Tuhan, sabarkanlah jiwaku ini. Bantulah aku untuk melupakan segala2nya. Walaupun aku kurang pasti mengapa Imran Hadi memperlakukan aku begini, namun aku sedar, cinta takkan pernah boleh dipaksa.

"Awak sedih sebab saya tak suapkan awak ke?" Aku segera mengangkat muka mendengar suara itu seakan bergema di bilik kecil ini. Cepat2 aku mengesat mataku.

Tak guna betullah dia ni!

Doktor Khairul bergerak mendekati katilku dengan senyum terukir di bibir. Lesung pipit di pipinya seakan memaksa aku memerhatikan wajahnya. Manis, walau mungkin tidak boleh dikategorikan sebagai tampan. Ah, apalah ada pada rupa kalau perangai menyakitkan mata dan hati.

Kali ini dia tidak memakai jubah doktornya seperti selalu. Selesa berkemeja corak dan berseluar slack, lelaki itu melabuhkan punggung di tepi katilku. Aku merenungnya tanpa kata. Apalah mamat ni nak. Mahu mengusikku lagi? Tapi kata2nya selalu membuatkan aku berang.

"Mak awak tak pernah ajar ke, tak baik main2kan makanan macam tu. Nak makan buat cara nak makan" sindirnya sinis. Tengok tu, bukannya dia nak cakap baik2 dengan aku. Selalu saja menyindir dan memperli.

Aku memejamkan mata untuk seketika. Dia memang sengaja cari pasal dengan aku ni. Tak nampak ke tangan kanan aku ni berbalut? Rasa nak sepak je muka dia ni.

"Mak awak tak pernah ajar ke suruh fikir dulu sebelum bercakap? Allah dah kurniakan otak, pandai2lah fikir sendiri" tempelakku akhirnya. Lelaki itu sekadar tergelak kecil sebelum mengambil pinggan nasi itu dari pehaku.

"Garangnya makcik ni. Macam singa. Nasib takde taring je. Kalau tak mesti awak dah ratah2 dah daging saya ni kan?"

Aku mencebik.

"Siapa sudi nak makan daging awak tu. Mesti kena keracunan makanan nanti. Saya masih sayangkan organ2 dalaman saya ni" aku membalas bersahaja.

"Kalau sayang, kenapa pergi langgar kereta orang? Kan dah berbalut sana sini. Lebam satu badan. Memang tak sayang nyawa" tempelak doktor itu lagi, menambah minyak ke dalam api amarahku.

"Kalau awak datang sini setakat nak sakitkan hati saya, baik awak tak payah datang. Kalau dah habis kerja, balik je la. Kesian dekat anak bini awak kat rumah tu kan, dapat laki dan ayah jenis macam awak ni" aku bertambah berang.

"Isteri saya mesti cakap saya ni lelaki paling romantis dalam dunia ni. Anak saya pulak mungkin anggap saya ni ayah paling macho kat Malaysia" Dah, masuk bakul angkat sendiri pulak.

Ya Tuhan, rasa nak termuntah pulak aku dengar. Betullah dia ni dah hilang akal. Memang nasib malanglah bini dia dan anak2 dia ni. Aku rasa mak ayah dia mesti trauma dapat anak macam ni. Jadi, maknanya dia ni laki oranglah. Patutlah gatal semacam!

"Meh saya suapkan. Saya tahu awak takleh nak makan guna tangan kiri. Dari tadi dok terkial2. Sampai bila2 pun takkan habis nasi ni" Doktor Khairul menyuakan sudu berisi nasi dan ikan ke mulutku.

Aku menutup mulutku rapat2 sambil menggeleng2kan kepalaku. Tak mahulah!

"Bukak mulut tu atau saya cium awak kat sini jugak!" pandainya dia memaksaku. Terpaksalah aku membuka mulut dan menerima suapannya. Mana mungkin aku membenarkan suami orang berbuat sesuka hati padaku. Selisih malaikat 44.

Selain Kamal Hadi, dia lelaki kedua yang pernah menyuapkanku. Imran Hadi sendiri tak pernah seromantis ini. Hatiku jadi sayu. Aku sudah hilang kedua2 Hadi dari hidupku. Kedua2nya tidak pernah mahukan aku dalam hidup mereka. Aku ini rupanya cuma persinggahan sementara untuk mereka.

"Awak ni... cuba jangan ikutkan sangat perasaan awak tu. Ingat Tuhan, ingat mak bapak, ingat family awak. Jangan asyik fikirkan benda2 yang tak elok. Tak baik untuk kesihatan awak"

Aku diam, malas nak membalas. Makin dilayan, makin menjadi.

"Atau...awak memang nak duduk kat hospital ni lama2? Nak temankan saya? Saya tahulah saya ni lelaki idaman malaya, tapi awak tak payah nak bersusah payah macam ni. Saya ni dah memang hak awak"

Aku menjeling ke arahnya. Lelaki memang suka berkata2 tanpa memikirkan perasaan penerimanya. Aku jadi muak.

6 demented soul(s):

tzaraz said...

'..Saya ni dah memang hak awak.."

Wahhh...best nye. I like...
N3 lagi Milan...suka lak aku Hana ngan doktor nie...doktor lesung pipit..hehe

MaY_LiN said...

hahaha...milan..
2nd time bc nie..
smlm pon bc gak..
huhuhu

Anonymous said...

nk lg milan..
tertnye2 sape la papa aisham tu kn??
bpe eps ek cite ni?

-cheesecake-

nursya said...

hmmm...
sweet ar milan..
bl nk post n3 br nie...
x sbr nk tggu...
huhuhu..

in_wired88 said...

doctor2..
tgh ngorat ke ek??

ila said...

bla n3 bru nk kuar? xsabr nk thu smbungan ni...

 

thydivaontheloose... tempat ambe jadi minah jiwang Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review