|Terkini dari milan|

1. Amihana: Nilai Sekeping Hati 56 was the last post. New entry? Ntahla... (- . -')
2. SUS - dihentikan untuk seketika.
3. ABB - sedang dirombak. Progress may be updated.

Followers

Monday, July 23, 2007

::Kusimpul Mati - 35::

Mumbling o milanhawkin at 1:23 PM
Amirul mengetuk2 mejanya dengan pen tanpa tujuan. Fikirannya menerawang mengingatkan isterinya. Kadangkala dia tergelak kecil bila mengingatkan gadis itu. Pada kadang yang lainnya dia akan melepaskan satu keluhan yang maha berat. Puas mengetuk pen, matanya dihalakan pula kea rah laptopnya yang sudah terpasang dari tadi, tidak berusik. Matanya asyik merenung gambar yang terhias di dada screen.
Gambar Mila yang diambil curi2 dengan telefon bimbitnya sewaktu mereka menemani Shahin dan Syazmi di taman permainan. Waktu itu Syazmi sedang merengek mahukan Mila menolak buaian untuknya sedangkan Shahin pula sibuk berkejaran menaiki Papan gelongsor. Bibirnya mengukir senyum. Gadis itu memang sesuai menjadi ibu.

Ibu? Ah, sudah ke situkah fikirannya? Sudah bersediakah dia untuk menjadi bapa pula?
Sedangkan waktu ini dia masih mahu menagih kasih dari Mila. Kira masih dalam mood honeymoon la ni walaupun dah jadi pengantin bertahun2.
Ah, ini dah case lain. Aku kan baru jer nak berbaik dengan isteri sendiri, Amirul membela diri. Lagipun, Mila tu… asyik lari jer. Aku baru datang setapak, dia dah lari berbatu2.

'Mila, begitu susahnya untuk aku mendapatkan kembali cintamu. Mungkinkah aku yang terlambat atau dirimu yang terlalu cepat berpaling dariku?' hatinya berbisik, sedikit sayu menerima kenyataan itu.

Apalagi bila mengingatkan dia terpaksa bersaing dengan teman baik sendiri. Dia merengus sendiri mengingatkan Dani. Muhd Dani. Sejak pulang, dia terlupa terus tentang temannya itu. Terlupa atau dia memang tak mahu berjumpa? Malah kata2 terakhir dari Dani masih lagi terngiang2 di telinganya.

'Aku cuma nak ambil sesuatu milik kau, yg kau tak pernah nak hargai. In a way, I’m helping you out, buddy'

“You are not helping me out, you’re eating me alive!” gumamnya, penuh kekesalan.

Anganannya segera diganggu oleh bunyi intercom. Hampir terlepas pen di tangannya tadi.

“En Amirul, En Zulfakar mahu jumpa di biliknya” begitulah kedengaran suara setiausahanya menyampaikan pesanan. Amirul melepaskan punat telefon dan bangun menuju ke bilik ayahnya tanpa banyak bicara. Fail yang dipegangnya tadi dibawa bersama, entah untuk tujuan apa.

Semenjak kembali ke tanahair, dia sudah berjanji mahu membantu ayahnya menjalankan perniagaan ayahnya. Malah sejak dari dahulu juga En Zulfakar sentiasa memujuknya supaya bekerja dengannya, tetapi dia enggan. Alasannya, dia mahu berdikari, mahu mencari pengalaman sendiri. Dia tak mahu terlalu bergantung pada ayahnya. Namun semenjak kesihatan ayahnya semakin terganggu oleh factor usia, dia sendiri menawarkan bantuan. Siapa lagi yang akan menerajui syarikat ini jika bukan dirinya? Hanya dialah satu2nya anak lelaki ayahnya.

“Masuk!” terdengar suara En Zulfakar memanggil dari dalam bilik.

“Papa nak jumpa Mirul?” soal Amirul setelah pintu bilik ditutup rapat. Dengan tenang dia melabuhkan punggung ke kerusi di hadapan ayahnya. En Zulfakar merenung wajah Amirul, tersenyum penuh makna.

“How are you this morning, my boy?” En Zulfakar nampak ceria, sudah tidak masam sentiasa bila saja bertemu dengannya, seperti waktu2 dahulu. En Zulfakar melarikan pandangannya dari screen computer, menatap wajah anak lelakinya.

“I’m OK, Papa. Kenapa tanya macam tu?” sengih Amirul, sudah tahu tujuan ayahnya menanyakan soalan sebegitu. Apa lagi jika bukan nak mengorek cerita tentang rumahtangganya. Sayang sangat pada Mila. Ini Mila yang menantu ker aku?

“Macam mana pindah rumah baru?” dari menjawab, En Zulfakar masih berminat mahu menyoal. Amirul tersengih.

“Penat mengemas weekend lepas, Papa. Tak sangka banyak betul yang nak dikemaskan. Naik lenguh satu badan ni ha”

“Itulah, Papa suruh upah orang Mirul sendiri menolak. Mila macam mana?” Hai, cepat aje Papa ni masuk ke agenda utama.

“Hmm… macam tulah Papa. Still tak nak bagi Mirul peluang. Susah betul nak pujuk hati menantu kesayangan Papa tu” luahnya sambil meletakkan sebuah fail yang sengaja dibawanya tadi.

“Mirul yang cari pasal” Amirul diam. Benar, dia yang memulakan semua ini. Dia yang mengheret gadis itu ke lembah derita. Memang salah dirinya. Dia sedar semua itu.

“Mirul tau semua ni salah Mirul, Papa. Sekarang ni Mirul nak betulkan keadaan semula”

“It wouldn’t be as easy as you think, Mirul. You have to play smart” Amirul mengangguk, bersetuju dengan kata2 itu.

“Papa harap sangat Mirul takkan kecewakan kami lagi. Cukuplah dengan yang dulu. Papa rasa Mirul dah cukup dewasa, dah cukup matang untuk berfikir. Ingat kata2 Papa ni. Mila budak baik. Sepanjang Mirul takde, dialah yang menjaga kami. Tak pernah merungut apa2 pun biarpun Papa tahu dia menyimpan dukanya sendirian. Papa cuma risau dia dah tawar hati dengan kamu” panjang lebar En Zulfakar memberi nasihat.

Amirul sudah jadi burung belatuk, mengangguk dari tadi. Nasihat Papanya tidak akan dipandang enteng. Dan dia takkan begitu mudah untuk berputus asa. Amirul Haqimi bukanlah lelaki yang mudah mengalah. Sekarang inilah masa untuk membuktikannya. Lagipun, dia pulang dengan tujuan. Bibirnya menyungging senyum.

“Papa ni panggil Mirul semata2 nak cakap pasal Mila ke?” En Zulfakar tergelak. Sebetulnya dia memang mempunyai urusan syarikat untuk dibincangkan dengan anaknya itu.

“Ini mukadimah Papa je ni. Okay, let's do some work here”

0 demented soul(s):

 

thydivaontheloose... tempat ambe jadi minah jiwang Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review